Bab 48

Màu nền
Font chα»―
Font size
Chiều cao dòng

π‘³π’–π’Œπ’‚ π’…π’Š π’‰π’‚π’•π’Š, π’‚π’Œπ’‚π’ π’Œπ’– π’ƒπ’‚π’˜π’‚ π’”π’‚π’Žπ’‘π’‚π’Š π’Žπ’‚π’•π’Š



"Abang..."

Tangan kecil Izyan tenggelam di dalam genggaman tangan Fay. Sepasang mata coklat menatap sayu wajah isterinya itu. Kehilangan Tuan Hamzah benar-benar memberi kesan yang mendalam terhadap Fay.

"Abang okey. Jangan risau pasal diri abang. Sayang dah makan belum?"

Izyan menggeleng laju. Baginya, kata-kata itu cukup palsu di telinga. Mana mungkin Fay tak apa-apa.

"Abang tak okey. Abang tipu,"

Fay mengetap bawah bibir sebelum menarik senyuman tawar. Wajah Izyan dipandang semula.

"Betul.. abang tipu. Mustahil abang akan okey."

Tubuh kecil Izyan di bawa ke pelukan. Hanya Izyan seorang saja yang dia ada sekarang. Wangian dari rambut yang di biar terurai menusuk ke lubang hidung. Perlahan-lahan bibirnya mengukir senyum.

"Terima kasih sayang."

"Cukuplah dengan kehilangan Farhad, Uncle Zah. Abang tak mampu untuk kehilangan Adwa. Kalau boleh... Biarlah abang yang pergi. Abang tak nak Adwa rasa apa yang abang rasa."

Setitik demi setitik air matanya mula membasahi pipi. Dia sudah tidak mampu menerima kehilangan orang tersayang. Bermula dari Ibunya, Farhad, dan kini Tuan Hamzah. Untuk seterusnya dia belum bersedia. Bagi Fay, biarlah dia yang menghadap kehilangan itu sendiri. Tak perlu berkongsi duka. Tetapi, adanya Izyan. Ketenangan jiwa kembali mengisi diri. Semangat yang pudar kembali bersinar. Rambut Izyan dibelai manja.

Cukuplah dengan kehilangan ini. Dia sudah tidak mampu menerima kehilangan lagi.

"Abang... menangis?"

Air mata yang bersisa diseka kasar. Wajah isterinya di pandang penuh kegeraman.

"Abang manusia, Adwa. Menangis bukan bermaksud lemah. Hanya dengan cara itu, kesedihan abang akan berkurangan. Lebih-lebih lagi bila ada Adwa di sisi abang,"

Izyan tersengih menampakkan barisan gigi arnab.

"Kalau suatu hari nanti Abang dipaksa buat pilihan. Yang mana satu abang akan buat? Selamatkan Izyan atau selamatkan diri abang?"

Fay membalas pertanyaan itu dengan senyuman. Jika dia berdepan dengan situasi yang memaksa dia membuat pilihan. Di antara Izyan dan dia. Jawab nya cuma satu.

Nyawa Izyan lebih penting berbanding dia.

"Sayang... Abang tak rasa abang akan jawab soalan Adwa. Next?"

"Erm... Entahlah."

Tubuh yang berbalut dengan t shirt berwarna hitam itu dicucuk-cucuk oleh Izyan. Fay menangkap jari telunjuk yang bermain di dadanya. Empat pasang mata bertaut lama, hanyut dalam benih cinta yang kian bercambah dalam diri Izyan.

"Sayang pun tahu kan Abang.."

Fay tersengih nakal. Dia mengusap belakang tengkuknya. Dia paling tak suka Izyan bermain di kawasan dada.

"Kenapa Abang? Abang rasa tak selesa? Maaf lah Izyan cuma nak..."

"Adwa Izyan,"

Membulat terus mata Izyan dibuatnya. Apa yang dia sudah lakukan sehingga renungan manja Fay bertukar?

Fay menggeleng perlahan. Dia tahu isterinya itu belum cukup bersedia.

"Nothing. Abang akan tunggu. Tak kisahlah dua tahun atau tiga tahun, Abang akan tetap tunggu sehingga Adwa betul-betul sedia. Tapi kalau Adwa yang paksa abang..."

Fay senyum nakal. Cukup memberi amaran awal terhadap sang isteri.

"Abang tak boleh berdiam diri."

Bahang panas jelas terasa. Izyan tahu apa yang Fay maksudkan. Tubuh Fay ditolak ke belakang oleh Izyan. Sungguh! Dia tak fikir pula tindakannya tadi telah membangkitkan nafsu lelaki nya.

"Ma.. maaf! Izyan tak sengaja. Abang okey?"

"Sayang rasa?" Fay ketawa halus. Terhibur hati kecil nya dengan gelagat Izyan. Cepat-cepat Izyan bangun dari tempat duduk dan menyambar tudung sarung yang tersidai di atas meja.

"Ab.. abang tak makan? Kalau macam tu Izyan pergi dulu." Baru mahu melangkah ke arah pintu, namanya dipanggil dari belakang.

"Eh, kejap. Takkan nak tinggalkan abang macam tu aje?"

Izyan berpusing ke belakang dengan kepala masih tunduk ke bawah. Fay pula menunjuk ke arah pipi nya sendiri.

"Sayang..." panggil Fay. Suara sengaja dilembutkan. Sengaja mengusik Izyan.

"Look at me, sayang.."

Sepantas kilat Izyan menyambar bantal kecil yang berada tidak jauh dari Fay dan melempar ke arahnya.

"Gedik!"

Cepat-cepat dia mengatur langkah semula ke arah pintu dan meloloskan diri dari dalam bilik. Sementara Fay masih lagi tersenyum-senyum.

Izyan mengurut dadanya berulang kali. Tak pernah-pernah dia nampak sisi gedik Nik Fayyadh. Kaki dibawa menuruni tangga, ketika itu juga dia bertembung arah dengan Luke.

"Izyan? Kenapa pipi awak merah semacam?" tegur Luke.

Gadis yang berkulit cerah itu memegang pipinya sendiri. Mengingati kembali apa yang dia lakukan di bilik tadi. Izyan memejam mata rapat-rapat, cuba menghalau episod-episod yang bermain di fikiran.

"Tak.. tak ada apa-apa!"

Langkah di sambung semula. Dia perlu meneguk segelas air sejuk yang dapat kurangkan bahang panas.

Pandangan Luke berubah pula pada pintu bilik Fay. Tak mungkin....

Tangan mengepal penumbuk. Kalau ikutkan hatinya, nak saja dia terjah masuk ke dalam bilik Fay dan belasah cukup-cukup. Tapi apa yang dia fikir sekarang hanya merugikan diri sendiri. Bertindak mengikuti emosi, huh? Tak semua apa yang dia fikir akan menjadi.

Ya, tak semua.

*****

Diari biru yang tersimpan di dalam kotak dibawa keluar oleh Datin Eliza. Pesan suaminya, jika suatu hari nanti ajal datang menjemput. Diari itu perlu diberikan kepada Fay. Tak pasti atas tujuan apa, diari itu akan bertukar tangan malam ini.

Datin Eliza menghampiri Fay yang sedang duduk di balkoni. Angin malam dibiar menampar diri.

"Fayyadh.." panggil Datin Eliza.

"Ada sesuatu yang Aunty perlu berikan."

"Buku?" soal Fay. Datin Eliza hanya mengangguk.

"Peristiwa hitam Ho Chi Minh,"

-"Pak Su tahu semuanya dah terlambat. Pak Su minta maaf sebab rahsiakan dari kau, Fayyadh. Pak Su tak sanggup melihat kau merasai kesakitan yang tidak berpenghujung. Dosa Pak Su di masa lalu menjadi penyesalan hingga kini. Setiap kali Pak Su tengok muka Fayyadh, hanya muka arwah Nabella saja yang bermain di fikiran Pak Su.

- Allah maha tahu. Pak Su tak fikir apa yang Ibu kamu buat. Pak Su tak rasa apa yang Ibu kamu rasa. Apa yang Pak Su buat ialah hukum Ibu kamu tanpa kepastian. Pak Su anggap dia lebih teruk berbanding sampah. Dan yang paling teruk sekali.. Pak Su lah yang rancang pisahkan Fayyadh dan Farhad.

-Benci lah Pak Su. Marah lah Pak Su. Buang lah Pak Su dari kehidupan Fayyadh. Pak Su menyesal di atas apa yang Pak Su pernah lakukan terhadap kamu berdua. Pak Su bencikan Ibu kamu. Pak Su tak boleh nak terima kenyataan. Salah Pak Su, Ibu kamu melarikan diri dan berkahwin dengan Fuad. Tanpa Ibu kamu tahu, perkahwinan yang terbina di atas dasar nafsu saja.

-Nabella menjadi mangsa di atas perbuatan Fuad. Pak Su tahu... Kami berdua tidak membesar dengan baik. Kurang mendapat didikan agama dan perhatian dari orang tua. Oleh sebab itu Ibu kamu... Nabella. Memilih jalan yang berduri.

-Pak Su minta maaf Fayyadh. Emosi mengawali diri Pak Su. Pak Su terlalu bencikan Farhad. Di mata Pak Su, Farhad jijik, hina, hanya di sebabkan dia adalah anak hasil dari hubungan haram. Tapi Pak Su tak fikir panjang. Pak Su tak fikir langsung perasaan Farhad, dan Ibu kamu.

-Pak Su ego.

Farhad Iskandar. Fayyadh Izhareeq.

Ikutkan hati Pak Su. Pak Su nak letak nama tu sebagai nama penghujung. Tapi Pak Su...
Pak Su bodoh. Pak Su terlalu ikutkan perasaan dan kata hati sendiri.

Sekarang Pak Su menyesal.

Perjanjian nyawa bukan lah satu penyelesaian terhadap masalah Pak Su.

Pak Su minta maaf. Far, Ayyadh.


Diari biru ditutup rapat. Air matanya murah sekali pada malam itu. Entah apa yang dia rasakan sekarang. Patutkah dia berasa gembira atau bersedih dan mengunci diri di dalam bilik? Berita yang dia terima takkan dapat mengubah apa-apa. Takkan dapat mengembalikan Farhad ke dunia.

"Fayyadh." panggil Datin Eliza. Mahu tidak mahu itulah hakikat yang perlu dia terima.

Fay hanya mengangguk perlahan. Ketenangan fikiran bagai diragut sang pemimpi. Mata kosong kembali menatap sayu.

Bibirnya mengukir senyum yang sengaja dibuat-buat.

"Tak ada sebab untuk Fay benci Pak Su. Bagi Fay, apa yang berlaku sudah tertulis di dalam takdir. Fay tak ada kuasa nak tolak ataupun elak." ujarnya tulus.

Datin Eliza tahu, bukan mudah untuk terima kebenaran pahit secepat itu. It takes a long time.

"Seumur hidup Aunty, Aunty tak tahu pun Uncle Zah rahsiakan perkara ni daripada Aunty. Kecewa? Aunty tak boleh nak buat apa-apa. Mungkin ya, mungkin tidak. Dan.. Aunty tak tahu sama ada Fay akan terima."

"Terima apa Aunty Liza?"

Wajah cerah itu dipandang lama oleh Datin Eliza. Mengikut apa yang disampaikan oleh pembantu peribadi Datin Eliza. Tiada satu pun maklumat menunjukkan bahawa Farhad sudah lama meninggal dunia. Tiada saksi yang melihat. Ataupun kuburan yang menjadi penunjuk bagi pencarian itu. Tiada.

Berkemungkinan besar Farhad masih lagi hidup sampai sekarang.

"Farhad..."

"Dia hidup lagi."

-------------

Prangg!!

"Allahuakbar, Izyan!"

Pandangan mereka berubah terus ke dalam rumah. Jeritan dari Puan Athirah kedengaran jelas di susuli bunyi gelas kaca jatuh ke atas lantai.

"Kita sambung lain kali sajalah." beritahu Datin Eliza.

Fay mengangguk. Mereka berdua bergegas masuk ke dalam rumah dan menuruni tangga ke dapur.

"Ya Allah, sayang!" Luluh hatinya melihat Izyan terbaring lemah di atas lantai. Darah merah pekat mengalir laju dari kepala yang tidak lagi berbalut tudung.

Aliya terduduk di atas lantai. Bukan niatnya mahu mencederakan Izyan. Tetapi kesabarannya sudah melampaui batas.

"Siapa yang berani sakitkan isteri aku?"

Bebola mata bergerak ke arah Alisa dan Aliya. Masing-masing dilanda perasaan takut. Takut mahu membuka mulut.

Luke tidak berdiam diri. Sepucuk pistol ditarik dari kocek seluar dan diacu ke arah Aliya.

"Jawab atau kau akan mati di sini."









Bersambung.....

BαΊ‘n Δ‘ang đọc truyện trΓͺn: Truyen2U.Pro