H-10

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Please save me from here
Far away
Please take my hand
Closer way

╭────╮

⏯ part 1
somewhere by O3on

╰───╯

"Cakaplah apa yang kau nak cakap. Luahkan apa yang kau pendam"

Jari-jemari dimain oleh si lelaki itu. Pandangannya jatuh memandang lantai yang berwarna kelabu cair sementara Bitna hanya memandang tingkah-lakunya.

"B-boleh aku percayakan kau..?" Jisoo mengangkat wajahnya. Iris hitam kini bertembung dengan iris milik si gadis itu.

"Itu semua bergantung pada diri kau. Kalau kau tak percayakan aku, kau takkan panggil aku datang ke sini"

Sekali lagi pandangannya jatuh. Jari-jemari yang tenang dimain sebentar tadi lantas bergetar begitu juga bibirnya.

"A-aku..nampak d-dia..."

"Kau nampak? Siapa dia..?"

Lelaki itu memegang kepalanya yang mulai sakit. Matanya di pejam rapat cuba menahan kesakitan itu.

zzup!

"O-omma.."

"Eodi kkaji watna.."

Mata yang di pejam kini dicelik kembali. Lantas pandangannya beralih pada Bitna. Tanpa sedar permata yang berada di tubir kini jatuh mengalir di pipi perlahan. Peristiwa itu cukup membuatnya ketakutan.

"Jisoo?"

"Aku tak boleh, kau baliklah"

Dia berdiri namun sempat pergelangan tangannya ditahan. Si gadis itu menatap dengan penuh dalam ke arah anak mata jejaka itu. Lama mereka menatap sesama sendiri.

"Aku betul-betul nak tolong kau"

Jisoo hanya mendiamkan diri saat mendengar ayat yang keluar dari celahan bibir Bitna.

Dia dapat merasakan tatapan ikhlas yang diberi si gadis di hadapannya. Adakah dia mampu untuk mengubah kehidupannya? Itulah persoalan yang terdetik di hatinya sekarang ini.

"T-tolong aku..."

━─━────༺༻────━─━

Terlihat seorang lelaki sedang menolak troli yang dipenuhi dengan beberapa buah buku. Senyuman manis diberikan kepada dua orang gadis yang sedang melihatnya. Troli yang ditolak akhirnya dihenti oleh lelaki itu. Tangannya ligat menyusun buku-buku mengikut kategori.

Sedang dia kusyuk menyusun buku-buku itu, tangannya secara tidak sengaja terjatuhkan sebuah buku yang agak tebal. Dia duduk mencangkung lalu satu keluhan dilepas.

'The H written by Gilbert William'

Satu senyuman sinis diukir perlahan saat dia memandang tajuk yang tertera di kulit buku yang berwarna biru tua. Buku itu ialah salah satu buku kegemarannya.

"Terima kasih di atas ilmu yang amat berguna" Ujar Kyung bersama nada datarnya. Buku itu diletak ke dalam rak besar sebelum dia menolak kembali troli itu.

"Kyung!"

Dia mengalihkan tubuh badannya melihat empunya suara yang memanggil namanya. Satu senyuman manis dilempar pada gerangan yang sedang mendekatinya.

"Kau buat apa kat sini?" Soal lelaki itu.

"Macam yang kau nampak, aku kerja sambilan kat sini" Jawabnya sambil bermain trolinya itu. Mereka berdua memulakan langkah mereka sambil berbual.

"Kau sekarang kerja apa? Dah lama tak nampak kau sejak graduasi"

"Aku sekarang jadi pengawal keselamatan di kampung Chiseong"

Kyung sekadar menganggukkan kepalanya tatkala mendengar jawapan dari Yubin. Suasana agak kekok bagi Yubin kerana sudah lama mereka tidak berjumpa. Belakang lehernya digosok bagi menghilangkan rasa kekok di hati.

"B-boleh tolong sarankan buku mana yang paling seronok bila dibaca?"

Kyung memberhentikan langkahnya sambil matanya teliti mencari buku yang dia ingin sarankan kepada Yubin. Sebuah buku kanak-kanak dihulur.

'The Goose Girl by Brothers Grimm'

"B-buku dongeng?"

"Eung! Dah banyak kali aku baca. Memang best" Semangat Kyung berucap lalu mereka kembali menyambung langkah mereka di dalam perpustakaan besar itu.

Yubin tersenyum kekok. Bukannya apa, dia tidak menyangka bahawa rakannya itu akan sarankan buku kanak-kanak kepadanya.

"A-aku pergi dulu. Terima kasih"

Terus Yubin mengatur langkahnya meninggalkan Kyung yang masih melihat bayangannya.

· · ─────── ·𖥸· ─────── · ·

To Be continued..

💌 : Send vote and comment juseyo hehe. Barulah ada semangat nak publish agagaga. Nah love ♥♥ hehe

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro