𝐀𝐘𝐙𝐄𝐍 | 𝟐𝟓

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Aku beratur untuk mengambil nasi dan lauk.

"Filea nak makan apa?"

Entah macam mana, tiba-tiba Ayzen berada di sebelahku. Dia turut beratur untuk mengambil makanan.

Hariz, Qhalish dan Naura awal-awal lagi sudah mengambil makanan. Mereka mengambil tempat di meja kosong.

Harini, Ayzen mencemar duli, turun ke kedai nasi campur. Bak kata Hariz, tak pernah-pernah bos besar makan nasi yang kena ambil sendiri ni!

Aku pun hairan.

Yela, anak orang kaya kan? Ceo pulak tu! Okay ke dia makan dekat sini?

Risau pula kalau dia tak selesa. Kalau tak suka, jangan paksa diri. Ayzen ni, pun!

"Abang okay ke makan sini?" Bisik aku perlahan.

Aku menjaga jarak diantara kami. Takut orang salah anggap pula walaupun dah selamat jadi suami isteri. Mana lah aku tahu, sama ada Ayzen sudah bagitahu atau belum kepada staf-stafnya, yang dia sudah berkahwin.

"Abang makan je mana-mana. Asalkan ada Filea."

Wajah aku berbahang.

Aduh... Asal tiba-tiba panas pulak ni? Kedai ni tak ada kipas ke?

Selesai sahaja orang di depanku mengambil nasi, cepat-cepat aku mengambil senduk nasi. Nasi yang berada di dalam satu bekas besar, diceduk ke atas pinggan sendiri.

"Sikitnya, Filea makan."

"Saya mana makan banyak sangat."

"Yeke? Haritu Aariz kata, Filea melantak time abang tak ada."

Masa ni jugak la, nak disebutnya si mamat Aariz tu!

"Ish, tu tipu aje la!"

Padahal, betul.

Aku sambung mengambil lauk. Mata aku meliar memerhati setiap satu lauk. Hm... Macam sedap pulak udang sambal tu.

Aku menceduk beberapa ekor udang sambal ke dalam pingganku. Selesai sahaja mengambil nasi dan lauk, aku mengatur langkah ke meja makan. Di mana Hariz, Qhalish dan Naura sudah menunggu.

Aku mengambil tempat di sebelah Naura. Ayzen pula duduk berhadapan denganku.

"Hariz, baca doa." Kata Qhalish.

Tak tunggu lama, semua orang menadahkan tangan sementara Hariz membacakan doa makan.

Amin...

Belum sempat aku suapkan nasi, Qhalish dan Hariz bersuara.

"Amboi bos, lama betul. Ambil nasi ke buat nasi." Usik Qhalish. Dia tersenyum-senyum sambil menjeling Hariz. Dua orang ni memang! Suka usik!

"Bos, kalau nak culik Filea daripada kitorang cakap jela. Jangan bersweet-sweet pulak depan kitorang. Tak pasal-pasal selera saya hilang separuh."

Tawa kecil terletus daripada mulut Ayzen.

"Kalau macam tu, korang pergi makan meja lain. Saya dengan Filea duduk sini." Arah Ayzen.

"Amboi, bos! Kitorang pulak yang dihalaunya." Ucap Qhalish tak puas hati.

"Kita bagi la peluang dekat pengantin baru ni." Naura mula bersuara sebelum mengangkat pinggannya.

Nak tak nak, Hariz, Qhalish dan Naura bangun dari kerusi lalu mengambil meja kosong yang terletak di hujung kedai.

Nasib baik juga la masih ada meja kosong. Kalau tidak, duduk atas lantai la kome. Sebab kebiasaannya waktu tengahari ni, kedai selalu penuh. Yela, waktu rehat pekerja kan?

"Abang..."

"Hm?"

"Kenapa halau diorang?"

"Abang nak duduk berdua je dengan Filea."

Anak matanya menatap wajahku redup, cukup membuatkan hatiku tak tentu arah.

"Tapi, kesian lah diorang."

Yela. Dah lah diorang kot yang jaga meja ni. Senang-senang je dia halau.

"I'm the boss."

Amboi, mentang-mentang dia bos!

"Abang..."

"Yer, sayang.." Ayzen berhenti makan.

"Macam mana diorang tahu yang kita dah kahwin?"

Aku memandangnya lama.

"Abang bagitahu satu office."

"Huh?" Mata aku membulat.

Sumpah, lah!

"Yup. Cleaner pun tahu. Abang tak nak sesiapa pun mengorat Filea. Kalau boleh, abang nak bagitahu satu dunia."

Patutlah masuk-masuk je sini, semua pekerja memandangku seolah-olah aku ni alien, bukan manusia. Pekerja-pekerja lelaki pun tak berani tegur melainkan Hariz dan Qhalish. Itu pun sebab kami satu team.

"Over lah, abang ni!"

Malu aku dibuatnya.

"Filea hak milik abang seorang. Bukan senang abang nak dapatkan Filea." Perlahan saja suaranya.

Hairan. Apa maksud dia susah? Apa yang dia buat untuk dapatkan aku? Bukan dia jumpa aku tengah jalan ke? Masa aku tak sedarkan diri.

Banyak betul persoalan yang bermain di minda.

"Makan, Filea.."

Lamunan aku terhenti sebaik terdengar suara Ayzen. Aku sambung menjamah makanan.

Seperti biasa, Ayzen mengambil udang sambal di dalam pingganku untuk dibuangkan kulit. Udang-udang yang telah dibuangkan kulit, diletakkan semula ke dalam pingganku.

"Abang, lain kali tak perlu la tolong saya buangkan kulit udang. Saya reti la buang sendiri."

Aku tak sempat nak halangnya tadi.

"I want to treat you as my princess. Selagi abang masih hidup, abang akan tolong buangkan kulit udang untuk sayang."

Aku tersenyum. Berbunga-bunga la jugak hati ni.

Tapi, aku takut. Macam mana kalau aku terlalu jatuh hati padanya, dan dia tinggalkan aku satu hari nanti? Hati manusia kan berubah-ubah.

Astaghfirullah, Filea.

Fikir yang baik-baik je!


ﮩ٨ـﮩﮩ٨ـ♡ﮩ٨ـﮩﮩ٨ـ

Matanya tidak lepas dari memandang wajahku.

Apa ni? Aku pandang dia. Dia pandang aku. Cicak pandang kami.

Bibir diketap perlahan. Malu apabila ditilik sebegitu rupa. Aku berdehem kecil. Cuba menarik perhatiannya.

"Uhm, abang! Saya ada buat salah ke masa dekat office pagi tadi? Kenapa pandang saya sampai macam tu sekali?"

Berkerut kening aku. Hairan.

Rasanya, tak ada pulak aku buat benda-benda pelik.

"Definitely, yes."

Matanya terus-terusan merenung wajahku. Tak selesa pulak aku.

"Apa salah saya?"

"Too pretty."

"Huh?"

Aku salah dengar ke?

"You're too pretty, sayang. I can't take my eyes off of you."

Tanpa sedar, aku tersenyum sendiri. Pipi ditampar perlahan. Ya Allah, Filea. Janganlah nampak sangat!

Ayzen mendekatkan wajahnya dengan wajahku. Liur ditelan perlahan. Gugup.

Aduh, kupu-kupu mula berterbangan memenuhi perut. Tiba-tiba jugak la, aku rasa perut aku sakit.

Spoil betul!

Tak tunggu lama, aku berlari kearah tandas.

Keluar sahaja dari tandas, aku memegang perut yang sakit. Aku period hari pertama rupanya. Patutlah sakit perut semacam. Senggugut!

"Filea okay ke? Nak abang bawak pergi hospital?"

Ayzen berdiri diluar bilik air.

"Saya okay."

Walaupun tengah menahan sakit, aku cuba untuk senyum. Takut dia makin risau pula.

"Are you sure? Let me help you."

Baru sahaja aku ingin melangkah kearah sofa, sepasang tangan kekar mencempung tubuhku lalu dibaringkan di atas katil.

"E-eh? Malam ni, saya nak tidur bawah lah."

Sebenarnya, aku takut kalau bocor. Nanti susah pula nak cuci tilam. Dah jadi satu hal pula.

"Kenapa?" Soal Ayzen.

"Erm... Saya period."

"Then?"

"Takde lah. Saya takut kalau bocor. So, sebelum apa-apa terjadi, baik saya elakkan dulu."

Aku bangun dari katil.

"No, Filea tidur je atas katil. Abang lapik dengan kain. Kalau bocor pun, kita cuci sama-sama. Okay?" Ayzen tersenyum nipis.

Tak tahu kenapa, hati aku rasa tersentuh.

Ayzen mengatur langkah ke almari pakaian. Sehelai kain pelikatnya diambil, lalu dilapikkan di tempat tidurku.

"Filea baring dulu. Abang turun bawah sekejap."

Tidak lama kemudian, Ayzen kembali semula dengan sebuah hot water bag di tangannya. Eh? Macam mana dia boleh ada benda tu?

Ayzen mengambil tempat di atas katil bersebelahan denganku.

"Bismillah..."

Serentak itu, kedua belah tanganku yang diletakkan di atas perut, dialihkannya. Perlahan-lahan, Ayzen menuam perutku dengan menggunakan hot water bag.

"Kalau Filea rasa panas sangat, cakap dekat abang."

Ayzen menuam perutku dengan berhati-hati. Tanpa sedar, air mataku menitis. Entah kenapa aku rasa terharu.

Aku teringat dulu, arwah mak aku pun selalu tuamkan perut aku bila aku senggugut. Tapi, sejak arwah mak tinggalkan aku, semuanya aku buat sendiri. Kadang-kadang, aku biarkan je lama-lama sampai lah rasa senggugut ni hilang sendiri.

Ayzen yang sedar air mataku jatuh, terus terhenti.

"Sayang, kenapa ni? Sakit sangat ke? Maaf, abang tak tahu macam mana nak hilangkan. Kita pergi hospital, jom?" Riak wajahnya jelas menunjukkan kerisauan.

Aku menggeleng perlahan.

"Abang... Terima kasih tolong jagakan Filea dengan baik."

Makin laju pula air mataku mengalir.

"Filea sayang..."

Ibu jarinya mengusap air mataku.

"Abang sanggup buat apa sahaja untuk isteri solehah abang ni. Abang jaga Filea macam abang jaga nyawa abang sendiri. Filea tak perlu pun berterima kasih. Filea dah jadi tanggungjawab abang."

Tak semena-mena, makin kuat tangisan aku. Ayzen mula tak tentu arah melihat keadaanku.

"Filea... Abang salah tuam ke? Jangan nangis macam ni, sayang."

Pergerakan tangannya terus terhenti.

"Tak... Filea yang banyak salah dengan abang. Maafkan Filea tau."

Ayzen menatap wajahku redup.

"Abang sentiasa maafkan isteri abang ni. Abang tahu je, Filea selalu kutuk abang kan, dalam hati tu?"

Ayzen mencuit hidungku lembut. Serta-merta, air mataku berhenti mengalir. Tawa kecil terletus daripada bibirku.

Hati aku mula tenang.

"Mana ada la! Filea puji je."

Aku tayang sengih. Macam mana dia tahu, aku kutuk dia dalam hati!

"Dah tak nangis kan? Now, pejam mata. Biar abang tuamkan perut Filea. Filea rehat je. Abang tunggu sampai Filea tidur."

Sebelah tangannya sambung menuam perutku manakala sebelah lagi mengelus rambutku lembut.

"Tak apa ke?"

Rasa bersalah pula. Takkan lah aku nak biarkan dia berjaga sementara aku tidur. Sedangkan dia lagi penat kot.

"It's okay. Sayang tidur. Abang tunggu. Good night, love."

Dahiku dikucupnya lama.










✎﹏﹏﹏♡

وَعَاشِرُوهُنَّ بِٱلْمَعْرُوفِ ۚ

Dan bergaulah kamu dengan mereka (isteri-isteri kamu itu) dengan cara yang baik. (4:19)

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro