H-03

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Puan Hong mula menghenyakkan pungggungnya dia atas sofa kulit yang berwarna hitam. Setiap sudut rumah itu dipandang sekilas.

"Kertas dinding semua dah lusuh, nak ahjumma gantikan untuk kamu ke?"

Terus Jisoo menggeleng kecil. Cawan yang berisi teh dihulur sebelum dia melabuhkan punggungnya di hadapan puan Hong.

"Ahjumma datang sebab nak cakap tentang-"

Belum sempat wanita itu menghabiskan ayatnya lantas Jisoo memotong.

"Saya takkan pergi. Kalau diorang datang sini saya takkan benarkan"

Wanita separuh abad itu mengeluh kecil. Dia faham akan perasaan Jisoo yang mengalami kesukaran untuk berada di luar walau di halaman rumahnya sekali pun.

"Ahjumma nak tanya sikit"

"Apa perasaan kamu lepas komik kamu dapat sambutan ramai?"

Lelaki itu menunduk. Sukar baginya untuk mengatakan apa-apa sekarang. Sejujurnya dia keliru dengan perasaannya sekarang. Mungkin rasa kosong? Hujung jari telunjuk dimainnya sebelum bersuara.

"Mollaseo"

Itu sahaja yang keluar dari belahan bibirnya. Melukis memang menjadi impiannya sejak kecil. Siapa sangka komik pertamanya telah mendapat sambutan di seluruh korea. Tidak kira tua, muda malah kanak-kanak pun suka membaca komik hasil dari tangannya.

"Kamu betul-betul mahu tolak temu ramah tu?"

Soal puan Hong lagi. Lama juga lelaki itu mendiamkan dirinya sebelum dia berdiri.

"Ahjumma baliklah" Ujar Jisoo. Puan Hong sekadar mengangguk. Dah agak Jisoo takkan setuju untuk ditemu ramah. Terus wanita itu berdiri. Bersiap sedia ingin pulang.

"Lagi satu, ahjumma akan panggil pakar psiaktri untuk kamu. Ceritalah apa yang kamu nak cerita. Percayakan dia"

Jisoo mendiamkan diri lagi. Tidak dapat tangkap kata-kata makciknya. Beberapa saat kemudian terus dia melangkah laju lalu dilaung suara sekuat hati memanggil makciknya. Terus puan Hong memandang jejaka itu. Jisoo mendekati puan Hong yang sedang berdiri berdekatan dengan kereta miliknya.

"Siapa? Saya tak perlukannya. Ahjumma tolong jangan masuk campur hal-"

"Kamulah satu-satu harta peninggalan ayah kamu. Kamu dah jadi tanggungjawab ahjumma sejak kematian dia jadi ahjumma nakkan yang terbaik untuk kamu. Jangan bersembunyi lagi. Keluarlah"

Senyuman sinis diukir jejaka itu. Kata-kata itu tidak memberi impak kepadanya. Dia tidak meletakkan niatnya untuk keluar. Sungguh sedikit pun.

"Malangnya saya takkan termakan dengan pujukan ahjumma"

Jisoo mendepakan tangan kanannya tanda menyuruh wanita itu pergi dari situ. Puan Hong mengangguk kecil. Dia bersuara lagi buat kali terakhir sebelum meninggalkan rumah milik Jisoo itu.

"Dan malangnya ahjumma takkan mengalah dan meletakkan setitik niat pun"

Bahu milik lelaki itu ditepuk perlahan lalu puan Hong memasuki ke dalam kereta yang berwarna hitam. Jisoo hanya sekadar melihat bayangan kereta itu yang kian menjauh lalu dia melemparkan pandangannya ke arah hutan tebal yang mengelilingi seluruh kawasan rumahnya.

Rumah ini dibina dengan penuh teliti dan juga privasi di sini cukup terjaga jadi mana mungkin dia senang-senang sahaja mahu membiarkan kawasan ini diketahui orang luar. Terus dia melangkah memasuki ke dalam rumah. Sekali pandang memang nampak macam rumah usang tetapi itu hanyalah dari sudut luaran sahaja. Apabila lihat isi di dalam rumahnya ia cukup mewah dan gah.

"A-argh.."

Secara tiba-tiba kepalanya berpusing. Jisoo cuba untuk menampung tubuhnya dengan memegang meja kerjanya.

"J-jangan..."

"T-tolong.."

Entah bagaimana kepalanya yang sakit itu secara tiba-tiba hilang dengan perlahan. Dia mengerutkan dahinya. Hairan. Kenapa sakitnya itu secara tiba-tiba menghilang dengan cepat? Nafas yang laju kini kembali reda. Dadanya disentuh seketika. Terasa tenang seperti biasa. Satu hembusan nafas dilepas lega. Mujurlah tidak berlaku apa-apa yang buruk.

━─━────༺༻────━─━

"Yah! Jangan larilah! Berhenti!!"

"N-noona! Tunggulah!"

Tercungap-cungap lelaki itu berucap dek kerana berlari terlalu laju. Si gadis itu mengabaikan lelaki yang jauh ketinggalan di belakang malah dia berlari mengejar penyeluk saku di hadapan. Walau penat macam mana sekali pun dia perlu teruskan juga mengejar penyeluk saku itu. Tanpa berlengah dia berlari mengikut jalan pintas. Mujurlah dia tahu selok belok kawsan itu.

Tidak sampai beberapa minit, Seungkwan kelihatan berada di hadapan Gahyeon. Bersungguh-sungguh dia memecut. Tangannya sikit lagi ingin mencapai kolar baju lelaki di hadapannya. Dan akhirnya dia dapat juga lelaki tersebut.

"Mana dompet tu?! Bak sini!"

"Eobseoyo" Ujar lelaki itu sambil mengerut dahinya sakit kerana Seungkwan sempat memusingkan kedua lengan lelaki itu di belakangnya.

Gahyeon yang baru tiba terus menyeluk kesemua poket lelaki itu untuk mencari dompet tersebut. Namun hampa tiada.

"Mana kau sembunyikan??"

Lelaki itu tersenyum sinis.

"Pertama kali aku tengok polis sebodoh korang. Korang ingat dompet tu betul-betul ada pada aku?"

Seungkwan yang masih memegang kedua lengan lelaki itu sudah mula naik angin. Terkumat kamit dia menyumpah seranah penyeluk saku itu. Ingin sahaja dia menumbuknya tetapi ditahan.

"Macam mana ni noona?"

Gahyeon memandang wajah Seungkwan dengan penuh buntu. Sudahlah penat dengan kejar-mengejar ditambah pula dengan dompet mangsa tidak dapat dijejaki.

Secara tiba-tiba dompet yang berwarna kelabu cair dilempar seseorang sehingga membuatkan Gahyeon sempat menyambutnya.

"Ambil ni, aku jumpa dekat semak tadi. Bawa dia ke balai"

Mujurlah Chuljin datang. Segera Seungkwan membawa penyeluk saku itu mengikuti langkah-langkah Chuljin. Pandangan Gahyeon meliar mencari pemilik dompet tersebut.

"Eh kejap tadi aku masuk lorong mana eh?"

Belakang kepala yang tidak gatal digaru sekilas. Maklumlah dia tidak tahu selok belok kawasan di situ.

Terus matanya tertangkap ke arah seorang gadis yang lengkap memakai pakaian sut sambil berlari anak ke arahnya. Itulah pemiliknya.

"I-ini dompet saya cik"

"Ambil ni"

Terus dihulur dompet itu pada si gadis tersebut. Gahyeon tersenyum senang saat gadis itu menunjukkan rasa syukur di wajah.

"Jangan risau lelaki tu dah dibawa ke balai. Cuba periksa ada apa-apa yang hilang tak?"

Gadis itu menggeleng kecil lalu melemparkan satu senyuman manis. Kepalanya laju sahaja menunduk kecil tanda terima kasih. Mujurlah tak ada hilang apa-apa. Terus mereka mengatur langkah berlalu pergi dari situ.

· · ─────── ·𖥸· ─────── · ·

To Be Continued..

꒰💌꒱ jajjang's messege: haii?? Hehe voteu andeu commenteu juseyo~~hee keep reading okay? babai muah! AHAHAHAHHA

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro