セブン : 07

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

               Terkebil-kebil matanya memandang seraut wajah yang berada di hadapan nya.

"Kau pandang apa?" Dia terus menoleh ke arah lain. Bibir diketap malu. Macam mana dia boleh tengok lelaki itu lama-lama? Kan dah malukan diri sendiri.

"M- mana ada pandang..." Kecil sahaja kedengaran suara nya. Pipi mula memerah menahan malu.

Luca menarik lengan Freya untuk mendekati nya. Mukanya pula sengaja dirapatkan dengan muka gadis itu. Seinci sahaja jarak mereka saat ini.

Mata mereka bertembung.

Satu saat.

Dua saat.

Tiga saat.

Air liur ditelan gugup. Jarak mereka masih seperti tadi. Dekat. Seluruh wajah Luca ditatap. Bermula dari mata nya yang memukau, turun ke hidung yang agak mancung dan bibirnya yang sedikit kemerahan.

Perfect!

"Be mine first and you can see my face everyday, sweetheart." Husky voice. Dahi Freya dijentik halus. Gadis itu tersentak. Hilang semua lamunan dia saat dahinya dijentik.

"Taknak!" Spontan ayat tersebut keluar dari bibirnya. Dia terkejut sebenarnya. Mulut yang sedikit ternganga terus ditutup dengan mata yang terbuka luas.

Bukan itu yang dia nak cakap tadi. Ini lah padahnya apabila hati dan mulut tidak seiring.

Dia nak menidakkan perkara tersebut tapi dia tahu bahwa semua itu sudah terlambat apabila riak wajah Luca mula berubah sedikit kelat sebelum tiada langsung riak diwajahnya.

"Tch, I don't care. What's mine is mine. Got it pretty? " Mendatar sahaja suara nya. Tadi kemain gentle.

Freya mengemam bibirnya lembut. Dia bukan milik siapa-siapa melainkan yang di atas. Dia risau ayat yang keluar dari bibirnya nanti bakal mengguris hati lelaki itu.

"Err Encik..."

"Luca. Just call me Luca."Pintas jejaka itu laju. Gadis itu mengangguk perlahan. Terus lupa apa yang dia nak cakap tadi.

"Freya!" Gadis itu terus berpaling ke belakang apabila terdengar nama nya dipanggil. Kelibat Keisha yang berlari anak ke arahnya mengundang kekeliruan dalam dirinya. Dengan muka yang merah padam.

"Kau buat apa dengan jantan ni? Kau tahu tak yang dia ni jahat? Boleh pulak kau menggedik menyundal dengan dia! Eh laki lain tak ada ke hah?!" Disembur Freya habis-habisan. Dia menolak kasar badan Luca untuk menjauhi kawan baiknya itu.

"Eh perempuan ni..." Luca mahu maju ke arah Keisha tetapi dihalang oleh Freya. Dia menggelengkan kepalanya supaya berhenti. Dia taknak mencetuskan pergaduhan lagi-lagi dekat tempat awam walaupun ayat Keisha tadi mengguris hatinya.

"Kau nak gaduh ke sial? Meh ah. Fikir aku takut dengan kau?"

Freya mengeluh berat "Stop! I- I'm sorry Luca for what happen just now. Saya minta diri dulu and thanks sebab dah tolong saya tadi." Segaris senyuman terbit dibibir nya. Lengan Keisha ditarik untuk mengikutinya. Bimbang berlaku pergaduhan yang tidak diingini.

Luca hanya memandang. Geram betul dengan mulut si Keisha tu. Dia rasa macam nak cili. Tin disepak kasar sebelum dia teringat akan semua sikap nya apabila bersama dengan gadis itu tadi.

"Pft. Kau kenapa Luca? Tiba-tiba sweet dengan dia. Kau dah gila ke? Ke Sewel? Sebelum ni tak pernah pun macam ni dengan mana-mana perempuan. Memang sah aku gila, tch." Dia berdecit. Hoodie ditarik untuk menutupi mukanya sebelum melangkah pergi.

***

Freya merentap tangan Keisha geram. Sakit hatinya dengan tingkah laku gadis itu yang menurutnya agak melampau.

"What's wrong with you ?! Kau buat apa ni Keisha?" Dari tadi lagi dia bersabar. Kawan dia bukan macam ni. Dia dah tak kenal siapa Keisha selepas tragedi hitam yang menimpa keluarga sahabat baiknya.

Keisha terkedu. Sorotan matanya dipenuhi dengan dendam dan kesedihan. Tajam dia merenung Freya yang turut memandangnya.

Tiba-tiba dia tergelak. Rambut yang terikat kemas dikusutkan. Dia menarik-narik rambutnya kuat. Sekejap dia normal, sekejap tak.

"A- aku taknak kau rapat dengan dia... Haha dia jahat lah weh. Hari tu kan dia marah aku. Eh jantan tu memang tak guna! Dia dah malukan aku, kau tahu tak?! Aku tak boleh tengok muka dia. I hate him!" Sekejap suara nya sedih, sekejap marah. Macam tak terurus. Rambut sudah kusut masai. Nasib mereka berada dekat tempat yang agak tertutup.

Freya mengeluh. Dia menarik lengan Keisha sebelum tubuh gadis itu dipeluk erat. Belakang badan Keisha digosok lembut untuk memujuk apabila tangisan nya sudah pecah.

"A- aku cuma nak bahagia... Walaupun buat seketika. Salah ke? Kenapa semua benda tak berpihak dekat aku? Kenapa?! Jahat sangat ke aku ni? Jawablah! Jahat sangat ke?!" Teresak-esak dia menangis menahan rasa di hati. Semua benda yang dia buat, ada sahaja yang tak kena. Takdir seakan menyalahkan dirinya. Dia penat.

"Kau tak jahat Keisha. Tapi, dunia yang terlalu kejam terhadap kau. Semua benda yang jadi mesti ada hikmahnya, siapalah kita nak menolak takdir kan? Apa pun yang terjadi, aku akan tetap ada dengan kau kerana kau kawan aku. Kawan yang paling aku sayang." Keisha terdiam. Cuba untuk menghadam ayat kawan nya. Air mata yang masih mengalir dikesat.

Dia memandang wajah Freya yang tersenyum lebar. Tanpa disedari, bibirnya juga turut menguntum senyuman yang sama.

"Janji?" Pinky promise ditayangkan ke arah Freya. Gadis itu tergelak sebelum mengangguk. Jari kelingking mereka tersambung.

"Janji! Kawan selamanya."

Mereka saling berpelukan. Senyuman tidak putus di bibir mereka. Keisha beruntung kerana dia masih ada kawan seperti Freya. Kawan dari kecilnya sehingga lah kini. Dia tak tahu apa yang akan jadi pada dirinya jika dia turut kehilangan gadis itu. Mungkin hidupnya akan kelam sekelamnya. Tiada langsung sinaran kebahagiaan.

***

"Lama keluar? Kau beli air ke kau buat air?" Setapak kakinya melangkah memasuki ward Adeline, dia sudah mendapat perlian daripada Rayden.

Dia mengeluh. Dah lah, dia masih sakit hati lagi dengan apa yang jadi tadi lepas tu ditambah pula dengan kereta nya yang tiba-tiba tak boleh nak hidup. End up, dia datang ke sini dengan teksi. Kereta ditinggalkan begitu sahaja.

Luca hanya diam. Malas nak bersuara. Air Adriel diletakkan di atas meja sebelum melabuhkan punggungnya di atas kerusi. Dia meneguk laju air nya sebelum matanya terarah ke arah kerusi kosong. Mana dua ekor itu? Baru perasan.

Berkerut dahinya memandang Rayden.

"Diorang dah balik. Masing-masing ada hal katanya. Tinggal aku dengan perempuan ni je lah." Bibir dijuihkan ke arah Adeline yang sedang tidur. Dia nak tinggal gadis itu keseorangan tapi bimbang dimarahi oleh mommy nya. Jadi, dia bertapa je lah dekat sini sorang-sorang.

Luca menggeleng. Dalam diam, dia tersenyum tipis. Harap si Adeline tu mampu menceriakan balik hidup Rayden. Mula-mula je benci, mana tahu nanti bersayang-sayang.

Dia bangun. Bahu Rayden ditumbuk perlahan "Bro, aku cau dulu... Pape hal roger. Jaga perempuan tu elok-elok. Mana tahu jadi future wife nanti." Sempat lagi dia mengusik jejaka itu.

Rayden membuat muka toya. Penumbuk diacukan ke arah Luca yang kebetulan memandang dirinya.

"Blah lah kau!"

"Future wife~"

"..." Luca tergelak kecil sebelum melangkah pergi.

Tinggal lah Rayden dengan gadis itu.

Rayden mengeluh kecil sebelum matanya terarah ke arah Adeline yang sedang tidur. Wajah itu tampak sangat tenang walaupun pucat. Ralit matanya menatap wajah gadis itu.

"L- lepas mak ngah!! Sakit! Jangan buat Adel macam ni!" Raung Adeline tiba-tiba mengejutkan Rayden. Dia menggelepar seperti kesakitan. Deraian manik-manik putih menitis di pipi nya yang gebu meskipun matanya masih terpejam.

Rayden pantas menerpa ke arah gadis itu. Lengan Adeline yang berlapik dipegang kemas untuk mengelakkan gadis itu menggila. Dia tak tahu macam mana nak menenangkan nya.

"Kau kenapa? Hey , wake up! " Kepala yang tak gatal, digaru kasar. Dia buntu saat ini. Kenapa lah, dia seorang je ada kat sini. Kang dah menyusahkan hidup dia.

"Adel? Bangunlah! Kau mengigau ni." Bahu Adeline ditepuk perlahan. Tiga kali tepuk baru menyedarkan gadis itu.

Raungan itu bertukar menjadi esakan kecil. Teresak-esak dia menangis sambil memeluk bantal. Kepala ditenggelamkan di atas bantal.

Rayden mengeluh kasar. Dia duduk di atas katil Adeline. Bantal yang dipeluk gadis itu ditarik dan dicampak ke tepi. Serta-merta mata mereka bertembung. Gelak cuba untuk ditahan apabila melihat mata sembap milik gadis itu. Haih.

"Dah puas nangis?" Adeline diam. Hingus disedut dalam sebelum menunduk ke bawah. Dia hanya diam kaku di atas katil. Air mata yang masih mengalir, di lap.

"A- awak siapa?" Dang! Ayat pertama yang keluar dari mulut gadis itu semenjak kejadian yang berlaku tempoh hari.

.
.
.

❗Date : 21 March 2022❗

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro