Bab 51

Màu nền
Font chα»―
Font size
Chiều cao dòng

π‘³π’–π’Œπ’‚ π’…π’Š π’‰π’‚π’•π’Š, π’‚π’Œπ’‚π’ π’Œπ’– π’ƒπ’‚π’˜π’‚ π’”π’‚π’Žπ’‘π’‚π’Š π’Žπ’‚π’•π’Š

Tengku Heidi berjalan keluar dari dapur sambil membawa dulang berisi empat cawan kosong dan satu jug kopi. Sememangnya empat ekor iblis yang tak reti tinggalkan dia sorang-sorang suka sangat menganggu dia.

Dulang diletak di atas meja, Tengku Heidi bergerak menuang kopi ke dalam cawan masing-masing. Lihat? Betapa baiknya Tengku Heidi melayan empat ekor iblis yang cuma tahu menyemak saja dirumahnya.

"Jemput minum." pelawa Tengku Heidi. Danial mengerling sekilas ke arahnya sebelum berubah pada atas meja.

"Lah.. itu je?"

Tengku Heidi senyum halus.

Sudah berhari-hari bahkan dalam seminggu hanya muka-muka mereka saja yang dia lihat. Siapa lagi kalau bukan Fay, Luke, Eric, dan Danial?

Sememangnya hari cuti Tengku Heidi dipenuhi dengan melihat muka mereka saja.

"Habis tu kau nak suruh aku buat air apa? Air dalam jamban tu?" balas Tengku Heidi. Geram.

Danial menjeling. Malas mahu melayan.

Sementara Eric, Fay, dan Luke masih lagi berdiri di depan papan putih. Berbincang sesuatu yang pasti berkait rapat dengan pasangan kembar itu.

Fay bergerak mengambil jaket kulit yang tersidai ditepi sofa sebelum disarungkan ke tubuh. Telefon dan kunci kereta turut diambil dari atas meja. Tingkah nya itu hanya dilihat oleh Tengku Heidi dengan penuh soalan.

"Kau nak pergi mana Fay?"

Fay menoleh ke belakang dan tersenyum halus. Semestinya Tengku Heidi tidak dapat meneka apa yang bermain di fikiran Fay. Dia sudah gila.

"Tolong tengokkan Izyan untuk aku." Hanya balasan pendek cukup mendiamkan Tengku Heidi. Barangkali lelaki itu sudah dapat mengagak siapakah dalang di sebalik kejadian misteri ini.

Luke lihat saja tanpa kata. Hanya membiarkan tubuh tinggi lampai itu meloloskan diri dari dalam rumah Tengku Heidi. Satu senyuman terbit di bibir. Cawan yang berisi kopi dihirup secara perlahan.

Agak manis, tetapi itulah kehidupan. Ada jatuh, dan ada naik.

"Pahit sangat! Eidi tambah gula lagi." beritahu Luke. Membulat mata Danial dan Eric. Sudah lah manis tahap nak potong kaki, Luke nak tambah gula lagi? Gila.

"Prftt.. aku tak hairanlah banyak kaum pompuan yang melekat dekat kau Luke. Bukan senyuman aje yang manis, dalam minuman pun kena manis!" tambah Eric. Ah! Dia sudah tidak dapat menahan kemanisan air kopi itu. Silap hari bulan masuk hospital dia nanti.

Luke ketawa terbahak-bahak. Cuba berpura-pura, dan cuba menjadi pelakon terbaik. Mana tahu dia mendapat anugerah.

"Ric kau jangan nak main-main dengan air kopi Eidi. Kau tak nampak ke dia masuk dapur dan ambil gula lagi? Kau ni memang nak mati awal kan? Tak sayang nyawa." Giliran Danial menyuarakan pendapat.

Mujurlah beberapa bulan yang lepas dia berpindah keluar dari rumah Tengku Heidi. Setelah kemelut di antara Puan Camilla dan Danial berakhir. Puan Camilla menyedari akan kesilapan besar yang dia lakukan, dan berjanji untuk tidak mengulangi hal yang sama. Begitu juga dengan adik-beradik Danial. Mereka meminta maaf dan berharap agar hubungan yang terjalin lebih erat berbanding sebelum ini.

"Eric mati awal pun aku tak kisah juga. At least dapat makan free. " Luke tidak berhenti dari mengusik Eric yang baru berusia 21 tahun.

"Sama." sampuk Tengku Heidi dan mengambil tempat duduk di sebelah Danial.

Sebiji gula kiub dimasukkan ke dalam cawan Eric dan Danial. Eric dan Danial saling berpandangan satu sama lain sebelum berubah pula pada Luke.

"Ini semua kau punya pasal!" jerit mereka serentak.

"Hell no. Aku pula yang kena?"

"Sekarang minum. Kau orang ingat aku dah pekak? Dah tak dengar apa yang kau orang kutuk pasal aku?" Tengku Heidi menyinis.

Luke ambil peluang untuk melarikan diri dari rumah Tengku Heidi. Begitu juga dengan Eric. Tinggallah Danial yang masih teragak-agak. Sama ada mahu melompat keluar dari tingkap, ataupun meminum air kopi buatan Tengku Heidi.

"Tak ada pilihan lain,"

Mahu keluar melalui pintu. Pintu terlebih dahulu dikunci oleh Tengku Heidi melalui alat kawalan jauh. Sekarang dia sudah tak punya pilihan selain melompat keluar dari tingkap.

Beg laptop, kunci kereta turut diambil dari atas meja. Tanpa berlengah, dalam kiraan tiga. Danial melompat tanpa kerisauan dan terjatuh di dalam semak.

Tengku Heidi menghampiri tingkap. Tak adalah nak tinggi mana. Setakat dua anak tangga saja. Lagi pula, rumah teres dua tingkat itu bukan tinggi mana pun.

"Padan muka! Kau ingat aku dah gila ke nak suruh kau orang minum kopi tu? Mungkin kalau aku dah jadi gila. Kau orang orang pertama yang akan minum." Tengku Heidi tergelak besar. Ingat dia sudah hilang akal kah? Luke.. Luke saja berpura-pura. Mana mungkin dia dapat menahan kemanisan air kopi buatan Tengku Heidi.

Danial bangun dan membersihkan baju putihnya. Danial mengangkat jari tangan kiri berbentuk mini love, kemudian berubah pula pada jari tengah sambil menjelirkan lidah. Dani berpusing ke belakang dan menepuk punggung nya sendiri.

"Catch me if you can!"

"Tak guna! Kau tunggu. Kau tunggu aku jual spender kau kat shopee." Tengku Heidi merengus kegeraman dan berjalan masuk ke dalam rumah.

Pandangan mata terpacak pada sesusuk tubuh asing yang sedang berdiri menghadap papan putih. Gambar Aliya dan Alisa dicabut dan dihala ke Tengku Heidi.

"You know them?"

Tengku Heidi tidak menjawab. Malah bergerak mengambil kayu hoki untuk dijadikan sebagai senjata. Jika dilihat dari luaran, lelaki ini bukan calang-calang orangnya.

"Relax. Aku kat sini bukannya nak cari gaduh kat kau. Aku kat sini untuk beritahu kau."

"Beritahu pasal apa?" soal Tengku Heidi.

"Musuh sebenar..."

"Ada di depan mata kau,"

********

Kamera cctv litar tertutup sekitar kawasan kejadian tidak memaparkan sebarang maklumat balas. Apa yang mengelirukan, si pelaku seolah-olah sudah merancang dari awal untuk membunuh pasangan kembar itu. Kerana tiada satu pun saksi yang melihat. Sudah hampir dua minggu lebih sejak kes pembunuhan itu berlaku, namun belum ada kata jawapan yang ditemui.

Nota kecil yang bertulis alamat rumah Pakcik Kassim dipandang lama oleh Fay. Benarkah terdapat seorang saksi yang melihat kejadian itu? Adakah dia dapat merungkaikan misteri psychopath licik? Adakah ia berkait dengan White Mask?

Tidak mustahil untuk semua itu berlaku.

Di hadapan rumah Pakcik Kassim. Bersama sebakul buah-buahan di tangan kanan. Fay mengetuk pintu berulang kali sambil memberi salam.

"Assa..."

"Kau nak apa lagi dari aku, Hazman?"

Berkerut keningnya sebaik Pakcik Kassim memanggil Fay dengan nama Hazman.

"Err.. pakcik. Pakcik silap orang ni. Saya bukan Hazman,"

"Hah?! Habis itu kamu ni siapa pula?"

"Saya Fayyadh. Bukan Hazman." jelas Fay.

"Ohh.. Fayyadh. Eh, Fayyadh. Kamu ni siapa? Kamu nak apa dari Pakcik? Kalau kamu ni orang yang Hazman suruh datang ke rumah pakcik, sudah-sudah lah nak. Pakcik tetap dengan pilihan pakcik. Pakcik taknak jodohkan anak pakcik dengan si Hazman tu." panjang lebar hujah Pakcik Kassim.

"Eh, bang kenapa tu? Kenapa tak ajak masuk ke rumah dulu?" Sampuk Makcik Kamariah. Fay dihadapan sudah tersengih seperti kerang busuk.


"Oh... macam itu rupanya. Jadi... Kamu nak apa dari anak pakcik?" soal Pakcik Kassim.

Kaira. Satu-satunya anak pasangan suami isteri itu yang baru saja bertolak ke Kuala Lumpur setelah mendapat pekerjaan di sana.

"Sejujurnya... saya tak berkuasa untuk mengendalikan kes diluar bidang saya. Tapi bila berkait dengan isteri saya. Saya tak dapat nak berdiam diri. Nyawa isteri saya dalam bahaya. Dan saya berharap... Pakcik, Makcik, Kaira, dapat membantu saya untuk menyelesaikan kes ini."

Sayu hati Makcik Kamariah. Bila dilihat dari wajah cerah itu, dari pandangan mata, tentu saja banyak yang sudah dia lalui. Namun tidak dapat disuarakan.

"Makcik bukan apalah... Makcik kesian tengok kamu ni, Fayyadh. Tapi makcik tak dapat nak buat apa-apa. Kaira dah bertolak ke Kuala Lumpur pagi tadi. Makcik takut... Bila kamu ceritakan perkara sebenar dekat Kaira, Kaira akan terkejut. Makcik risaukan keselamatan Kaira, tapi kesian kan kamu Fayyadh." ujar Makcik Kamariah panjang lebar.

Fay mengangguk faham. Dia tidak boleh memaksa.

"Macam beginilah, kalau ada apa-apa kami akan maklumkan." Pakcik Kassim melepaskan nafas berat. Di saat ini, nyawa Kaira juga terancam. Patutlah sejak dua menjak dia berasa kurang sedap hati tentang tawaran pekerjaan yang Kaira dapat. Namun, atas pujukan sang anak. Pakcik Kassim merelakan satu-satunya puteri mereka keluar demi mencari sesuap nasi.

Sudah diberitahu berkali-kali dia masih mampu untuk menyara keluarga kecil mereka. Tetapi, bila di fikir isterinya menghidapi kanser hati dan memerlukan rawatan segera. Atas permintaan Kaira, dia merelakan kepergian itu dengan hati yang berat.

"Fayyadh," panggil Makcik Kamariah. Fay berhenti mengorak langkah dan berpusing ke belakang. Makcik Kamariah menghulurkan seplastik berisi mangga muda yang baru dipetik pagi tadi.

"Kamu cakap Izyan suka sangat makan mangga kan? Tolong bagi dekat dia. Makcik doakan semoga Izyan cepat sembuh."

Fay mengangguk perlahan. "Insya Allah,"

Baru beberapa tapak dia melangkah menuju ke pintu keluar. Telefon bimbit Pakcik Kassim berdering dengan kuat.

"Kaira.. Kaira.. tolong, jangan putuskan panggilan ni. Ayah akan datang selamatkan kamu. Kaira? Kaira? Jawab Kaira!" jerit Pakcik Kassim, dia jatuh terduduk di atas lantai.

"Ya Allah, abang bawa mengucap. Kenapa ni abang? Apa yang jadi dekat Kaira? Jawab bang!" desak Makcik Kamariah. Tanpa sedar, air matanya laju menitik dipipi.

"Ka.. Kaira dalam bahaya!"

"Astaghfirullahalazim. Macam mana ni bang?"

"Abang tak tahu Riah. Kaira cakap tak payah bagitau dekat sesiapa termasuk pihak berkuasa. Allahuakbar..." Pakcik Kassim meraup kasar wajahnya.

"Jangan risau, serahkan hal ni pada saya."

"Fayyadh?" soal Makcik Kamariah.

"Saya lupa perkenalkan diri saya. Saya Nik Fayyadh, kapten pasukan khas. Saya berjanji akan bawa Kaira pulang dengan selamat. Kerana nyawa isteri saya juga terletak pada Kaira. Kaira satu-satunya saksi dalam hal ini, dan Izyan merupakan kunci."

Pakcik Kassim berdiam diri sebelum kembali memandang wajah Fay.

"Tolong.. selamatkan Kaira!"











Vote dan komen!
Apa macam? Best dakk?

BαΊ‘n Δ‘ang đọc truyện trΓͺn: Truyen2U.Pro