𝖘𝖊𝖕𝖚𝖑𝖚𝖍

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Azea Mikayla POV

Aku menghidangkan air dihadapan tiga lelaki tersebut. Hanya air teh sahaja yang aku mampu buat sekarang. Itupun menggunakan barang milik Alara.

"Minumlah dulu. Saya panggilkan Alara."

Kini aku berada di rumah Alara. Setelah Alara mematikan video panggilan secara langsung tadi dan turut mendapatkan pesanan daripada Tengku Khairina, aku terus terburu-buru menelefon Tengku Khairil. Aku ingin menuju ke rumah Alara. Aku risaukan tentang dirinya. Sebelum dia matikan video panggilan itu, aku nampak muka Alara lencun dengan air mata. Satu je yang datang ke fikiran aku pada masa itu adalah...

That video!

Aku tak tahu sangat apa yang terjadi antara Alara dan Luthfan kerana pertemuan terakhir aku antara mereka adalah sebelum Luthfan meminta izinku untuk membawa Alara keluar untuk mencari cincin. Aku hanya membenarkan sahaja walaupun riak wajah Alara memang tidak mahu keluar.

Ya! Itulah kali pertama mereka keluar berdua tanpa teman sekeliling. Kebiasaannya aku dan Tengku Khairil akan selalu menemani mereka walaupun hanya untuk mencari barang hantaran. Mungkin mereka tidak mahu disorot kamera oleh rakyat Everly.

Alara tidak suka dengan sorotan kamera yang dia dapat. Semua itu merimaskan bagi seorang Alara yang sukakan keserdehanaan. Tapi semenjak Alara bertunang dengan Putera Mahkota Kerajaan Everly, Alara selalu mendapat sorotan oleh rakyat mahupun media. Alara pernah memberitahuku yang dia tidak menyukainya tapi apa yang aku boleh buat. Aku sendiri pun kadang menyampah dengan kamera yang selalu diangkat ketika aku bersama dengan Tengku Khairil.

Video tersebut. Aku tahu video itu disunting. Terang lagi bersuluh dua kejadian tersebut di tempat yang berbeza. Aku kenal Alara. Alara bukan seorang yang mudah tinggikan suara tapi dengan kejahilan seorang Luthfan, Alara mungkin sudah hilang sabar. Tapi aku kenal Alara lagi lama dari orang lain kenal dia. Jadi aku lebih percaya Alara daripada video yang entah apa-apa itu.

Ketika aku dan Tengku Khairil sampai tadi aku hanya nampak Luthfan dan adiknya, Luthfi yang berada di luar rumah. Mereka mengetuk pintu tapi tidak disambut oleh Alara. Mungkin Alara tak sedar ataupun dia takkan buka disebabkan itu lelaki. Tapi apabila aku pula yang ketuk, Alara masih tak memberi respon. Aku akhirnya mengambil jalan terakhir dengan menelefon Alara tapi gadis itu tetap tidak memberi respon. Akhirnya aku terpaksa mengeluarkan kunci pendua. Sepatutnya kunci pendua itu aku patut gunakan untuk kali pertama aku sampai. Apabila aku masuk, kelibat Alara tidak kelihatan. Hanya telefon yang berada di ruang tamu dan buku nota yang tersadai di atas meja.

Mungkin Alara sedang berada di bilik. Kebiasaannya Alara akan tidur sebentar untuk hilangkan stress. Apa stres yang dia dapat pasti dia akan tidur sebentar.

Aku menuju ke arah biliknya. Aku ketuk sekali.

"Alara!" Belum ada sahutan. Aku ketuk lagi. Kini dadaku berdebar.

"Alara open the door!" Jeritku berselang-seli dengan ketukan yang kini berubah agresif.

"Alara! Bukak pintu ni!" Aku hampir menangis. Risau.

Luthfan tiba menghampiriku.

"Kenapa?" Soalnya. Aku geleng kepala.

"Alara, buka pintu!" Dia pula yang mengetuk. Tengku Khairil dan Luthfi juga menghampiri.

"Buka pintu sebelum pecahkan!" Tapi masih tiada respon.

"Khai, bawa Azea jauh sedikit. Aku nak pecahkan pintu." Tengku Khairil menarik tubuh Azea menjauhi pintu.

Luthfan mengambil posisi sebelum cuba memecahkan pintu. Dengan kiraan satu, dua dan tiga akhirnya tubuh besar Luthfan berjaya menolak pintu dan menemui tubuh Alara yang terbaring dengan sebotol ubat yang berterabur dan iPad yang tersadai disebelahnya.

"Alara!" Jeritku. Aku terus berlari menghampiri Alara yang sudah pengsan. Botol ubat itu aku ambil. Ubat tidur! Tak mungkin!

Luthfan terus memangku tubuh Alara.

"Alara! Hey, open your eyes!" Luthfan menepuk pipi Alara. Gadis itu membuka mata dan memandang Luthfan.

"Fi, pergi siapkan kereta!" Arah Luthfan. Setelah itu Alara terus menutup mata. Aku terus menangis. Aku takut dan risau.

✨✨✨

"Dia tak apa-apa. Dia cuma tercekik vitamin sahaja." Ujar Dr. Raif. Aku terus mengucap syukur. Tapi...

"Wait! Tercekik what?" Soal Luthfan. Dahinya berkerut.

Dr. Raif tersenyum.

"Cik Alara hanya tercekik vitamin C. Mungkin dia tertelan vitamin and lupa nak minum air." Aku terkedu.

Vitamin C!

"Dia bukan buat cubaan bunuh diri?" Soal Luthfan.

"Tidak, Tuanku." Ucap Dr. Raif.

Macam membazir pula air mata aku.

Huh!

"Terima kasih Dr." Ucapku.

"Sama-sama Cik Azea." Aku terus masuk ke dalam wad yang dihuni Alara bersama Tengku Khairil.

"Tuanku, boleh saya bercakap dengan Tuanku sebentar?" Soal Dr. Raif.

"Kenapa Dr?"

"Cik Alara pernah didiagnosis mempunyai satu trauma."

Luthfan kerut dahi.

"Trauma? Trauma apa ya?" Soal Luthfan.

"Trauma pada persekitaran yang mempunyai orang ramai dan trauma pada kamera." Ujar Dr. Raif.

"I hope you understand, Cik Alara sebenarnya bukan sengaja telan vitamin C tanpa minum air. Vitamin yang Cik Alara telan itu sepatutnya hanya ditelan sebiji satu hari dan perlu menelannya bersama segelas air. Cik Alara menghadapi ketakutan apabila kesilapannya disorot kamera. Video yang tersebar meluas itu buatkan Cik Alara takut." Ujar Dr. Raif.

Luthfan mengangguk faham.

"Apa yang perlu saya buat?" Soal Luthfan.

"Cuba tenangkan Cik Alara. Cuba alihkan perhatian dia daripada kes ini ataupun Tuanku boleh berbicara dengan Cik Alara." Cadang Dr. Raif. Luthfan angguk.

Dia diam seketika.

"Apa-apa saya akan update pada Tuanku mengenai trauma Cik Alara. Saya pergi dulu." Dr. Raif menunduk hormat kepada Luthfan sebelum berlalu meninggalkan Luthfan.

🎉🎉🎉

Alara POV

Aku bermain dengan tanganku sendiri dan mengemam bibir pucatku. Aku baru sahaja sedar dari pengsan dan benda pertama yang aku nampak adalah siling putih dan bau ubat. Aku sudah tahu dimanakah aku sekarang.

Hospital.

Tempat menakutkan bagi seorang pesakit seperti aku.

Sudah dua jam aku sedar dan dari tadi hanya mata tajam Luthfan yang memanah ke arahku. Dia duduk di sofa bersama iPadnya. Aku tahu walaupun mata lelaki tertuju pada iPad tapi aku masih merasa yang mata lelaki itu masih memanah ke arahku dengan tajam. Zasss!

Tengku Khairil dan Azea sudah meminta izin untuk pulang. Begitu juga mama dan papa.

"You should explain now!" Suara Luthfan kuat menerobos telingaku. Lagi kuat aku mengemam bibirku.

Aku diam. Aku tak tahu mahu memberi alasan apa. Aku buntu.

"Kau dah gila? Kau tak ada otak? Kau rasa dengan bunuh diri, kau boleh dapat happy ending?" Soalnya. Dia menghampiri aku.

"Jawablah Alara Surya!"

Aku pandang Luthfan.

"Putuskan pertunangan ini dan nama keluarga diraja takkan rosak!" Ujarku berani.

Dia memegang lenganku erat. Aku meringis kesakitan.

"Said it again!" Cabarnya.

"Let's ended this crazy engagement and you will get your own life and I will get my own life!" Jeritku dihadapan mukanya. Air mataku jatuh ke pipi.

"Okey! Let's end this engagement and I will make sure kau menyesal putuskan semua ni!" Terus sahaja tubuhku ditolak berbaring ke atas katil. Selimut yang tadinya menutup kakiku kini ditarik dan dihempas ke lantai. Tubuh besar Luthfan naik ke atas katil mendekati aku.

"Awak nak buat apa ni?" Soalku ketakutan.

"Buat kau menyesal!" Dia tersenyum sinis sebelum kepalanya mendekati leherku. Aku cuba meronta-ronta dan menolak tubuh besar Luthfan sebelum semua pergerakkan terhenti apabila mendengar esakan halus Luthfan dileherku.

Akhirnya air mataku tumpah dengan lebat.

Aku bawa tanganku yang menolak tubuhnya tadi dan menggosok belakang tubuh Luthfan. Luthfan memelukku erat dan akhirnya aku bersandar pada bahunya dan menangis di situ.

Aku terluka.

Dia juga terluka.

Setelah 10 minit akhirnya dia melepaskan pelukan dan mengelap air matanya dengan belakang telapak tangan. Dia turun dari katil dan mencapai selimut dan menyelimuti tubuhku. Dia pandang aku sekilas sebelum mencapai iPad yang berada di atas meja dan terus keluar dari wad.

Apa yang telah berlaku.

Kenapa dia menangis?

Kenapa aku balas pelukan dia?

Ya Allah!

Aku berdosa!

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro