[ π‘»π’‰π’Šπ’“π’•π’š π‘Ίπ’Šπ’™ ] - 𝑬𝒙

Màu nền
Font chα»―
Font size
Chiều cao dòng

β€œπ‘Άπ’π’π’š π’šπ’π’– π’Šπ’ π’Žπ’š 𝒉𝒆𝒂𝒓𝒕, 𝒏𝒐 𝒐𝒏𝒆 𝒄𝒂𝒏 𝒓𝒆𝒑𝒍𝒂𝒄𝒆 π’šπ’π’–β€

αͺ₯αͺ₯αͺ₯

Habis waktu orang-orang bekerja tepat pukul 5.30 petang. Semua berpusu-pusu keluar dan ingin pulang segera bertemu keluarga tersayang. Bagi yang masih bujang, mereka segera ingin pulang untuk merehatkan diri setelah penat dengan kerja dunia.

Aku menilik jam di pergelangan tangan menunggu seseorang. Kepala menoleh kiri dan kanan mana tahu aku terlepas pandang kereta dia.

'Lamanya dia ni. Pagi tadi bukan main rindu.'

Aku sudah berdiri hampir 10 minit. Memang aku sudah memberitahunya aku habis kerja pukul 5.30 petang. Tempat kerjanya dengan tempat kerja aku tidak terlalu jauh. Aku mengambil keputusan untuk duduk di bangku luar disediakan.

"Eh Cik Elina, balik dengan siapa?" Seseorang menegurku di sebelah. Aku menoleh dan mengangkat pandangan.

Farah.

"Ouh, saya tunggu orang ambil." Jawab aku tersenyum.

"Ouh ye. Lelaki yang hantar pagi tadi tu ke?" Farah menekup mulutnya tertawa senyap.

Qira disebelah menepuk bahu rakannya.

"Okay lah Cik Elina. Kami balik dulu ya." Qira menarik tangan Farah ke arah kereta mereka. Tidak mahu dipanjangkan isu oleh si mulut kepoh Farah.

"Bye cik Elina. Goodluck dengan boyfriend tu!" Farah pula melambai sambil menjerit dari jauh.

Aku memaling ke arah lain memejam mata rapat.

'Diorang ni.. saje nak bagi semua dengar. Malunya..'

Aku melambai mereka dan kereta mereka keluar dari perkarangan syarikat.

"Cik Elina."

Aku terkejut lantas berpusing.

"Eh maaf, saya kejutkan cik Elina. Tunggu siapa?" Soal lelaki itu.

"Kamu ni Faris.. oh erm.. tunggu orang ambil."

"Orang ambil? Pagi tadi tu ke? Kenapa tak sampai lagi? Lewat dah ni."

"Dia sibuk lah kot."

"Sibuk?"

Aku perasan aku terlepas cakap.

"Err.. takde apa lah."

Faris hanya tersenyum nipis. Dia seakan faham maksud gadis itu.

"Hari nak gelap dah ni, semua pun dah balik. Saya tak sedap hati biarkan cik Elina keseorangan di sini. Mari lah saya hantarkan," penuh sopan Faris ingin membantu wanita ini pulang.

"Eh, takpe Faris. Kejap lagi sampai lah tu."

Faris diam. Dia nampak raut wajah kebahagiaan wanita ini.

"Cik Elina."

Aku menoleh kembali, "Ya."

Dia tersenyum nipis,

"Dia tu boyfriend Cik Elina ke? atau tunang?"

Aku tersentak,

'Macam mana dia boleh agak?'

Faris sedar raut wajahku, cepat-cepat aku memaling ke arah lain.

'Aduh Elina. Kau pun, cover lah sikit muka.'

Tiba-tiba sebuah kereta Alphard masuk ke perkarangan tempat kerja ku. Kami menatap kereta Alphard tersebut.

Tingkap tinted gelap diturunkan.

Abah?

"Elina masuk."

Aku akur dan memandang Faris semula.

"Err.. Faris saya balik dulu ya, bye."

"Oh erm.. ok baik cik Elina. Bye."

Aku terus masuk ke dalam Alphard.

Setelah itu, kereta bergerak kembali keluar dari perkarangan.

Faris masih berdiri di situ memandang kereta itu semakin jauh dari pandangan. Dia semakin hairan.

'Tadi yang hantar orang lain, pastu yang ambil orang lain pula. Adakah itu bapanya? Tetapi, dengar khabar bapanya sudah tidak bekerja. Nampak yang tadi seakan masih bekerja. Apa hubungan mereka?'

Alis Faris berkerut.

'Apa yang awak rahsiakan dari kami, Cik Elina?'








"Bukan ke Ryan ambik Elina?" Soal aku pada abah.

"Hm, ni yang abah nak tanya ni."

"Semalam, Ryan ada berkelakuan aneh ke, pada Elina?"

"Aneh?" Aku memikir sejenak. Sebenarnya itu juga persoalan aku. Sebab aku keliru dengan dia.

"Er.. ada abah. Lepas nikah tu Elina ada rasa sedikit pelik. Dia sekejap baik sekejap lain."

"Kenapa Elina tak bagitau abah? Lain macam mana tu?"

"Elina memang nak bagitahu tapi setiap kali pasti ada je halangan. Elina tak sempat bagitau sebab dia selalu rapat dengan Elina. Erm.. macam Kytor yang dulu."

Datuk Kamal melepaskan keluhan.

"Nampaknya, dia memang tak nak Elina tahu pasal dia. Haritu pun bonda ada tanya pada dia kenapa Elina tak turun. Dia kata Elina letih sampai malam."

Aku terkedu. Itu waktu... Aku menunduk malu.

"Takpe, abah faham. Abah cuma risau dia dah berkelakuan aneh sejak kebelakangan ini. Tadi kat office dia dah mula ingat siapa dia. Elina.. tolong abah boleh?"

Aku mengangkat pandangan.

"Pastikan Ryan sentiasa makan ubat."

"Kalau dia tidak makan ubat apa jadi abah?" Aku sudah tahu cerita dari abah bahawa Kytor sentiasa perlu makan ubat setiap kali selepas makan. Tak boleh miss.

"Dia akan ingat memori dulu Elina dan kepalanya akan teramat sakit. Perasaan dia akan bertukar lebih agresif. Elina ingatkan apa abah kata haritu? Kemungkinan Kytor akan cuba bunuh diri dia sendiri tanpa dia sedar."

Aku terkedu. Sebegitu sekali akan terjadi?

"Baik abah."

"Kalau boleh periksa betul- betul kalau dia telan ubat atau tak. Dia memang suka main-main sampai tak makan langsung. Abah tahu Ryan macam mana. Lagipun abah tak nak terjadi seperti dulu. Abah tak mahu Daniels terpaksa ambil Ryan semula. Elina nak ke berpisah dengan Ryan?"

Ambil Ryan semula?

Aku menggeleng laju. Aku betul-betul sayang dia.

"Lama ke papa Ryan ambil dia abah?"

"Panggil sahaja dia papa. Tak perlu formal, Elina." Senyum abah.

Aku tersipu malu. Panggilan pada bapa kandung Ryan aku masih kekok.

"Lama juga lah, sampai Ryan sembuh dari dendam dia. Nanti abah cerita kenapa dia berdendam pada Ariz dari waktu kecil dulu."

"Baik abah. Ma.. macam mana dia sekarang?" Sungguh hati aku masih lagi sakit dengan perbuatannya. Tetapi, hati ini juga masih ingin tahu perkembangan diri lelaki itu.

"Ariz? Dia masih dalam tahanan Daniels. Abah pun tak tahu apa yang Daniels ingin lakukan."

Aku hanya diam mendengar dari abah.

"Nanti.. balik, mungkin Elina pelik sikap Ryan lain. Biasakan diri ya. Sebab dia lepas makan ubat baru pagi tadi. Jadi, memang kesan dia begitu. Dia tidak ingat apa-apa sebelum ini. Abah terpaksa buat begitu. Harap Elina faham."

"Dia juga mungkin.. tidak ingat Elina sebagai isteri dia. Tapi, kesan itu sekejap sahaja. Sabar ya."

Aku terkelu. Tidak ingat aku? Sebegitu sekali ubat kuat itu membuat dia semakin tidak ingat hal sekeliling?

Setelah sampai, aku masuk ke rumah. Abah pula sedang berborak dengan pemandunya.

Dari muka pintu, aku dapat melihat dia disuapi makanan oleh bonda.

"Sedap?"

"Sedap. Pandai bonda masak lasagna ayam," puji Ryan lalu menoleh ke depan gerangan yang berdiri memandang mereka. Dia terkedu melihat wanita itu. Kedua matanya tidak terkelip melihat diri wanita tersebut.

"Bonda.. siapa tu?" Soalnya.

Aku hanya diam melihat dirinya tidak kenal diriku. Hati ini berasa sebak menyaksikan hidup Kytor sengsara dengan tidak ingat apa-apa semakin tidak ingat apa-apa. Bukankah akan membuat dia semakin keliru?

"Can.. cantik," ucapan perlahannya membuat aku terkedu mendengarnya. Walaupun dia tidak ingat aku, adakah hati dia masih sama terhadap aku?

Bonda memandang aku.

"Oh Itu Elina. Isteri Ryan. Ryan dah lupa?"

Dia terkejut lantas menoleh ke arah bonda.

"Ha? Is.. isteri Ryan? Bi.. bila Ryan kahwin?"

"Dia mungkin tak ingat Elina sebagai isteri dia. Tapi, kesannya sekejap sahaja. Sabar ya."

Itu ke maksud abah? Kenapa hati aku berasa kasihan melihatnya?

"Ma.. mana Sophea? Bukan ke tunang Ryan Sophea?"

Hening.

Datin Liyana tidak sangka Ryan masih ingat hal itu.

"Ryan.. Sophea dan kamu putus pertunangan 3 tahun lepas. Dah lupa ke?"

Datin Liyana sudah risau melihat wajah Elina yang terkedu mendengarnya. Ini satu hal yang Datin Liyana tidak ingin menceritakan. Kejadian dulu yang membuat dia hampir terkena serangan jantung.

Tetapi.. apakan daya tetap akan ditahu menantunya kelak.

Keningku berkerut. Hatiku berasa sipi sipi sakit seperti dihiris.

Sophea? Siapa Sophea?

"Ha, ni dah makan belum?" Suara yang menjengah membuat aku tersentak sedikit lalu memandang abah.

Ryan terus menyorok kepalanya belakang bonda.

"Belum lagi."

Abah memandang aku,

"Elina, nanti abah cerita." Perlahan abah bersuara di sebelahku. Aku hanya tersenyum nipis mengangguk perlahan.

Abah memandang dia kembali,

"Kenapa tu sorok belakang bonda?"

"Dia kata abah marah dia. Dah kenapa abah nak marah yan pula?"

Datuk Kamal melepaskan keluhan.

"Meh sini Yan." Datuk Kamal mengajak Ryan duduk di sofa ruang tamu. Beg nya sudah diambil Datin Liyana.

Ryan menggeleng takut sambil memandang sekilas ke arah ku.

"Takde apa, ayan gi lah tu abah panggil." Pujuk bonda.

"Bonda.." Ryan merengek memeluk lengan bondanya.

"Jangan nak mengada meh sini." Datuk Kamal mula menegas pada Ryan. Dia tidak mahu Ryan terlalu manja sampai tidak mahu berdikari. Ni mesti terbawa-bawa manja dia dari papa dia dulu, walaupun dia tidak ingat dia pernah bersama papanya dulu.

Selama ini manja dia bukan datang dari mereka tetapi dari dia bersama papanya.

Ryan bangun dan melangkah duduk di sebelah abah. Dia menunduk tanpa memandang abahnya.

"Abah tak marah. Nanti makan ubat faham?"

Ryan mengangguk faham.

"Kepala ada rasa sakit?"

Ryan menggeleng perlahan.

Datuk Kamal lega.

Aku ingin melangkah naik ke bilik,

"Elina tunggu sekejap." Datuk Kamal menoleh pada isterinya pula,

"Yang, ambil barang abang kat bilik bawah tu," pinta datuk Kamal pada datin Liyana.

Datin Liyana mengangguk lalu pergi ke arah bilik yang sememangnya menyimpan barang-barang penting suaminya.

Setelah itu, Datin Liyana kembali lalu meletakkan di atas meja bujur berbentuk klasik di ruang tamu.

Abah memandang Ryan,

"Ryan buka baju, abah nak check badan Ryan."

"Ha?"



Bersambung..



Jangan fikir bukan-bukan ye haha.. chapter panjang sangat saya sambung chapter seterusnya. 🀭

Maaf jika ada banyak kekurangan saya. Kalau saya ada kesalahan tatabahasa tegur lah saya dengan cara baik. Terima kasih ❀️

Please vote and comment. Thank you! 🌹

BαΊ‘n Δ‘ang đọc truyện trΓͺn: Truyen2U.Pro