Satu-Satunya

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"Woii, sabarlah! Jangan nak menjerit-jerit pula. Kami nak ceritalah ni," kata Raizhan jengkel. Aku hela nafas, menenangkan diri sendiri.

Nikho bersuara, "Lepas sahaja kau dipaksa minum posyen penawar oleh Aleena, kau terus tak sedarkan diri. Tanpa kami sedar, Aleena dah ambil skrol dan kertas petunjuk milik kita dari dalam beg kau!"

"Apa?!" Aku terkejut. Aku mengangkat kepala untuk melihat beg selempang yang terikat di dadaku. Ia terbuka, tanpa ada skrol itu di dalamnya!

Raizhan menambah, "Aleena menjauhi kami ketika kami sibuk perhatikan kau. Bila aku ternampak beg kau terbuka, baru aku sedar perkara tu. Tapi, masa itu, Aleena sudah lari ke hujung ruangan ini."

"Tak guna lu Aleena! Nanti wa jumpa lu siaplah! Wa kerjakan lu habis-habisan!" bebel Nikho sendiri.

"Tapi, cara dia berlari pelik. Dia berlari dalam keadaan ziq-zaq, seolah-olah melompati petak-petak tertentu," sampuk Elyssa.

"Ya, betul tu. Kami pun kejar dia untuk dapatkan balik petunjuk tu. Malangnya, baru memijak petak pertama, lembing-lembing besi muncul dan menyerang Raizhan," kata Nikho.

"Raizhan mengelak nak selamatkan diri, tapi lembing-lembing itu muncul entah dari mana. Sampai jadi begitulah dia akhirnya," sambung Elyssa lagi sambil menuding keluar ke arah Raizhan dari celah gerigi sangkar itu.

Aku pandang Raizhan, dia pandang aku. Seriau aku tengok dia jadi macam orang yang diikat di dinding kemudian dijadikan papan sasar untuk baling lembing. Meremang bulu roma aku bila teringat latihan marksmanship aku dengan abang dulu.

"Kamu... tak apa-apa, Raizhan?" tanyaku lepas lama diam.

"Aku masih hidup. Jadi, aku tak apa-apa. Jangan pandang aku dengan muka macam nak menangis meratap kematian aku. Aku tumbuk kau nanti," balas Raizhan jengkel.

"Err... baiklah," Aku alihkan pandangan ke arah Nikho pula. "Lepas tu, apa yang terjadi?"

"Segalanya berlaku dengan pantas. Aku dan Elyssa terpijak petak lain. Sekelip mata, petak yang kami pijak menghilang dan kami jatuh ke dalam lubang gelap. Aku jatuh dalam jaring. Kemudian, ada lembing meluncur ke atas bawa aku sekali. Macam kau boleh lihat sekarang, aku tergantung-gantung begini," cerita Nikho pula. "Argh, tak guna. Aku mulai pening..."

Aku gibit bibir. Aku tahu Nikho mulai pening kepala sebab darah semua menyerbu ke kepalanya. Rasanya sangat sakit, aku tahu itu. Aku mahu bantu dia, tapi aku tak boleh!

"E.. Elyssa pula?"

"Sama... saya pun jatuh dalam lubang gelap dan mendarat di atas lantai besi. Tak sempat berbuat apa-apa, tiba-tiba gerigi besi terbentuk lalu mengurung saya! Kurungan ini terpantul keluar seperti ditolak dari bawah. Bila kurungan ini melayang di udara, batang besi yang besar ini tiba-tiba muncul dan memaku kurungan ini ke dinding!" Elyssa bercerita bersungguh-sungguh.

"Saya takut..." rintihnya berhujung sebak.

"Elyssa...?!" Kami bertiga menjerit serentak, gelabah bila mendengar dia mulai teresak-esak menangis.

Raizhan bersungguh-sungguh mahu membebaskan dirinya. Namun dia hanya akan mendecit kesakitan. Nampaknya ada mata lembing itu mengenainya. Dia mendongak memandang sangkar yang mengurung Elyssa dengan pandangan yang sukar aku gambarkan.

"Elyssa, jangan jadi lemah! Kita masih ada Arash yang masih bebas. Yakinlah kita masih boleh selamat!" bentak Nikho.

"Ya, betul cakap Nikho! Jangan menangis!"

"Arash, kau satu-satunya harapan kami untuk bebas. Kau boleh selamatkan kami, kan?" Nikho pandang tepat ke mataku. Aku tersentak bila Raizhan dan Elyssa juga merenungku.

Aku telan liur.

Raizhan terpaku di dinding, Nikho tergantung dalam gulungan tali, dan Elyssa yang terkurung dalam sangkar besi. Aku mulai berfikir keras.

Celakanya,
Aku masih lumpuh, tak dapat bergerak.

(558 words)

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro