-ONE-

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng


"ARGHHHHHHHHH!!!" Suara jeritan gadis itu mampu membuatkan jiran mereka terjatuh katil di pagi hari.

"Yah, Song Jihyo! Bukak pintu ni! Kau dah kenapa menjerit pagi-pagi ni?" Rakan serumahnya mengetuk kuat pintu bilik Jihyo.

Dia menguap kecil, mengantuk. Jika di ikutkan hatinya, mahu sahaja dia menyambung lenanya tapi takut pula nanti rakannya mati katak dalam bilik itu.

Jihyo membuka pintu. Jelas kelihatan diri gadis itu tak terurus dengan rambut kusut dan sisa air mata di muka.

"Jihyun..." Tubuh rakannya itu dipeluk erat.

"Kau okay tak ni Jihyo?" Jihyun meleraikan pelukan. Wajah Jihyo ditatap.

"Gigi aku sakit..." Suaranya kedengaran sayu. Air mata pula tunggu masa sahaja untuk turun dari tubir mata.

Jihyun tercengang. Kalau sakit gigi pergilah klinik. Apa masalahnya?

Jihyo mencebik. Seakan-akan tahu apa yang bermain di fikiran rakannya itu.

"Sebenarnya aku takut nak pergi klinik gigi." Kepalanya ditundukkan memandang lantai.

"Hah?! Selama ni kalau kau sakit gigi, kau buat apa? Makan gigi tu?" Kepalanya digaru.

Muka Jihyo memerah. Ada jugak yang hilang gigi nanti.

"Tak, bodoh!" Tubuh Jihyun dijeling sekilas. "Aku ada doktor peribadi tapi sekarang ni dia dekat Dubai, honeymoon dekat sana." Sambungnya.

Dahi Jihyun berkerut. Honeymoon?

"Hari ni aku cuti, kau nak aku temankan kau pergi klinik tak?" Jihyun mengusap lembut rambut Jihyo.

Jihyo terdiam seketika. Dia dalam keadaan serba salah. Tidak pasti mahu pergi ke tidak. Kalau dia tak pergi nanti, menyusahkan Jihyun pula. Pergi jelah.

Tanpa Jihyo sedari, keputusannya hanya akan memberi beban kepada rakannya itu.

----

Pintu utama klinik terbuka secara automatik seakan-akan mengalukan kedatangan mereka ke situ.

Jihyun terpaksa mencengkam erat lengan Jihyo. Mana tidaknya, tubuh Jihyo sudah menggigil. Wajah gadis itu pula turut berubah putih, kepucatan.

Selesai sahaja mendaftar dan mengambil kad di kaunter, mereka duduk di tempat menunggu. Jihyun dengan tenangnya memimpin Jihyo duduk di kerusi yang berada di barisan hadapan bilik rawatan.

Jihyun menepuk perlahan peha milik Jihyo. Ear phones miliknya disumbat ke telinga Jihyo. Lagu berjudul Butter nyanyian daripada boy group Bts berkumandang di telinga Jihyo.

Jihyo terpaku. Wajah Jihyun dipandang jengkel.

"Kau dah kenapa pasang lagu butter?"

Jihyun tersengih memaparkan giginya yang tersusun rapi itu.

Jihyo menghela nafas berat. Mahu sahaja dia tampar wajah Jihyun.

"Song Jihyo, sila masuk ke bilik nombor dua"

Suara yang datang dari pembesar suara itu cukup untuk membuatkan jantung Jihyo jatuh ke perut. Makin bergetar hebat tubuhnya ketika ini. Cengkaman Jihyun semakin kuat takut jika rakannya itu jatuh seperti nangka busuk nanti.

Pintu bilik dibuka perlahan-lahan. Wajah doktor lelaki yang tampan menjadi tatapan mereka. Tag nama lelaki itu memaparkan namanya 'Kim Taehyung'.

"Hi, ada apa-apa yang saya boleh bantu?" Senyumannya manis bak madu menyambut kedatangan pesakitnya.

"Hi, doktor! Kawan saya ni ada sakit gi-" Pertuturan Jihyun terhenti apabila dia merasakan yang tubuh Jihyo makin kebawah. "EHHH JIHYO!!!"

---

Kim Taehyung Menggaru kepalanya. Tidak tahu apa yang perlu dilakukan. Wajah Jihyun yang menggelabah di sebelah Jihyo dipandang. Tegang saja wajahnya ketika ini.

"Betul ke kawan awak ni sakit gigi?" Kim Taehyung bercekak pinggang.

Han Jihyun menggaru kepalanya. Buntu. Tidak tahu bagaimana mahu menerangkan situasi tersebut kepada doktor gigi dihadapannya ini.

"Sorry, doctor. Kawan saya ni ada trauma dengan dentist. Dia ada personal dentist tapi sekarang dia tengah honeymoon. Tu yang terpaksa bawa dia datang klinik gigi ni."

Kim Taehyung terkesima.

Trauma dengan dentist? Apakah? Tak pernah dia mendengar kes sebegini berlaku sebelum ini.

"Maafkan saya, tapi saya tak boleh rawat dia. Awak kena bawa dia pergi jumpa Trauma surgeons bukannya dentist sebab ini bukannya bidang saya. Saya tak boleh buat apa-apa."

Jihyun memicit-micit dahinya. Dia dah lah tengah gelabah Jihyo pengsan lepastu doktor ni pula membebel. Doktor Kim dipandang dengan senyuman paksanya.

"Wahai doktor Kim yang dikasihi, saya rasa lebih baik kalau doktor rawat kawan saya ni dulu sebab saya rasa gigi kawan saya ni lebih penting sekarang ni. Kalau doktor tak mahu, saya boleh terbangkan kawan saya ni pergi klinik lain." Suaranya sengaja dilembutkan. "Lebih baik doktor rawat dia sementara dia tak sedarkan diri ni." Sambungnya.

Jihyun memandang wajah Taehyung dipandang penuh harapan. Dia berharap sangat yang situasi ini akan berakhir.

Taehyung mengangguk.

"Saya akan lakukan apa yang saya mampu."

Taehyung memulakan rawatannya terhadap Jihyo. Walaupun agak sukar baginya kerana ini merupakan pengalaman pertamanya merawat pesakit yang tidak sedarkan diri tapi dia tetap mencuba yang terbaik.


Yoongi pergi beli cendol menaiki beca,
Terima kasih kerana sudi membaca ✨

Rina mintak maaf sangat² sebab jalan cerita ni mengarut(╥﹏╥)










Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro