26; Twenty Six

Mร u nแปn
Font chแปฏ
Font size
Chiแปu cao dรฒng

แด„ส€แด‡แด…ษชแด› ส™ส แดสsแด‡สŸา“;โœจ

๐Ÿค

"Hey! Kenapa kau tidur dekat sini?" Soal Namjoon.

Dia kejutkan figura yang terbaring di hadapan cafenya.

"Hmm- saya dekat mana? Sorry kalau saya mengganggu awak." Ujar Firdaus, sambil tangannya menggosok mata.

"Kau sesat ke? Rumah kau dekat mana?" Soal Namjoon.

"Saya baru sampai sini semalam, saya dari Malaysia." Ujarnya ringkas.

"Lahh, kau datang sini seorang? Kau nak jumpa siapa?" Soalnya, tangannya menarik bagasi Firdaus memasuki cafe.

Diikuti Firdaus.

"Saya datang sini seorang, saya nak cari kawan saya. Tetapi saya tak tahu dia di mana sekarang." Terangnya.

"Kau duduk lah dulu, aku nak siap-siap buka cafe. Kau ada duit tak?" Soal Namjoon.

Firdaus mengeluarkan duit dari poketnya sambil kepalanya dianggukkan.

"Wehh, Joon. Lewat kau buka cafe hari ini." Jerit Hoseok dari luar cafe.

Kepala Hoseok terhantuk di pintu, akibat terlalu terkejut apabila melihat kelibat manusia di hadapannya.

"Aiguu!! Boleh kena heart attack aku kalau gini. Kau pekerja baru dekat sini ke?" Ramah Hoseok.

"Tak, saya pelanggan." Ujarnya ringkas.

"Awal betul kau datang." Ujarnya sambil ketawa.

โ™ฃ๏ธŽ

"Awak nak pergi mana? Awak tu bukannya sihat lagi." Ujar Yerin.

"Keluar ambil angin luar, bosan lah asyik duduk dalam rumah je." Ujar Jungkook, kakinya melangkah perlahan menuju ke ruang hadapan rumah.

"Jangan pergi jauh-jauh. Saya nak masakkan makanan siang untuk awak." Pesan Yerin.

"Ye lah, sayang." Ujar Jungkook, senyuman dilemparkan.

"Ehh, kejap kejap." Tahan Yerin.

Tangannya mencapai telefon pintar miliknya, tangannya laju menaip nama "Kim Taehyung".

Lima minit kemudian, Taehyung tiba di hadapan rumahnya.

" Aiguu, awak ni risaukan sangat lah. Saya okay je." Ujar Jungkook.

"Suruh Taehyung temankan awak, awak tu bukannya pulih sepenuhnya lagi. Saya nak ikut tak kasi." Ujar Yerin.

"Bukannya saya nak pergi jauh pun." Geleng Jungkook.

Haihh, risau sangat dia ke Jungkook.

Yerin cuma berhati-hati, sebab dia tahu Jimin sekarang boleh berada di mana-mana.

Dia takut jikalau Jimin akan cederakan Jungkook untuk kali kedua. Dia tak sanggup.

Sudah cukup derita, sudah cukup lama dia menahan rindu kepada Jungkook tempoh hari. Sehinggakan dia hampir bunuh diri, dia tak da sesiapa selain Jungkook dan Thea. Tempat dia mengadu.

"Aku bawak boyfriend kau jalan dekat taman tau. Kau okay tak tuh duduk seorang?" Jerit Taehyung dari luar pintu.

"Aku okay je, haa- nanti aku call bila Namjoon dengan Thea pulang." Ujar Yerin.

Sibuk memasak di dapur.

"Kau nak pergi mana?" Soal Jungkook.

"Taman depan tu je lah. Kenapa?" Soal Taehyung, keliru dengan pertanyaan Jungkook.

"Boleh tak, kau teman aku duduk depan pagar je. Aku taknak lah pergi jauh-jauh." Pinta Jungkook.

"Lahh- kenapa? Rin dah bagi green light dekat aku." Ujar Taehyung, mulut muncung sedepa.

"Bukannya apa, aku takut kalau aku tinggalkan Yerin seorang. Jimin datang macam mana?" Ujar Jungkook, risau.

Bukannya dia tidak tahu, Jimin selalu ekori Yerin dan Thea ke mana sahaja. Cuma dia tidak bertanya kepada Yerin.

Dia percaya akan Yerin, Yerin tidak semudah itu untuk di dekati walaupun segigih mana pun lelaki itu. Semua tahu, Yerin seorang yang keras kepala.

"Sampai bila awak nak benci saya? Saya akan buatkan awak jatuh cinta kepada saya semula,Yerin." Bisik hati kecil Jimin.

To be continued...

Bแบกn ฤ‘ang ฤ‘แปc truyแป‡n trรชn: Truyen2U.Pro