Bab 9

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng


Pergerakan asing disebelah menyebabkan dia terbangun dari lena. Seluruh badannya sakit, perit dan pedih. Terutama di bahagian bawah ari-arinya. Aryana mengeluh sakit, dia meraba tubuhnya. Ya Allah, kenapa aku tak berbaju? Mata tidak terkatup lagi, dia pandang disebalik selimut. Memang benar, tiada seurat benang pun membaluti tubuhnya. Dadanya berhempas pukulan yang dahsyat. Apakah yang berlaku? Dia memusing badan ke sebelah.

Ada lelaki. Bagaikan terhunus pedang ke ulu hati. Bibirnya terketar-ketar menyaksikan wajah lelaki yang dikenali itu. Lelaki inikah yang meragut kesucian aku? Ya Allah... Benarkah? Kalau tidak mengapa seluruh badan terasa sakit. Kalau tidak mengapa aku terbaring di sini tanpa memakai sebarang pakaian?

"Argh!!! Apa awak buat pada saya!" Aryana bertempik keras cuba memukul wajah lelaki yang durjana itu. Rambut lelaki itu dijambak, melempiaskan kemarahan yang mulai bermaharajalela di setiap pelosok jiwanya.

"Shh... Just playing with your body." Bisik Aryan dengan suara menggoda. Dia mengukir senyuman sinis kerana reaksi Aryana sungguh menghiburkan hatinya. Mata cantik itu membesar ditusuk kemarahan, namun langsung tak hadirkan rasa takut pada hatinya. Malah dia seronok. Kedua-dua tangan Aryana dicekup lalu dikunci kemas. Dia lebih kuat dan cekap dari Aryana, yang telah lemah kerana dibawah pengaruh pil tidur dan pil khayal. Aryana tidak ada sisa tenaga untuk melawan dia.

"For today, kau kena layan aku sorang. Aku akan bayar kau mahal. Don't worry,  tomorrow you can go to Hayden. You have two client now. Are you happy, baby?"

Mencerlung tajam mata Aryana. Maruahnya dipijak sesuka hati oleh lelaki kaya yang berperangai setan ini. Kenapa dia jadi mangsa lelaki ini? Apa salah dia? Kenapa dia!

"Saya bukan pelacur! Lepaskan saya!" Masih meronta-ronta melepaskan diri walaupun seluruh tenaganya tidak ada yang tertinggal. Entah mengapa makin lama dia tidak berdaya. Kepalanya sakit. Terasa di awang-awangan. Berpusing-pusing.

"Really? Pada aku, kau hanya pelacur murahan. Dengan mudah aku dapat. Dan, dengan mudah lelaki lain boleh dapat. Ingat aku tak tahu kau sanggup datang apartment Hayden semata untuk jual maruah kau? Huh... But, I was the lucky one. Aku dapat dara kau dulu sebelum dia." Terbias tawa sinis di bibirnya. Dia sangat puas. Semua yang didamba oleh Hayden telah jadi miliknya. Termasuk bekas isteri Hayden dahulu iaitu Helena. Dia mahu mendapatkan semua yang Hayden ada. Kerana, dendamnya masih tersisa terhadap Hayden kerana sejak dulu lagi Hayden punya segalanya berbanding dia. Dia cemburukan Hayden. Lelaki berlagak dan biadap itu.

"Tak... Saya bukan perempuan murah! Awak memang tak guna! Apa salah saya sampai awak sanggup perkosa saya! Apa salah saya!" Esakan keluar kuat diiringi air mata meluncur laju merembeskan kesakitan yang tidak terperi di dadanya. Dia tak pernah mengganggu hidup lelaki itu, kenapa dia diperlakukan begini? Apa salah dia? Dia hanyalah insan yang tidak punya apa-apa, harta dan pangkat tiada. Yang dia ada hanyalah maruah diri, namun semuanya telah diragut tanpa belas.

Bibir pucat Aryana ditenung rakus. Mata yang memerah kerana air mata itu  mengamit gelora jiwanya. Adakah simpati tersisa untuk Aryana? Ah, tidak mungkin. Dia sukakan keadaan Aryana begini. Biar gadis itu sengsara kerananya. Biar gadis itu merayu minta dilepaskan. Biar gadis itu menangisi nasibnya. Siapa suruh hadir di antara dia dan Hayden. Aryana, objek yang akan digunakan untuk melingkupkan Hayden. Itu tekadnya.

"Kau tak salah, baby. Let me continue our pleasure night." Bibirnya hinggap meneroka segenap leher Aryana dengan paksaan. Rontaan Aryana langsung tidak menjejaskan keinginan nafsunya. Sekali lagi, tubuh itu ditawannya. Raungan dan jeritan Aryana menjadi saksi malam bahawa setiap saat dirinya tidak merelakan apa yang terjadi padanya. Takdir kejam ini merupakan permulaan kepada kisah hidupnya.













"KAU nak terbaring macam ni je ke, Aryana? Dah dua hari kau tak makan, tak minum. Yang kau tahu tidur seharian tak buat apa-apa." Sarah menggosok belakang badan Aryana. Masih panas dan belum kebah demam. Disuruh makan ubat, langsung tak nak. Disuruh makan lagikan tidak mahu. Dua hari ni fikirannya tidak tenteram mengenangkan perubahan sikap Aryana yang mendadak. Bila ditanya bagaikan bertanya dengan dinding. Tidak berjawab.

Sinar mata kawannya itu juga kosong dan layu. Tempoh hari keadaan Aryana nampak tidak terurus. Yang bikin dia tidak keruan pabila memandangi air mata tak kunjung habis mengalir lesu di pipi putih mulus itu. Dan kata-kata Aryana tika itu hanyalah mahu menumpang tidur di rumahnya. Itu sahaja tanpa alasan apa-apa.

Macam mana dia tak risau? Dia menebak kemungkinan ada masalah yang ditimpa oleh Aryana. Masalah besar yang tidak mahu dikongsikan. Deringan dari telefon pintar Aryana menyentakkan lamunannya. Dia menjengah wajah sugul Aryana, tidak ada reaksi pun mahu mengangkat panggilan itu. Sudahnya, dia mengangkat panggilan tersebut yang tidak bernama. Risau panggilan penting.

"Assalamualaikum. Siapa ni?" Salam diberi. Kedengaran nafas berat dari sang pemanggil.

"Waalaikumussalam. Can I talk with Aryana?"

"Siapa ni?"

"Tengku Hayden."

"Hm, ada apa tengku call Aryana? Ada hal penting ke?"

"Yes, hal penting. Boleh tak aku bercakap dengan dia?"

"Sampaikan pada saya je. Aryana tak sihat."

"Tak sihat? Kenapa? Boleh tak aku nak jenguk dia."

"Sarah... Siapa tu?" Aryana bangun. Mendengarkan suara Sarah tengah berbual dengan seseorang membuatkan dia tidak dapat melelapkan mata. Dia gusar jikalau panggilan dari Aryan. Tak sanggup rasanya berhubung dan punya pertalian apa-apa dengan manusia durjana itu.

Sarah menoleh dan menjarakkan telefon sebentar.

"Ni Tengku Hayden. Er, kau nak jawab ke panggilan dia ni?"

Aryana angguk laju tanpa fikir panjang. Pasti ada hal yang Hayden mahu perkatakan dengan dia. Tangannya menggigil mahu mendapatkan telefon pintarnya. Makan dan minum langsung tak disentuh. Badannya memang lemah.

"Aku keluar kejap. Kau berbuallah dulu." Sarah memberi ruang buat mereka berdua.

"Ada apa tengku? Nak cakap apa dengan saya?" Perlahan dia menyoal. Terasa panas tubir matanya tika ini. Dia seakan dipanggil untuk meminta bantuan dengan Hayden. Peristiwa mama Hayden mengamuk itu masih berbekas di hati namun peristiwa hitam tatkala daranya diragut kejam itu lebih mendera hatinya. Siapakah boleh membantunya agar tidak diganggu oleh Aryan? Adakah Hayden dapat membantu?

"I'm sorry. Aku minta maaf pada kau pasal apa yang berlaku. Mama aku tak dapat kawal emosi dia. Maafkan apa yang dia perkatakan pada kau."

Dia telan liur dalam keperitan. Kemaafan itu berat untuk diberikan. Berat tuduhan mama Hayden, tapi semuanya telah berlaku. Maafkan sajalah. Yang penting dia perlukan bantuan Hayden. Mungkin dia tidak waras sekarang kerana mengharapkan Hayden. Namun siapa lagi boleh membantu? Sarah? Tak mungkin. Dia takut Sarah juga menjadi mangsa nafsu serakah Aryan. Lelaki bertopengkan syaitan itu!

"Saya dah maafkan... Cuma saya nak minta sesuatu dari awak," Terhenti bicaranya. Tak tahu perlu diteruskan kata atau membatalkan niatnya. Jika diteruskan pasti Hayden fikir dia gila. Tapi, Hayden juga gila kan? Masih terngiang pengakuan Hayden tentang dia adalah bakal isteri Hayden. Hayden juga gila. Jadi, tak salah jika dia jadikan perkataan palsu itu kepada benar. Dia pun terdesak perlukan keselamatan diri.

"Apa yang kau nak, Aryana? Beritahu je aku boleh tunaikan."

Serba salah. Aryana termenung lama. Tidak mungkin ini berlaku tapi dia perlu mencuba. Ini saja peluang yang ada. Jika dia jadi milik Hayden, tiada siapa boleh mengganggu dia termasuk Aryan. Hayden punya bodyguard untuk menjaga dia nanti. Hayden lelaki kaya raya. Punya segalanya. Hayden pasti akan menjaga dia sebaiknya jika dia memegang title sebagai isteri seorang jutawan itu.

"Saya nak awak bertanggungjawab di atas maruah saya. Mama awak dah tuduh saya macam-macam. Dan awak juga mengaku saya ni bakal isteri awak. Jadi, saya minta awak tunaikan kata-kata awak dengan memperisterikan saya. Kalau awak menolak..."

"I will... As your wish, I will marry you."

Rahangnya hampir terjatuh. Telefon pintarnya hampir terlurut dari pegangan. Semudah itu Hayden menerima dia. Adakah ini hanyalah mimpi semata?





...

Writer's comment : Story ni fast pace... So jangan terkejut bila mcm cpt sgt.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro