11

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

'Hold it tight'

.
.
.
.
.

chapter 11

Ting!

Kelihatan semua orang yang berada di dalam lif mulai keluar menuju ke ruang kerja mereka.

Wajah Myungho kini masih lagi sedikit terkejut. Sepanjang perjalanannya, wajah tampan itu hanya memandang bayangan hitam di bawah kakinya.

"Kenapa kau masih ikut aku?"

Soal Myungho dalam nada perlahan. Takut orang sekelilingnya nanti fikir dia gila sebab bercakap seorang diri.

"Aku nak lindungi kau. Mana tahu ada orang jahat kacau kau, aku akan tolong"

Beg hitam yang digalas tadi diletak elok di atas meja kerjanya lalu dia melabuhkan punggungnya di atas kerusi.

"Diorang tak jahat dan terima kasih sebab niat kau nak tolong aku. Aku tak apa-apa"

Seusai bicara bersama mahkluk itu, lantas tangannya mencapai satu pad nota kecil untuk ditulis jadualnya hari ini.

Belum sempat lelaki itu menulis, satu dokumen bersaiz sederhana telah mendarat di atas mejanya dengan kasar. Myungho mendongak memandang wajah gerangan itu. Seo Woong.

"Pergi ke kedai lepastu catat maklum balas pelanggan di sana dan aku dah tulis lokasi kedai. Aku nak kau balik sebelum jam 9:30 kita ada mesyuarat"

Fail itu ditilik sebelum Myungho bersuara. G-gangnam? Sebelum pukul 9:30? Sekarang jam sudah hampir pukul 9 mana mungkin dia boleh balik ke pejabat semula dalam masa sesingkat itu. Sudahlah dia tidak pernah jejakkan kaki di Gangnam.

"Tapi..mesyuarat pukul sepuluh, kenapa awal sangat saya perlu balik?"

Helaan kecil dikeluarkan lalu satu senyuman dilemparkan oleh pemuda bermarga Seo itu. Dia mendekatkan wajahnya menatap tajam wajah tampan milik Myungho.

"Kau perlu ke kilang dengan aku jadi baliklah sebelum pukul 9:30 ya. Nak berlari? Terbang? Ikut suka kaulah asalkan tak buang masa aku tunggu kau"

Woong terus beredar meninggalkan Myungho yang masih memegang fail berwarna hitam itu.

"N-nanti..!"

Buat seketika kepalanya disenget sedikit. Bingung tatkala melihat makhluk itu mengikuti Woong.

Dia memandang ke bawah lantai. Bayangan hitam itu sudah tiada. Beg silang miliknya dicapai lalu dia mengatur langkah menuju ke destinasi.


━─━────༺༻────━─━

Satu keluhan lega dilepas pemuda itu sebaik sahaja melangkah keluar dari kedai itu.

Sesekali dia mengukir senyuman kecil di bibir. Syukurlah tuhan sudah permudahkan segala urusannya. Dia tidak sesat walau di kawasan yang sangat asing itu.

Buat seketika Myungho berasa kagum dengan seluruh kawasan di situ. Sungguh mewah malah kawasan perumahan di situ juga seperti dalam filem. Mesti mahal kan kalau tinggal di sini.

"Hao"

Kepala pemuda itu dipaling saat suara itu seakan memanggil namanya.

"Kat bawahlah"

Pandangan Myungho terus jatuh memandang jalan tar.

"Kenapa kau kat sini? Bukan kau ikut lelaki tadi ke?"

"Itulah aku nak cakap dengan kau ni, baik kau jangan pergi ke kilang dengan lelaki tu"

Dahi Myungho dikerut. Rambutnya pula yang ditampar angin manja itu cukup membuatkan kekacakannya bertambah. Cermin mata bulat dibetulkan.

"Aku ada dengar lelaki tu sengaja nak bawa kau pergi ke sana. Apa-apapun dengar cakap aku. Tolong jangan pergi ke sana. Kau mungkin dalam bahaya"

Myungho mendiamkan diri sejenak. Berfikir mungkin. Mana mungkin Woong akan apa-apakan dirinya.

Memang betul lelaki itu sudah memalukan dirinya di hadapan pekerja lain namun dia tidak sampai hati ingin berfikir sejauh itu.

"Tak, kitorang pergi untuk hal kerja. Faham? Dah aku nak cepat nanti dia marah pula"

Dengan segera pemuda China itu mengatur langkahnya meninggalkan bayangan hitam yang masih tidak bergerak.

"Apa-apapun aku akan lindungi kau"

━─━────༺༻────━─━
To Be Continued..

💌 : Send vote and comment banyak-banyak. Terima kasih ! hehe ❤️❤️❤️❤️

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro