BAB 2

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"Hans?"

Senyuman di bibir Haziel merekah lebar. Melihat sosok tegap seseorang yang sedang menyisir rambutnya sambil berjalan ke arahnya.

"Hey, bro"

"Wah kau, makin lama makin hensem erk?" Haziel mencuit-cuit otot perut Hans. Membuatkan lelaki itu tertawa kecil.

Hans menatap Darleen. Tersenyum kecil.

"Airish dah jadi patung lilin ke macam mana?"

Haziel yang melihat adiknya begitu ketawa besar. "Tergamam kot tengok kau dah macam ni"

Darleen yang merasakan Haziel seakan mengejeknya mengumam tidak jelas. Dia menjeling dua manusia gergasi di hadapannya.

"Huh!" Dia terus masuk ke dalam rumah melalui pintu dapur. Tak menoleh sama sekali.

Hans dan Haziel saling berpandangan kemudian mereka ketawa kuat. Puan Rozita yang melihat kelakuan mereka berdua mengeleng kepala.

"Sudah-sudah lah kamu berdua usik adik tu. Budak tu dah besar panjang dah pun. Aih, kamu ni Hans...banyak sangat bergaul dengan Haziel ni" Puan Rozita bercekak pinggang di hadapan dua lelaki itu.

"Ibu ni, Haziel tak ajar yang bukan-bukan lah. Biasa lah tu. Dulu kan Hans ni pendek, kecik dari adik tu. Bukan main budak tu mengejek. Sekarang dah dua kali ganda besar, terdiam budak tu"

"Ada-ada je kamu ni, Ziel. Haa Hans, datang petang-petang rumah maksu ni nak apa?"

Hans sengih. "Amboi maksu, macam nak menghalau Hans je" cebiknya.

Puan Rozita menjuling matanya ke atas. "Kalau maksu nak halau kamu, dah lama cakar tu hingap atas muka kamu"

Jari telunjuk Puan Rozita menunjuk ke arah cakar rumput miliknya yang tergeletak di atas tanah.

Hans tergelak kecil.

"Dah-dah jom masuk dalam. Banyak cerita kau kena kongsi dekat aku ni..."

Haziel dan Hans melangkah masuk ke dalam rumah. Puan Rozita pun sama. Hari makin gelap. Dia hendak menyediakan makan malam untuk mereka sekeluarga pula.

Di dalam bilik, Darleen mengigit hujung kukunya. Pipi dia berona kemerahan. Teringat bagaimana rupa Hans yang menatapnya dalam. Ah tidak—lebih tepat lagi Darleen syok sendiri.

Mengingati zaman kanak-kanak mereka, Darleen terasa mahu menyorok di dalam tanah. Terkubur bersama bayangan kecilnya.

"Macam mana aku nak hadap Hans? Aku dulu dah laa suka buli budak tu. Tapi sekarang, dia dah besar. Besar dari aku. Huhu matilah aku..."

Darleen menutup mukanya dengan bantal. Menjerit kuat sehingga dia berasa puas.

"Hah, tak kira! Dulu pun dia buli aku jugak sampai aku nangis-nangis sesak nafas!" Darleen menatap wajahnya di cermin.

Dia tersenyum kecil. "Tapi hensem pulak Hans sekarang ni. Dah macam hero-hero novel" Darleen membayangi wajah Hans.

Tak kalah kacak dengan Haziel.

Cuma Hans nampak lebih matang kerana mempunyai jambang di mukanya. Rambut yang dibuat gaya undercut menambah keseksian wajahnya. Darleen tersenyum sendiri.

"Nasib kau abang sepupu kesayangan aku, Hans. Kalau tak dah lama aku heret kau pergi pejabat agama"

Darleen menongkat dagu di atas bantal. Memandang jam di dinding yang sudah pukul 6:55 petang. Sedang asyik Darleen bercakap-cakap sendiri di bilik, Hans di bawah sana asyik bermain dengan Haziel.

Haziel masih belum mandi. Masih dengan kemeja yang lengan telah digulung hingga paras siku. Rambut yang tersisir rapi kini sudah kusut. Hans pula menanggalkan jaket kulit di tubuh tegapnya.

Menayangkan jelas otot bicep yang melekat kemas di tubuh kekarnya. Haziel bersiul kecil melihat kekalahan Hans.

"Terima kekalahan, Tuan Hans?"

Hans tersenyum sinis. Menarik kayu panjang itu dan menarget bola hitam yang tidak jauh darinya. Mata hazel miliknya menatap tajam bola hitam itu.

Kayu panjang itu ditarik lalu ditolak sedikit kasar dan menghentak kuat bola kuning di hadapannya. Berlaga dengan dua bola lain, menghentam kuat bola hitam hingga masuk ke dalam lubang.

Senyuman mengejek di wajah Haziel hilang.
Hans menjungkit keningnya beberapa kali.

Haziel menghentak kasar kayu miliknya di atas meja pool. Hilang mood dia mahu bermain.

"Skill kau makin power erk sekarang" Haziel meneguk minuman berkarbonat miliknya.

Hans mengangguk.

"Tuan Marteen ajar aku" ujarnya perlahan.

Haziel mengenyit dahi. Marteen?

"Siapa?"

"Bos aku" Hans menjawab seadanya.

Haziel mengangguk kecil. Dia tidak mahu bertanya lebih. Bukan hal dia. Selagi tak bersangkut dengan dirinya, Haziel tidak mahu bertanya lebih-lebih.

"Abang! Ibu panggil makan!"

Hans dan Haziel terkejut. Mereka menatap pintu kaca yang terbuka sedikit. Tersembul kepala Darleen dengan wajah segarnya. Mungkin baru lepas mandi.

"Makan"

Dum! Pintu ditutup kuat. Hans mengurut dadanya. Hampir terkena serangan jantung dua kali.

"Airish makin besar makin seram"

Haziel terkekeh kecil.

"Belum lagi dia mengamuk. Singa betina pun tak mengaku kaum!"


















Di sebuah bangunan usang, yang sudah lama tidak digunakan menjadi tempat yang strategik untuk melakukan traksaksi jual beli. Tetapi traksaksi itu gagal kerana kedatangan seseorang yang cukup digeruni.

Dua lelaki bersut lengkap kini melutut di hadapan sosok lelaki yang asyik menyedut nikotin di bibirnya. Duduk di kerusi buruk, dengan kaki kanan bertumpu di atas peha kiri.

Menghembus kuat asap rokok di hadapan wajah dua lelaki yang kini wajah penuh luka. Bahkan, seluruh badannya terasa sakit. Dia tersenyum sinis. Melihat tubuh dua lelaki itu bergetar ketakutan.

Mata helangnya memandang sekeliling kawasan bangunan itu. Penuh mayat-mayat yang bergelimpangan. Bibir merahnya mengukir senyuman sinis.

"Bunuh atau hidup?"

Suara itu kedengaran perlahan. Cukup perlahan, tetapi mematikan.

Dua pertanyaan yang membuatkan beberapa lelaki bersut hitam, lengkap bersenjata saling berpandangan.

"Kau dah curi barang milik aku. Kau jual pada dia..." suara itu semakin dalam, menusuk ke indera telinga.

"Aku rugi banyak. Banyak sangat-sangat. Kau rasa apa patut aku buat untuk korang berdua? Senjata milik aku patut sampai di tangan pihak Russia malam ni, tapi gagal sebab kau sabotaj aku punya barang malam ni."

"Ma-maafkan kami, Marteen" ucap salah seorang dari lelaki itu. Mendongak takut-takut memandangi wajah seram lelaki di hadapannya.

Ghazel tersenyum sinis. Rokok yang sudah tinggal separuh dibuang ke atas lantai. Berdiri dari kerusi dengan kedua tangan dimasukkan ke dalam poket seluar. Dia meniup anak rambut yang menutupi dahi miliknya.

Dush!
Satu tendangan di dada cukup membuatkan lelaki itu terduduk kesakitan. Dia terbatuk darah. Memegang dadanya yang terasa senak akibat tendangan tiba-tiba dari Ghazel.

Ghazel mencangkung. Mencengkam kuat rahang lelaki itu. "Telinga aku dah tuli dengar kata-kata maafkan kau yang tak berguna! Kerugiaan aku siapa nak tanggung? Kau?" Mata helang itu beralih memandang lelaki seorang lagi.

Menggigil ketakutan memandang wajah seram Ghazel.

"Atau kau?"

Ghazel kembali berdiri. Dia memetik jarinya. Lalu datang dua orang lelaki bersut hitam putih mendekatinya.

"Dejalos morir"

Dua perkataan. Selepas itu Ghazel pergi meninggalkan dua lelaki yang berkhianat padanya. Menjerit-jerit meminta ampun dan merayu padanya. Ghazel tidak peduli. Dia menulikan telinganya. Melangkah menuju ke keretanya.

"Adios"

Marteen hanya mengangguk dan memecut laju Lamborghini Huracan meninggalkan bangunan lama itu. Memecut laju menuju ke France. Angin dibiarkan bertiup kencang memasuki tingkap keretanya.

Memandangi kota Sepanyol pada lewat malam itu. Marteen tersenyum tipis melihat satu message yang masuk di telefonnya.

"Dua orang tumbang, ada tiga lagi" dia bersiul-siul kecil. Dia yakin anak-anak buah dia pasti menyelesaikan dengan baik.

Apa yang terjadi kepada dua lelaki itu?
Ghazel tidak membunuh mereka. Kerana Ghazel tidak suka mengotorkan tangan dia untuk dua manusia tidak berguna itu. Tapi mereka tetap mati di tangan anak-anak buahnya.



















"Tambah lagi, Hans..."

Puan Rozita menawar lagi kepada Hans. Sedangkan Haziel diam di sebelah Hans sambil meratah tulang ayam miliknya. Hans tersenyum lembut.

"Takpe maksu, perut Hans dah penuh sangat ni" tolak Hans lembut. Tidak mahu mengecilkan hati Puan Rozita.

"Haa, kalau kamu lapar lagi tambah je maksu masak banyak malam ni"

Hans mengangguk kecil. Dia tidak bohong, memang perutnya sudah kenyang. Terlampu kenyang. Lagi-lagi lauk pauk yang dimasak oleh Puan Rozita cukup mengoncang perutnya.

Menu kampung.

"Kamu balik terus atau tidur sini?" Encik Halil bersuara. Dia telah selesai makan. Dia duduk di meja makan menyaksikan keluarga kecilnya menyantap makan malam.

"Erm..." Hans sedikit mendongak ke atas. Memandang jam di dinding. Ikutkan hati dia mahu terus ke apartmen miliknya. Tapi dia terasa malas pula mahu pulang.

"Tidur sini jelah, paksu. Hans malas nak balik hehe..."

Encik Halil senyum. "Tidur lah, nanti kalau tak selesa cakap dekat paksu dan maksu ya..."

Hans mengangguk lagi. Berbeza dengan Darleen. Dia mencebik bibir melihat keramahan keluarganya. Beza betul kalau tiada Hans. Nampak sangat Hans anak saudara kesayangan keluarganya.

Encik Halil seorang ahli perniagaan berjaya tetapi lelaki itu lebih suka hidup sederhana. Memiliki rumah yang kecil tetapi selesa untuk keluarga kecilnya.

"Haa adik, termenung je ibu tengok kami ni" tegur Puan Rozita. Dia perasan je anak daranya banyak diam dari bercakap.

"Malu lah tu bu, ada Hans. Padahal dulu masa kecik-kecik selalu suruh Hans gendong dia" selar Haziel laju. Terkekeh kecil dengan tulang ayam di tangan.

Darleen menjeling Haziel di hadapannya.

"Diam sebelum kau mati tersedak ayam tu!"

Uhuk! Baru saja cakap, Haziel tersedak ayam. Tangan dia mengagau di atas meja, mencari air. Hans yang melihat Haziel seperti mahu mati terus menghulurkan air miliknya kepada Haziel.

Darleen menyungging senyuman sinis. Kan dah cakap! Haziel tu makan gelojoh!

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro