H-26

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"Won Bitna"

Mendengar namanya meniti di belahan bibir milik puan Won lantas dia menoleh memandang sang ibu.

Kakinya perlahan mendekati puan Won yang sedang duduk di ruang makan. Sekeping sampul berwarna coklat cair dihulur.

"Apa ni?"

"Kamu dah tunaikan permintaan omma, jadi biar omma pula yang tunaikan hajat kamu"

Segala isi di dalam kertas itu dibaca dengan teliti. Bitna kembali memandang wajah puan Won bersama wajah tenangnya.

Hujung bibir mungilnya di jungkit sekilas. Kertas itu disimpan kembali di dalam sampul tersebut sebelum dia kembali bersuara.

"Bitna dah tak perlukan jawatan tu"

Tundukan hormat diberi sebelum dia melangkah menaiki anak tangga perlahan.

Pintu biliknya dikatup rapat. Apabila difikirkan balik, dirinya masih sedikit terkejut dengan keputusan puan Won sebentar tadi.

Dia pun tidak menyangka bahawa puan Won akan betul-betul akan serahkannya jawatan yang besar itu.

"Bitna sayang.."

Diri si gadis itu tersentak. S-suara siapa itu?

"Janganlah takut, Ini Kyunglah sayang"

Dengan serta merta iris coklat si gadis itu menangkap pada sebuah komputer yang terletak elok di atas meja kerja.

Lelaki syaitan itu. Bukankah dia sudah diberkas oleh pihak polis?

Tanpa berlengah tapak kakinya melangkah dengan lajunya menuju ke komputer tersebut.

Dia harus matikan alat itu. Kalau tak dia mungkin akan masuk ke dalam neraka yang lelaki itu telah ciptakan.

"Jangan kau berani cuba matikan semuanya!"

Suara itu seakan marah. Perasaan gerun mulai muncul dihatinya. Niatnya tadi terus dimatikan.

"Apa kau nak?"

Kyung ketawa terkekeh. Nak tahu macam mana mereka boleh berhubung sedangkan Kyung tidak berada di sekitar itu?

Dengan adanya skill penggodaman dalam apa-apa sahaja alat eletronik termasuk radio.

Dengan cara itulah, lelaki syaitan itu dapat meneliti segala gerak-geri individu walaupun alat itu telah pun dimatikan.

Seram bukan?

"Aku rindukan kau..Mari dengarkan sebuah lagu yang baru. Aku baru ciptakan untuk kau semalam"

"J-jangan, tolonglah jangan ganggu aku lagi"

Kyung sekadar tidak mengendahkan permintaan Bitna. Apa yang dia mahukan adalah mempersembahkan lagu barunya pada sang pujaan hati.

"Baiklah, mari kita berjumpa"

"Kau betul-betul nak berjumpa dengan aku sayang?"

Tawaan kecil dilontarkan.

"Tapi aku tak percayakannya" Sambung lelaki itu.

"Kau tak percayakan aku? Jadi apa makna cinta kau sedangkan kau tak percayakan diri aku? Perbuatan yang kau buat semuanya akan jadi sia-sia hanya dengan rasa ketidak percayaan yang ada pada kau"

Balas si gadis itu. Kyung mendiamkan diri seketika.

"Baiklah, mari kita berjumpa"

Mendengarkan hal itu, hatinya berdetak kencang. Kegugupan malah kerisauan mulai bertambah naik.

Cukup merisaukannya kerana dia bakal bersemuka dengan lelaki itu.

Ini sahajalah caranya untuk dia mengelak dari mendengar lagu bodoh oleh lelaki itu.


━─━────༺༻────━─━
To Be Countinued..

💌 : Hai ! Terima kasih sebab masih setia bersama saya ! Saya sayang anda semua ❤️❤️❤️❤️

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro