十九 : 19

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

               Muka masing-masing kelihatan serious. Semuanya berkumpul di ruang tamu termasuklah Luca, Daniel dan Adriel. Kau pandang aku, aku pandang kau.

Adeline yang menunduk sedari tadi, diperhati oleh Rayden. Nafas dihela kasar.

"Ayden setuju..." Adeline terus mengangkat wajahnya, matanya terus bertembung dengan mata milik Rayden. Air liur ditelan gugup.

Betul ke apa yang dia dengar tadi?

"Nampak gaya nya, kena buat majlis besar-besaran lah nanti." Dato Dariel tergelak. Dia mengerling Datin Rosella disebelah. Macam lah dia tak tahu apa yang ada dalam kepala otak isterinya itu.

Datin Rosella menampar lembut bahu suaminya "Haish abang ni... Takkan lah nak buat majlis kecil-kecilan pula. Ella kalau boleh nak jemput semua orang, jangan sampai Ella pergi jemput sultan tu sekali." Gurau nya. Kepala disandarkan pada bahu suaminya.

"Melampau sangat tu."

Daniel hanya memandang pasangan tua itu. Berkerut dahinya saat itu "Tua-tua pun nak bersweet lagi." Komen nya perlahan. Kepala ditolehkan ke arah Adriel dan Luca yang tengah melihatnya.

"Apa tengok-tengok? Ada hutang?"

Kedua-duanya terus menoleh ke arah Rayden "Kau dah nak kahwin Ray. Aku tak sangka kau dah besar. Nanti mesti kau tinggalkan kitorang tsk tsk. Aku tak sanggup nak kehilangan kau." Sedih betul bunyi nya. Hingus disedut dalam.

Adriel kan, king of drama.

"Dia kahwin je bukan nya nak pergi berperang. Nanti korang pun sama juga, akan kahwin bila jodoh sampai." Tegur Luca mendatar.

"Eh siapa kata nak kahwin? Kau nak kahwin ke Dani?" Daniel berdehem sebelum mengangguk. Dia nak kahwin "Tapi aku taknak! Kalau jodoh aku lalu, aku jentik dia suruh pergi main jauh-jauh." Adriel tiba-tiba bersuara. Dia berdiri di atas kerusi.

Yang lain saling berpandangan. Mula dah.

"Macam ni... Kau jodoh aku ke? Pergi balik lah weh, selagi kau tak tahu macam mana nak bertelur, selagi tu lah kita takkan kahwin." Sambung nya bangga. Kening dijongketkan berkali-kali.

Dia perlukan isteri yang boleh bertelur. Tak payah beli telur dah. Bini sendiri boleh keluarkan telur.

"Tema kahwin warna apa?" Tanya Daniel tiba-tiba. Menghiraukan Adriel yang masih dalam dunia nya. Dia memandang Adeline dan Rayden silih berganti.

"Ha warna apa? Pilih warna yang colourful sikit. Mommy taknak ada warna hitam ataupun putih." Tekan nya. Dikerling anaknya sekilas. Dia sama naik dengan Daniel. Sibuk soal tema kahwin. Padahal Rayden baru je bagitahu yang dia setuju.

Kedua-duanya sibuk berbincang. Yang tu cakap warna biru, yang tu pula cakap warna hijau dan sebagainya. Yang lain hanya melihat tanpa ada niat untuk berbicara. Masing-masing mengeluh.

"Ha, warna koko! Nanti semua tetamu pakai costume tahi." Celah Adriel. Dia turun dari kerusi sebelum duduk diantara Daniel dan Datin Rosella yang masih berbincang. Bersinar mata nya saat itu.

Kedua-duanya terus berhenti bersuara "Kau je lah yang pakai. Macam tak ada warna lain." Daniel menjuihkan bibirnya. Mata digulingkan ke atas.

Gila ke nak pakai costume tahi? Tak ke gila nanti? Majlis perkahwinan tahian.

"Err tak terlalu awal ke?" Sampuk Adeline yang diam dari tadi. Mata masing-masing terus tertumpu ke arahnya. Bagi nya, itu terlalu awal.

Dato Dariel tergelak. Bukan apa, lucu pula bila tengok riak wajah mereka yang terlebih teruja tu. Macam dia pula nak kahwin.

"Tuan punya badan pun tak kecoh lagi... Macam ni lah, kita bagi Adel dan Ayden untuk berbincang dulu. Biar dorang sendiri yang tentukan tema kahwin. Mohler yang lain tu pergi makan dulu kat dapur. Ada lauk rendang ayam dan asam pedas. Ermm, dessert pun ada rasanya tadi" Dato Dariel terus angkat punggung. Berpusu-pusu yang lain berlari ke dapur.

Tinggal lah Rayden dan Adeline sahaja.

"Kenapa kau setuju?" Belum sempat gadis itu ingin bersuara, suara garau milik jejaka itu terlebih dahulu memintas.

"Kenapa encik setuju?" Tanya Adeline balik. Dia berdehem apabila melihat renungan tajam Rayden.

"Sebab saya rasa apa yang Datin cakap tu ada betulnya jugak. Encik kata encik nak jaga saya? Dengan perkahwinan yang akan terjadi ini, ia lebih memudahkan encik untuk jaga saya. At least tak timbul soal zina, maksiat dan sebagainya."

"Aku suka cara kau berfikir. Then, kita kahwin jela. Settle." Dia bersandar pada sofa. Ralit matanya memandang wajah Adeline yang memandang ke arah lain.

"Pandang aku..."

Pandangan mereka bertembung. Rayden ukir senyuman tipis "Aku jaga kau. Kau jaga aku. Jangan pernah putus asa dengan perkahwinan yang bakal terjadi. Trust my action not my words." Bisiknya lembut . Rambut gadis itu diselitkan ke belakang telinga.

Terkebil-kebil gadis itu memandang nya. Terasa berbahang pula pipi nya saat itu. Pipi dalam digigit halus "Encik janji yang encik akan jaga saya?"

"Aku tak janji tapi aku cuba." Gadis itu tersenyum. Lebar senyuman nya sehingga membuatkan jejaka itu turut tersenyum.

Kenapa comel sangat ni?

"Ehem... Taknak makan ke tu?" Terus hilang senyuman kedua-dua nya. Adriel muncul bersama dengan mangkuk berisi rendam ayam. Mulutnya masih mengunyah makanan tersebut dengan kening yang sengaja dijongketkan.

"Ke dah kenyang?" Tanya nya lagi. Nak tergelak pun ada bila tengok muka masing-masing seperti tercirit. Terkejut lah tu tengok dia datang tiba-tiba.

"Dah kenyang tengok muka kau." Adriel membuat muka terkejut. Ayam masih berada di dalam mulutnya.

"Serious lah Abe? Padahal kenyang bila tatap wajah Adel ni. Kan baby?" Sempat dikenyitkan mata ke arah Adeline sebelum meneruskan kunyahan yang tersangkut pada lelangit.

"Baby kepala hotak kau." Kepala Adriel diletakkan di bawah ketiak nya sebelum menarik jejaka itu ke dapur. Bergema suara nya di dapur. Kesakitan mungkin?

"Arghh sakitlah gila! Nasib ketiak kau wangi!"

Adeline menahan senyum. Pipi nya terasa kebas pula bila asyik tersenyum sahaja hari ini.

***

Beg plastic dipegang. Tangan nya tidak cukup untuk memegang semuanya. Akhirnya, dia duduk atas lantai tanpa menghiraukan orang lain.

Penat.

Itu sahaja yang berada di dalam otaknya. Kaki pula terasa kebas kerana asyik kesana-kesini.

Selepas sahaja dia siap mengemas dapur, Datin Rosella terus mengheret dia ke mall. Ingin membeli barang untuk kahwin katanya. Sekarang dia sudah berada di dalam mall yang sesak dengan orang ramai.

Tugasnya pula hanya membawa barang manakala Datin Rosella bershopping sakan tak ingat dunia.

"Eh Adel? Kenapa duduk kat situ? Come, mommy nak tunjuk sesuatu." Mommy? Yes mommy. Sejak Rayden setuju, Datin Rosella terus memaksa nya untuk memanggil nya mommy. Kemain happy lagi wajahnya saat itu.

Yelah, nak dapat menantu kan.

"Adel penat lah mommy." Muka sposen ditayangkan ke arah Datin Rosella. Wanita separuh abad itu tergelak. Tangan dihulurkan ke arah Adeline untuk membantu gadis itu bangun.

"Sikit je lagi. Lepas ni, kita pergi makan." Tangan Datin Rosella dipegang sebelum bangun. Baju dikebas-kebas untuk menghilangkan habuk.

Barang yang masih berada di dalam pegangan Adeline diambil separuh. Kasihan pula melihat gadis itu.

"Sini sekejap, Mommy nak tanya pendapat Adel ni..." Dia ditarik untuk masuk ke dalam kedai emas. Adeline hanya mengikut. Roh nya terasa keluar dari badan.

Datin Rosella membelek barangan kemas yang berada di hadapan nya. Matanya terpaku ke arah gelang tangan yang sangat simple tapi menarik. Macam sesuai je dengan Adeline.

"Cantik tak?" Adeline terus menoleh ke arah gelang yang ditunjukkan oleh Datin Rosella.

Dia mengangguk "Cantik." Gabungan silver dan emas menjadikan gelang itu kelihatan menarik. Mata dilirikkan ke arah harga. Terbuntang matanya saat itu.

5k? Seriously?

Kenapa mahal sangat? Dia terus menoleh ke arah lain. Buat-buat sibuk membelek benda lain walaupun gelang itu menarik perhatian nya.

"Cantik kan? Mommy nak belikan untuk Adel lah... Sebagai hadiah kahwin." Cadang Datin Rosella tiba-tiba. Laju dia mengeluarkan card credit nya untuk dibayar.

"Tak payah lah mommy. Mahal sangat." Tolak Adeline lembut. Bukan apa, dia tak sanggup memakai gelang semahal itu.

5k tu boleh beli banyak benda. Dahlah, dia tak keluarkan langsung duit untuk majlis itu. Semuanya ditanggung oleh Datin Rosella dan Dato Dariel. Mereka dah tempah awal-awal tempat untuk wedding tersebut.

"Mommy dah bayar dah pun." Selamba sahaja Datin Rosella berkata. Dia tersangatlah pantas. Malah tangan nya tengah memegang plastic gelang tersebut.

Adeline terkesima. Sejak bila? Dia memandang Datin Rosella dan plastic itu silih berganti.

"Mommy—"

"Shh, jum kita pergi makan. Esok pula sambung shopping." Tangan Adeline terus ditarik. Mereka keluar dari kedai tersebut sebelum menuju ke cafe.

.
.
.

❗Date : 10 May 2022❗

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro