23: Twenty three

Mร u nแปn
Font chแปฏ
Font size
Chiแปu cao dรฒng

แด„ส€แด‡แด…ษชแด› ส™ส แดสsแด‡สŸา“

(โ™ก'โ–ฝ'โ™ก)

"Jungkook dah sedarkan diri?" Soal Yoongi.

Dia tahu selama tiga bulan Jungkook di hospital, Jimin juga ke sana untuk berjumpa buah hatinya.

Jimin menggeleng perlahan seraya melangkah masuk menuju ke biliknya.

"Aku tengok kau sejak akhir ini, makin pucat. Kau tak nak buat check up?" Ujar Yoongi, mengekori Jimin dan berhenti di hadapan pintu biliknya.

Risau kalau Jimin jatuh sakit seperti sebelumnya. Jimin nampak sangat pucat dan lesu, selera makannya kurang semenjak Jungkook masuk hospital tempuh hari.

Dia lebih risaukan keadaan Yerin yang sanggup menunggu teman lelaki nya untuk bangun dari tidur yang panjang.

"Untung Jungkook dapat pikat hati Yerin, yang sanggup tunggu selama berbulan-bulan di hospital. Kalau aku tak dengar bisikan bodoh itu mesti sekarang aku bahagia dengan Yerin." Ujarnya kesal.

Yerin yang sanggup menunggu selama tiga bulan lebih dengan harapan Jungkook akan membuka matanya. Dan orang yang pertama dia lihat adalah Yerin, itu harapan yang tidak masuk akal. Dia sedar tetapi dia terlalu rindukan figura lelaki tersebut.

Dia sanggup buat apa sahaja asalkan Jungkook dapat kembali sedia kala, dia sanggup jaga Jungkook walaupun keadaan Jungkook tidak seperti biasa.

"Tak apa, aku okay je. Maybe aku nampak pucat sebab tak cukup tidur." Ujar Jimin.

Dalam fikirannya cuma memikirkan Yerin yang berada di hospital sehari suntuk.

"Apa dia dah makan? Sihatkah dia?" Gumam Jimin sendirian di dalam hati.

"Malam nanti biar aku yang pergi tengokkan Jungkook dan aku akan awasi Yerin. Kalau apa-apa aku bagitahu kau. Malam ini kau rest. Dengar cakap aku." Pesan Yoongi.

Dia risaukan keadaan Jimin yang belum stable sepenuhnya, malah Jimin boleh risaukan keadaan kawannya dan buah hatinya.

Pelbagai cara Yoongi cuba untuk memujuk Jimin agar dia lebih prihatin dengan kesihatannya, tetapi Jimin tidak endahkan.

โ•ฅ๏นโ•ฅ

Yerin yang tak berganjak dari tempat duduknya, matanya masih setia menatap muka kacak teman lelakinya.

Sesekali dia mengusap pipi Jungkook dan bermain dengan cuping telinga Jungkook, bagi nya cuma satu sahaja sekarang yang dia harapkan. Iaitu Jungkook sedar dari tidurnya yang lama ini,

"Mianhae, Jungkook." Air matanya mula membasahi pipi.

"Mianhae, kalau bukan sebab saya. Awak takkan berada disini. Saya yang paksa awak untuk ikut kemahuan saya sedangkan awak tidak selesa dengan semua ini. Maafkan saya Jungkook, bangun lah sayang!" Ujarnya sayu.

"Kalau bukan sebab aku, mesti takkan jadi benda ni. Kalau aku tak ajak dia ke majlis Jimin, Jungkook takkan jadi macam ini." Gumamnya sendiri, tangannya mengetuk kepalanya.

Dia berasa salah terhadap Jungkook. Kalau dia tidak beria untuk hadir ke majlis perkahwinan Jimin dengan Lia, benda ini takkan terjadi.

"Bangunla sayang, awak dah tidur terlalu lama. Saya rindukan awak,Jungkook. Bangunlah!!! Saya tak kuat, saya tak sanggup kehilangan awak,Jungkook." Ujarnya bersama esakkan yang tidak lagi dia sembunyikan.

Ya, dia terlalu rindu Jungkook yang pernah jadi kawannya, sekarang sudahpun bergelar teman lelakinya. Sudah tidak kuat untuk memujuk diri, dia terlalu rindukan figura lelaki yang selalu ada untuknya. Sekarang terasa seakan patah sebelah sayap.

"Rin? Kau dah makan? Lahh, kenapa kau tak mandi lagi?" Ujar Thea, yang baru sahaja tiba ditemani Namjoon.

Yerin tidak mengeluarkan sepatah pun selain dengan anggukkan ataupun gelengan.

Yerin menggeleng. Tangannya meraih tangan Jungkook sambil dia menekap mukanya dia belakang telapak tangan milik Jungkook.

"Apa kata kau pergi mandi dulu, biar aku dengan Namjoon yang jagakan dia. Dan lepas itu kita boleh breakfast sekali." Cadang Thea.

"Yelah,Rin. Apa kata kau pergi segarkan diri kau dulu. Malam nanti kau kan nak berjaga." Pujuk Namjoon.

Yerin bangun tanpa sepatah perkataan pun lantas menarik tuala yang di lipat di atas bangku pelawat.

"Jungkook, kau apa khabar? Aku harap kau kuat, aku harap kau dengar semua perbualan Yerin dengan kau setiap malam. Dia terlalu rindukan kau, cepatlah sedar. Aku tak sanggup tengok Yerin macam mayat hidup kerana terlalu rindukan kau." Ujar Namjoon di telinga Jungkook.

Walaupun dia tahu Jungkook masih dalam keadaan tidak sedarkan diri, baginya Jungkook akan dengar semua perbualan mereka semua kepada dia.

Seusai Yerin mandi, Thea dan Namjoon meneman Yerin sarapan. Mereka sarapan di dalam bilik sakit Jungkook.

Nasiblah Jungkook berada dalam bilik VVIP, tiada yang halang mereka.

TBC...

Hope malam nanti awak buat live lah yerr, always missing you jimin park!!!โฃ๏ธโฃ๏ธ๐Ÿ’œ๐Ÿ’œ๐Ÿ’œ๐Ÿ–ค๐Ÿ–ค๐Ÿ–ค๐Ÿค๐Ÿค๐ŸคŽ๐ŸคŽ๐ŸคŽ๐Ÿค๐Ÿค๐Ÿค๐Ÿค๐Ÿค

Bแบกn ฤ‘ang ฤ‘แปc truyแป‡n trรชn: Truyen2U.Pro