03

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

'Trust me,
tomorrow will be fine'
.
.
.
.
.
.
.
chapter 03

'Mama'

'Hao, kamu sibuk? Maaf mama ganggu kamu. Mama telefon kamu tak angkat mungkin kamu sibuk dengan kerja. Jangan lupa jaga diri kamu. Mama sayang kamu'


'Maaf mama, Terima kasih'

Telefon miliknya disimpan kembali lalu dia membelek sebuah dokumen yang akan dihantar kepada ketuanya sebentar lagi.

Selepas beberapa kali membuat pemeriksaan akhir, dia bangun lalu mengorak langkahnya menuju ke meja Haejoon.

Dokumen tersebut diletak dengan penuh sopan di atas meja lelaki itu.

Haejoon mencapai lalu ditilik dengan penuh teliti. Dia mendongak memandang wajah Myungho.

"Apa ni?"

"Ya? I-ini pelan pemasaran"

"Ini je yang kau boleh buat? Kau tak belajar ke?"

Myungho mendiamkan diri sejenak cuba mencari jawapan untuk membalas kata-kata Haejoon.

"Apa yang kau buat dekat China eh? Ini je yang diorang bagi ilmu pada kau?"

Semakin lama dia mendiamkan diri semakin banyak kritikan yang di sambut.

Entah mengapa secara tiba-tiba pipi kirinya terasa pedih. Dia kaku seketika akibat terkena tamparan kuat dari ketua Shin.

Bukannya dia ditampar oleh tangan tapi dari dokumen tebal yang dia serah sebentar tadi. Sehinggakan kaca mata bulatnya hilang entah kemana.

"Kau tengok sini"

Satu persatu helaian dari dokumen itu dikoyak. Lalu diulang lagi perbuatan itu setelah sampai ke helaian terakhir.

"Aku takkan terima sampah macam ni. Kau pergi tempat kau, kau buat semula pelan tu sebelum esok pagi"

"B-baik ketua"

"Sebelum tu, bersihkan semua sampah ni"

Myungho mengangguk akur. Dia mengutip segala cebisan kertas yang bersepah di lantai dengan pandangannya yang agak kabur.

Namun pendengarannya tidak kabur. Dapat didengari ketawa kecil dari sebilangan kaki tangan di situ. Seakan cuba mengejek dirinya.

"Tak apa-apa. Esok akan baik"

━─━────༺༻────━─━
To Be Continued..

꒰💌꒱: Keep vote and comment. See You On Next Chapter♡♡♡

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro