Tahap Seterusnya

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Percikan api kecil itu menyambar wap alkohol yang meruap, lalu serta-merta meledak.

"Arash!" jeritan Alyssa dan Nikho diredam bahang panas yang mendakap aku. Aku hanya mampu memejamkan mata dan menghadang wajah dengan lengan kiri. Detik itu aku sempat terfikir, ini akan sakit!

Sejurus selepas itu, aku merasakan pijar yang menjalar pada kulitku yang terdedah dalam milisaat.

"Argh!" jeritku. Rasa panas, terkejut dan takut menyerbu serentak. Ketika aku sedar aku sedang tumbang ke belakang. Pantas aku terkapai-kapai di udara, terdesak mencari sesuatu untuk berpaut. Tiada!

Kemudian, suasana kembali sunyi. Bila aku buka mata, Elyssa sedang memegang lenganku, manakala Nikho terpegun. Tangannya terbuka, cuba menggapai aku dari kedudukannya di atas kurungan itu. Sesaat dua, kami bertiga masih dalam kejutan kerana letupan tadi.

Aku terlepas jeritan dari mulutku. Spontan aku palang sekaligus seolah-olah nyawaku bergantung padanya. Aku boleh rasa jantung aku sedang berdegup kencang. Nasib baik, nasib baik. Kurungan yang bergoyang dan lantai berperangkap yang kelihatan begitu jauh dibawah membuatkan rasa gayat mencanak naik. bertenang, bertenang... aku selamat, aku selamat.

Tiba-tiba sahaja aku merasakan pukulan pada lenganku, dan kepalaku diluku.

"Aduh!" rungutku protes. "Sakitlah!"

Bila aku buka mata, aku nampak Nikho yang menjengil mata padaku dan Elyssa yang bercekak pinggang. Tangannya menggenggam hujung blausnya dengan erat. Aku telan liur. Apa yang aku dah buat?

"Malaslah aku nak peduli kau lagi. Pergilah mampus sana!" marah Nikho. Dia menghilang ke atas. Bila aku bertembung pandang dengan Annisa, sedepa juga muncungnya. Aku ketawa gugup sebab nampak wajahnya macam nak menangis.

"Sakit tak kena api?" Elyssa menghulur tangannya dari celah gerigi. Aku tersentak bila hujung jarinya menyentuh pipiku. Spontan dia menarik balik. "Uh, maaf!"

"Tak mengapa. Tak sakit sangat pun sebenarnya..." Aku menggosok pipiku perlahan. Rasa pijar itu meninggalkan denyutan perlahan. Nasib baik aku hanya dicium api tanpa ada pakaianku terbakar. Kalau Mau luruh juga jantung aku kerana letupan tadi. Patutnya aku lebih hati-hati dan dapat bersiap-sedia dengan kemungkinan itu. Tak kisahlah. Aku dah berjaya memarakkan api untuk membakar palang besi itu. Sekarang, perlu tuggu hasilnya.

Aku memandang api yang sedang rakus menjilat batang gerigi besi yang kami lilit dengan tali itu. Kami harus menunggu beberapa minit lagi. Harap-haraplah besi itu akan cair atau sekurang-kurangkan senang untuk dilenturkan.

"Elyssa, jauh-jauh sedikit dari api tu. Bahaya," kataku perlahan. Dia hanya mengangguk.

"Nikho?"

"Oi!" Kedengaran balasan darinya. Kasar.

"Nikho..."

"Apa?" Kepalanya menjengul. "Kau memang nak minta, kan?"

Aku tersengih gentar. Gerun kalau dia tiba-tiba mengamuk. "Kau dah hilang rasa pening?"

Nikho mengerut dahi. "Macamana kau tau?"

"Muka kau tadi merah. Tandanya darah banyak menyerbu ke kepala. Jadi, mestilah kau rasa pening. Kau... dah tak apa-apa?"

"Adalah rasa sikit-sikit..." Perlahan sahaja balasan daripadanya. Baru aku hendak buka mulut, tiba-tiba dia bertempik, "Woi, Raizhan! Berapa lama lagi kau nak terbaring di bawah sana tu! Curi tulang betul! Tolonglah kami di atas ni, lanchiau!"

Aku memandang ke bawah, hampir lupa dengan Raizhan. Dia masih terbaring di situ. Mendengar tempik Nikho, aku dapat melihat dia membuka matanya, pejam dan celik sebelum bangun dan duduk. Aku tak boleh tahan hujung bibir aku daripada mengorak senyum melihat dia dapat bergerak semula. Lebih-lebih lagi apabila Elyssa dengan ceria menyeru nama Raizhan. Raizhan sekadar sengih dan melambai pada Elyssa.

"Aku ingat aku akan sedar semula dalam Cocoon tadi," katanya sambil menggosok kepalanya.

"Oh, kau dah nak mengalah awal, ya?" kata Nikho sinis.

"Diamlah, sarang tebuan."

"Apa bezanya dengan kau? Dinding."

Aku tak dapat menangkap apa yang mereka berdua cakap berbalas-balas. Bunyi macam nak bergaduh, tapi nada kedua-duanya datar sahaja. Biasanya, bukan main kedua-duanya akan bertempik, lawan suara siapa paling nyaring.

"Sudahlah kamu berdua. Pada akhirnya, Arash juga yang selamatkan kamu." Suara Elyssa tiba-tiba menyelit dalam 'perbualan' Raizhan dan Nikho. Serentak kedua-duanya diam.

"Arash, apinya sudah padam."

"Ah, ya." Aku mencapai kunai, mencucuk hujungnya pada besi yang merah membara. Ada lekukan yang terhasil. Bagus! Dengan sepenuh tenaga, aku menolak besi merah itu ke sisi, membuka jarak yang lebih luas antara tiang besi semampu yang aku boleh. Elyssa bertepuk tangan, teruja macam budak kecil melihat besi yang melentur dengan mudah.

"Berjaya!"

"Eh, eh!" Aku menahan Elyssa yang sudah mengangkat kaki, jelas-jelas mahu keluar dari kurungan itu. "Elyssa, saya faham kamu nak keluar. Tapi, bersabar dahulu. Besi itu masih panas. Tenang dahulu di situ, selagi kita belum fikirkan tindakan seterusnya"

Elyssa ketawa kecil. Keterujaan kekanak-kanakkan yang buat wajahnya lebih comel. Benar-benar apa yang aku perlukan selepas ditekan suasana tegang. Aku menghembus nafas sambil menggeleng kecil. Misi aku menyelamatkan Nikho dan Elyssa sudah selesai. Adakah aku lupa untuk bernafas dengan betul tadi?

"Jadi... sekarang apa kita nak buat?" Aku memandang Raizhan di bawah. Dia masih duduk di situ, tidak bergerak dari posisi tadi. Matanya merenung kosong skin maya yang memaparkan status badannya. "Raizhan?"

Dengan dengusan kasar Raizhan menekan belakang telinganya. Skrin maya itu hilang. Dia memeriksa tubuhnya yang kini sudah tidak ada kesan kecederaan, seolah-olah kejadian dia terpasak di dinding sebentar tadi tak pernah terjadi. Dia bangun lalu menoleh ke kiri dan ke kanan, sebelum melempar pandangan ke seluruh ruang. Pandangan kami bertembung.

"Kita kena keluar dari sini. Arash, kau pacakkan lembing-lembing itu untuk naik ke atas, kan? Kita akan gunakan teknik yang sama untuk turun ke seberang sana. Aku akan uruskan itu. Kamu bertiga bersedia. Tunggu aku. Untuk buka pintu besar itu, kita hanya perlu pijak platfrom itu, dan kita akan menuju ke peringkat seterusnya." Mendatar dan dingin. Aku merasakan tengkuk aku meremang bila mendengar Raizhan bercakap.

Raizhan mengutip barang-barang yang aku tinggalkan di sekitarnya lalu memasukkan dalam begku semula lalu menyandang begitu rapat ke dadanya.

"Apa yang akan berlaku di peringkat seterusnya?" Alyssa bertanya, dengan suara yang agak bergetar.

"Elyysa, cuba ulang rangkap ketiga dalam puisi tu. Kau masih ingat, kan?" pinta Nikho. Elyssa mengangguk.

Ruang kosong yang seluas alam itu bergema dengan gumaman Elyssa yang mengingat semula puisi itu. Sebab huruf pertama setiap baris itu dalam puisi itu mengikut urutan abjad, aku sebenarnya juga sudah ingat keseluruhan puisi itu. Tapi, aku lebih suka mendengar Elyssa menyanyikannya;

Lantera terangi destinasi akhir,
Menunggu dia di dalam bayang,

Nasib dan takdir akan tentukan,
Orang yang dapat permata kebebasan.

Lunak dan merdu. Tapi, aku pasti bukan aku sahaja yang merasakan yang ada sesuatu yang tak kena di dalam puisi itu. Rangkap terakhir bererti peringkat akhir. Selepas dua peringkat yang kami telah lalui, aku dapati yang puisi itu sebenarnya memberitahu apa yang akan kami hadapi secara simbolik dan berkias. Untuk kedua-dua peringkat, aku sudah rasa nyawaku surut, tinggal suku. Apa pula yang akan kami hadapi di sebalik pintu besar itu?







P/s:

Akhirnya Arash dan kawan-kawannya akan menuju ke peringkat terakhir! Kamu rasa apa atau siapa 'Dia' yang menunggu di dalam bayang? Place your bet!

Little shoutout for my lovely readers! Tetap setia menanti, sudi pula tinggalkan komen di bab sebelumnya. Saya sangat terharu, tapi segan pula nak balas. T,T Terima kasih atas kesetiaan kamu semua!

@Amirul_Uzair, @salviahmouinsing @khaifael @hxnnx01 @user73984231 @firdaus_5543 @kylewlien @orkedlmani @minionieyka @BuDaK_SLuMBeRzZ dan @Numuba! Tidak lupa juga kepada semua yang rajin votes setiap bab. Silent readers pun! Terima kasih sebab sudi baca tulisan seketul Niemza ini.

Terima kasih yang teristimewa kepada Eun_01 yang sudi tulis mesej panjang-panjang kepada saya. Nak nangis rasa bila baca mesej yang awak tulis tau! Rasanya saya tak pernah terima mesej sepanjang itu daripada mana-mana pembaca. Lebih penting, mesej Eun la yang sebenarnya buat saya yang sekian lama tak mampu menulis banyak-banyak tiba-tiba nak menulis. Feel like I waking up from a long slumber. Sebab tu saya sampai tergerak nak update hari ni. Terima kasih, Eun! Here, my little lovelies want to talk to you.

Arash: Hai, Eun... terima kasih atas sokongan yang awak beri. Saya pun rasa terharu sebab ada yang peduli dengan saya. 😁Saya rasa terharu, gembira, malu, segan... Argh! Muka saya rasa panas. (Tekup muka)

Raizhan: Sebenarnya, lu dah selamatkan kami semua. Kalau bukan sebab dorongan dari lu, Eun... mungkin Arash selama-lamanya terperangkap dalam api dari episod sebelumnya. Author kami yang lanchiau ni pemalas betul!😬

Niemza: Hoi!😡

Elyssa: Hahaha, betul tu! Eun dah buat kami semua gembira. Raizhan pun sebenarnya gembira tapi tak nak tunjuk. Eun tak tahu betapa surat Eun sangat berharga bagi kami. Mungkin dah banyak sangat kena ulang... tapi, terima kasih!

Nikho: Gua harap lu masih sertai kami lepas ni. Tinggal peringkat terakhir untuk gerbang pertama ni. Lu jangan risau, Arash yang lembik ni watak utama, jadi dia memang takkan mati. (Tampar belakang Arash) Dia ada plot-armor. (ketawa)😂

Arash: Sakit!😢

Elyssa: 😄Raizhan dan Nikho sangat kuat... walaupun kami buat kesilapan... tadi mereka pasti boleh bertahan sampai akhir! Jadi, teruskan menyokong kami! Semua pembaca Meteoris pun! Jumpa lagi semua!

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro