Bab 56

Màu nền
Font chα»―
Font size
Chiều cao dòng

π‘³π’–π’Œπ’‚ π’…π’Š π’‰π’‚π’•π’Š, π’‚π’Œπ’‚π’ π’Œπ’– π’ƒπ’‚π’˜π’‚ π’”π’‚π’Žπ’‘π’‚π’Š π’Žπ’‚π’•π’Š


Imbas Semula

Ho Chi Minh, Vietnam

2007




Beralaskan kotak, mereka berdua tidur di tepi lorong bertemankan sinaran dari sang rembulan. Farhad tidak dapat memejam mata meskipun dia mencuba keras untuk masuk ke alam mimpi. Si Adik pula bergerak kiri dan kanan, terganggu tidurnya akibat bunyi bising dari nyamuk. Tidak dapat bertahan, Farhad bangun dan mengusutkan rambut yang sedia kusut.

"Adik tak dapat nak tidur,"

Farhad tersenyum kecil. Tahu benar adik nya itu kurang selesa. Farhad menepuk manja peha adik nya, sehingga mata yang terbuka luas tertutup dengan perlahan. Lagu berjudul Over the rainbow, nyanyian Judy Garland dinyanyikan oleh Farhad.

Somewhere over the rainbow

Way up high

There's a land that i heard of once in the lullaby

Somewhere over the rainbow

Skies are blue

And the dreams that you dare to dream, really do come true

Farhad berhenti menyanyi setelah dengkuran halus dari si Adik kedengaran. Farhad duduk berpeluk lutut. Kepala diangkat memandang sepi nya malam.

"Far tak pernah minta dilahirkan dalam keadaan ini. Far tak pernah berharap dapat lebih dari itu. Far cuma mahukan Ayyadh hidup dengan baik. Kenapa... Kenapa Ibu dan Ayah pergi tinggalkan Farhad?"

Farhad menyoal diri sendiri. Adakah kelahirannya ke dunia itu merupakan satu petanda malang yang perlu di jauhi oleh mereka? Adakah dia tidak layak untuk hidup bahagia? Seperti orang lain, dia juga memiliki keinginan untuk menyambung pelajaran dan mencapai cita-cita. Dari kecil lagi dia berniat ingin menjadi seorang doktor. Selain dia dapat menjaga adik nya, dia dapat meringankan beban orang lain.

Dalam tak sedar, air matanya menitik laju dipipi. Tubuh yang lenguh memaksa Farhad berbaring semula di atas hamparan kotak.

Dia baru berusia 10 tahun. Dia belum bersedia untuk menerima kehilangan Puan Nabella dan Encik Fuad.

Mentari terpancar hangat di kaki langit. Mengusir taburan bintang yang menunggu malam untuk beraksi. Burung-burung kecil yang hinggap di dahan pokok menyanyikan melodi pembuka hari. Kelopak mata diangkat dengan perlahan. Mata digosok berkali-kali, sebelum pandangan yang kabur beransur jelas. Kelibat si Adik langsung dicari.

"Ayyadh! Ayyadh!" Farhad bingkas bangun dari tempat tidur. Kiri dan kanan matanya meliar mencari Fay.

Sekembalinya Fay dari kedai roti, dia berasa pelik melihat Abang nya terjerit-jerit seperti mencari sesuatu.

"Adik dekat sini!" laung Fay kecil sambil melambai. Gigi rongak di hadapan di tayang dengan senyuman.

"Ya Allah, adik! Adik pergi mana?" soal Farhad bimbang. Fay tersengih kecil sambil menunjukkan seplastik roti berperisa coklat.

"Nah, untuk abang." Fay menghulur seplastik roti yang baru siap di bakar.

"Dapat duit dari mana untuk beli roti ini? Adik tak curi, bukan?"

Farhad tahu niat adik nya itu baik. Tetapi, mereka sanggup menahan lapar berbanding meminta makanan daripada orang lain.

"Hish! Mana ada. Adik tak curi lah. Tadi... masa adik tengah jalan-jalan. Ada seorang budak lelaki yang tua sikit dari adik tiba-tiba bagi adik duit. Pada mulanya, adik tolak. Tapi dia paksa adik. Nak tak nak adik ambil je lah. Adik tak curi pun! Bluerk." jelas Fay panjang lebar. Farhad mengangguk faham.

"Hmm... Abang tahu Ayyadh takkan buat macam tu."

Seketika berlalu, mereka berdua kembali mengutip tin minuman. Ke mana Farhad pergi, pasti diikuti oleh Fay. Tidak mengira penat lelah pada hari itu, mereka berdua pasti akan ada hikmah di sebalik itu. Akan ada pelangi petang mewarnai langit, menghalau gelap nya mendung yang membawa tumpahan hujan.

"Abang, adik teringin sangat nak jadi macam dia orang." ujar si Adik. Bas yang membawa sekumpulan pelajar tahfiz baru saja melintasi jalan di hadapan mereka.

Farhad tunduk dan memegang bahu adiknya.

"Abang tahu dia orang dekat mana."

Mengambil masa selama beberapa minit untuk sampai ke surau. Mujurlah Farhad tiba sebelum masuk nya waktu solat Asar. Dapat lah dia mengajar adik nya cara berwuduk, dan sembahyang berjemaah.

"Abang kita dekat mana?" soal Fay, matanya sibuk memerhati sekeliling. Tidak pernah dia melihat tempat yang begitu indah.

"Ibu cakap... Kalau kita nakkan sesuatu, kita kena berusaha. Tapi, pada masa yang sama. Kita kena berdoa," jelas Farhad sambil tersenyum manis.

"Kalau macam tu adik nak doakan Ibu! Lepas tu adik nak doa, adik dapat makan sedap-sedap. Macam ayam goreng, pie epal,"

"Adik..." celah Farhad. Farhad tergelak kecil mendengar permintaan dari adiknya itu.

Laungan azan mula berkumandang. Tanpa berlengah, selipar di tanggalkan dan di simpan ke dalam rak kasut. Farhad dan Fay melangkah masuk ke dalam surau lalu mengambil tempat di saf kedua paling belakang.

Seusai menunaikan solat secara berjemaah, mereka berdua berjalan keluar dari surau.

"Adik lapar," Fay menggosok perut yang mula kempis di hadapan Farhad.

"Abang pun lapar juga." balasnya perlahan.

Farhad berhenti melangkah. Berjarak sedikit dari mereka, terdapat sekumpulan lelaki berpakaian serba hitam sedang mencari sesuatu di tempat mereka berdua tidur. Beg pakaian di bongkar, anak patung kegemaran Fay dicampak ke tepi longkang. Kotak-kotak yang tersusun rapi di sebelah mereka di hamburkan semula. Begitu juga dengan tin minuman yang perlu mereka jual.

"Miao..." Farhad menekup mulut si adik.

Dia tahu itu siapa. Dia tahu siapa yang mereka cari.

Jari telunjuk di bawa tepat ke bibir. "Shh... Jangan bising."

Fay menurut tanpa bantahan. Tidak menunggu lama, Farhad mendukung tubuh kecil Fay. Bersedia untuk berlari pecut.

"Tak guna! Dekat situ rupanya kau!" jerit salah seorang konco-konco Derek.

"Jangan... Jangan toleh ke belakang, Ayyadh," pesan Farhad. Fay mengangguk pantas. Kepala dipaling ke hadapan.

Nafas yang terputus-putus memaksa Farhad memperlahankan lariannya. Berasa kasihan terhadap si Abang. Fay kecil memutuskan untuk berlari bersama Farhad. Farhad pula menggengam erat tangan adiknya, tidak akan terlepas walau apa jua yang akan berlaku.

"Aduh!"

Serpihan kaca menembusi telapak kaki Farhad. Fay menoleh ke belakang, melihat si Abang meringis kesakitan.

"Pergi! Selamatkan diri adik!" jerit Farhad. Fay menggeleng perlahan. Dia tidak akan meninggalkan abang nya, seperti apa yang dilakukan oleh orang tua mereka.

"Tak nak!" balas Fay. Sedaya upaya, dia memapah tubuh Farhad yang jauh lebih besar berbanding dia. Tidak jauh dari situ, dua beradik menyembunyikan diri di sebalik tong sampah yang berada di hadapan mereka.

Tempikan kuat berserta kata carutan menyapa hujung telinga. Walaupun bau busuk menikam ke dalam hidung, hanya itu tempat yang mereka rasakan selamat. Beberapa minit berlalu, barulah kelibat-kelibat lelaki berpakaian serba hitam menghilangkan diri. Fay menghembus nafas lega. Tetapi tidak pada Abangnya.

Sepenuh tenaga, Fay membawa Farhad ke tempat mereka. Mencari kain bersih yang dapat menekup luka. Selesai saja luka di bersihkan, dan di sapu ubat. Balutan kemas pada telapak kakinya dipandang lama oleh Farhad. Seakan tidak percaya adik lelaki yang baru berusia 7 tahun sudah pandai membalut lukanya. Fay tersenyum bangga.

Patung beruang berwarna merah jambu yang bernama Miaomiao di cari oleh si Adik. Sedih dia melihat Miaomiao comot dengan lumpur.

"Abang tengok ni..." Fay mengangkat Miaomiao ke udara, menunjukkan keadaan patung yang perlu di bersihkan.

Terbit senyuman di bibir lesu Farhad. Ingin dia bangun dan mendapatkan si Adik. Tetapi, luka di telapak kaki tidak mengizinkan. Sudah nya, Fay sendiri yang memutuskan untuk membersihkan Miaomiao. Patung beruang merah jambu tersidai di ampaian. Sesekali bergerak bila di tiupi angin. Si Adik duduk berpeluk lutut sambil melihat ke arah Miaomiao. Kemudian, beralih pula pada Farhad di sebelah.

"Abang, siapa dia orang tadi tu? Kenapa dia orang datang cari kita? Kita ada buat salah ke?" tanya Fay bertubi-tubi. Farhad menggaru kepala yang tidak gatal itu.

Dia melepas nafas. "Abang tak tahu kenapa dia orang cari kita, Ayyadh. Dan abang tak pasti kalau Ibu tahu pasal itu."

"Tahu pasal apa abang?" Kocek seluar diperiksa. Terdapat tiga biji gula-gula berperisa mangga, dan strawberi di bawa keluar dari kocek. Kulit di buka, isi nya disumbat masuk ke dalam mulut.

"Tak ada apa-apa. Ayyadh! Dah berapa kali abang cakap, Ayyadh tak boleh makan gula-gula. Tengok, gigi Ayyadh dah serupa macam baju Abang." Tunjuk Farhad pada baju lengan pendek yang dia sedang pakai. Berlubang kecil, dan comot dengan kotoran.

Fay tersengih menayangkan barisan gigi rongak.





Kali itu... Kali terakhir aku berdiri di sini.

Tiga tahun kemudian...

Ho Chi Minh, Vietnam

2010

Muncung topi diturunkan ke bawah sebaik tubuh kecilnya melintasi orang ramai. Kiri dan kanan, manusia saling berjalan dengan perbualan kecil. Dalam tak sedar, dompet si mangsa sudah berada di tangan Fay.

Dia di tinggalkan oleh Abang nya. Di tinggalkan oleh Ibu, dan Ayah nya. Kini, dia bersendirian. Dia sudah tak punya apa-apa untuk di banggakan.

Hasil duit curian akan di sumbangkan ke rumah anak-anak yatim. Mangsa seterusnya pula ialah Gung Yik si kaki botol. Berapa ramai wanita yang menjadi mangsa kekerasan lelaki itu? Bukan itu saja, malah setiap kali mereka bertindak membuat laporan polis. Gung Yik si kaki botol selangkah di hadapan mereka. Cukup dengan menyogok cek bernilai beratus ringgit, mudah saja dakwaan digugurkan ke atas lelaki itu. Sekarang... giliran nya untuk membalas. Dia akan mencuri barangan berharga yang di miliki oleh Gung Yik.

Cincin berlian.

"Fay!" jerit Su Li dari belakang. Fay menoleh dan tersenyum ke arahnya.

Su Li, dan Qin Mo. Mereka berdua ialah rakan sepasukan Fay.

"Jadi... apa rancangan kau selepas ini?" soal Qin Mo, berusia 11 tahun. Manakala Su Li berusia 12 tahun.

"Target kita seterusnya ialah Gung Yik."

"Fayyadh..." seru seseorang dari belakang.

Fay berhenti melangkah, begitu juga dengan Su Li dan Qin Mo.

"Ada apa, Fay?" tanya Su Li.

Fay berpusing ke belakang, menghadap tubuh yang merenung sayu ke arahnya.

"Uncle minta maaf. Uncle tahu Uncle salah,"














Happy reading...

BαΊ‘n Δ‘ang đọc truyện trΓͺn: Truyen2U.Pro