BAB 7

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Darleen mengerut kening melihat nombor tidak dikenali chat dia di whatsapp. Bertambah kerut dahi dia, apalagi nombor itu memanggil dia dengan panggil yang agak mengelikan. Darleen berasa bulu roma dia berdiri begitu saja membaca setiap barisan ayat-ayat manis yang di chat oleh nombor tidak dikenali itu.

Darleen berasa seram. Dia hanya meninggalkan bluetick saja, malas mahu melayan.

+06011-293*****

Hi Darling,
Miss me?
I miss you darling...

Seen 9.40

Darl, you tanak jwb chat I ke?
You tak rindu kita yang dulu ke?

Seen 9.45

Darl, I really miss you...
Pleaseee
Jawab I!

Darl!
Babe!

Bertubi-tubi chat masuk dalam telefonnya membuatkan aktiviti Darleen terganggu. Novel dicampak tepi, dia mengapai telefonnya dan membalas chat itu.

Siapa kau?
Aku tak kenal

You tak kenal I?
I'm your fav boyfie la.
Ezwan...

Seketika mata Darleen membulat. Tangan dia laju menekan profile nombor itu ternyata itu adalah bekas kekasihnya. Ezwan. Jari Darleen lincah memblock nombor itu. Jantung dia berdegup laju.

Ezwan?

Setelah hampir 3 tahun dia melupakan lelaki itu, kini lelaki itu berani menganggu hidupnya. Darleen menyapu wajahnya dengan kasar. Apa lagi lelaki tu nak? Tak cukup lagi ke sakitkan hati dia? Hancurkan kepercayaan dia?

Darleen menjadi takut mengingati betapa nekadnya seorang Ezwan jika menginginkan sesuatu. Darleen serik!

Tok! Tok!

"Dik! Adik!"

Darleen tersedar dari termenung mendengar pintu biliknya diketuk kuar oleh Haziel dari luar. Darleen segera melompat turun dari katil.

"Nak apa?" Sebaik saja pintu dibuka, Darleen terus menyoal. Haziel memandang penampilan adiknya atas bawah berulang kali.

"Kau dah mandi belum ni?"

Mata Darleen turun ke bawah, masih memakai pijama kartun spongebob dengan rambut disangkul begitu saja membuatkan Haziel beranggapan adiknya belum mandi lagi.

"Belum, nak apa datang bilik adik ni? Orang nak rehat pun tak senang ni..." rungut Darleen. Bersandar di tepi pintu sambil menguap besar.

Haziel terus tolak tubuh kecil Darleen masuk dalam bilik. Di ambil tuala adiknya dan menarik tangan Darleen ke dalam bilik air.

"Eh, eh...abang nak apa ni?" Darleen berusaha menarik kembali tangannya tapi Haziel lebih laju menahan dia dari keluar dari bilik air.

Haziel senyum. "Ibu suruh adik siap-siap. Kita nak pergi event malam ni. Adik kena ikut ibu cari baju untuk malam ni."

Darleen makin merengus tak suka. Dia tak suka berada di tempat ramai orang, bersesak dan mendengar ucapan-ucapan yang boleh melelahkan dirinya.

"Ish! Adik tak nak ikut laa!" Tubuh Haziel ditolak-tolak oleh Darleen namun tak berhasil.

Haziel dengan laju menutup pintu bilik air.

"Mandi! Abang tunggu kat bawah!" Haziel menjerit kuar.

Dia terkekeh kecil mendengar suara omelan adiknya. Adik siapa lah comel sangat ni....




















"Ibu, kalau adik tak ikut tak boleh ke? Adik jaga rumah. Adik rasa letih nak jalan ibu. Kaki adik ni, rasa macam lemah je...macam nak sakit je...badan adik pun rasa pegal-pegal. Adik duduk rumah jelah ibu..."

Puan Rozita menghela nafas panjang mendengar omelan anak daranya. Dari keluar rumah nak sampai ke butik kawan dia, Darleen tak habis-habis merayunya. Haziel pula  hanya tergelak saja dari tadi.

"Diam adik! Sakit kepala ibu dengar kamu bercakap dari tadi lagi. Diam boleh tak?" Puan Rozita mencerlung mata memandang anak perempuannya.

Darleen menarik muncung. Kan dah kena marah. Haziel dah tergelak-gelak sambil memandu. Suka betul dia dapat tengok adik dia kena marah.

"Abang diam! Gelak-gelak pulak!" Marah Darleen pula.

"Aik? Abang pulak kena? Adik lah salah siapa suruh banyak alasan sangat. Bukan pergi lama pun. Dari adik duduk rumah tu, tak tahu buat apa...dari buang masa baca tulisan-tulissn tak bermanfaat tu, baik adik ikut kitorang ni. Boleh makan, boleh dapat kawan baru..." Haziel berceloteh panjang.

Darleen mencebik mendengar celoteh Haziel. Muka je hensem tapi kuat bercakap.

"Eh, sorry sikit yaa...tulisan-tulisan tu semua bermanfaat untuk adik! Abang apa tahu? Girlfriend pun tak ada, ada hati nak kondem lelaki fictional adik..." sindir Darleen halus.

Haziel tersedak ludah sendiri. Terkena pulak dia.

"Dah-dah, kita dah sampai dah pun, adik ikut ibu..." tegah Puan Rozita cepat sebelum dua beradik itu makin larut beradu mulut.

Alih-alih dia juga yang pening nak menghadap. Darleen turun dari kereta, sempat juga dia menjelir lidah kepada Haziel.

"Adik!"

Eh, kantoi drngan ibu pulak!

Darleen sengih sambil menggaru kepalanya. Haziel menunjukkan muka mengejeknya. Padan muka.

"Abang pergi park kereta dulu ibu..."

Puan Rozita mengangguk, menarik tangan anak daranya masuk ke sebuah butik pinggir jalan. Masuk saja ke dalam, dia disambut mesra oleh seorang wanita berusia dalam 50-an.

"Ya Allah, Rozy lama betul aku tak jumpa kau! Last hari tu kita jumpa masa majlis Hi-Tea Tuan Hakim kan?"

Mereka berdua saling berpelukan dan berlaga pipi. Darleen yang melihat dua sahabat yang saling melepaskan kerinduan itu langsung teringat sahabatnya, apa khabar agaknya minah saleh celup tu?

"Betul tu, Linda. Kau pun aku tengok makin bergetah sekarang ni. Macam mana Tan sri tak sayang kan..." Puan Rozita memuji membuatkan pipi Puan Linda bersemu kemerahan.

"Ish kau ni, Tan sri tu berani lah dia jeling perempuan lain. Dia tak tahu aku ni dulu primadona kat universiti..." Puan Linda mengibas shawlnya membuatkan tawa dua wanita sama baya itu terhambur kuat.

"Eh, Rozy siapa si cantik ni? Anak kau yang bongsu tu ke?" Puan Linda memandang wajah cantik Darleen.

Puan Rozita tersenyum bangga, menarik Darleen berdiri di sisinya. Darleen senyum kekok. Apa ni puji depan-depan, malu lah...

"Ni lah, Airish. Alah yang kau dulu-dulu selalu culik dia sebab nak jadikan model baju kanak-kanak..." ujar Puan Rozita bangga.

Puan Linda menekup mulutnya. Dramatik betul makcik ni. Darleen tersenyum nak tak nak je, haih bila lah Haziel nak datang ni...

"Ya Allah, dah besar sweetheart Aunty Linlin...sini-sini Aunty Linlin nak peluk Rish..."

Darleen rasa segala udara tersekat di dada. Kuat betul makcik ni peluk aku, hati dia berdesis kecil. Muka dia berkerut-kerut menahan sesak.

"Eh, kau ni. Lemas anak aku peluk kuat-kuat..." Puan Rozita laju menarik Darleen, memisahkan pelukkan mereka berdua.

Darleen menarik nafas laju-laju. Mak aii, melekat bau wangian Puan Linda di tubuhnya. Mahal betul minyak wangi makcik kekwat ni.

Lagi-lagi Darleen hanya mampu berkata dalam hati.

"Haa, kau dah siapkan evening dress pesanan aku?"

Puan Linda memetik jarinya. "Of course lah dah siap, Rozy. Untuk kau, aku siapkan on time punya. Kejap aku suruh pekerja aku tunjukkan untuk kau dan my sweet Rish..."

Puan Rozita menarik Darleen duduk di sofa sambil membelek katalog-katalog pakaian. Tak lama itu, dentingan loceng terdengar menandakan seseorang masuk, Darleen mendongak muka. Ternyata Haziel yang masuk sambil melepaskan kaca mata hitamnya. Di sangkut di kemejanya.

"Ibu dah fitting dah?"

"Belum lagi sayang, Aunty Lin baru nak tunjuk baju yang ibu tempat hari tu, haa tu dia..." Puan Rozita terus berdiri menghampiri dua orang pekerja wanita yang datang membawa dua pasang dress yang direka khas untuk Puan Rozita dan Darleen.

"Eh, Haziel my handsome boy, dah tengok tuxedo yang Ziel cakap semalam?" Puan Linda memandang wajah kacak Haziel.

Sungguh dia boleh cakap, anak Puan Rozita memang hensem dan cantik. Muka fotogenik betul. Kiri kanan, belakang depan cantik belaka. Tak jemu memandang.

"Belum lagi, Ziel datang ni sebab nak try kot-kot besar dengan Ziel tak smart lah Aunty..."

"Boleh-boleh, Ijah bawak my handsome boy ke fitting room. Bawak sekali tuxedo yang semalam I cakap tu...Ziel kalau ada apa-apa tak kena cakap je kat Ijah tau..."

"Baik Aunty!"

Haziel menghilang dan meninggalkan kaum perempuan di sana. Darleen pula hanya mendengar saja Puan Rozita berkata itu ini kepada Puan Linda. Dia sudah naik bosan menunggu tanpa melakukan apa-apa.

"Bagus, cantik. Aku memang suka jahitan dari kau Linda. Halus je, memang tak nampak langsung kesan dia dari luar.  Dress aku overall okay, memang kena dengan taste aku, Airish sayang..."

Darleen berdiri, mesti ibu nak suruh dia try dress tu...

"Try this one sayang, pergi fitting dekat belakang tu...kalau tak kena let me know okay?" Puan Linda menunjuk satu pintu di balik dinding.

Darleen tanpa kata pergi ke sana sambil membawa dress miliknya. Puan Rozita tak sabar nak lihat penampilan anaknya. Mesti cantik dan wow! Citarasa dia tak pernah salah.

Hampir lima belas minit, Darleen menolak langsir yang menutupi bahagian itu dan keluar bersama dress yang tersarung di tubuh mungilnya.

"Aaa...Rish sayang cantiknyaaa..." Puan Linda paling teruja.

Darleen tersenyum malu. Haziel yang baru keluar turut sama terpukau dengan penampilan adiknya. Ish tak boleh jadi ni, jiwa protektif dia makin kuat. Malam ni, objektif dia satu je—kena jaga adik kesayangan dia dari buaya.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro