Bab 3

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

GKMB 3

"Aryan! Melisa datang wei." Laungan dari dalam membatalkan situasi tegang itu. Aryan tergelak tanpa sengaja. Baru hendak mengenakan minah cemerkap ni, ada gangguan pula. Selamatlah nasib dia. Mujur ada Melisa, sepupu jelitanya yang sering menempel dengannya.

"Kau sambung kenakan dia." Aryan berbisik di telinga Hayden. Lelaki berwajah kosong itu tidak membalas, sekadar menayang muka bosan. Sudah lali dengan perangai Hayden, dia menapak keluar sebelum menjeling Aryana yang kebetulan sedang memandang mereka berdua. 'Dasar tak reti malu! Ada hati nak pandang aku dan Hay. Tahulah aku lebih kacak daripada Hay,' desisnya berlagak.

Hayden mendekat sedikit demi sedikit, memerhati kerja Aryana. Berkerut-kerut dahinya melihat keadaan atas meja itu bersepah. Tisu merata-rata. Nampak sangat perempuan miskin ini pengotor. Bibik dia pun tidak berperangai begini. Tergeleng dia dengan riak menjengkelkan.

"Sebelum nak meniaga jaga sikit kebersihan. Kalau kerja macam ni, tak ada siapa nak beli nasi arab kau." Dia memeluk tubuh, komen dengan pedas dan berbisa. Aryana tersentak. Tangan yang sedang mengacau sambal terhenti. Penghinaan itu walaupun secara halus ia terasa lebih sakit daripada penghinaan lelaki bermulut kurang ajar tadi. Ternyata lelaki kacak di hadapannya ini lebih kurang saja perangai.

"S... saya nak Tengku keluar. Saya tak nak fokus kerja saya terganggu." Keras dan dengan berani Aryana keluarkan suara. Tak peduli lagi jika Tengku-Tengku berlagak di apartment ini nak minta ganti rugi sekalipun. Dia tak nak peduli! Meter sabarnya semakin menipis. Dia pun ada hati dan perasaan tahu tak!

"Huh? Kau beruntung Tengku Aryan yang order nasi arab kau. Kalau aku yang order, sekarang jugak aku suruh kau keluar dari rumah aku."  Dengan nada mendatar Hayden lontar suaranya. Senyum sinis terbias sedikit, namun tidak kelihatan. Lama juga dia tidak berkata kasar pada insan bernama perempuan. Jiwanya terasa kosong sejak kehilangan isterinya, yang entah kemana menghilang tanpa jejak. Mati atau hidup. Dia tidak mahu ambil tahu!

Aryana angkat wajah. Matanya terkepung cecair hangat, amarahnya memuncak. Namun, dia kelu untuk mempertahankan diri tatkala mata mereka terkunci. Alur mata lelaki berwarna biru itu jelas tidak menunjukkan sebarang emosi. Aryana rasa seram sejuk kerana ini pertama kali melihat lelaki kacak berperwatakan seperti ini. Menyindir dia tapi emosinya tidak kelihatan. Bagaimana mungkin wujud manusia seperti ini?

"Selesaikan kerja kau cepat. Don't waste our time."

Tangan dilabuhkan turun, Hayden menundukkan wajah sedikit hendak menyamai paras Aryana.

"Lepas siap kerja, jumpa aku kat bawah. Aku ada sesuatu nak cakap dengan kau."

Bagaikan ditembak ke dada, jantungnya serasa hendak terhenti. Aryana terasa telinganya ada masalah pendengaran. Tak terkelip matanya merenung wajah putih bersih tanpa cacat cela itu. Segala yang ada pada wajah itu sangat sempurna sehinggakan Aryana terlupa situasi mereka sekarang ini. Lidahnya tidak dapat melentur suara. Ah, kenapa dengan aku ni?

"Don't forget it or you will regret."

Rayyan menggaru kening sedari tadi dia bersembunyi di belakang. Menjadi CCTV. Dia belum buta lagi. Walaupun tak terdengar mereka sedang berbualkan tentang apa, dia nampak Hayden berbual dengan Aryana.  Tapi dia pelik sejak bila Hayden terlebih ramah dengan perempuan? Dia salah makan ubat gegat ke malam ni?

...

"Abang... Abang busy tak malam ni? Boleh tak kalau Ryana..." Lembut suara Aryana menyoal kekasih hatinya, Kyrel. Hubungan mereka sudah jejak 2 tahun. Di ruangan matanya mulai membayangi wajah tampan Kyrel, walaupun tidak setampan Tengku- Tengku yang  berperangai hantu di sini, namun kekasihnya tetap carta nombor 1 di hati. Ceyh, padahal dia kemain memuji ketampanan mereka tadi.

"Abang busy. Kenapa Ryana?" Acuh tak acuh Kyrel menyoal. Entah mengapa suara Kyrel malam ini tidak seperti selalunya. Tidak seceria langsung. Boleh dikatakan seperti tidak gembira menyambut panggilan ini.

"Ryana nak minta tolong abang ambil Ryana boleh? Ryana takut malam-malam balik sorang. Boleh tak, abang?" Dibuang perasaan berjauh hati. Mungkin Kyrel tidak ada mood disebabkan masalah di pejabat. Husnuzon sahajalah Aryana.

"Sorry... Abang busylah, Ryana. Cuba call Sarah?" Sedikit berubah riak wajahnya. Mata terjatuh memandang lantai toilet, hatinya berlagu sedih. Dalam keadaan begini, dia sangat memerlukan Kyrel. Takkanlah pakwe dia tak mampu datang sekejap mengambilnya? Dia tidak berani balik sorang-sorang pabila mengenangkan pesanan lelaki bernama Hayden itu. Bagaimana mungkin dia keseorangan turun ke bawah. Kalau berlaku sesuatu pada dia, nak minta tolong siapa?

"Abang... sekejap je. Boleh ya, abang?" Tak mahu mengalah, dia boleh merayu sampai Kyrel cair. Setahunya Kyrel seorang yang berhati lembut, tidak mungkin menolak permintaan Aryana begitu sahaja.

"Hm, yelah. Ryana beritahu location semua. Nanti papehal wasap abang je."

Aryana tersenyum lega. Handphone disimpan dalam poket seluarnya. Mujur ada Kyrel, ada juga pelindung. Rasa sedih yang bergolak tadi telah ditimbus dalam. Kyrel tetap kekasihnya yang paling baik. Tombol pintu toilet dipulas setelah menarik nafas dan melepaskannya. Kerisauan yang menyelubungi ini cuba dicampak jauh-jauh.

Baru melangkah beberapa tapak, kakinya terhenti mendadak. Hidungnya hampir berlanggaran dengan dada bidang lelaki yang datang secara mengejut itu. Aryana mengundur ke belakang, debaran yang hinggap kerana haruman maskulin itu cuba ditenteramkan. Matanya terangkat ke atas, betapa jantungnya melaju kembali. Lehernya terasa tercekik kerana lelaki itu adalah Hayden!

Mata lelaki itu menjalar pada wajahnya dan menurun ke bawah dagunya dalam beberapa saat, kemudian dia memaling wajah sedikit ke lain. Aryana tunduk tidak sanggup berlama, tidak dipedulikanlah. Yang dia perlu buat sekarang balik memandangkan kerjanya di sini telah selesai. Bayaran juga diterima. Tinggal dia lari sahaja balik rumah.

"Wait..." Lengannya disambar deras. Aryana merentapnya keras, dia mulai dirasuk ketakutan. Bayangkan tiada siapa di sini, keadaan toilet di belakang dapur. Tiada orang selain mereka. Hayden boleh lakukan apa sahaja jika dia mahu memandangkan pandangan Hayden tadi tajam macam gaya lelaki hendak menyerang mangsa.

'Ya Allah, tolong aku!'

"L... lepaskan saya!" Lengan masih dilelar kejap. Aryana masih berusaha hendak melepaskan diri. Dia hendak saja menjerit tapi bimbang akan jadi lain.

"Kau cuak sangat kenapa?" Dileraikan juga lengan gadis yang sudah memaparkan wajah pucat lesi. Hayden hendak tergelak kerana terhibur, tapi tak boleh tunjuk. Kang kawan-kawannya melabel dia gila. Gelak dengan gadis miskin seperti ini. Tak ada class. Murah saja dilihat. Tengok sahajalah dengan mudahnya mencampak tudung. Balik kerja tudung hilang terus. Ada juga perempuan hipkorit seperti ini.

"Kenapa nak pegang-pegang saya? Awak ingat saya ni apa?"

Hayden menilik muka bujur sirih itu. Kulit pipinya memerah kerana marah, mungkin. Bawah dagu perempuan itu direnung, lehernya putih dan jinjang. Memang cantik. Tapi dia tak tergoda langsung. Setakat perempuan hipokrit begini dia tidak hairanlah.

"Kau nak goda siapa kat sini, girl? Aku? Aryan? Rayyan?"

"Apa maksud awak ni?" Naik hangin. Kembang kempis hidung Aryana dituduh sembarangan. Jika tadi dia ketakutan, sekarang dia lebih terasa hendak mencekik-cekik Hayden. Dasar pemfitnah!

"Tudung mana? Kau dah telan?"

Mata Aryana membulat besar. Apa maksud dia? Dengan deras dia menurunkan mata memandang bawah. Tiada tudung! Tangan memegang kepala, diusap perlahan. Ya Allah, tudung aku mana? Seperti lipas kudung dia berlari ke toilet semula, dikunci dari dalam dalam keadaan kelam kabut. Cermin yang tersedia di dinding terus diserbu. Melihatkan pantulan wajahnya dicermin membuatkan dia hampir gila. Kau ni memang cemerkaplah, Aryana! Boleh pulak kau lupa sarung tudung! Eee, gila-gila!

...

Writer's comment : Sorry guys lama menyepi sebab tengah uruskan buku The Lunatic Mafia. Hehhee. Dah lama tak menulis jadi kekok. Okay ke bab ni? Hambar kan 🤣

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro