❤︎𝓓𝓾𝓪 𝓹𝓾𝓵𝓾𝓱 𝓮𝓶𝓹𝓪𝓽

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Sohee membuat keputusan untuk mengambil angin malam di halaman belakang rumahnya.Dia mengorak langkah menuju ke arah bangku yang pernah didudukinya bersama Felix dulu.

Sebaik saja dia melabuhkan punggung di situ,kenangannya bermain semula di fikiran.Sohee memandang ke arah langit lalu tersenyum sendiri.

"Felix masih sayangkan aku ataupun aku seorang je yang rasa macam tu?",soalnya sendiri.

Dia tidak boleh membuat kesimpulan sendiri kerana mungkin Felix tidak berfikir begitu.Sohee menghela nafas perlahan kerana dia ingin meluahkan rindu pada Felix tetapi dia juga tidak tahu bagaimana caranya.

⊰᯽⊱┈──╌❊❊╌──┈⊰᯽⊱

Felix menyantap mi segera yang dibelinya tadi.Kedengaran pintu bilik dibuka dan Jackson menghampiri Felix yang sedang bersendirian di dapur.

"Makan tak ajak!",sergah Jackson.

Disebabkan sergahan Jackson,Felix yang sedang menghirup kuah itu tersedak.Felix terbatuk-batuk kerana kepedasan kuah itu terasa menyengat sampai ke rongga hidungnya.

"Hyung! Kenapa sergah macam tu!",marah Felix yang masih lagi terbatuk itu.Mukanya juga sudah kemerahan.

"Maaf...alah,biasalah tu tersedak.",jawab Jackson tanpa rasa bersalah.

"Kenapa Hyung tak tidur lagi? Bukan Hyung selalu tidur awal ke?",tanya Felix bila melihat Jackson kelihatan masih segar.

"Aku lupa nak letak sampah kat luar lepastu nampak kau,aku tegur lah...dah alang kau makan tu,tolonglah letak sampah kat luar terus.",arah Jackson sebelum masuk semula ke dalam biliknya.

Felix hanya mendiamkan dirinya.Entah apa yang dibuat abangnya itu,keluar bilik lepas itu masuk semula tanpa berbuat apa-apa.

Selesai makan,Felix meletakkan sampah di luar seperti yang disuruh Jackson tadi.Dan ketika itu,dia ternampak Sohee sedang berbaring di atas bangku rumahnya.

"Sohee tidur kat luar? Dia kena halau dengan Ahjussi ke?",Felix membuat andaian lalu menghampiri Sohee.

Mata gadis itu terpejam rapat dan Felix melambai tangannya di hadapan wajah Sohee untuk memastikan keadaan Sohee.

Sohee membuka matanya dan terus terduduk kerana terkejut dengan kehadiran Felix itu.Felix juga turut terkejut bila Sohee terus bangun.

"Lix...apa awak buat kat sini?",tanya Sohee.

"Awak kena halau dengan Ahjussi ke? Kenapa awak tidur kat luar?",soal Felix dan Sohee mengerutkan dahinya.

"Halau? Mana adalah...saya saja ambik angin malam kat sini..",jelas Sohee dan Felix tersengih.

"Hehe...maaf sebab salah faham.Kalau saya nak duduk sekali boleh? Saya tak dapat tidurlah malam ni.",Felix mengambil kesempatan.

Sohee mengangguk lalu memberi ruang untuk Felix duduk di sebelahnya.Tanpa rasa segan,Felix mengambil tempat dan suasana malam itu kekok seketika sebelum Sohee bersuara.

"Tangan awak macam mana? Dah okay?",tanya Sohee oleh kerana tiada topik untuk dijadikan perbualan.

Felix melihat tangannya sebelum mengangguk kecil.Lagipun tangannya itu tidaklah menggelupas teruk mana.

"Ermm... Lix,kalau saya nak tanya sesuatu boleh?",soal Sohee dan Felix perlahan-lahan mengangguk.

"Awak masih ada perasaan ke dekat saya?",luah Sohee dan kali ini Felix terdiam.

"Saya mintak maaf kalau soalan saya ni buat awak tak selesa...awak abaikan jelah.",cepat-cepat Sohee bersuara sebelum Felix menjawab.

"Ada...dan akan selalu ada.",jawab Felix lalu menatap wajah Sohee yang disinari cahaya bulan pada malam itu.

"Sebab tu saya tak suka awak rapat dengan Sunwoo...dan saya mintak kerja tu pun sebab nak selalu ada dengan awak.",terang Felix.

Dia menarik nafas lega kerana dapat meluahkan apa yang dipendamnya selama ini.Sohee tersenyum mendengarkan apa yang diluahkan Felix.

"Terima kasih...saya hargai sangat apa yang awak buat.",ucap Sohee.

"Pasal Sunwoo tu awak tak payah risaulah...sebab kiteorang memang tak ada apa-apa hubungan pun selain kawan kerja.",tambah Sohee lagi.

"Buktikan dulu...",pinta Felix.

"Okay...ermm huruf abjad ada berapa?",tanya Sohee dan Felix tergelak kerana berasa lucu dengan soalan Sohee.

"Dua puluh enam...kenapa? Awak ingat saya budak tadika ke?",soal Felix.

"Bagus...tapi dalam dua puluh enam huruf tu,saya tertarik pada satu huruf je...cuba teka huruf apa?",sambung Sohee.

"S sebab nama awak kan Sohee.",jawab Felix dan Sohee menggeleng.

"Salah.Jawapan dia...U.",beritahu Sohee lalu menunjuk ke arah Felix.

"Ahak...so sweet...",puji Felix sebelum mencuit hidung gadis itu.

"Eh,bintang malam ni kurang satulah...",tegur Felix.

"Dah Felix...awak kalah.",ejek Sohee sebelum tertawa.

⊰᯽⊱┈──╌❊❊╌──┈⊰᯽⊱

Sunwoo tiba di bakeri lebih awal pagi itu untuk menguruskan beberapa perkara.Sedang melakukan kerja,Sunwoo terpandang sejambak bunga mawar kuning yang dibeli sebelum ke situ tadi.

"Aku harap Sohee ada perasaan sama macam aku.",getusnya dalam hati.

Tidak dapat dinafikan,dia menyimpan perasaan pada Sohee sejak berkenalan dengan gadis itu.Namun dia mengambil masa untuk meluahkan perasaannya kerana ingin menunggu masa yang sesuai.

Bunga yang dibeli tadi diambil sebelum meletakkan di dalam pejabatnya.Dia ingin memberikan bunga itu ketika tamat waktu bekerja nanti.

Felix berjalan sambil berpegangan tangan dengan Sohee.Dia begitu gembira hari itu kerana Sohee sudah menjelaskan yang perasaannya masih tidak berubah.

"Ingat...kalau Sunwoo tu paksa awak buat apa-apa kerja,bagitahu saya.Biar saya ajar mamat tu.",pesan Felix dengan nada tegas.

"Lix...saya pergi bakeri tu untuk bekerja...kalau awak tak bagi saya buat kerja,baik saya jadi pelanggan je.",jelas Sohee.

"Tapi saya tak suka tengok dia bercakap dengan awak...tak suka...",Felix menarik muncung dan Sohee mencubit pinggang Felix.

"Eleh...saya dah kerja dua tahun kat bakeri tu,Lix...tapi saya masih sukakan awak...nampak sangat awak tak percayakan saya.",ujar Sohee dengan nada sedih.

Felix mula rasa bersalah bila Sohee berkata begitu.Dia cepat-cepat memeluk bahu gadis itu sebelum bersuara.

"Alah...saya bergurau je tadi.Awak kerjalah...janganlah merajuk.",pujuk Felix.

"Mana ada saya merajuk,saya sedih je.",ujar Sohee jujur.Senyuman diam-diam diukirkan kerana Felix termakan dengan lakonannya.

"Janganlah sedih...balik nanti kita makan ABC nak?",ujar Felix dan Sohee mengangguk.

⊰᯽⊱┈──╌❊❊╌──┈⊰᯽⊱

Felix sempat membuat flying kiss ke arah Sohee yang sedang mengambil pesanan salah seorang pelanggan.

Sohee memarahi Felix melalui matanya dan lelaki itu tertawa sendiri sambil mengelap meja.Sohee hanya mampu menggelengkan kepalanya kerana malas melayan kerenah Felix.

"Sohee...",panggil Sunwoo.

Felix yang sedang melakukan kerjanya itu memandang ke arah Sunwoo lalu menjeling dalam diam.

"Sabar,Lix...",Felix cuba menenangkan dirinya namun tidak berhasil bila Felix terus memandang ke arah Sunwoo yang sedang bercakap dengan Sohee.

Tidak lama kemudian,Sohee menyambung semula kerjanya dan Felix mengambil kesempatan untuk menghampiri Sohee.

"Kenapa Sunwoo panggil awak?",tanya Felix kerana tidak dapat lagi menyembunyikan perasaan cemburunya.

"Ouh...dia nak cakap dengan saya lepas habis kerja nanti.Tak ada apalah,mungkin nak bincang pasal kerja.",beritahu Sohee.

"Kalau pasal kerja,kenapa ajak awak je? Ha kenapa? Saya dengan Minah pun pekerja kat sini jugak.",Felix masih tidak berpuas hati.

Felix yang serius tadi mengerutkan dahinya bila Sohee mentertawakan dirinya.

"Lix...Mina bukan Minah.",tegur Sohee.

"Samalah tu...tambah huruf H je.",dalih Felix.

⊰᯽⊱┈──╌❊❊╌──┈⊰᯽⊱

Jackson dan Suzy keluar ke bandar sama-sama petang itu.Mereka berdua memakai pakaian warna sedondon hari itu dan semuanya di atas permintaan Suzy.Kali pertama keluar berdua,katanya.

"Awak ada nak beli apa-apa tak?",tanya Jackson sambil melihat kedai-kedai yang menjual pelbagai barangan di situ.

Suzy tidak menjawab sebaliknya mencari barang yang ingin dibelinya.

"Saya nak rantai tu boleh?",tanya Suzy sambil menunjukkan salah satu kedai yang menjual perhiasan dengan harga yang murah.

"Ermm...tak payahlah.Rantai macam tu bukan tahan lama pun.",bantah Jackson.

"Alah...bukan guna duit awak pun,duit saya.",rengek Suzy.

"Membazir je...baik beli benda lain.",ujar Jackson dan kali ini Suzy mendiamkan diri.

Sepanjang itu,Suzy tidak banyak bersuara kerana merajuk tidak dapat membeli apa yang diinginkan.Jackson mengerling Suzy beberapa kali sebelum bersuara.

"Awak...saya nak pergi beli air ni...nak air apa?",tanya Jackson.

"Ikutlah...saya minum je semua air.",jawab Suzy acuh tidak acuh.

Selepas beberapa minit kemudian,Jackson datang semula dan Suzy memandang tangan Jackson yang tidak memegang sebarang minuman.

"Awak...pejam mata sekejap boleh?",pinta Jackson dan Suzy memandang Jackson hairan.

"Kenapa pulak? Awak nak tinggalkan saya ea?",ujar Suzy.

"Kejap je..pejamlah.",rayu Jackson dan Suzy hanya mengikut seperti yang diminta.

Dia dapat merasakan yang Jackson berdiri di belakangnya dan Suzy pun membuka matanya bila Jackson memberi arahan.Suzy tergamam bila seutas rantai leher emas dipakaikan pada lehernya.

"Jom kahwin?",ajak Jackson dan Suzy tidak menjawab sebaliknya memeluk badan lelaki itu.

"Jom.",jawab Suzy.

⊰᯽⊱┈──╌❊❊╌──┈⊰᯽⊱

Felix menunggu Sohee di luar bakeri.Kalau tidak dihalang Sohee,sudah lama dia mengikut sekali gadis itu.Sedang menunggu,Felix mula merasa tidak selesa.

"Aduh...time macam nilah kau nak ke tandas.",Felix mengeluh dan kerana terpaksa,dia masuk ke dalam bakeri untuk ke tandas yang terletak di sebelah pejabat Sunwoo.

Felix cepat-cepat keluar dari tandas supaya tidak ingin Sohee salah faham dengannya.Baru saja dia melintasi pintu pejabat,langkahnya terhenti bila terdengar perbualan antara Sohee dan Sunwoo.

"Saya sukakan awak dan terima kasih sebab sudi terima bunga ni daripada saya.",ungkap Sunwoo.

Hati Felix perlahan-lahan retak bila melihat Sohee menerima sejambak bunga mawar kuning itu daripada Sunwoo dengan senyuman yang selalu diberikan kepadanya.

"Tahniah...kahwin jangan lupa ajak aku.",ujar Felix yang mana membuatkan Sohee dan Sunwoo terkejut.

"Felix...awak dah--",Sohee tidak meneruskan katanya bila Felix terlebih dulu melarikan dirinya.

⊰᯽⊱┈──╌❊❊╌──┈⊰᯽⊱

Selepas memastikan dirinya sudah jauh dari bakeri itu,Felix menghentikan lariannya.

"Aku dah agak yang kau mesti ada perasaan dekat Sunwoo...aku je yang bodoh sebab percayakan kau,Sohee.",rintih Felix.

Kerana asyik melayan perasaannya,Felix melintas jalan tanpa menoleh ke kiri dan kanan.

Pin! Pin!

Dalam sekelip mata,Felix terjatuh ke bahu jalan.Orang yang lalu lalang di situ mula memenuhi tempat kemalangan itu.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro