𝐀𝐘𝐙𝐄𝐍 | 𝟏𝟐

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Pergerakanku terhenti tatkala Ayla menarik-narik lengan bajuku. Fokus terus tertumpu pada si kecil.

"Ayla dah siap pack baju?" Rambutnya dielus perlahan.

"Not yet, kakak." Geleng Ayla perlahan. Dia memandangku seolah-olah ingin meminta tolong dariku.

"Lepas kakak dah siap pack baju, kakak tolong Ayla pulak. Okay?" Aku masukkan pakaian terakhir di dalam beg. Entah bagaimana, tiba-tiba aku terpaksa ikut sekali.

Kalau ikutkan, memang rasa berat hati nak pergi. Malas.

Masa tuan tiada ni la aku boleh bersenang-lenang, berseronok dekat rumah dia. Tengok-tengok, diheretnya aku sekali pergi bercuti dengan keluarganya. Katanya ke Pulau Langkawi.

Haih... Sabar jela!

"Yeay! Kakak tolong!"

Terus hilang rasa runsingku melihat wajah ceria Ayla. Bibir melakar senyuman nipis melihat gelagat Ayla sebelum tangan si kecil digenggam kemas.

Kaki diatur menuju ke bilik Ayla di tingkat atas. Usai sahaja tiba, aku lihat beg pakaiannya sudah tersedia kemas di atas katil.

Eh?

"Ayla... Ayla kata belum pack lagi? Kenapa ni dah siap?"

"I don't know. Papa kot?" Dia turut memandangku hairan. Kedua bahunya diangkat.

"Kalau macam tu, kakak tolong bawak turun beg Ayla la. Okay?"

"Let me help you, kakak." Tangan kecilnya mencapai beg pakaiannya. Kemain budak ni nak tolong aku. Macam larat je.

Aku membawa turun beg pakaian Ayla untuk diletakkan di ruang tamu. Senang untuk Aariz susun masuk ke dalam bonet kereta nanti.

Kami akan gerak ke sana menaiki dua buah kereta disebabkan mummy dan daddy Tuan Ayzen turut ikut serta. Satu kereta mpv berjenama Alphard, satu lagi kereta mewah berjenama BMW milik Tuan Ayzen sendiri.

Makin ramai, makin meriah la gamaknya.

Patutnya tinggal je aku kat rumah. Boleh jimat satu kereta. Tapi bak kata Tuan Ayzen, dia tak percaya aku. Dia takut aku curi barang dia.

Muka aku ni nampak macam perompak ke?

ﮩ٨ـﮩﮩ٨ـ♡ﮩ٨ـﮩﮩ٨ـ

Pintu kereta Alphard kubuka perlahan.

Aku awal-awal lagi dah cakap dengan Aariz yang aku mahu menaiki kereta Alphard. Nak main pintu. Siapa je yang tak jakun jumpa kereta macam van tu?

Buka sahaja pintu kereta, aku terus nampak wajah mummy dengan daddy Tuan Ayzen. Cepat-cepat aku hulurkan senyum sebelum tundukkan kepala sedikit. Menunjukkan tanda hormat.

Aku menjengukkan kepala di seat belakang sekali.

Cun! Kosong.

Boleh la aku tidur lena kalau macam ni! Tidur ternganga sekali pun takpe. Tak ada siapa perasan.

"Bukan ke Filea naik kereta dengan Zen?" Perlahan suara mummy bertanya.

"Haah." Suara Aariz dari arah depan menjawab.

"Eh, tuan takde cakap apa-apa pun dekat saya." Aku memandang wajah mummy hairan. Tak ada pula aku dapat info pasal ni.

Aku buat tak tahu.

Baru sahaja hendak melangkah memasuki kereta, suara garau Tuan Ayzen memanggilku dari arah belakang.

"Filea."

Hm... Dia mai dah..

"Yer, tuan." Aku pusingkan tubuh menghadapnya.

"Kau naik dengan aku." Arahnya tanpa banyak soal.

"Tapi, tuan..."

"No excuse."

Bibir kuketap geram.

Aduh, aku baru je nak merasa naik kereta Alphard. Tuan ni, potong stim la!

Dengan berat hati aku melangkah menuju ke keretanya. Pintu belakang kubuka.

"I'm not your driver, miss. Duduk depan."

Dahla suruh aku ikut. Banyak pula arahannya!

Aku merengus geram sebelum membuka pintu kereta hadapan. Nasib baik tak tercabut pintu kereta aku buka. Lantas aku mengambil tempat di sebelahnya.

Enjin kereta dihidupkan sebelum Tuan Ayzen memandang wajahku yang tak puas hati.

"Ke kau nak duduk atas aku?"

Keningnya dijongketkan sebelah. Sempat lagi dia tepuk perlahan pehanya.

"Tuan!" Aku jelingnya sekilas.

Astaghfirullah. Bawa mengucap.

Perangai tuan ni makin hari makin merisaukan. Ada juga yang aku ruqyahkan sekejap lagi!

"Saya lagi rela duduk dalam bonet." Sambungku lagi.

"Then, kita duduk dalam bonet sama-sama." Selamba sahaja dia berkata.

Dahi ku tampar sekali.

"Baik tuan berhenti bercakap. Makin bertambah dosa tuan, kalau tuan bukak mulut."

Tawa kecil meletus dari bibirnya.

Tiba-tiba, Tuan Ayzen mendekatkan dirinya kearahku. Jantungku mula berdetak hebat. Aku kebelakangkan badan hingga betul-betul rapat ke kerusi.

"T... Tuan, jangan macam-macam. Saya report dekat mummy tuan!"

Tuan Ayzen buat tak tahu. Wajahnya makin mendekat. Aku tahan nafas.

Dengan sekali tarik sahaja, dia memakaikan tali pinggang keledar untukku. Fuh, aku fikir dia nak buat apa tadi!

"What's on your mind, love?"

Wajahku yang dah berona merah, ku palingkan ke arah lain. Tak sanggup nak bertentang mata dengannya. Tercalar maruah aku. Kantoi yang aku fikir benda bukan-bukan!

"Lain kali, tuan cakap jela. Saya boleh pakai sendiri."

Tuan Ayzen senyum sendiri.

Tanpa membuang masa, kereta yang dipandu Tuan Ayzen meluncur laju meninggalkan perkarangan rumah dan seterusnya membelah jalan raya.

ﮩ٨ـﮩﮩ٨ـ♡ﮩ٨ـﮩﮩ٨ـ

"Kita akan naik feri nanti. Dari Kuala Perlis ke Pulau Langkawi." Setelah beberapa lama mendiamkan diri, Tuan Ayzen memecahkan kesunyian.

"Serius la, tuan?!" Aku terus memandang wajahnya. Teruja.

Tuan Ayzen mengangguk perlahan.

"Tapi bila berdua dengan kau ni, aku rasa macam tak jadi nak pergi Langkawi. Kita pergi Thailand nak?"

"Kenapa dengan Thailand?"

Berkerut dahi aku mendengarnya. Ada kaitan ke Langkawi dengan Thailand?

"Aku nak bawak kau kahwin lari."

"Hah?!" Mataku terbuntang luas.

Aku dah sedia pegang handle pintu kereta. Bila-bila masa sahaja, aku boleh buka.

"I'm just kidding, Filea." Tawanya meletus. Kali ini lagi kuat dari sebelumnya. Suka betul!

Mak aku kata, tak boleh suka sangat, nanti karang nangis.

Dia boleh pula buat lawak tentang kahwin lari. Kalau sampai ke pengetahuan mummy ni, habis dikejarnya dengan batang penyapu keliling Langkawi.

Aku menggeleng perlahan sebelum membuang pandang ke luar tingkap. Ini kalau makin dilayan, makin jauh merapunya. Baik aku diam je.

Tidak beberapa lama kemudian, mata aku mula kuyu. Aku pantang naik kereta. Rasa nak tidur je.

Sedar tak sedar, aku terlelap.

ﮩ٨ـﮩﮩ٨ـ♡ﮩ٨ـﮩﮩ٨ـ

"Filea sayang..."

Huh? Ada orang panggil aku sayang ke? Rasanya mimpi je tadi tapi kenapa dengar macam real ni?

"Filea sayang..."

Mata kubuka perlahan.

Terkejut aku melihat wajah Tuan Ayzen betul-betul di hadapan wajahku.

"Ingatkan tak nak bangun."

"Apa tuan ni? Jauh sikit la."

Aduh, mesti dia dah nampak muka buruk aku masa tidur. Harap dia tak ada snap gambar tidur aku. Buat malu keturunan je nanti!

"Jom, turun. Kita solat dulu. Zuhur dah masuk." Tuan Ayzen mematikan enjin kereta sebelum keluar dari perut kereta. Aku turut keluar.

Mata aku meliar ke sekeliling. Anak mata terhenti pada sebuah masjid yang berdiri teguh di tepi perairan. Kelihatan seperti masjid itu terapung.

Subhanallah, lawanya.

Laju aku mengeluarkan telefon pintar untuk merakam keindahan masjid itu.

"Lawa kan?" Suara garau Tuan Ayzen menyedarkanku dari lamunan.

Aku mengangguk perlahan.

"Jom, masuk. Kau pergi solat dekat ruang wanita. Ke kau nak aku imamkan?"

"Eh, takpe. Saya solat sendiri."

Dia fikir aku isteri dia ke apa? Pandai-pandailah aku cari mana ruang solat wanita.

"Kalau kau takut nak gerak seorang, tunggu mummy sampai kejap lagi."

"Takpe, saya boleh pergi sendiri."

"Alright, hati-hati. Kalau orang bagi gula-gula, jangan ambik."

Ish, tuan ni. Aku bukan budak kecik lagi! Tak main la gula-gula. Kalau orang hulur duit mungkin la aku akan ambil. Kalau orang tu handsome, mungkin aku ambil dengan orangnya sekali!

Astaghfirullah, Filea. Solat, solat.

Tanpa melengahkan masa aku melalui satu jambatan sebelum tiba di ruang hadapan masjid.

Masjid Al Hussain tertulis di satu papan sebaik sahaja aku menjejakkan kaki untuk masuk ke dalam ruang masjid.

Aku mengatur langkah memasuki ruang masjid. Sebelum memasuki ruang untuk mengambil wudhu', terdapat satu tempat yang disediakan untuk meletakkan kasut. Aku susun kasut elok-elok sebelum pergi mengambil wudhu'. Dan seterusnya menunaikan solat fardhu.

Alhamdulillah, rasa tenang je.






✎﹏﹏﹏♡

إِنَّ ٱلصَّلَوٰةَ كَانَتْ عَلَى ٱلْمُؤْمِنِينَ كِتَـٰبًۭا مَّوْقُوتًۭا ١٠٣

Sesungguhnya sembahyang itu adalah satu ketetapan yang diwajibkan atas orang-orang yang beriman, yang tertentu waktunya. (4:103)

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro