๐€๐˜๐™๐„๐ | ๐Ÿ‘๐ŸŽ

Mร u nแปn
Font chแปฏ
Font size
Chiแปu cao dรฒng

Selesai sahaja solat Isyak berimamkan Ayzen, kami terus turun bawah ke dapur. Bak kata Ayzen, dia mahu masakkan untuk aku.

Aku pun apa lagi? Awal-awal sudah mengambil tempat di meja makan.

Aku menopang dagu, merenung muka kacak Ayzen. Tenang sungguh raut wajahnya.

"Sayang nak makan apa malam ni?"

Lamunan aku terus terhenti.

"Hm... Kalau abang?"

"Abang tak kisah. Semua benda abang makan. Makan Fil-

Mata aku terbuntang luas. Sebelum dia makin merapu, baik aku berhentikan dia.

"Cukup!"

Sepantas kilat aku tutup mulutnya dengan sebelah tanganku.

Tawa kecil meletus daripada mulutnya. Ayzen mengalihkan tanganku daripada menutupi mulutnya sebelum dibawa ke bibirnya. Lantas, tanganku dicium perlahan.

"A.. apa abang ni?!"

Cepat-cepat aku tarik tangan aku semula. Pipi sudah mula membahang. Ayzen pula hanya gelakkan aku. Ish, suka betul buat detak jantung aku tak keruan!

"Abang masak spaghetti la malam ni, boleh?"

"Filea okay je."

Ayzen mengambil apron lalu menyarungkan ke badannya. Tangannya cuba menggapai mencari tali apron untuk mengikat talinya.

"Sayang..." Meleret nada suaranya memanggilku.

"Hm?"

Aku mengangkat kepala memandang wajahnya.

"Tolong ikatkan apron ni."

Aku bangun daripada kerusi, melangkah ke arahnya. Kedua tali apron dicapai sebelum diikatkan di belakang tubuhnya.

"Done!"

"Thank you, sayang." Kepalaku diusap lembut olehnya.

Tanpa melengahkan masa, Ayzen mengeluarkan semua bahan dan meletakkannya di atas meja dapur. Kuali turut diambil daripada dalam laci dapur.

Ayzen mula menyediakan bahan-bahan untuk dipotong. Sebiji bawang besar Holland dan lima ulas bawang putih dikupas sebelum dicincang halus. Cendawan dan sosej turut dipotong kecil.

"Abang, ada apa yang saya boleh tolong?"

Rasa bersalah pula kalau tidak membantunya. Takkanlah nak duduk tengok dia je kan? Aku berdiri di sebelahnya. Senang sikit kalau nak tolong.

Tanpa berkata apa-apa, tubuhku diangkat oleh Ayzen lalu diletakkan di atas island table.

"Just sit still and look pretty for me, okay?"

Aku hanya diam memerhatikannya.

Anak mata Ayzen tak lari daripada memandang bahan-bahan masakan. Spaghetti mula dikeluarkan daripada plastik lalu direbus di dalam sebuah kuali selama beberapa minit. Garam turut ditaburkan di dalam air rebusan.

Dalam masa yang sama, Ayzen mula menumis bawang-bawang yang telah dicincang halus tadi di dalam kuali yang lain. Setelah bawang sedikit garing, sosej dan cendawan dimasukkan ke dalam kuali.

Akhir sekali, Ayzen menuangkan sos carbonara dan sedikit susu full cream ke dalam kuali untuk melengkapkan lagi masakannya. Spaghetti yang telah lembut ditapis olehnya.

Setelah selesai, Ayzen menghidangkannya di dalam pinggan. Apron yang dipakainya, dibuka sebelum disangkut kembali di tempat asal.

Bau spaghetti carbonara menusuk masuk ke dalam hidungku. Hm... Daripada bau pun dah tau sedap.

"Nanti biar saya yang kemas semua ni. Abang dah tolong masak."

"It's okay, sayang. Nanti kita kemas sama-sama. Come, let me help you down."

Aku mendepakan tangan. Saja nak mengada dengan suami sendiri. Bukannya tak reti nak turun sendiri.

Ayzen mengangkat aku turun daripada atas island table.

Aku berlalu mengambil air kosong sebelum melabuhkan punggung di kerusi meja makan. Ayzen pula mengambil tempat di sebelahku. Sebuah pinggan berisi spaghetti carbonara ditolak kearahku.

"Kenapa ada satu pinggan je? Abang tak nak makan ke?" Berkerut dahi aku memandangnya.

"Buat apa nak membazir? We can share."

Serentak itu, cawan berisi air kosong millikku diambilnya lalu dihirup sekilas.

"Bermula saat ni, semua benda milik Filea, milik abang juga. Dah, jom makan. Isteri abang lapar kan?"

Aku hanya mengangguk sebelum mengambil garfu lalu menyuap spaghetti carbonara ke dalam mulut.

"Hm..."

"Okay ke?"

"Sedap. Abang tak nak makan ke?"

Aku tolak pinggan berisi spaghetti itu kearahnya. Ayzen menggelengkan kepalanya.

"Tak nak? Abang tak lapar ke?"

Rasanya tadi dia belum makan apa-apa lagi. Takkan lah tak lapar kot. Perut besi ke?

"Suap."

"Huh?"

"Tolong suapkan, please... Tangan abang dah lenguh masak untuk sayang." Pintanya lembut.

Mengada!

Tapi disebabkan dia dah tolong masakkan untuk aku, aku turutkan saja permintaannya.

"Dekat sikit, takut tumpah."

Ayzen mendekatkan wajahnya kearahku. Perlahan, aku menyuapkan spaghetti ke dalam mulutnya. Senyuman nipis terukir di bibir Ayzen.

"Thank you, sayang."

Aku membalas senyumannya sebelum sambung menikmati spaghetti. Sekali sekala, aku suapnya.

"Sedap sangat ke?"

"Serius sedap. Dah macam masakan setaraf chef antarabangsa." Aku menoleh kearahnya.

Ayzen tertawa kecil sebelum ibu jarinya naik mengusap tepi bibirku, mengelap kesan sos carbonara. Aku terkaku dengan perbuatannya.

"Sebiji macam Ayla bila makan. Comot." Bibirnya tersenyum senget.

Ya Allah, malunya. Makan pun comot. Mana nak letak muka ni?

"Erm.."

"Takpe, isteri abang tetap comel." Pucuk hidungku dicuitnya lembut.

"Abang habiskan lah, ada lagi sikit ni. Saya dah kenyang."

Aku tolak pinggan berisi spaghetti itu kearahnya lalu aku bangun daripada kerusi, berniat untuk kemas dapur.

"Sayang nak pergi mana?" Ayzen memandangku hairan.

"Saya nak kemas dulu la sementara abang habiskan spaghetti tu."

Dia dah masak, mestila aku kena tolong kemas. Tak mahu la semua benda, Ayzen saja yang buat.

"Wait-"

Pinggangku ditarik dari arah belakang menyebabkan aku terduduk di atas pehanya.

"Eh-

"Tunggu abang habis makan dulu. Lepas ni, kita kemas sama-sama."

Ayzen selamba menyuap spaghetti ke dalam mulutnya. Aku cuba untuk bangun namun Ayzen mengetatkan rangkulannya di pinggangku.

"Eh, takpela. Abang kan dah masakkan untuk saya. Biar la saya yang tolong kemaskan. Lagi pun, ni kan tugas isteri."

"Who said that?" Ayzen menghentikan suapan.

"Huh?"

"Siapa cakap kemas ni tugas isteri je?"

"Biasanya kan orang cakap macam tu."

"Sayang... Siapa kata abang kahwin dengan Filea untuk layan Filea macam pembantu rumah?"

Err...

"Filea isteri abang, bukannya orang gaji. Kemas rumah ni bukannya tanggunggawab seorang isteri je, suami pun kena tolong juga. Kita kemas sama-sama lepas ni, okay?"

Serentak itu, Ayzen menyudahkan suapan terakhirnya. Aku cepat-cepat bangun daripada pehanya sebelum dia turut bangun mengikutiku.

Langkah kaki diatur ke arah singki. Aku menyinsing lengan baju agar tidak basah. Belum sempat Ayzen ingin mengambil berus, aku sudah mengambilnya terlebih dahulu.

"Sayang..."

Aku mula mencuci kuali menggunakan berus.

"Shh... Abang tinggal je pinggan tu dalam singki. Biar saya yang basuh."

"Takpela, abang tolong sayang. Kita buat sama-sama."

"Saya basuh dalam singki, abang tolong lap meja, okay?"

"Yela, sayang." Ayzen mengalah.

Tanpa melengahkan masa, Ayzen mengambil kain yang telah dibasahkan sedikit untuk mengelap meja. Setelah meja dilap kemas, Ayzen memeluk pinggangku dari arah belakang.

"Ish, abang buat apa ni? Saya tengah cuci pinggan la. Janganla kacau."

"I know. Abang tengah bagi sokongan moral la sayang."

Dagunya disangkut pada bahuku. Aku dapat rasakan nafas hangatnya di pipiku.

"Berkesan ke?"

"Who knows?"

Cup!

Pipiki dicium sekilas.

Membulat mataku kerana terkejut akan perbuatannya yang drastik itu. Nasib baik tak terjatuh pinggan kaca yang aku tengah cuci ni.

"Abang! Hampir jatuh tau tak pinggan kaca ni?"

Tawa kecil meletus dari bibir Ayzen.

Haih... Aku cepat-cepat menyudahkan cucianku sebelum makin banyak sokongan moral yang diberikan oleh Ayzen.

Selesai sahaja mencuci, aku pusingkan tubuh. Belum sempat aku buat apa-apa, pinggangku ditarik rapat ke arahnya.

"Sayang..."

Jarinya menyentuh hujung daguku, mengangkat wajahku untuk bertentang mata dengannya.

"Hm?"

Anak matanya redup menatap ke dalam mataku.

"I love you." Bisiknya perlahan.

"I love you too."

Aku menjengketkan kaki lalu melabuhkan bibirku di bibirnya sekilas.

Terkebil-kebil Ayzen memandangku. Aku dapat lihat mukanya berubah menjadi sedikit merah.

"Sayang.."

Ayzen menyentuh bibirnya sendiri.

Sebelum jadi apa-apa, baik aku cabut dulu.

"Bye!"

Laju aku berlari keluar dari dapur. Ya Allah! Apa yang aku buat?

"Sayang! Can I get more?" Jerit Ayzen dari arah dapur.

"No!"

Aku ketawa kecil sebelum berlari menaiki tangga.

"Suka ya dapat kenakan abang? Siaplah, Filea." Ayzen turut berlari kearah tangga cuba mengejarku.







โœŽ๏น๏น๏นโ™ก

Rasulullah SAW bersabda:

ุฃูŽู„ุงูŽ ุฃูุฎู’ุจูุฑููƒูŽ ุจูุฎูŽูŠู’ุฑู ู…ูŽุง ูŠูŽูƒู’ู†ูุฒู ุงู„ู’ู…ูŽุฑู’ุกู ุงู„ู’ู…ูŽุฑู’ุฃูŽุฉู ุงู„ุตู‘ูŽุงู„ูุญูŽุฉู ุฅูุฐูŽุง ู†ูŽุธูŽุฑูŽ ุฅูู„ูŽูŠู’ู‡ูŽุง ุณูŽุฑู‘ูŽุชู’ู‡ู ูˆูŽุฅูุฐูŽุง ุฃูŽู…ูŽุฑูŽู‡ูŽุง ุฃูŽุทูŽุงุนูŽุชู’ู‡ู ูˆูŽุฅูุฐูŽุง ุบูŽุงุจูŽ ุนูŽู†ู’ู‡ูŽุง ุญูŽููุธูŽุชู’ู‡ู

Maksudnya: "Mahukah kamu, aku tunjukkan sebaik-baik perkara yang disimpan oleh lelaki? Perkara itu ialah seorang isteri yang solehah, iaitu apabila dipandang, menggembirakannya, apabila diperintahkan, mentaatinya, dan apabila suaminya tiada, dia memelihara dirinya dan harta suaminya."

Riwayat Abu Daud (1664) dan al-Hakim dalam al-Mustadrak.

Bแบกn ฤ‘ang ฤ‘แปc truyแป‡n trรชn: Truyen2U.Pro