Bab 17

Màu nền
Font chα»―
Font size
Chiều cao dòng

Imbas semula


JURAIAN air mata menyambut kepulangan mereka yang berjaya menamatkan latihan asas 69 komando. Keletihan yang memukul tubuh menyebabkan mereka tidak mampu berdiri dengan tegak. Kaki terasa dipaku. Fikiran melayang entah ke mana. Terasa dunia berhenti berputar. Manusia berhenti berjalan. Otak menjadi biul seketika. Penuh keterujaan, Luqman membuat panggilan ke kampung. Ketika orang lain sibuk berpelukan bersama keluarga masing-masing dan berkongsi detik gembira. Ketika itu juga Luqman menanti panggilannya dijawab.

Harap maaf...

Ikon merah ditekan. Luqman resah memikirkan keadaan Puan Zainah yang tidak seberapa sihat di kampung. Dia meninggalkan keluarganya demi memburu impian yang ditanam sejak berada di bangku sekolah rendah. Sering dipandang sinis dan dibuli hanya kerana dia anak kepada pengisap dadah. Tetapi itu tidak menghentikan langkah Luqman. Semangat yang berkobar-kobar menjadikan Luqman tidak mudah berputus asa. Hasilnya... dia berjaya menjadi penuntut terbaik latihan asas selama tiga bulan itu. Namanya disegani. Dirinya dihormati. Pujian melambung tinggi. Tetapi dia tahu, dia takkan berada ditahap itu tanpa doa seorang Ibu dan usahanya.

"Ab... abang man..."

Tersekat-sekat suara Falee di hujung talian. Rentak jantung bertambah laju. Perasan tidak sedap hati mula menyelubungi diri Luqman. Bunyi tangis dan siren ambulans kedengaran jelas ditelinga. Tuhan! Tolong jauhkan apa yang sedang bermain di fikiran Luqman.

"Aadik... kenapa ini? Apa yang dah berlaku? Mana Emak?"

Bertalu-talu soalan diajukan kepada Falee. Tetapi sedikit pun tidak dijawab oleh adiknya. Luqman seperti cacing kepanasan menanti balasan dari Falee.

"Ma... mak dah tak ada, bang."

Allahuakbar. Luqman mengucap panjang sambil mengurut dadanya. Sedaya upaya dia menahan air mata dari gugur ke pipi. Tetapi dia tidak mampu. Lututnya terasa longgar. Ketika dia hendak berdiri, dia terjatuh sendiri ke atas tanah. Umar yang melihat keadaan Luqman seperti itu, cepat-cepat menghampiri.

"Man, kau ok?"

Luqman menggeleng laju. Tumpahan air mata mencomotkan wajah yang sedia comot dengan Camouflage.

"Mak... mak aku, mar. Mak aku dah tak ada..."

Umar mengucap. Dia mengusap bahu Luqman. Cuba menyalurkan semangat yang dia ada.

"Ingat Allah, man. Ingat Allah. Dah, kita gerak ke sana sekarang." arah Umar.

Luqman mengangguk laju. Fikirannya melayang ke kampung. Entah apa yang dirasai oleh Falee sekarang.

"Tapi family kau?"

"Aku akan maklumkan pada mereka terlebih dahulu sebelum kita ke sana. Boleh kan?" tanya Umar.

Luqman angguk saja.








DARI jendela yang terbuka. Luqman dapat melihat sawah hijau terbentang luas. Pokok-pokok kelapa tumbuh tinggi sesekali digoncang angin. Tidak jauh dari situ, dia terpandang ke arah seorang gadis bertopi lusuh yang sedang menjolok buah mangga. Buah yang gugur ke atas tanah, dikutip oleh tiga orang kanak-kanak. Buah itu dibersihkan daripada tanah sebelum diisi ke dalam plastik. Seorang budak lelaki bertubuh gempal dan berkulit hitam manis sedang sibuk memberi arahan kepada gadis bertopi lusuh itu.

Si gadis pula, mungkin berasa geram terhadap arahannya. Buah yang dijolok dijatuhkan tepat kdi atas kepala budak lelaki itu.

"Aduh!" Buntal mengadu kesakitan.

Oja tergelak besar. Buntal merenung sinis ke arah Oja. Sengaja nak kenakan dia lah tu!

"Potong gaji!" marah Buntal.

Tawa Oja mati serta-merta. Oja tersengih.

"Maaf, bos! Saya tak sengaja." ucap Oja. Yang lain, turut tertawa. Kemudian Buntal mencerlung sinis ke arah mereka berempat.

Automatik. Paan, Mina, Piyan, terdiam. Air liur ditelan. Glup! Mereka menyambung semula kerja mengutip buah yang terhenti seketika tadi. Tenungan dari Buntal boleh tembus hingga ke biji buah mangga.

"Ala... kau ini, Buntal. Janganlah marah. Nanti kurang pahala tau! Kau kan nak berlatih puasa. Nak kurus sebelum raya. Dapatlah ngorat cucu ketua kampung nanti," tambah Oja.

Buntal mencebik. Sengaja membodeklah tu. Ingat dia termakan dengan umpannya?

"Marah sikit saja pun. Tak kurang punya..." Yakin Buntal membalas.

"Iyalah tu, jeneral Buntal. Tahu-tahu bila kena hitung, tinggal kosong." Paan menyampuk.

Selesai mengutip buah. Mereka menapak ke pondok untuk mencuci buah yang dikutip. Turut dibantu oleh Mina dan Piyan. Buah yang sudah dibersihkan, dikupas oleh Oja memandangkan dia yang paling tua diantara mereka dan handal bermain pisau.

Mina menyediakan lada kicap. Sementara Piyan mengembalikan penjolok kepada Mak cik Senah.

"Paan. Aku nak tanya kau ini." Buntal membuka bicara.

Mina pula sedang sibuk merasai lada kicap yang dibuat olehnya. Ketika dia ingin mengambil hirisan buah mangga di dalam mangkuk. Oja pantas menyedari tindakan Mina dan menampar perlahan tangan kecil itu.

"Ah, tak ada-tak ada. Kalau aku kira, kali ini sudah masuk kali keempat kau ambil, Mina. Tak baik macam itu. Tunggu Piyan balik lepas itu kita makan sama-sama. Biarpun sedikit, tetapi bila berkongsi terasa banyak. " tegur Oja.

Mina mencebik lalu mengeluh. "Hurm..."

"Kau nak jadi apa lepas habis sekolah nanti?" tanya Buntal.

Paan menopang dagu. Leka memikirkan apa yang dikatakan oleh Buntal.

"Hah! Aku nak jadi juruterbang!" teruja Paan menyatakan impiannya.

"Kau pula, mina?"

"Aku nak jadi pereka fesyen. Aku bertekad untuk teruskan impiannya Emak yang tak kesampaian. Buntal?" tanya Mina semula.

"Aku... berminat nak jadi jurutera." jawab Buntal.

"Bagus! Kalau kau orang nak jadi macam itu nanti. Kenalah belajar bersungguh-sungguh. Jangan harapkan Mak, bapa, atau Guru yang arah baru nak belajar. Tak baik... tak baik..." Oja menggeleng perlahan.

"Mak, bapa kak Jaja tak marah ke kalau Kak jaja tak belajar?" Paan menekup mulut Mina bila budak perempuan yang baru berusia sembilan tahun itu terlepas cakap.

"Mina!" jerit Paan. Keras.

Oja tergelak. "Mana ada! Dia orang tak marah pun."

"Yalah tu. Padahal... mak, bapa Kak Oja dah lama tak ada kan?" Kali ini giliran Buntal.

Oja mengangguk laju untuk mengiyakan.

"Hm... akak tak kisah pun pasal itu. Akak dah biasa. Dah pukul berapa ini? Kenapa tak muncul-muncul budak Piyan tu?" Oja melilau sekeliling. Secepat itu topik perbualan berubah. Dia tidak mahu dikupas lebih mendalam. Cukup dia, dan beberapa orang tertentu saja yang tahu.

Mereka tercari-cari kelibat Piyan dengan muka comot yang ditempek bedak sejuk. Buah mangga yang sudah siap untuk dimakan, tidak diusik kerana sibuk mencari keberadaan Piyan.

"Piyan! Oh, Muhd Sufian Suhaimi!" jerit Buntal lagi. Paan menyiku lengannya.

"Salah! Nama Piyan bukan Sufian Suhaimi. Nama Piyan, Muhd Sufian Suhairi." tegur Paan. Kaca mata petak dirapikan.

Paan budak paling bijak dalam kelas mereka. Subjek kegemarannya ialah subjek matematik dan bahasa inggeris.

"Entah, jeneral Buntal ini. Nama kawan sendiri pun dia boleh lupa." komen Mina.

"Alah, kau jangan nak menyibuklah Siti Aminah Sajadiah." balas Buntal. Laju.

"Tengok tu! Nama aku bukan Aminah lah! Tapi, Zarisya!" bentak Mina. Bengang.

"Mina atau Sajadiah sama jelah bunyi dia, oit!" Buntal tidak mahu mengalah.

Tidak sampai beberapa minit. Piyan berlari ke arah Oja lalu memeluk tubuhnya. Tangisan yang berhamburan menyebabkan bedak sejuk yang dipakai melekat pada baju Ninja Turtle berwarna kuning cerah.

"Kak Jaja! Ta... tadikan... Piyan kena kejar dengan anjing!" adunya sambil menangis teresak-esak.

Oja menggaru kepala apabila bedak sejuk yang dipakai oleh Piyan meninggalkan cop muka pada bajunya.

"Sufian..." Oja cuba memujuk.

"Na... nasib baik ada abang hensem tolong Piyan." Piyan melepaskan pelukan dan menunjuk ke arah Luqman yang berdiri tidak jauh dari mereka.

Luqman garu kening bila dia dipuji kacak oleh Piyan. Kacak celah mana kalau tepi matanya meninggalkan kesan parut akibat torehan pisau?

"Piyan... kau terkucil kat dalam seluar, erk? Kenapa seluar kau boleh basah?" Buntal tunduk dan mula menghidu seluar Piyan.

Hidungnya kembang kempis dengan renungan mata sengaja ditajamkan. Ni kalau bukan pakej terkucil, tercirit sekalipun ada.

"Tak baiklah buat macam tu dekat Piyan. Kau ini, Bahri!" marah Mina. Mina cuba menghalang Buntal dari menghidu seluar Piyan.

Bukan Buntal seorang saja. Paan pun terikut sama. Kentut yang tidak dapat ditahan, terlepas juga dari lubang angin. Prot! Buntal terpelanting ke belakang. Burung-burung kuning mengelilingi kepalanya. Bau telur busuk menujah masuk ke dalam hidung. Kalau Paan, sudah lama tidak sedar diri. Wanginya... sampai ke kampung sebelah dapat dihidu. Mina pula seakan tidak percaya. Senjata rahsia Piyan mengelakkan diri dari dibuli ialah kentut!

Mina pengsan tidak sedarkan diri. Dia mengangkat jari berbentuk 'Ok'

"Piyan... jangan lupa minta maaf dekat Buntal, se... sebab dah cemarkan muka dia."

Trett.

Piyan gigit jari. Dia pandang Buntal yang baru tersedar. Aikk? Cepatnya sedarkan diri. Dada Buntal berombak ganas.

"Piyan..." Buntal bangun.

Piyan dapat membayangkan tanduk kerbau berwarna merah yang muncul di kepala Buntal. Lagaknya... macam tengah sasarkan Piyan.

Oja di belakang tergelak besar. "Sedia! Tiga, dua, satu!"

Bum!

"Emak, selamatkan Sufian! Sufian tak salah. Kentut yang salah!"

Berdesup kaki kecil Piyan meninggalkan mereka berempat di situ. Luqman yang sedang menekup hidung undang tawa di bibir Oja.

"Tak payah nak tekuplah. Bau tu dah tak ada. Budak dua orang ini drama lebih. Katanya nak jadi pelakon kanak-kanak." tambah Oja.

"Bagus! Dia orang berempat memang berbakat." puji Luqman.

Udara segar tanpa bau telur dan petai. Tenang dan sunyi saja pada petang itu. Luqman mencuri pandang ke arah Oja. Gadis berkulit cerah persis anak cina. Tetapi topi lusuh yang dipakai, mencacatkan sungguh penampilannya!

Luqman sembunyi tawa bila ada cop muka berbekas pada baju Ninja Turtle berwarna kuning cerah.

"Terima kasih, encik." ucap Oja.

Tubuh Luqman kaku. Senyum yang terlakar di bibir pucat itu buat rentak jantung bertambah laju. Dua batang gigi arnab menarik perhatian Luqman.

Manis sungguh!

Luqman angguk. "Sama-sama." balasnya perlahan.

"Budak tadi itu..."

"Tak apa, saya sendiri yang akan uruskan." jawab Oja. Ringkas.

Memang dia tidak suka menyusahkan sesiapa. Lebih-lebih lagi dengan orang yang baru dia kenal.

"Betul?"

Oja mengangguk lagi.

Luqman mula menyusun langkah. Baru beberapa tapak. Dia menoleh ke belakang. Niat di hati hendak bertanya nama Oja. Tetapi, gadis Ninja Turtle itu pula terlihat sibuk mengejutkan Mina dan Paan. Luqman ukir senyum tipis. Dibiarkan saja niatnya terkubur. Langkah diteruskan semula ke hadapan.

Yang pasti, senyuman dari gadis itu akan dia ingati.

















Happy reading:)
Maaf, lambat update :v

BαΊ‘n Δ‘ang đọc truyện trΓͺn: Truyen2U.Pro