𝖑𝖆𝖕𝖆𝖓

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Usai menyelesaikan hidangan, Tengku Khairil bangkit untuk membayar sedangkan sudah dilarang oleh Luthfan. Tapi lelaki itu tetap bertegas mahu membayar untuk makanan mereka. Untung kau Azea dapat tunang macam Tengku Khairil.

"Lara, aku nak pergi tandas kejap." Bisik Azea. Inilah hobi Azea jika selesai makan. Pasti mahu ke tandas.

"Maaf Tuanku, izinkan saya ke tandas sebentar." Aku ternganga apabila melihat Azea yang menunduk hormat kepada Luthfan. Lelaki itu terus tersenyum dan mengangguk. Setelah itu, terus sahaja Azea pergi meninggalkan aku dan Luthfan. Aku pandang dia. Dia pandang aku. Saat mata kami beradu, terus sahaja aku pandang meja.

Janggal.

"Ehem. Kau tak pergi touch up ke?" Soal Luthfan tiba-tiba. Aku mengerutkan kening.

"Tak. Lagipun dah nak balik kan." Balasku biasa. Takkan nak balas kasar pula.

"Lepas ni kau nak pergi mana?" Soal Luthfan.

Lah! Kan aku dah kata nak balik!

"Baliklah. Kenapa? Awak nak ajak saya pergi mana-mana ke?" Soalku ingin tahu. Aku ukirkan sedikit senyuman.

"Aku nak kenal kau." Seketika jantungku berdegup laju. Senyuman yang tadi aku ukir kini pudar. Bukan sebab tidak suka tapi disebabkan aku terkejut.

"Kenal saya? Awak nak tahu apa?" Soalku selamba. Cuba mengawal riak wajah yang berubah.

"Everything."

"Hah?" Air suam yang aku pesan selepas menghabiskan spageti aku sedut. Cuba menghilangkan debar di hati. Mataku yang tadinya hanya tertunak padanya kini sudah meliar ke seluruh restoran. Cuba mengawal diri daripada membuat perkara yang tidak patut. Aku kerling Luthfan. Dia tersenyum kecil sebelum senyuman itu berubah sini.

Heh!

"Korang berdua tak bercakap ke?" Soal Tengku Khairil tiba-tiba. Dia tiba bersama satu resit sebelum resit tersebut disumbat ke dalam poket seluarnya. Aku tersenyum nipis.

"Korang berdua dah nak mendirikan rumah tangga tau. I think you should know each other more than you all know your partner's name. By the way, I already know you all punya story about engagement. Yeah, maybe cerita pertunangan you all macam drama but you all should change now. Korang berdua dah dewasa. Sepatutnya korang berdua lebih tahu apa yang perlu dibuat." Pesan Tengku Khairil. Dia menepuk bahu sepupunya itu. Aku menghela nafas lalu memandang Luthfan yang turut berdiam. Mungkin sedang berfikir.

"Korang berdua tak perlu berfikir macam mana nak memerintah Everly. Raja dan Permaisuri masih hidup untuk memerintah Everly. Sekarang ni korang perlu berfikir how to love each other. Aku tak nak korang berdua berkahwin kontrak macam drama tv tu. It's cliche you know?" Pesan Tengku Khairil lagi. Di saat itu Luthfan memandangku dengan sepasang mata tajam miliknya. Matanya bagaikan sedang berbicara denganku tapi aku hanya memandang tanpa tahu apa-apa.

Kejap!

"Awak dengan Azea pun rancangan family jugakan?" Soalku.

Tengku Khairil tersenyum nipis sebelum menggeleng kepala.

Aku mengerutkan dahi.

"What do you mean?" Soalku ingin tahu.

"One day, she will tell you the real story of our engagement." Ujar Tengku Khairil lalu tersenyum nipis.

Real story?

Apa ni?

Aku baru ingin bertanya lagi tapi Tengku Khairil mengisyaratkan aku untuk diam. Aku hanya akur apabila sudah tahu mengapa aku perlu berdiam sekarang.

"Jom balik!"

Azea Mikayla sudah tiba.

Aku pandang Luthfan seketika sebelum pandang Azea yang tersenyum manis memandangku dan yang lain.

"Jom. Lagipun dah lewat petang." Balasku. Aku mencapai beg tanganku dan bangkit dari kerusi.

"Alara, can I call you?" Soal Luthfan tiba-tiba.

Aku tergamam.

Aku pandang Azea dan Tengku Khairil. Akhirnya mataku memandag Luthfan.

"Yes, you can. After all, I'm your fiancé, right?" Ujarku lalu tersenyum manis dan berjalan keluar mengikuti Azea.

💅💅💅

Sudah dua jam aku menghadap komputer ribaku untuk mencari idea mengenai reka bentuk kad kahwin yang bakal aku reka untuk majlis aku nanti. Majlis sekali seumur hidup, pasti aku akan gunakan semua apa yang aku belajar sepanjang empat sem. Takkan disia-siakan walaupun sedikit.

Setelah penat, aku beralih pula pada iPad. Sesekali mencari sesuatu untuk menghiburkan diri. Setelah penat mencari idea, kita perlulah memberi hadiah kepada diri sendiri. Contohnya hiburan. Aku membuka aplikasi YouTube dan mula menaip Yet to Come. Saat video yang aku mahu muncul pada skrin dengan senang hati aku tekan. Lagu favourite semenjak dua menjak ini.

"Nah green tea." Satu cawan teh hijau yang masih berasap itu terhidang dihadapanku.

"Thank you, my dear friend." Ucapku lalu tersengih.

"RM5."

"Nantilah. Sekarang ini kau kena tolong aku. Aku tak tahu nak pilih kad mana." Aku menunjukkan skrin komputer ribaku kepada Azea. Dia memandang skrin komputer ribaku lalu menggaru kepalanya yang tidak gatal.

Oh lupa, aku seorang pelajar Reka Bentuk Grafik manakala Azea seorang pelajar Sains Komputer. Kalau berkaitan komputer mungkin Azea tahu tapi mengenai rekaaan yang aku buat pasti gadis bakal menggaru kepala. Kejadah dia!

Tapi pendapat seorang sahabat ini penting. Kalau ikut kepuasan hati sendiri memang aku pilih sahaja yang berwarna merah jambu tapi aku perlu memikirkan orang lain juga. Tidak semua bakal setuju dengan pendapat yang kita usulkan. Belajarlah menerima pendapat orang lain.

"Kau serius tanya aku?" Soal Azea.

"Yelah." Aku mengiakan. Cawan yang berisi teh hijau aku cicip perlahan.

"Tapi ini pandangan aku lah. Aku suka yang ni sebab ini dari pihak pengantin lelaki. Kalau warna merah jambu ni sesuai dari pihak pengantin perempuan." Ujar Azea lalu tersengih. Aku mengangguk bersetuju dengan pedapatnya.

Skrin menunjukkan kad rekaanku tadi yang berwarna hitam. Aku pilih warna hitam dan dihiasi putih dan biru. Aku pilih hitam kerana tema majlis kami berwarna hitam. Aku mendapat tahu daripada mama dan Permaisuri Inara yang pelamin untuk majlis persandingan adalah warna hitam. Warna biru pula adalah baju nikah ku manakala warna adalah tema baju sandingku.

Akhirnya aku mengala juga untuk bersanding pakai baju warna putih. Itupun setelah dipujuk oleh Permaisuri Inara. Katanya warna putih lagi sesuai denganku.

Seterusnya warna merah jambu yang dihiasi warna emas dan coklat. Sudahlah belah lelaki dan gelap takkan belah perempuan pun nak gelap. Kalau pelamin belah lelaki semua diserahkan oleh Puan Najwa dan Permaisuri Inara tapi pelamin belah perempuan aku yang cadang dengan tema yang soft but elegance.

Rasanya kad dah siap dan tunggu untuk cetak di kedai. Aku bakal ke kedai nanti petang dan aku bakal tinggalkan tempahan dalam masa seminggu. Takkan nak cepat-cepat kalau tempahan kad sahaja hampir cecah 1K Ringgit Malaysia.

"Nantikan kau boleh buatkan untuk aku kad kahwin. Warna ungu tau." Ujar Azea. Dia membelek iPad aku yang penuh dengan rekaan-rekaan kad.

"Tak habis-habis dengan warna ungu."

"Jangan kutuk eh. Lagipun warna tu cantik. Nanti pelamin, aku nak tema lavender." Azea tersengih membayangkan pelaminnya nanti.

"Lambat lagi oi!"

"Apa salahnya berangan-angan." Azea menepuk bahuku dengan kuat.

"Memang tak salah tapi kau punya berangan tu macam orang gatal merenyam!" Kutukku geram. Komputer riba aku katup dan terus bangkit dari kerusi dan berjalan menuju ke arah sofa dihadapan tv.

Masa untuk rehat.

Tiba-tiba Azea menghampiri aku lalu tersengih-sengih gatal. Aku mengerutkan kening.

Mesti nak bertanya benda mengarut.

"Macam mana relay kau dengan Luthfan?"

Dah agak! Aku menghela nafas.

Selepas mengakhiri penemuan di restoran haritu, aku dan Luthfan sudah melakukan inisiatif untuk berbicara satu sama lain. Berbicara dengan lebih dalam. Mengenal satu sama lain seperti pasangan yang lain. Aku lebih banyak menjawab daripada bertanya. Hal ini kerana, aku tidak tahu mahu bertanyakan apa. Lelaki itu terlalu perahsia tapi ini Alaralah! Pantang menyerah kecuali operasi!

Eh!

Aku takkan menyerah untuk mengetahui sosok Putera Mahkota Kerajaan Everly. Aku hanya tahu yang dia akan bercakap tanpa berlapik dan dia akan lebih tegas jika seseorang melakukan kesilapan. Itu sahaja. Selain itu aku sahaja yang memberitahu. Rasa macam disoal siasat pun ada.

"Meningkat 10%" jawabku malas.

"Bolehlah tu. Kau kenalah bercakap dengan dia hari-hari mana tahu nanti kau dapat hati dia pula." Ujar Azea.

"Hati eh? Dia perahsia."

"Susah juga kalau dapat lelaki yang suka berahsia."

Aku mengangguk mengiakan.

"Mungkin dia sedang mencari keselesaan dan kepercayaan kau kot."

"Kau nampak aku ni macam suka sebar cerita orang ke?" Soalku kepada Azea. Nampak aku ni macam kaki gosip ke?

"Bolehlah sikit."

"Azea!" Aku mencebik

Azea terus gelak.

Dia membetulkan kedudukannya dan menghadap aku.

"Kau kena dapatkan kepercayaan bakal suami kau itu. Kepercayaan itu salah satu kunci rumah tangga bahagia. Kalau kau orang berdua tak percaya satu sama lain, boleh jadi salah satu sebab penceraian tau." Kali ini Azea pula yang menasihati.

Dah boleh jadi pakar motivasi.

"Lara, aku sayang kau tau. Kebahagiaan kau adalah kebahagiaan aku." Ucap Azea lalu tersenyum manis.

"Aku pun sayang kau." Terus sahaja aku peluk tubuh Azea.

Walaupun aku dan Luthfan bertunang secara paksa tapi dia tetap bakal suamiku. Bakal imamku. Mungkin awal cerita kami tak seindah tapi aku akan pastikan pengakhiran cerita kami akan bahagia.

Amin.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro