H-13

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

❝ I'll take it away before your
stumble, I'll stay by yourside
until your survive❞

╭────────╮

Winter flower
by
Younha
ft RM
╰────────╯

"Taknak masuk?"

Jisoo hanya diam membisu. Tubuh yang disarung gaun berwarna biru laut dilihat seketika. Hatinya tertanya-tanya bagaimana kehidupan di sana? Adakah keadilan masih wujud? Kekejaman masih berlarutan?Dia perlu keluar untuk menuntut keadilan namun ketakutan ini telah menguasai diri dengan sepenuhnya.

"A-aku.."

Dia menggenggam erat hujung kotnya yang berwarna coklat gelap. Sungguh erat. Kini keputusan berada di tangannya.

"Aku akan tolong bawa dia ke muka pengadilan. Dia layak dihukum sekerasnya"

Dua pasang iris kini bertembung. Buat pertama kalinya gadis bernama Won Bitna itu berbicara dengan penuh keikhlasan. Dia sendiri bingung mengapa dia berucap seperti itu. Namun dia akui perasaan ikhlas telah muncul di dalam hatinya.


━─━────༺༻────━─━

Seluruh pencakar langit dilihat dengan penuh kekaguman. Sungguh dia tidak percaya bahawa terdapat bebera bangunan yang amat tinggi. Apabila dilihat diri Jisoo sekarang ini sungguh comel. Tidak ubah seperti kanak-kanak. Tanpa sedar senyuman kecil diukir oleh Bitna.

"Sungguh berbeza.."

"Tetapi ia padat.."

Gumam Jisoo sendirian. Sudah hampir sepuluh tahun dia hidup di dalam rumah yang dikelilingi hutan tebal dan kini dia dapat melangkah keluar dari zon selesanya.

"Itu apa?" Polos dia menyoal.

Bitna mengikuti arah jari telunjuk jejaka itu yang sedang melekat di cermin kereta.

"Oh, itu dron" Ringkas Bitna menjawab namun Jisoo masih tidak dapat mengerti benda apa yang disebut gadis di sebelahnya.

Pemandu mula memberhentikan kereta mereka. Kini mereka berada di sungai Han yang terbentang luas. Jisoo bingkas keluar dari perut kereta.

Angin yang menampar rambutnya tidak dihiraukan malah kedua anak matanya tertumpu pada sungai Han itu. Sudah lama dia tidak ke sini.

Di sinilah terdapat kenangan manis yang diukir sebelum pemergian kedua orang tuanya. Sungai Han menjadi tempat kegemaran mereka kerana keindahan alam semula jadi. Sungguh dia amat merindui keluarganya.

"Ia tak berubah.."

Bitna mendekati Jisoo sambil memeluk tubuhnya. Matanya juga tertumpu pada sungai Han.

"Macam mana? Apa perasaan kau bila dapat keluar?" Dia memulakan perbicaraan.

"Menarik, aku tak sangka aku dapat keluar" Jawab Jisoo.

"Tetapi dengan mudahnya.." Sambungnya lagi setelah dia menggantungkan ayatnya seketika. Pandangannya kemudian beralih pada bangunan jauh yang terletak di seberang sungai.

"Ini baru sahaja permulaan. Ada banyak lagi yang kau perlu buat. Kau perlu cari dia, cari bukti dan bawa dia ke muka pengadilan"

Kini Jisoo memandang pula wajah Bitna. Sedar akan wajahnya direnung dengan pandangan seakan-akan buntu, lantas dia menyambung kembali perbicaraannya.

"Jangan risau, aku dah cakap aku akan tolong kau"

Jawapan itu cukup membuatkan si jejaka itu lega. Kalaulah dia masih berkeras dengan pendiriannya sebelum ini mesti dia tidak dapat melangkah ke kota ini. Dan pertolongan ini mungkin tidak akan berlaku. Nampaknya tuhan sedang membantu melalui seorang insan yang dihantarnya. Sungguh dia berterima kasih.

"T-terima kasih.." Dia berasa sebak. Entah mengapa sebabnya. Cecair jernih yang berada di tubir ditahan dengan sepenuh hati.

Bitna mengetahui bahawa jejaka itu sedang menahan tangisannya namun dia sengaja tidak memandang wajah jejaka itu.

━─━────༺༻────━─━

To Be Continued..

💌 : Keep vote and comment. Thank you♡♡♡

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro