H-24

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Satu ketukan mulai kedengaran di ruangan bilik itu. Wajah Jisoo mulai muncul di sebalik pintu yang dikuak kecil.

Jejaka kacak itu mendekati Bitna sambil menguntum senyumannya.

"Sibuk ke?"

Bitna menggeleng perlahan. Tetapi irisnya masih lagi menatap skrin komputer riba.

"Kenapa kau datang? Hari ni tak ada janji temu rasanya"

"Dah makan?"

Soalan yang di lemparkan oleh si gadis itu sengaja Jisoo tidak menjawabnya malah dia pula yang menyoal Bitna.

Jisoo tersenyum saat Bitna menggeleng kecil tanda dia masih belum mengisi apa-apa makanan di dalam perutnya.

"Jom kita pergi makan, biar aku yang belanja kau"

Terus melebar senyuman Bitna. Siapa je tak suka bila ada orang pelawa ingin belanja bukan? Inilah peluang keemasannya.

"Jom"

Ujar Bitna separuh teruja. Komputer riba yang masih bernyala itu ditutupnya. Lantas dia mencapai beg miliknya.

Tanpa sedar satu senyuman dikeluarkan namun sempat si gadis itu sedar akan senyuman manis yang dilempar oleh jejaka kacak itu.

"Kenapa senyum macam tu? Ada apa-apa kat muka aku ke?"

Pipi mulusnya diusap kecil. Takut jikalau ada sesuatu di wajahnya.

"T-tak ada apa-apa"

Tanpa berlengah jejaka tersebut bergerak melangkah keluar dari ruangan itu terlebih dahulu.

━─━────༺༻────━─━

Iris coklat itu memandang tempat yang baru sahaja mereka jejaki. Cakap nak pergi makan kenapa lelaki ini membawa dia ke tempat sebegini pula?

"Kau yakin nak makan kat sini?"

"Eung. Jangan risau, aku dah bawa makanan dari rumah. Tengok ni"

Beg berisi makanan diangkat paras wajahnya sambil tersenyum. Sejak bila dia bawa beg itu pun entahlah.

"Tapi kita tak ada tikar, nak makan macam mana?"

Bitna masih ragu-ragu dengan keputusan Jisoo. Mana tak ragunya jejaka itu ingin makan di pantai dengan tiadanya tikar untuk dijadikan sebagai alas.

"Siapa cakap aku nak makan atas pasir ni?"

"Huh?"

Jisoo tersenyum pelik. Lantas pandangannya beralih memandang sebuah kereta mewah yang diparking tidak jauh dari mereka.

"Buka boot tu, kita makan dalam tu hehe"

Sekali lagi Jisoo menayangkan senyuman. Kali ini dia tersenyum sumbing. Betul la kan keputusannya.

Kereta milik gadis itu adalah Range Rover jadi tak hairanlah jikalau Jisoo ingin makan di dalam boot kereta itu. Ruang di dalam boot itu siap boleh baring lagi. Sungguh luas.

"Sejak dah keluar ni, kau cepat belajar eh"

Ujar Bitna bersama ketawa kecilnya diikuti juga dengan Jisoo yang turut melempar tawa kecil. Mereka melangkah perlahan menuju ke kereta.

Boot kereta dibuka lantas mereka berdua memasuki ke dalam boot tersebut.

Deruan angin bersama bunyi air laut yang menampar persisiran pantai itu cukup membuatkan suasana begitu tenang. Buat seketika mindanya terasa kosong dan tenang sekarang ini.

Sepotong kimbab dimasukkan ke dalam mulutnya. Secara tak langsung, matanya membulat. Sedap.

"Sedaplah, tak sangka kau pandai masak"

Jejaka itu menghentikan kunyahannya. Dahinya dikerut.

"Siapa cakap aku masak? Ahjumma yang tolong buatkan. Aku tolong tengok je"

Raut wajah yang menyenangkan itu terus berubah dalam sekelip mata. Bitna memandang wajah Jisoo secara datar saat melihat jejaka tersebut sudah terkekeh ketawa.

"Jadi selama kau tinggal di rumah tu, kau menganggur?"

Jisoo berdiam seketika. Matanya tidak memandang wajah Bitna di sisi. Senyumannya kembali terukir di bibir jejaka itu.

"Kau kenal JSH?"

Pelipis si gadis itu menghasilkan kerutan halus. Mindanya cuba diperah sebaik mungkin memikirkan geranga yang disebut oleh Jisoo.

Oh ya! JSH pelukis kartun terkenal itu.

"Maksud kau pelukis itu?"

Jejaka itu dengan perlahan mendekatkan wajahnya ke wajah si gadis mungil. Senyumannya masih lagi tidak lekang di bibir.

"Itu aku, jadi itulah pekerjaan aku. Seorang pelukis. Jisoo Hong"

Apa yang baru didengarinya tadi? Disaat ini detik seakan-akan berhenti. Dirinya terasa kaku. Apa yang berlaku?

"K-kau.."

Bitna masih lagi tidak percaya dengan kenyataan itu. Mana mungkinlah lelaki di hadapannya sekarang ini mengaku sebagai pelukis terkenal itu.

Setiap karya yang dihasilnya sudah hampir mencecah 5 juta bacaan.

Tapi wajarlah kerana JSH tidak pernah sekali menunjukkan dirinya di khayalak ramai.

Apabila ingin ditemu bual oleh wartawan ada sahaja alasan yang diberi oleh JSH ini.

Ting!

"Dan ini hadiah dari aku"

Bitna mengeluarkan telefonnya. Satu gambar yang dihantar oleh Jisoo dilihatnya. Lakaran wajahnya.

Memang betul. Jisoo memang seorang pelukis. Lukisannya begitu cantik. Dengan perlahan Bitna mengukirkan senyumannya.

"Terima kasih"

━─━────༺༻────━─━
To Be Continued..

💌 : Thanks a lots sayang-sayang saya! Ingatlah bahawa saya sentiasa sayang anda semua ! ❤️❤️❤️❤️

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro