Bab 6

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

¬¬¬¬THROWBACK¬¬¬¬

"Adam, promise me that we will be as happy as we are today until the day I die." Qayla menggenggam erat tangan Adam yang telah bertukar status menjadi suaminya itu.

Apabila teringatkaan kata- kata Qayla itu, Adam memanjatkan doa penuh kesyukuran kepada Allah kerana telah mengizinkan dirinya untuk mengotakan janjinya kepada Qayla.

Sejak perkenalannya dengan gadis itu yang bermula daripada bangku sekolah rendah, mereka tidak pernah mengalami sebarang masalah. Hubungan mereka sarat dengan kenangan- kenangan yang sangat indah. Hubungan yang bermula dengan satu perkenalan bersatu menjadi hubungan suci di sisi Allah dan kini dipisahkan dengan satu kematian.

Qayla pergi selepas beberapa hari melahirkan tanda cinta mereka. Hari yang sepatutnya membawa seribu keindahan telah bertukar menjadi peristiwa yang sangat menyakitkan.

Qayla mengalami pendarahan teruk selepas melahirkan sehingga memerlukan perawatan khusus. Nyawanya hampir terancam tapi dalam saat getir itu, suara bacaan ayat suci dari Adam kembali menguatkan semangatnya. Malah dengan bantuan pasukan perubatan, mereka berjaya menyelamatkan Qayla.

Namun di saat semua orang menyambut gembira akan kelahiran bayi kembar mereka, Adam tidak menyangka yang dia telah disahkan mengalami Post Traumatic Stress Disorder (PTSD).

Jika Qayla sedang berjuang dalam proses pemulihan selepas bersalin, Adam pula berjuang untuk pulih dari masalahnya, menyaksikan Qayla betarung nyawa melahirkan anak kembar mereka rupa- rupanya merupakan pengalaman yang sangat trauma untuknya. 

Selepas saja pulih dari melihat Qayla melahirkan kembar mereka, sekarang dia berdepan dengan sekujur tubuh lemah perempuan yang dicintainya.

Sepanjang dua hari bersama Qayla yang bertarung nyawa namun akhirnya dia mengalah dengan ketentuan Allah apabila Qayla menghembuskan nafas terakhirnya. 

Adam redha dengan ketentuan Allah dan dia cuba untuk mengumpulkan semangatnya yang ada. Selepas sahaja selesai semua urusan, Adam menumpukan pula sepenuh perhatiannya kepada puterinya.

Kesedihan di hati mula terubat apabila melihat si kecil. Nama yang mereka pilih buat si comel ialah Nina Elviana yang bermaksud Keanggunan Yang Bijak. 

Nina seorang anak yang sangat mudah dijaga. Mungkin dia tahu bahawa Adam berseorangan dan tidak mahu menyusahkan Adam yang bersusah payah menjaganya. Nina mewarisi keanggunan wajah Qayla yang manis dan sifat yang sangat manja. Dia sangat bersyukur kepada Allah kerana telah menghadiakannya seorang anak yang sangat baik. 

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

"Papa, bila kita boleh pergi kedai Auntie Hawa lagi?" Terbit soalan pertama daripada Nina."

"Tak payahlah pergi selalu sana. Kita macam mengganggu Auntie Hawa pula. Kan dia kerja kat situ. Nanti kalau Nina datang sana, dia tak boleh nak buat kerja pula sebab asyik nak kene layan Nina je." usik Adam smabil mencubit pipi anaknya itu. 

Nina sudah menarik muncung. Lama dia merenung Adam, menunggu Papanya memujuknya. Adam hanya membalas renungan anaknya itu. Tiba- tiba dia terperasan mata comel itu seakan- akan berkaca. Panik Adam dibuatnya. Takkan sampai nak menangis? 

"Pa..pa.."

"Ok,ok.. betul Nina nak pergi?"

Si comel mengangguk sebanyak dua kali.

"Hmm.. nanti kita pergi." Adam mengalah.

"Bila?" suara Nina sudah mula ceria.

"This weekend, boleh? Nanti boleh duduk situ lama sikit." putus Adam. 

"Ok papa. Thanks and I Love You!" Nina memeluk Papanya dan bergerak menuju ke perpustakaan mimi di tepi ruang tamu. 

Adam tersenyum. Haih, anak.. anak..













Macam biasa jgn lupa vote sekali tau.🥺 Thank you~~

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro