𝐀𝐘𝐙𝐄𝐍 | 𝟏𝟒

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Peluh di dahi aku kesat. Lenguh kaki aku beratur lama-lama, menunggu giliran untuk menaiki Langkawi Skybridge Cable Car.

Ramai betul harini. Weekend la katakan. Hampir 1 jam juga la aku berdiri.

Tidak beberapa lama kemudian, giliran kami sudah makin dekat. Jantung aku mula berdegup kencang. Nervous.

Aku dah la tak boleh dengan tempat tinggi-tinggi ni. Gayat. Auto rasa pening, nak muntah.

Ayla yang beratur di hadapanku, terkinja-kinja melompat, tidak sabar. Mummy dan daddy hanya melayan sahaja perangai Ayla. Teruja betul budak kecik tu!

Sedang aku sibuk menenangkan diri sendiri, tiba-tiba Aariz menegurku.

"Filea, nanti naik dengan saya tau."

Aariz tersengih-sengih memandang aku. Dia fikir ni iklan Sensodyne ke nak tunjuk-tunjuk gigi?

"Err.."

Kalau boleh, aku tak nak naik dengan siapa-siapa. Aku tak nak naik pun! TAK NAK!

"Filea dengan aku." Tuan Ayzen pula berkata.

"Mana boleh, Zen. Bagi la chance dekat aku pulak nak date dengan Filea."

"No. She's mine."

Berkerut dahi aku memandang mereka berdua. Dua-dua tak nak kalah. Tuan Ayzen pun sama naik. Sedap hati je buat aku hak milik dia!

"No, Filea kena...

"Sudah! Saya tak nak naik!" Belum sempat Aariz habis berkata-kata, aku terlebih dahulu memotongnya.

Perbalahan mereka terus terhenti. Dua pasang mata memandang kearah ku dengan penuh tanda tanya.

Apa? Salah ke kalau aku tak nak naik?

"Alaaa, Filea. Saya minta maaf kalau dah buat awak stres dengan kitaorang berdua. Tapi, tolonglah naik. Sekali je. Pleaseee..."

"Pleaseeeeeee....." Panjang harakatnya.

Bersungguh-sungguh Aariz cuba memujukku. Dia memandangku seolah-olah berharap aku akan berkata ya.

Aku ketap bibir perlahan. Rasa sebersalah pula. Dahla pagi tadi, aku pun diantara orang yang teruja juga nak naik cable car. Tapi, tak tahu la pulak tinggi ni. Kalau aku tahu, aku tak nak ikut.

"It's okay. Kalau kau rasa tak nak naik, tak apa. Jangan paksa diri. Aku teman kau dekat bawah." Kata Tuan Ayzen pula.

Aku menghela nafas berat.

"Takpelah, saya naik."

Wajah Aariz terus berubah riak. Daripada muram terus bertukar teruja.

"Seriously, Filea?! Ni saya makin sayang ni. Peluk cikit." Aariz mendepakan tangannya kearahku.

"Jangan sampai saya humban awak ke bawah masa naik cable car nanti."

Sedap hati je nak peluk anak dara orang. Dasar crocodile!

Aariz tertawa kecil. Tuan Ayzen pula hanya menggeleng melihat kami berdua. Agaknya dia pun sudah penat melayan perangai adik kembarnya yang seperti alien berkaki empat ni.

ﮩ٨ـﮩﮩ٨ـ♡ﮩ٨ـﮩﮩ٨ـ


Debaran dada yang tadinya perlahan mula berubah rentak sebaik sahaja aku mengambil tempat di dalam cable car. Aku tak senang duduk apabila cable car mula bergerak naik ke atas.

Ya Allah, aku takut.

Badanku menggigil sedikit. Aku pejamkan mata akibat terlalu takut. Aku tak nak tengok bawah.

"Filea, are you okay?"

Suara Tuan Ayzen membuatkan aku membuka mata. Dia memandang wajahku dengan pandangan redup.

Helaan nafasku kedengaran berat. Aku ketap bibir.

"Filea, awak takut tinggi ke?" Soal Aariz yang berada di sebelah Tuan Ayzen. Mereka berdua duduk menghadap kearahku.

"Y... Ya."

Tangan aku mula berpeluh. Rasa nak nangis pun ada.

"Zen, do something." Suara Aariz berubah cemas.

"Filea... look at me." Lembut suara Tuan Ayzen memanggilku.

"Sa... Saya tak boleh. Saya takut."

Aku pejamkan mataku semula sebelum kepala digeleng laju. Aku terlalu takut untuk membuka mata.

"Filea, trust me. Open your eyes and look at me."

Bersama rasa takut, aku membuka mata perlahan-lahan sebelum tatap matanya. Tatkala melihat anak matanya yang redup merenung ke dalam mataku, hati aku yang tadinya sesak berasa sedikit tenang.

"You're safe with me."

Baru sahaja aku hendak mengalihkan pandangan ke arah lain, Tuan Ayzen menghalangku daripada berbuat demikian.

"Pandang aku. Tatap mata aku. Kau selamat dengan aku."

Aku berbalas pandangan dengannya. Matanya tak lepas dari merenung tepat ke dalam mataku.

Tiba-tiba, Tuan Ayzen membuka ikatan tali lehernya sebelum diikatkan sebelah pergelangan tanganku dengan sebelah tangannya bersama.

"Look, I'm here with you. Aku tak boleh sentuh kau. Tapi, aku tak akan tinggalkan kau."

Dia seakan-akan tahu yang aku perlukan seseorang untuk dipegang. Namun, dia masih lagi jaga batas antara kami berdua.

"Now, ikut cakap aku. Tarik nafas... hembus. Tarik... Hembus. One more time love, tarik... hembus."

Aku ikut satu persatu arahannya. Entah kenapa gundah gulana hatiku terus hilang.

"Feel better, hm?"

Kepala dianggukkan perlahan.

"Good girl. Now, just look at me, okay?"

Beberapa minit kemudian, kami tiba di puncak. Aku hanya mengikut langkah kaki Tuan Ayzen keluar daripada cable car. Tangan aku pula masih lagi terikat dengan tangannya.

"Awak okay ke, Filea? Sorry paksa awak naik. Kalau saya tahu yang awak gayat, saya takkan paksa awak. I'm really sorry."

Baru aku sedar akan kehadiran Aariz. Tadi aku terlalu takut sehinggakan mata aku hanya tertumpu pada Tuan Ayzen sahaja.

"Eh, takpe. Saya dah okay." Aku ukirkan senyum padanya. Tidak mahu Aariz rasa bersalah padaku.

"Kejap ya, saya pergi beli air untuk awak." Aariz terus berlalu.

Belum sempat aku menghalangnya, Aariz sudah pun pergi.

"Kau nak jalan dengan aku ke? Tak nak buka ikatan tali ni?"

Astaghfirullah , baru aku teringat.

"E... eh, bukak la tuan. Saya lupa pulak."

Wajah aku mula panas. Tak teringat pula tentang tali ni.

"I don't mind kalau kau nak ikat sampai subuh esok pun. Boleh tidur sekali." Senyuman nakal terbit di bibirnya.

Mata aku terbuntang luas.

Huh?! Pervert!

"A... apa tuan ni?!"

Cepat-cepat aku buka ikatan tali lehernya di pergelangan tanganku dengannya. Aku dapat rasakan semua darah menyerbu ke muka. Panas.

"I know you want it too."

Bisiknya perlahan betul-betul di sebelah telingaku sebelum kakinya melangkah meninggalkanku di belakang.

What?!

Aku? Terkaku. Terpaku.

Rasa nak pengsan!

ﮩ٨ـﮩﮩ٨ـ♡ﮩ٨ـﮩﮩ٨ـ


Setelah seharian berpenat lelah, aku memutuskan untuk baring sebentar di atas katil.

Mahu tercabut kaki aku. Selepas menaiki cable car, kami pergi pula borong coklat. Alang-alang disini coklat semuanya murah. Memang rambang mata la aku nak pilih.

Si budak kecik tu lagila! Hampir semua gula-gula nak dirembatnya. Namun, diberhentikan oleh papanya sendiri. Takut rosak gigi si Ayla.

Sedang aku elok layan perasaan, tiba-tiba telefonku berbunyi.

Ting!

Notifikasi memasuki telefonku.

Aku membuka mesej dari seseorang.

+ Filea... Jangan lupa makan malam dengan saya malam ni. Saya tunggu di lobi hotel, jam 8:30 malam
—Isyraf

Ya Allah, aku hampir lupa! Nasib baik dia mesej aku. Kalau tidak, sudah selamat aku berlayar ke alam mimpi.

- Nasib baik awak ingatkan saya. Alright, jumpa nanti👌🏻

Aku membalas mesejnya ringkas sebelum mengambil tuala lalu beredar menuju ke bilik air untuk siapkan diri.




✎﹏﹏﹏♡

ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ وَتَطْمَئِنُّ قُلُوبُهُم بِذِكْرِ ٱللَّهِ ۗ أَلَا بِذِكْرِ ٱللَّهِ تَطْمَئِنُّ ٱلْقُلُوبُ ٢٨

"(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah". Ketahuilah dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia. (13:28)

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro