❤︎𝓢𝓮𝓹𝓾𝓵𝓾𝓱

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"Kamu sekolah kat mana dulu?",soal Puan Hong dan membuatkan Felix menoleh semula ke arah mereka berdua.

"Ouh...Felix dulu---",katanya terhenti di situ apabila telefonnya berdering.

Jackson Hyung Maju

Felix menarik nafas lega bila Jackson membuat panggilan di saat genting itu.Laju saja dia menjawab panggilan itu dan selepas beberapa saat,Felix meletakkan panggilan.

"Ahjumma,Sohee....maaf ye.Hyung suruh balik rumah sebab lupa nak tutup tingkap.",beritahu Felix.

"Ouh okay.Nanti kalau ada masa,datanglah minum petang lagi kat sini.",pelawa Puan Hong dan Felix hanya mengangguk.

Felix memandang Sohee sekilas sebelum meminta diri.Selepas beberapa langkah,Felix mengurut dadanya yang terasa sempit tadi.

"Nasib baiklah Hyung call...Sohee tak boleh tahu yang aku satu sekolah dengan dia dulu.",katanya sendirian.

Sohee menutup pintu rumahnya dan barulah dia teringat yang Felix terlupa untuk mengambil gitarnya.

⊰᯽⊱┈──╌❊❊╌──┈⊰᯽⊱

Eun tersenyum gembira sambil berjalan menuju ke arah Hyunjin yang sedang mengambil angin di atas buaian.

Langkah diperlahankan, tangannya pula sudah menutup mata Hyunjin dari belakang.Hyunjin pula hanya melayan kerenah Eun itu.

"Anja kan...",teka Hyunjin dan Eun pun melepaskan tangannya.

"Pandai...kenapa Baby nak jumpa?",tanya Eun.

Mereka sudah tidak bertemu selama dua hari selepas tertangkap dengan Jinyoung tempoh hari.

Hyunjin tidak menjawab sebaliknya menarik tangan Eun supaya duduk di sebelahnya.Walaupun buaian itu bersaiz sederhana namun masih mampu menampung berat dua orang.

Tangan Hyunjin pula sudah memeluk bahu Eun.Dia sudah bersedia untuk memberitahu Eun tentang rancangannya.

"Baby ajak Anja jumpa ni sebab ada benda nak bagitahu kat Anja.",Hyunjin bersuara.

"Apa?",soal Eun sambil mengayunkan kakinya.

"Selepas ni,mungkin kita akan kurang berjumpa.",beritahu Hyunjin dan serta merta Eun menoleh ke arah teman lelakinya itu.

"Baby dah tak sayangkan Anja ke?",tanya Eun.Matanya juga sudah mula berair.

Hyunjin tertawa kecil.Mana mungkin dia sudah tidak sayangkan gadis itu selepas empat tahun bersama Eun.

"Bukanlah...Baby nak kerja.Sampai bila Baby nak menganggur...lagipun mesti Anja nak hubungan kita ni lebih kepada serius kan...kita bukan budak sekolah lagi.",ujar Hyunjin panjang lebar.

Eun terdiam mendengarkan penjelasan Hyunjin.Itu ialah pertama kali dia melihat Hyunjin bersikap dengan lebih matang dan dapat merasakan yang Hyunjin maksudkan apa yang dikatakan kepadanya.

"Maksud Baby...kahwin?",tanya Eun lagi dan Hyunjin hanya menjawab dengan anggukan kecil.

"Okay...Anja faham.Tapi janji....jangan suka orang lain,jangan pandang perempuan lain pun.",pesan Eun.

"Ya...Baby janji. Anja percayakan Baby kan?",Hyunjin meyakinkan gadis kesayangannya itu.

Eun mengangguk lalu tersenyum.Tidak lama kemudian,Eun memeluk Hyunjin yang berada di sebelahnya.

"Jangan kerja kuat sangat...kalau sakit,Baby bagitau Anja tau.",pesan Eun lagi.

Hyunjin mengangguk dan mengusap belakang kepala teman wanitanya perlahan.Lagipula,mereka hanya akan kurang berjumpa tetapi akan tetap berhubung antara satu sama lain seperti biasa.

"I love you...",ucap Eun.

"I love you more...",balas Hyunjin.

⊰᯽⊱┈──╌❊❊╌──┈⊰᯽⊱

Jackson hanya tercegat setelah melihat sekumpulan biri-biri yang masih belum dikandang.

Jinyoung yang sedang memberi makan kepada biri-biri,menoleh ke arah Jackson.Dia pun membuat keputusan untuk menghampiri lelaki itu.

"Kenapa berdiri je? Bukan kau kata dah biasa dengan biri-biri ke?",perli Jinyoung.

Jackson menyumpah di dalam hatinya.Kalau tidak memikirkan Suzy,sudah pasti dia tidak akan menjejakkan kaki ke situ.

"Dahlah...aku nak berdamai dengan kau.",ujar Jackson namun tidak kedengaran ikhlas.

"Wau....berdamai.Tapi sejak bila pulak kita bermusuh? Ouh...maksudnya selama ni,kau anggap aku sebagai musuh kau lah?",balas Jinyoung dengan nada tidak percaya.

Jackson tidak menjawab kerana Encik Hwang sudah pun memanggilnya.Jinyoung pula tertawa sendiri kerana sikap Jackson yang masih tidak berubah.Sengaja dia bertindak begitu memandangkan Jackson ingin berbaik dengannya untuk mendapatkan hati Suzy.

"Nah...kamu sembur kandang biri-biri tu biar sampai bersih.",arah Encik Hwang sebelum menghulurkan paip getah yang berukuran panjang.

Jackson mengambil paip getah itu dengan senyuman pasrah.Dia melihat kandang biri-biri tadi dan rasa mual mula menyerbu perutnya sebaik saja melihat najis biri-biri di dalam kandang itu.Kejadian terpijak najis biri-biri hari itu kembali bermain di fikirannya.

"Appa...Jackson tak biasalah nak bersihkan kandang tu.",Jinyoung mencelah dan Jackson mendengus geram.

"Kena biasakan lah....kalau tak biasa,macam mana nak jadi menantu.",usik Encik Hwang.

Mendengarkan itu,Jackson terus bersemangat untuk membersihkan kandang musuhnya.Lampu hijau sudah diberikan Encik Hwang jadi dia tidak lagi perlukan restu Jinyoung untuk mendapatkan hati Suzy.

Pili air dibuka dan Jackson menyembur kandang itu menggunakan paip air.Disebabkan tidak pernah melakukan kerja itu,Jackson secara tidak sengaja menguatkan lagi kelajuan air itu hingga menyebabkan najis biri-biri itu bertaburan.

"Hahahahhaha! Kau buat apa tu,Jackson? Makin bersepah adalah kandang tu.",tegur Jinyoung sambil tertawa.

Jackson menjeling dalam diam lalu memperlahankan kelajuan air tadi.Dan dalam masa itu,Jackson terpandang ke arah Suzy yang sedang mandikan Sam tidak jauh darinya.Melihat senyuman manis Suzy membuatkan Jackson angau seketika.

"Yah! Anak bertuah!",Jackson tersentak bila terdengar suara Encik Hwang menjerkahnya.

Jackson segera meminta maaf kepada Encik Hwang.Akibat hanyut dalam lamunannya,dia secara tidak sengaja menyembur air ke arah Encik Hwang hingga membuatkan lelaki tua itu basah lencun.

Suzy yang terdengar suara ayahnya,memandang ke arah Jackson lalu tertawa besar kerana geli hati melihat gelagat Jackson dan ayahnya.

"Habislah kena reject jadi menantu.",sakat Jinyoung dan Jackson sudah cuak lalu meminta maaf sekali lagi.

Jinyoung tersenyum puas kerana dapat mengenakan Jackson.Dia tidak memberi halangan pun jika lelaki itu betul-betul sukakan adik kembarnya.

⊰᯽⊱┈──╌❊❊╌──┈⊰᯽⊱

Hyunjin pulang ke rumahnya selepas menghabiskan masa bersama Eun.Oleh kerana tiada sesiapa di rumahnya,Hyunjin membuat keputusan untuk pergi bertandang di rumah Felix.

"Hey,Felix! Are you at home?",panggil Hyunjin dan tidak lama kemudian,Felix membuka pintu.

"Yeah,I'm here!",balas Felix dan mereka berdua tertawa sesama sendiri.

Tanpa dijemput,Hyunjin sudah pun menapak masuk ke dalam rumah kawan baiknya.Felix pula mengambil tempat di sebelah Hyunjin.

"Kenapa kau datang sini? Menyorok dari Jinyoung Hyung lagi?",soal Felix disertakan sindiran.

"Bukanlah...aku baru balik dari jumpa Eun lepastu tak ada orang kat rumah,aku pun datanglah lepak sini.",terang Hyunjin dan Felix tidak memberi respon.

"Wey...kau tau tak? Appa bagi aku kahwin.",beritahu Hyunjin dengan teruja.Felix tersedak air liurnya mendengarkan itu.

Hyunjin+kahwin? Adakah itu mustahil?

"Seriuslah? Kau dahlah tak kerja lepastu nak kahwin.Apa kau ingat kahwin ni macam main pondok-pondok ke?",Felix masih tidak percaya dengan kenyataan Hyunjin.

"Aku kerjalah...dengan Appa aku.Kau tu bila nak confess kat Sohee?",soal Hyunjin.

"Cakap pasal Sohee...kau tahu tak dia satu sekolah rendah dengan kita dulu?!",beritahu Felix beria.

"Ha?! Satu sekolah? Bukan dia baru pindah ke?!",tanya Hyunjin pula dan Felix menggeleng.

"Dia bukan pindah...dia balik sini semula.Lepas aku dapat tahu,aku terus down nak confess kat dia bila teringatkan aku masa sekolah rendah dulu.",luah Felix.

"Masalah lah kau ni...waktu sekolah rendah biasalah kalau selekeh,noob dengan nerd semua tu.Itulah yang dikatakan kenangan silam.",Hyunjin memujuk.

"Tak naklah...aku buat keputusan untuk lupakan Sohee.Aku sedar siapa diri aku yang sebenar.",ujar Felix pasrah.

Hyunjin memukul bahu Felix geram.Sejak bila pula kawan baiknya itu pandai berdrama? Tak akanlah sebab Felix selalu berdamping dengan dirinya.

"Tak payah nak mengada...aku yakin yang Sohee tu pun sukakan kau.",kata Hyunjin yakin.

"Lagipun nanti aku nak kahwin sekali dengan kau...cepatlah confess.",sambung Hyunjin lagi sambil menghentakkan kakinya.

"Kepala otak kau nak kahwin sekali dengan aku.Kau dengan Eun tu dah berapa tahun jadi logiklah nak kahwin.",marah Felix dan Hyunjin tersengih.

"Cakap pasal confess...Mana gitar aku? Bukan kau nak ambik ke tadi?",tanya Hyunjin.

Felix menepuk dahinya bila terlupa untuk membawa pulang gitar Hyunjin tadi kerana ingin segera pergi dari situ.

"Kat rumah Sohee...kau pergilah mintak dengan dia...kau kan berjiran dengan dia.",ujar Felix selamba.

"Tak nak...aku nak kau mintak...dah alang-alang berjumpa tu,confess...the end.",kata Hyunjin.

"Kau ingat senang ke? Tak apalah,aku tunggu dia yang confess kat aku...lagipun aku dah pernah mimpi pasal tu sebelum ni.",ujar Felix lagi.

"Takde,takde...aku nak kau pergi ambik gitar aku sekarang jugak.Jom pergi sekali.",Hyunjin menarik tangan Felix menyuruh lelaki itu bangun dari sofa.

Dengan terpaksa,Felix melangkahkan kakinya menuju ke rumah Hyunjin walaupun hanya melalui pintu belakang.

⊰᯽⊱┈──╌❊❊╌──┈⊰᯽⊱

Rumah Sohee,

Felix menunggu Sohee sementara gadis itu masuk ke dalam untuk ambik gitar.Dan ketika itu,Felix memandang Hyunjin yang bersembunyi di sebalik pintu rumahnya.

"Fighting!",Hyunjin memberi semangatnya melalui bahasa isyarat.

Felix tidak sempat menyumpah Hyunjin bila Sohee keluar bersama gitar.Senyuman diukirkan kepada Sohee.

"Nah,gitar awak.", hulur Sohee.

Felix mengambil gitar itu lalu meletakkan di tepi pagar yang mana perbuatannya itu membuatkan Sohee hairan.

"Kenapa awak letak situ?",tanya Sohee.

"Sohee...",panggil Felix tanpa menjawab soalan Sohee tadi.

"Ye?",

"Saya...",Felix bersuara sambil matanya melirik ke arah Hyunjin yang masih setia berdiri di sebalik pintu.

Felix memejam matanya dan menarik nafas dalam.

"Saya...suka awak.",akhirnya Felix berjaya meluahkan perasaannya.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro