Code 3

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"Show me what you got,"

"Guys!"

Lantang suara itu menjatuhkan arahan kepada Hilman dan Xander. Mateo pula berundur beberapa tapak ke belakang. Sudah tahu apa yang ingin dilakukan oleh mereka. Sebilah kapak dan besi besbol dibawa keluar dari dalam peti harta karun berwarna coklat gelap berhampiran tempat duduk Rafael. Sementara seorang hamba Hilman mengangkat meja kecil dan diletak betul-betul di hadapan Neil Rayyan.

"Ap... apa..."

Kedua tangannya direntap kasar dan dipaksa melekap pada atas meja. Hilman datang mendekat bersama sebilah kapak, manakala Xander sudah mengambil tempat di belakang Neil Rayyan.

Rafael menghitung. Tiba pada angka satu, Xander memukul belakang tubuh Neil Rayyan sehingga Neil Rayyan jatuh melutut. Kedua tangannya cuba ditarik, tetapi gagal. Hamba Hilman mencengkam kuat pergelangan tangan Neil Rayyan. Hayunan kapak bagai ingin membelah jantung, Neil Rayyan meronta sekuat hatinya di susuli jeritan ketakutan dibuat-buat. Dia sudah merasakan lebih dari itu. Misi-misi sebelum ini telah menjadikan dia seseorang yang lebih berani dan sedia menghadapi ancaman musuh.

Setakat begini, mudah sahaja. Dia cuma perlu berpura-pura.

Neil Rayyan mula terasa jemarinya mengeluarkan cecair merah pekat. Bila dia buka mata, sebilah kapak hampir-hampir memisahkan jari cantiknya. Kapak tajam itu berhenti tepat-tepat di atas jari Neil Rayyan.

Hilman senyum sumbing. Kapak di jauhkan dari tangan Neil Rayyan. Sementara Xander sudah berdiri tegak di sebelah Rafael sambil bertepuk tangan.

"Bravo! Ini yang aku suka. Aku suka ketakutan kau, reaksi muka, dan cara kau jerit minta tolong. Aku suka dengar." puji Rafael.

Setiap hamba baru disajikan dengan sambutan dari The Devil. Seperti tadi, Mateo sudah pernah melaluinya. Namun dia lebih teruk berbanding hamba-hamba yang lain. Ketakutan melebihi segalanya. Dia terkencing di dalam seluar sebelum dibelasah cukup-cukup oleh Xander. Selepas itu barulah dia diambil sebagai orang kanan Xander. Pengecut rupanya Mateo ini.

"Tapi aku tak nak jadi hamba. Aku nak jadi diri aku. Aku manusia, dan aku tak terima arahan dari orang lain."

"Kau fikir kau siapa hah?!" tempik Mateo.

Dia mencengkam kuat kolar baju Neil Rayyan sebelum dihalang oleh hamba Hilman yang bernama Huzairi. Tubuh Neil Rayyan ditolak kasar sehingga dia terjatuh lagi ke atas lantai. Boleh dikira berapa kali dia jatuh dalam hari ini.

Alah... berpura-pura jatuh dan berpura-pura lemah sebahagian daripada lakonannya juga.

"Jadi... kau nak hidup sebagai manusia?" Rafael menyoal. Neil Rayyan mengangguk laju.

Kaca mata berbingkai silver dirapikan sedikit. Tanpa mereka tahu, setiap kali Neil Rayyan menyentuh kaca matanya ataupun melihat ke arah mangsa. Gambar ataupun video ditangkap melalui kanta dan disalurkan kepada Henry untuk siasatan lanjut. Biasanya Henry mengimbas wajah pesalah yang dihantar oleh Neil Rayyan melalui kaca matanya sebelum Henry mula mengorek maklumat mengenai mereka.

Rafael tergelak besar. "Jamal... Jamal... Ok! Aku akan jadikan kau sebagai manusia. Manusia sebenar. Bukan patung, hamba suruhan, ataupun tukang jilat kasut aku. Cuma manusia." Rafael berkata sinis. Dia kembali duduk ditempat asal. Sama seperti tadi. Kali ini kedudukan kaki dibawa bersilang.

"Pergi,"

Malam itu, bilik asrama yang dihuni seramai enam orang kosong tanpa pemilik katil masing-masing kecuali Neil Rayyan. Ditempat yang agak tersorok, di sebelah lokar. Di situ lah Neil Rayyan bersama komputer riba memeriksa maklumat peribadi The Devil yang dihantar oleh Henry.

"Hilman Julian. Nama panggilan Hilman. Anak kepada Datuk Mukhriz, pengarah hospital Harvey San Frigo. Boleh tahan.... " Henry memuji dihujung sana.

"Boleh tahan apanya? Perangai teruk macam sampah." Neil Rayyan mengutuk. Petang tadi, dia hampir-hampir kehilangan jari cantiknya.

"Macam mana... best tak jadi student Miracle? Jamal Bin Hussin." Sempat Fiq mengutuk.

"Tch! Kau diam lah kepala dua." Neil Rayyan tidak mahu mengalah.

Fiq pula sudah tergelak. Baru sehari tidak bersua muka, inikan pula berbulan lamanya? Daniel Irvan saja masih sibuk dengan kes yang perlu dia uruskan selaku ahli kepada RBI. Kali terakhir dia pulang ke markas empat bulan lepas. Itupun ketika Daniel Irvan dibenarkan mengambil cuti sehari.

"Cakap lah kalau kau rindu dekat Code." tambah Henry.

"Diamlah senget!" marah Fiq.

Neil Rayyan tersenyum tipis. Hanya ahli CONIXRASUS yang dia percayai setelah kematian Neilya dan kedua ibu-bapanya yang terlibat dalam kemalangan.

Satu persatu maklumat peribadi The Devil dan orang bawahan mereka dibaca oleh Neil Rayyan. Interesting. Dalam bilik asrama saja dia bebas tanpa CCTV. Setelah dia perhatikan tadi, hampir setiap koridor mempunyai cctv. Itu baru koridor menuju ke bilik asrama, belum lagi yang lain.

"Aku rasa..."

"Pelajar dalam sekolah ni umpama tikus-tikus yang terperangkap dalam peti kaca. Dia orang dijadikan sebagai bahan uji kaji, ataupun tempat untuk melepaskan rasa marah. Erti kata lain, they act like a king. Petang tadi ada seorang student mengadu dekat kawan dia, dia tengah kandungkan anak Rafael. Aku tak rasa sekolah ni sekolah biasa-biasa. There's something wrong." jelas Neil Rayyan panjang lebar.

"I knew it! Data yang aku dapat menunjukkan penggunaan elektrik sekolah Miracle mampu menjana elektrik seluruh unit perumahan. Gila. Apa yang dia orang buat?" balas Henry.

"Pada pandangan aku... kau kena berhati-hati Neil. Bukan mudah untuk cari tahu. Aku dan Henry sendiri tak mampu nak akses masuk ke dalam sistem Miracle. Dia orang guna sistem yang lebih canggih dan lebih mahal dari kita," Fiq bersuara.

"Hmm... setakat sistem pasar malam tak mampu nak menyaingi sistem jet tempur," Henry mengeluh panjang. Bilalah sistem mereka diperbaharui oleh Uncle Grey? Orang lain sudah selangkah di hadapan, sementara mereka masih sama dengan sistem ketinggalan zaman.

Neil Rayyan tergelak. "Nak buat macam mana? Pergilah minta dekat Uncle Grey."

Tapp..

Tapp..

Tapp...

Hujung telinga menangkap bunyi tapak kaki semakin lama semakin menghampiri bilik asrama. Tombol pintu yang tidak terkunci dipulas dari luar. Perlahan-lahan dan....

Neil Rayyan memandang ke arah Eldric yang baru saja membuka pintu. Buku ditutup dan diletak di atas meja sebelah katil. Suis lampu dihidupkan oleh Eldric. Di gelap malam, boleh pula dia membaca buku. Oh mungkin kerana tingkap kaca separuh terbuka membiar sinaran rembulan masuk ke dalam.

Eldric duduk di atas katil Firdaus, rakan sebilik. Cuma sekarang ini... Firdaus menerima hukuman dari Rafael. Dia dipaksa menjilat muntah Xander.

"Kenapa kau dekat sini?" Eldric bersuara.

"Aku tak boleh duduk baca buku atas katil sendiri?" Soalan berbalas soalan. Neil Rayyan tersenyum tipis.

"Aku ingatkan kau sama macam pelajar yang lain, tapi tak. Dekat sini... They act like a king."

"Maksud kau?"

Dari nada suaranya, kelihatan Neil Rayyan berminat untuk tahu.

"Dia orang..."

Dari hujung koridor, jeritan Firdaus cuba melepaskan diri dari cengkaman maut The Devil. Kakinya laju mengorak langkah. Di belakang nya pula terdapat beberapa orang hamba Rafael mengejari Firdaus termasuk lah Mateo si pengecut.

"Tolong! Tolong! Tolong aku!"

Serentak Neil Rayyan dan Eldric bangun dari tempat duduk. Cukup berbalas pandangan mata, mereka bergegas keluar dari dalam bilik. Tetapi malangnya...

Firdaus sudah tidak ada di situ.

"Tak boleh jadi. Ikut aku sekarang!"

Pintu bilik asrama barisan lorong itu terbuka luas tanpa penghuni bilik. Ke mana mereka semua pergi? Melihat Eldric sudah jauh di hadapan, Neil Rayyan membuka langkah mengejari Eldric.




Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro