BAB 4 - Tersentak dari Mimpi

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

     Bang!
  
    “Ahh!” Safira tersentak dari tidur. Pantas matanya menggelintar ke seluruh ruang. Matanya dipejam celik beberapa kali. Dia mengesat peluh dingin yang meluncur dari dahi, lalu menenangkan jantung yang berdegup kencang. Dinding, lantai, tilam, tikar mengkuang, almari baju… Dia kenal semua itu. Akhirnya, dia menenangkan nafasnya apabila sudah benar-benar pasti dia berada di dalam biliknya. 

    “Aku pasti lupa menutupnya sebelum tertidur tadi…” getusnya sendiri melihat daun tingkapnya terbuka ditiup angin. Bunyi kuat yang datang menderu, menghempas daun tingkap itu pada dinding. Mungkin bunyi hempasan itulah juga yang membangunkannya dari lenanya tadi. Tapi, apa yang membuatkannya terjaga dalam keadaan berpeluh dingin begini?

    Safira tidak ingat butir-butir mimpinya.

    Dalam samar-samar, dia merayap mencari mancis untuk menyalakan lilin. Barulah dia nampak kertas-kertasnya yang berselerak di atas lantai. Mujur setiap satunya sudah bertindih batu, jadi tidaklah berterbangan ke mana-mana. 

    Gadis itu menarik rapat selimutnya menutupi seluruh tubuh bila dingin malam curi-curi mengelusnya. Dia menutup tingkap dan memastikan selaknya benar-benar berkunci kali ini. Barulah dia kembali untuk mengutip setiap satu kertas yang bertaburan di atas lantai. Dia tersenyum lembut, berpuas hati dengan lukisannya. Ada beberapa rekaan lamanya yang dilakarkan semula dan ada pula lakaran baru yang datang bersama ilham. Kerana asyik termenung berfikir, mungkin itulah yang menyebabkannya tertidur dalam keadaan tertiarap.

    Rasa mengantuk yang datang bersama kuap membuatkan Safira memutuskan untuk menyambung lenanya yang terganggu tadi. Lukisan-lukisan kesayangannya diselitkan di bawah tilam usangnya, supaya beratnya meratakan renyuk. Safira mengurai rambutnya yang panjang paras bahu kemudian diikat longgar di hujungnya. Dia berbaring.

    “Esok aku akan tunjukkan Damiras lukisan-lukisan itu dan minta pendapatnya.” Safira berkata pada dirinya sendiri. Sambil mengatup mata, dia tersenyum lagi, membayangkan rekaan baju kebalnya yang bakal disarung oleh semua Satria, bukan sahaja yang dia kenal, tetapi seluruh negerinya. 

(294 patah perkataan)

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro