Bab 32

Màu nền
Font chα»―
Font size
Chiều cao dòng

π‘³π’–π’Œπ’‚ π’…π’Š π’‰π’‚π’•π’Š, π’‚π’Œπ’‚π’ π’Œπ’– π’ƒπ’‚π’˜π’‚ π’”π’‚π’Žπ’‘π’‚π’Š π’Žπ’‚π’•π’Š





"Semua dah siap?" soal Fay.

"Yes, sir!" sahut Alpha serentak.

Fay hanya mengangguk sebagai balasan.

Dua buah helikopter mendarat di lapangan. Nafas ditarik dalam-dalam sebelum langkah mula diatur ke depan.

Adam, Lee, Tengku Heidi, dan Danial masing-masing lengkap membawa senjata Colt M16. Berbaju serba hitam. Bersama mask yang menutupi separuh dari wajah mereka. Cukup sepasang mata yang terlihat. Baju kalis peluru tidak dilupa, serta dilengkapi dengan peralatan tempur.

Mereka berempat melangkah masuk ke dalam helikopter yang bakal membawa mereka ke lokasi musuh, sementara Fay berhenti melangkah dan mendongak ke atas melihat langit gelap. Sekadar dihiasi dengan sinaran rembulan dan berjuta bintang tidak terkira.

"Ready to go?" soal Luke.

Fay mengangguk perlahan. Mereka bergerak ke arah helikopter sebelum masuk ke dalam. Entah mengapa, sejak tadi Fay diusik dengan satu perasaan buruk. Walaupun sudah berkali-kali dia menghadapi situasi yang melibatkan nyawa serta keselamatan pasukannya, tetapi kali itu agak berbeza baginya.

Seolah-olah ada sesuatu yang bakal terjadi.

Degupan jantungnya kian bertambah setelah melihat seorang gadis yang amat dia kenali. Gadis bertubuh kecil, dan menjerit-jerit seperti ingin mengatakan sesuatu bersama lambaian tangan diudara.

Di sebalik topeng hitam yang menutupi separuh dari wajahnya. Izyan tahu itu Fay, sepasang mata Hazel merenung dingin kearah Izyan.

Izyan berhenti menjerit. Dua orang pegawai yang bertindak menghalang Izyan juga berhenti. Mereka tahu gadis itu adik kepada Syah Naufal.

Tak lama, dua buah helikopter mula hilang dari pandangan. Hilang bersama seribu harapan agar mereka kembali dengan selamat. Tiada sesiapa tahu apa yang menanti mereka di depan, hanya berbekalkan doa serta semangat juang yang tinggi.

Demi melindungi keamanan, dan keselamatan negara. Mereka siap berkorban tanpa mengira masa, dan siapa diri mereka.

"Tunggu aku pulang Izyan." katanya dalam hati.

Renungan kembali bertukar tajam. Diam dan sepi bersama matlamat masing-masing. Musuh yang perlu mereka tumpaskan bukan calang-calang orangnya, bila pihak lawan merupakan sekumpulan pengganas yang terlibat di dalam insiden kapal pelantar minyak beberapa tahun lepas.

Rakan kongsi Black Tiger dan diketuai oleh Loray.

Musuh mereka dikenali dengan nama samaran sebagai Jack. Jack merupakan orang yang aktif melakukan kegiatan haram seperti menyeludup senjata ke negara luar, penjualan organ, dan pengedaran dadah.

"Jangan takut, aku takkan hampakan kau orang. Alpha akan pulang dengan selamat."

"Itu janji aku." katanya lagi memecah kesunyian. Bahunya ditumbuk perlahan oleh Luke. Lelaki itu tersenyum kecil di sebalik topeng hitam. Tak habis-habis bahu Fay ditepuk mahupun ditumbuk.

"Bro's Forever."

Tengku Heidi lebih suka berdiam diri sambil bibirnya dibasahi dengan alunan zikir. Manakala Danial merenung sepi gambar mereka sekeluarga yang di ambil beberapa tahun lepas sebelum kejadian hitam itu berlaku.

Dia dan memori hitam.

"Saya pegang janji, Tuan. Dengan izin Allah kita akan selamat." kata Adam.

"Saya tahu Tuan takkan hampakan kita orang, kerana kami percayakan Tuan untuk lead misi ni." tambah Lee lagi.

Tiba saja di lokasi musuh, mereka berenam turun dari helikopter. Membentuk satu bulatan, menghampar peta di atas tanah, dan menjatuhkan posisi.

"Heidi, Danial, Adam, perhatikan gerak geri musuh. Inform terus kalau dapat tahu berapa ramai yang berkawal di depan dan belakang. Aku, Lee, dengan Luke, akan buka laluan untuk masuk."

"Shoot to kill. Jangan ragu-ragu. Ingat, kita di sini untuk apa. We fight for our country."

"Jangan risau... kita tak keseorangan. Qaf Raykal datang back-up."

"Move!"

"Yes, sir!"

"Danial Here, terdapat lima orang yang berkawal di pintu belakang rumah. Jenis senjata Ak47, I repeat again," maklum Danial melalui walkie talkie.

Dia yang bersembunyi dicelah-celah pokok memerhati lima orang lelaki. Masing-masing sibuk sesama sendiri. Mengisap rokok, dan berbual. Seolah tidak menghidu bahaya yang sedang menanti di depan mereka.

"Copy." sambut Tengku Heidi.

"Heidi, Adam, get ready. Shoot to kill." arah Fay melalui alat pendengar.

Tengku Heidi meniarap di dalam semak. Skop sniper awm terarah tepat ke kepala musuh. Sebelah mata tertutup rapat cuba menumpukan perhatian kepada pihak lawan. Picu ditarik sebelum sebutir peluru membelah laju di udara dan terus menembusi tengkorak kepala.

Bang!

Satu sudah tumbang. Ada empat lagi yang mula cemas mencari arah tembakan itu.

Adam yang berada tidak jauh dari situ turut melepaskan tembakan ke arah musuh. Lee serta Luke menerpa ke arah musuh-musuh yang lain dan mula berbalas serangan. Sementara Fay, menyelinap masuk ke dalam rumah cuba memerhati keadaan sekeliling.

"Clear."

Mereka berenam masuk ke dalam rumah dengan penuh langkah berjaga-jaga. Baru berapa tapak, telinga menangkap bunyi tempikan kuat serta derapan tapak kaki konco-konco Jack semakin menghampiri.

"Shoot to kill." arah Fay. Mereka berenam mula mengambil posisi masing-masing.

Sebaik musuh melangkah tepat ditempat mereka, tembakan bertalu-talu dilepaskan kearah musuh yang tidak memakai baju kalis peluru.

"Oh, shit, shit!" salah seorang dari mereka terselamat. Dia berlindung di sebalik meja yang dijadikan sebagai penghadang serangan tersebut. Dia segera memaklumkan kepada rakan-rakannya mengenai serangan yang baru berlaku melalui walkie talkie.

"We're under attack!"

"Biarkan mereka masuk." Jack bersuara dalam bahasa asing.

"Let see what they got." sambungnya lagi. Lelaki itu menghilang bersama senjata, tanpa mempeduli tubuh rakan-rakan yang tidak bernyawa di atas lantai.

"Alfa H-Zero ready to attack, maklumkan setiap pergerakan musuh." beritahu Qaf Raykal melalui walkie talkie.

"This is Alpha leader. Bilangan musuh belum dikenal pasti. Laluan belakang dah clear. Kita orang akan slow-slow masuk dekat dalam." Fay menghembus nafas. Dia berpandangan ke arah Luke dan Tengku Heidi.

Cukup berbalas dengan anggukan, mereka kembali meneruskan langkah.

"Lagi cepat misi ni habis, lagi cepat kita dapat balik rumah. Ingat, mulakan dengan Bismillah. Pasukan Alfa dah sampai." katanya lagi. Cuba memberi semangat terhadap rakan sepasukan.

"Shh." Danial bersuara ketika mereka baru saja tiba di tingkat bawah. Suasana yang sunyi seakan memberi tanda tidak baik buat mereka. Mata Fay meliar seperti helang, cukup teliti memeriksa keadaan. Setelah dipastikan selamat barulah dia menjatuhkan arahan untuk bergerak.

Mereka mendaki tangga untuk naik ke tingkat atas. Sementara Alfa H Zero yang diketuai oleh Qaf Raykal, mengepung laluan keluar masuk ke rumah terbiar itu. Setiap gerak geri mereka diperhatikan melalui cctv sambil senyuman puas terukir di bibir tua Jack. Dia kelihatan seronok melihat mereka maju tanpa sebarang rasa gerun terhadap musuh.

Walkie talkie dibawa ke bibir yang mula bergerak menutur kata. "Fido, aku nak kau ajar budak-budak kurang adab tu. Ajar dia orang adab macam mana masuk ke rumah orang."

"Baik, boss." sambut Fido.

Beberapa orang suruhan Fido mula bergerak sebaik menerima arahan. Mereka perlu membalas semula serangan itu. Berani mencari pasal, berani menanggung akibatnya.

Klark!

Bekalan elektrik tiba-tiba terputus. Dalam gelap, mata mereka meliar mencari musuh. Kiri dan kanan perhatian tertumpu pada suasana yang mula berubah. Manik-manik peluh bercucuran laju ke dahi. Setapak dan setapak mereka melangkah dengan penuh berjaga-jaga. Sebaik tiba di satu lorong yang mempunyai banyak bilik tersusun-susun. Luke memegang tombol pintu dan mahu menolak pintu bilik tersebut, tetapi Fay menggeleng perlahan. Cukup memberi amaran kepada Luke.

Baru lima tapak, mereka dikejutkan dengan serangan dari senapang patah milik pihak lawan.

Tembakan bertalu-talu dilepaskan ke arah mereka dan memaksa mereka untuk berundur ke belakang. Fay yang berada di depan menolak sebuah almari besi untuk menghalang serangan tersebut. Apabila keadaan mula terasa sepi, kepalanya menjengah keluar. Cukup sepasang mata yang terlihat di sebalik dinding. Fay pusing ke kiri, melihat rakan sepasukan yang lengkap memakai alat penglihatan dalam gelap.

"No one hurt, right?" soalnya. Bahu yang terkena tembakan musuh sekadar ditekap dengan kuat bagi mengurangkan darah dari mengalir.

"God, damn it. Fay!" jerit Luke.

"No man, i'm fine." Balas Fay.

"Sekarang ni kita kena berpecah jadi dua kumpulan. Danial, Lee, kau orang berdua pergi dengan Luke dan Alfa H One. Cari dan selamatkan setiap hostage. Be careful with enemy. Aku, Heidi, Adam, akan slow-slow attack dia orang dengan Alfa H Two. Any questions?"

Alpha menggeleng perlahan.

Mereka berpisah di situ.

Bang!

"One down." maklum Tengku Heidi.

"Two down." tambah Adam.

"All clear?" soal Fay.

Mereka menyahut. "Yes, sir!"

"Now move."

Luke, Lee, dan Danial diserang oleh musuh ketika cuba menyelamatkan tebusan yang terkunci di dalam sebuah bilik. Mereka saling berbalas tembakan sebelum berjaya menumpaskan pihak lawan. Nafas ditarik dalam-dalam sebelum Luke merempuh pintu masuk. Terdapat empat orang dewasa, serta seorang remaja perempuan.

"Don't worry, we're Royal Malaysia Police." ujarnya cuba menenangkan tebusan.

"We come to save you." tambah Danial lagi.

"Ergh... ergh!"

Pita pelekat yang menutupi mulut seorang wanita segera dicabut oleh Lee. Begitu juga dengan yang lain.

Danial mengira-ngira. Jumlah tebusan yang perlu mereka selamatkan seramai enam orang, ke mana lagi seorang?

"Lai Tian Ko." sebut Danial

"His gone." sambung Luke.

Mereka bertiga berpandangan ke arah pembantu peribadi Lai Tian Ko. Laju saja dia menggeleng, cuba menghalau apa yang bermain di fikiran mereka.

"I really don't know. He was taken by a big guy,"

"Please save him! I'm begging you." desak suara itu lagi.

Lee hanya mengangguk. "We will do our best."

"Fay, Fay! Lai Tian Ko tak ada kat dalam bilik hostage. He was taken by a big guy, don't know where he is, tapi kita kena pastikan Tuan Tian Ko selamat." beritahu Luke.

"Copy. Pindahkan hostage ke tempat yang selamat, aku dengan yang lain akan cuba masuk ke tingkat paling atas."

"Ready?" soal Fay.

Tengku Heidi, Adam, dan empat orang ahli pasukan Alfa H Two mengangguk serentak sebagai reaksi balas.

Bang!

"All down." kata Adam.

Mereka teruskan langkah ke tingkat atas.

Muncung pistol dibawa ke kepala Lai Tian Ko. Di sebalik karung hitam yang mengatup kepalanya, peluh dingin bercucuran laju membasahi tubuh Lai Tian Ko. Getaran lutut ketika dipaksa untuk duduk di atas kerusi tidak dipeduli. Dadanya berombak laju, kencang seakan baru selesai berlari. Hujung telinga dapat menangkap bunyi tempikan kuat, tuturan bahasa asing, dan kata carutan.

Air liur ditelan buat kesekian kalinya, terasa pahit dan pedih di tekak.

Fay berhenti di tepi pintu bilik Jack yang tidak berkunci. Debaran di dada usah dikata. Silap langkah mati jawabnya!

"Unit sniper, ready." maklum Fay.

"Unit sniper, reader to shoot. Over. " sambut Qaf Raykal yang mengetuai pasukan Alfa H Zero.

"Let see what we got here." bisik Qaf Raykal perlahan. Dia mencari posisi yang sesuai bagi melepaskan tembakan jarak jauh.

Dalam kiraan tiga Fay masuk ke dalam bilik Jack.

"Drop your weapon!" jerkah Fay. Senjata diacu ke arah Fido. Fido pusingkan tubuh ke belakang, lebih tepat lagi menghadap Fay sambil menyeringai.

"Where's him? Where'sΒ  Lai Tian Ko!"

"Do i need to answer?" balas Fido.

"Kalau kau nak tahu dekat mana Jack simpan Tian Ko, kau perlu kalahkan aku dulu." ujar Fido lagi.

Fay menarik topeng hitam dari menutupi wajahnya. Bibir ditarik senyum menyenget.

"Kenapa aku perlu bazirkan masa untuk layan orang bodoh macam kau?"

"Aku tanya, kau jawab. It's very simple."

"Tuan!" panggil Tengku Heidi. Fay menoleh ke belakang. Pandangan Fido berkalih kearah rakan sepasukan Fay yang mula mengambil tempat ke dalam bilik tersebut.

"Bawa kawan erk? Pengecut." ejek Fido.

"Aku atau kau yang pengecut?" bidas Fay.

Fido masih setia mengangkat kedua tangan diudara. Cukup berwaspada dengan sebarang tindakan balas dari lelaki itu.

"Aku tanya lagi sekali. Mana Tian Ko?"

Fido kekal berdiam.

"Kalau aku jawab dia dah mati?"

"Kau akan jadi orang pertama yang akan follow dia ke neraka. Bawa Jack sekali." balas Fay lagi. Dia hanya melengahkan masa bagi Qaf mencari posisi yang tepat untuk melepaskan tembakan.

"Macam mana kalau.."

Belum sempat Fido melepaskan tembakan, Qaf Raykal selangkah di hadapan. Dia berjaya menghalang lelaki itu dari melancarkan serangan. Tubuh kaku Fido sekadar di biar terbaring di atas lantai.

Qaf Raykal mencium hujung mulut sniper kesayangannya, dia berpuas hati dengan tembakan yang jarang sekali tersasar.

"Fay." panggil Tengku Heidi.

Fay melihat ke arah paparan CCTV yang sudah berubah ke video rakaman Jack. Lai Tian Ko, lelaki yang duduk di atas kerusi. Kepala terkatup dengan karung hitam sementara sepucuk pistol diangkat ke paras kepala.

Jack tersenyum puas. Dia menayangkan wajah seolah dia merupakan pemenang bagi pertempuran itu.

"100 juta. Datang bersama 100 juta dan bebaskan Loray, Kapten Alpha. Or i will kill this man." ugut Jack. Pistol sudah bertukar dengan sebilah samurai tajam yang terarah tepat ke leher Tian Ko.

"30 minit. Tak lama, itupun kalau sempat." sambung Jack sebelum skrin kembali gelap.

"Apa kita nak buat ni?" soal Tengku Heidi.

"Ini dah lebih dari bidang kuasa kita, Tuan. Kerana ia melibatkan Loray. Takkan kita nak buat pertukaran dengan Tian Ko? Mesti ada cara lain selain itu." tambah Adam.

Fay diam sebelum menghela nafas.

"Laporkan kepada pihak atasan, I've a better plan."

"Tapi tak tahu kalau akan jadi." sambungnya perlahan.

"Saya percayakan, Tuan. Saya percaya dengan kebolehan Tuan. Tuan dipilih untuk jadi ketua kami kerana Tuan mampu lakukan." Adam cuba menyalurkan semangat kepada Fay.

Dia tahu lelaki itu selalu datang dengan kejutan, dia tahu lelaki itu bijak mengatur strategi.

"Aku tahu. Kau boleh buat, Fay."

"Aku yakin, Insha Allah semua akan dipermudahkan." tambah Tengku Heidi lagi.

"Insya Allah, aku akan pulang dengan janji aku."


Bersambung.....

Maaf, kalau kurang menarik.
(';οΈ΅;')

BαΊ‘n Δ‘ang đọc truyện trΓͺn: Truyen2U.Pro