Bab 46

Mร u nแปn
Font chแปฏ
Font size
Chiแปu cao dรฒng

๐‘ณ๐’–๐’Œ๐’‚ ๐’…๐’Š ๐’‰๐’‚๐’•๐’Š, ๐’‚๐’Œ๐’‚๐’ ๐’Œ๐’– ๐’ƒ๐’‚๐’˜๐’‚ ๐’”๐’‚๐’Ž๐’‘๐’‚๐’Š ๐’Ž๐’‚๐’•๐’Š

Flashback....


"Abang janji.."

"Abang akan bawa adik pulang."

Perlahan...

Mata hazelnya tertutup rapat. Setiap memori yang dia cipta bersama adiknya itu bermain di fikiran. Senyuman dan gelak tawanya akan dia ingat sampai bila-bila.

"Tolong jangan mati."

Hujung telinga sempat menangkap bunyi tembakan saling berbalas. Kata carutan, dan tempikan kuat. Semua itu dia dengar dengan jelas. Perlahan-lahan dia mengangkat kelopak mata. Seorang budak lelaki hampir sebaya dengan dia berdiri tidak jauh sambil memandang ke arahnya. Di sebelahnya pula terdapat seorang lelaki dewasa yang sedang memegang payung. Sebelah tangan berada di atas bahu budak lelaki. Kemudian, Farhad mengalihkan pandangan pula ke arah seorang lelaki yang bertungkus lumus menumpaskan musuh-musuhnya. Setiap gerakan seolah dia sedang menari di dalam hujan. Begitu lincah dan tangkas.

Serangan demi serangan dapat dia elak dan balas. Tiada sedikit pun luka yang tercalit pada tubuh yang lengkap memakai suit hitam. Semuanya kelihatan sempurna sehingga dia berjaya menundukkan sang lawan. Kepala diangkat memandang langit gelap.

Hujan lebat yang turun membasahi bandar Ho Chi Minh seperti turut berkongsi duka.

Setapak dan setapak..

Budak lelaki itu bergerak ke arah Farhad dan menghulurkan tangan sebaik dia tiba di hadapan Farhad.

Farhad bangun. Payung berwarna hitam yang melindungi diri dari hujan dipandang buat seketika. Turut berada di sebelah budak lelaki seorang lelaki dewasa yang masih setia memegang payung.

Farhad mengelap tangannya sebelum dia menyambut huluran itu.

"Aku, Theo." ucapnya sambil tersenyum mesra. Farhad tidak menjawab. Malah dia menggaru kepala. Dia masih lagi bingung.

Theo tergelak. Mungkin dia sudah lupa bahawa adiknya, Fay. Pernah mencuri dua biji roti dari kedai roti milik pembantunya itu. Bila ditanya, rupanya dia datang ke kedai mengatakan bahawa dia ingin membeli dua biji roti buat Abangnya yang sedang sakit di rumah. Oleh kerana tidak mempunyai duit yang cukup untuk membayar dua biji roti berperisa coklat. Fay memutuskan untuk berlari keluar dari kedai. Tanpa sedar, tingkahnya itu diperhatikan oleh Theo dari dalam kereta.

Theo bertindak mengekori rapat dari belakang dan benar apa yang adiknya itu katakan. Dua biji roti coklat yang dia curi diberikan pada si abang. Separuh muka ditala keluar, mahu melihat apa yang sedang berlaku. Theo senyum lagi. Sayang benar dia terhadap Abangnya itu.

Mereka berdua tinggal di tepi lorong. Beralaskan kotak, berbekalkan dua botol air mineral yang mereka dapat hasil dari upah mengangkut sampah. Dan, surat khabar lama yang diguna untuk menyelimuti tubuh si Abang. Berbantalkan sebuah patung beruang berwarna merah jambu milik si adik. Serta plastik sampah berisi tin minuman yang mereka kutip.

"Abang, bangun. Adik dah balik. Tengok adik dapat apa?" Si adik beria-ria menunjukkan hasil curiannya sambil menggoncang bahu Abangnya.

"Aadik... apa ini? Adik curi lagi?" Soal si abang. Si adik menggeleng, cuba menafikan.

"Mana ada! Adik beli lah. Abang jangan ingat adik curi pula. Adik dapat upah tolong cuci tandas." Si adik senyum lebar sambil membuka plastik pembungkus roti.

"Adik tak makan?" tanya si Abang. Fay kecil menggeleng.

"Tak. Adik dah kenyang."

"Tipu. Abang tahu adik lapar."

Fay kecil memandang ke arah muka pucat Abang nya itu. Kemudian, dia menggeleng buat kali kedua.

"Betul. Adik tak lapar."

Seketika berlalu, dia mencuri pandang ke arah sebiji roti yang belum terusik. Farhad tahu adiknya itu sedang kelaparan. Farhad tersenyum kecil. Plastik pembungkus roti dibuka, Isinya dikeluarkan lalu dihulur pada Fay.

"Abang tahu adik lapar. Makanlah."

Tidak menunggu lama, sepantas kilat dia menyambar roti berperisa coklat.

"Sedap!"

Theo sembunyi senyum. Theo mengalihkan kepala dan membuka langkah menuju ke kereta.

Selang beberapa minit kemudian, kereta berwarna hitam yang dipandu oleh pembantu peribadinya melintasi lorong di hadapan mereka. Sempat Theo menurunkan cermin kereta dan melihat sang adik sedang bermain dengan patung beruang. Manakala Abangnya pula memandang ke arah Theo.

"Theo." Sebut Farhad.

"Rasanya aku pernah nampak kau."

Theo gelak lagi. "Nama. Nama kau siapa?"

"Farhad." Laju Farhad menjawab.

"Aku akan panggil kau Far."

Farhad hanya tersenyum. "Tapi adik aku..."

"Jangan risau, dia selamat. Boleh aku tahu nama dia siapa?"

Pintu kereta dibuka luas-luas. Farhad duduk di sebelah Theo. Theo pula mencari tuala kering yang tersimpan di dalam beg. Kemudian, dia menghulur kepada Farhad.

"Ayyadh. Nama dia Fayyadh."

"Adh." Sebut Theo. Farhad menarik senyum tawar.

"Tapi dia tak suka dengan nama Adh. Dia lagi suka kalau kau panggil dia Fay." jelas Farhad.

Theo hanya mengangguk. "Farhad, Fayyadh."

********

"Dia dah mati."

Entah kali ke berapa air matanya jatuh bercucuran apabila Fay membuka cerita. Patutnya dia yang berada sedih mengenai kehilangan Abang nya itu. Tetapi isterinya pula yang lebih-lebih.

"Abang, nak tisu." arah Izyan. Fay senyum saja sambil menarik dua helai tisu dan beri pada Izyan.

"Abang pasti dia dah tak ada?"

Senyap.

Perlahan-lahan dia mengangguk. Padahal dia sendiri tidak pasti dengan apa yang di beritahu oleh Tuan Hamzah.

"Abang." Seru Izyan. Fay mengangkat kepala. Genggaman pada tangan Izyan dikemaskan.

"Ya, sayang. Ada apa panggil Abang macam nak telan orang?"

"Abang tak penat?"

"Penat? Abang dah biasa dengan kerja Abang." jawab Fay tenang. Izyan menggeleng.

"Bukan. Maksud Izyan... Abang tak penat jadi hensem?"

Membulat terus mata Fay. Kemudian, dia tergelak kecil sambil menampakkan garisan lesung pipit.

"Kalau itu untuk Adwa, Abang tak penat langsung."

"Eleh, semakin ramai mata memandang adalah!" Rajuk Izyan.

"Hah, dah merajuk minah bungkus ni. Adwa sayang.." panggil Fay. Entah syaitan mana yang rasuk Izyan, boleh dihitung berapa kali gadis itu merajuk dengan Fay.

"Sayang.."

Diam.

"Ok, Abang keluar."

Diam.

'betul-betul merajuk ni. Kalau aku tak pujuk, memang masaklah.' gerutu Fay dalam hati.

Fay bingkas bangun dari tempat duduk. Sebelum keluar dari bilik, sempat lagi dia menghadiahkan kucupan sekilas di bibir Izyan. Hilang terus kemarahan dihati Izyan. Baru mahu menghentikan pergerakan suaminya itu, Fay sudah meloloskan diri keluar dari bilik.

"Pandai erk. Dia lari macam itu aje?"

*******

Tuan Hamzah merenung lama sekeping gambar yang tersimpan di dalam kotak. Senyuman dari Puan Nabella mengundang rasa rindu di hati. Sudah lama mereka tidak bertemu. Kali terakhir pun semasa Puan Nabella memutuskan untuk mengahwini Chew Khin Yi dan mengikutinya ke luar negara. Pada mulanya, dia membantah keras keputusan Puan Nabella. Namun, atas pujukan dan rayuan akhirnya dia berlembut hati.

Rupanya-rupanya tujuan Puan Nabella mengahwini Chew Khin Yi mahupun Fuad untuk mengaburi mata dan menutupi rasa malu sahaja. Ikatan suci yang terjalin di atas penipuan tidak akan berkekal lama. Ikut kata hati, dia ingin menyuruh Puan Nabella menggugurkan kandungan yang baru berusia 2 minggu dan memutuskan hubungan dengan Chew Khin Yi. Tetapi, Puan Nabella merayu sehingga sanggup mencium kaki Hamzah.

Sudahnya, dia akur.

Atas alasan Puan Nabella tidak sanggup kehilangan Fuad. Ayah kepada kandungan pertamanya.

"Mati sekali pun aku takkan terima budak ni. Dasar anak haram!"

"Kenapa Zah salahkan dia? Zah sepatutnya salahkan Bella. Bella yang berdosa!"

"Di sebabkan perbuatan Bella, Bella hidup merana. Tapi anak-anak Bella tak salah. Jangan salahkan dia orang, salahkan Bella. Tolong... jangan benci anak-anak Bella." Rayu Puan Nabella.

Fay kecil yang baru berusia 4 tahun datang mendekat dan menarik hujung baju Ibunya.

"Ibu... Ayyadh lapar." Adunya. Si abang yang berdiri di sebelah Puan Nabella bergerak menarik tangan Adiknya untuk menjauhi Puan Nabella.

"Shh... kejap lagi Abang masak, Okey?" Pujuk si Abang. Si adik mengangguk laju. Air mata yang bersisa diseka kasar. Sejak tadi, sejak kedatangan Hamzah ke rumah mereka. Ibunya dan Hamzah saling bertikam lidah. Tiada sesiapa yang mampu mencelah mahupun menghentikan pergaduhan itu, termasuk lah dia. Hanya menyaksikan bersama linangan air mata.

"Apa yang Bella lakukan sehingga Zah buat macam ni dekat Bella? Jawab Zah!"

"Sebab kau lahirkan budak ni. Kau lahirkan anak haram Bella!" jerit Hamzah. Bergegar lutut Puan Nabella. Lelehan air mata hanya dibiar membasahi pipi.

"Dia anak Bella. Abang kepada Fayyadh. Bukan kau, atau sesiapa saja yang mampu pisahkan Bella dari anak-anak Bella." Tutur Puan Nabella. Dia tahu apa yang dia lakukan di masa silam ialah kesilapan besar. Dan belum tentu layak menerima kemaafan, tetapi dia tidak sanggup kehilangan putera sulungnya.

"Takkan Zah dah lupa kut? Zah yang benarkan Bella untuk berkahwin dengan Fuad, dan lahirkan Farhad. Kenapa perlu sekarang? Kenapa tiba-tiba Zah benci dekat Farhad?" Dalam emosi yang bercampur, dia masih mampu mengawal nada pertuturan. Meskipun hatinya sudah hancur. Dia harus kuat demi dua orang Putera nya.

"Itu dulu, bukan sekarang Bella. Mulai hari ini kau bukan lagi darah daging aku. Kau bukan lagi Bella yang aku kenali. Selangkah aku berpijak keluar dari rumah ini, mati sekali pun aku takkan pandang anak haram ni." Usai berkata, Hamzah mula melangkah menuju ke pintu rumah yang terbuka luas.

"Adik!" jerit Farhad.

Fay kecil berlari dan menarik tangan Hamzah. Sepantas kilat Hamzah menoleh lalu menolak tubuh kecil Fay ke belakang, sehingga dia jatuh ke atas lantai dan mula menangis. Farhad tidak berdiam diri, dia maju ke hadapan dan...

Pranggg!!!

"Jangan kau berani sentuh tangan aku, dasar anak haram!" tengking Hamzah.

Farhad terkedu. Sebenci itukah dia pada dirinya? Farhad memegang pipinya yang terasa sakit akibat tamparan dari Hamzah. Renungan mata dikeraskan. Seolah-olah sedang mengumpul rasa marah yang tertahan-tahan.

"Kenapa kau tengok aku macam tu? Nak bunuh aku? Silakan. Bunuh aku sekarang." Cabar Hamzah. Dia tunduk bagi menyamai kedudukan mereka. Farhad kekal berdiam diri.

Kalau dia balas, terang-terang dia bodoh kerana baru sahaja melayani orang kurang waras.

"Pergi kau dari sini, pergi kau sekarang!" Puan Nabella menolak tubuh Hamzah keluar dari rumah seraya menutup pintu dengan rapat.

Puan Nabella memegang bahu Farhad lalu mengusap air mata yang jatuh dengan deras.

"Jangan dengar cakap dia. Farhad tetap anak ibu." Pujuknya. Farhad hanya mengangguk tanpa suara.

Fay kecil datang mendekat dan memeluk abangnya.

"Ab... abang jangan risau! Ayyadh ada dengan Abang."

Perlahan-lahan, si abang mula mengukir senyum. Senyum yang dipaksa-paksa.

"Abang?" panggil Datin Eliza di muka pintu. Tuan Hamzah tersentak dari lamunan dan mengangkat kepala memandang Datin Eliza. Gambar tadi disimpan semula ke dalam kotak.

"Jom makan, saya dah masak." ujarnya.

Tuan Hamzah sekadar mengangguk sebelum dia menutup kotak itu dan menyimpan semula di dalam laci meja pejabat. Dia bingkas bangun dari tempat duduk dan mula mengatur langkah meninggalkan bilik pejabat.








Bersambung! :0

Bแบกn ฤ‘ang ฤ‘แปc truyแป‡n trรชn: Truyen2U.Pro