π™±πšŠπš‹ 14 | π™³πšŽπš–πšŠπš–

Màu nền
Font chα»―
Font size
Chiều cao dòng

PON PON!

Ha dah sampai dah mamat tu.Haish dia ni.Aku kata takyah ,takyah la.Dia datang jugak.

Aku hanya memakai t-shirt lengan pendek berwarna navy bersama cardigan , tudung sarung berwarna hitam dan seluar trek adidas.

Aku berjalan keluar rumah.Aku melihat susuk tubuh Adrian yang berada di luar keretanya sedang termenung ke arah langit yang biru itu.

Aku mengunci pintu rumah dan terus berjalan ke arah Adrian,dan dia masih termenung ke langit biru yang indah itu.

"Ehem ehem."aku berdehem untuk mengambil perhatiannya.

"Eh bila masa kau keluar?"soal Adrian terkejut.

"Tadi lagi.Kau termenung jauh teringat apa?"

"Takde apa lah.Ha dah masuk kereta."

Kami masuk ke dalam kereta dan Adrian terus memulakan perjalanan.

"Kita nak pergi klinik mana ni?"soalku.

"Klinik Cyberjaya."

"Oh ok.Aku nak tanya kau satu soalan."

"Soalan apa?"

"Kau memang tak paham bahasa melayu eh?"

"Apahal pulak?"

"Ye lah,tadi kan aku kata aku tak nak gi klinik.Yang kau nak bawak aku gi klinik jugak dah kenapa?"soalku dengan muka tidak puas hati.

"Sebab aku kesah pasal kau.Kawan mana je tak risau kalau member demam.Aku nak bawak gi klinik je kot.Bukan bawak pergi kubur."

"Hish kau ni.Kau nak aku mati ye?"sindirku.

"Eh bukan.Takkan la aku nak member kesayangan aku mati."

"Hmm ye lah."

Selepas kami sampai ke klinik Cyberjaya.Aku memakai topeng muka yang kubawa dan pergi ke kerani klinik.

"Urm hi.Saya dah ada buat appointment tadi.Online."kataku.

"Oh hi..atas nama apa ye?"

"Farhana Rayla.Itu nama yang buat appointment tu."

"No ic?"

"970510-10-7372."

"Oh ok baik.Urmm puan sakit apa ye?Ke puan nak buat medical check up?"

"Saya demam."

"Ohh ..kalau macam tu puan tunggu dulu.Nanti saya panggil."

"Ok."

Aku duduk di kerusi selang satu kerusi dari Adrian.

"Kau dah buat appointment eh tadi?"soalnya.

"Haah tadi aku buat appointment online dalam kereta.Nasib tak busy harini."

"Ooo..."

Setelah beberapa minit menunggu....

Ada seorang jururawat membuka pintu bilik doktor.

"Ermm Farhana Rayla,boleh masuk bilik doktor sekarang."

Aku bangun dan berjalan menuju ke bilik itu.

"Farhana Rayla?"soal Jururawat itu.

"Ye saya."

"Ok puan boleh masuk ."

Aku pun masuk ke dalam bilik itu.Ada seorang wanita yang mungkin dalam 30-an sedang duduk.Dia memakai cermin mata dan mask.Wanita itu sangat cantik.Ini mesti doktor .

"Hi puan.Sila duduk."kata Doktor itu dengan mesra.

Aku pun duduk di salah sebuah kerusi bertentangan dengan doktor itu.

"Ok,saya Doktor Medina....apa yang saya boleh bantu puan untuk harini."

"Urmm saya demam."

"Ohh demam..ok kejap saya nak check temperature puan."

Doktor Medina mengambil forehead thermometer yang berada di meja belakangnya dan meletakkannya di dahiku.Thermometer itu menunjuk suhu aku .

'37.9 c'

"Ok..nampaknya awak memang demam ni.Suhu awak tinggi ni.Kalau mencecah lebih dari 38 Celsius awak mungkin kena pergi hospital."

"Ouh.."

"Saya sarankan awak buat swab test untuk covid.Sebab walaupun tak banyak dah kes covid,tapi ia masih ada.Puan ada rasa pening kepala tak?"

"Ada.Dia macam pening sikit-sikit je.Tak pening sangat."

"Ada rasa sakit tekak?"

"Ada.Bila nak telan makanan tu dia rasa sakit and kalau batuk-batuk pun sama."

"Puan tak ada masalah pernafasan kan?"

"Tak ada."

"Puan tolong bukak mulut.Saya nak tengok tekak puan."

Aku pun hanya membuka mulut dengan luas.Doktor itu menghulurkan lampu ke dalam mulutku untuk melihat tekakku.

"Tekak puan nampak merah-merah ni.Saya rasa puan sakit tekak sebab bakteria atau virus ."

"Ouh."

"Hmm saya rasa ada possibility yang puan kena covid..macam fifty-fifty chance.Jadi saya memang saran kan for now puan berehat je dekat rumah."

"Ohh baik."

"Puan ada muntah-muntah ke?"

"Takde lagi."

"Ok nanti puan boleh ambik ubat demam dan ubat sakit tekak dekat kaunter."Kata doktor sambil memberiku preskripsi.

"Oh..baik.Terima kasih doktor."

"Sama-sama."

Aku pun bangun dan keluar dari bilik itu.

Aku ingin ke kaunter untuk mengambil ubat, tiba-tiba Adrian menegur.

"Macam mana?"soalnya.

"Macam mana apa?"soalku kebinguan.

"Maksud aku ,doktor kata apa?"

"Hmm doktor kata aku demam and ada fifty-fifty percent chance covid."

"Oh.."

"Kan aku dah kata ,kau tak perlu pun hantar aku.Kalau betul covid,tak pasal-pasal kau kena kuarintin nanti."

"Alah takpe lah...kau nak gi mana."

"Nak gi ambik ubat."

"Meh sini.Bak sini preskripsi tu."kata Adrian sambil menghulurkan tangannya untuk mengambil preskripsi yang berada di tangan aku itu.

"Aku demam je.Bukan lumpuh .Kau ingat aku sakit semua benda aku tak boleh buat ke?"

"Heh takyah banyak cakap.Bak sini."

"Tak nak."

"Aku kata bak sini."

"No."

Adrian terus merampas preskripsi itu dari tanganku .

"Hey!"

Lalu dia terus berjalan ke arah kaunter.

Haih la mamat ni...makin pening aku nak layan perangai dia ni.

Aku duduk di salah sebuah kerusi untuk menunggu Adrian.

Aku terdengar perbualan Adrian dan kerani itu.

"Ye encik?"

"Saya nak ambik ubat."Adrian meletakkan preskripsi itu di atas kaunter.

Kerani itu melihat preskripsi itu lalu berkata.

"Untuk isteri encik ye?"

Mata aku membulat ,dan aku pun terus memandang Adrian.

"Ehh bukan.Bukan isteri.Kawan je."

"Ouh...maaf.Tunggu kejap eh,saya nak pergi ambik ubat."

Adrian memandang aku dan bersenyum kepadaku.

Mamat ni kena sampuk mambang ke?

"Ha nah...ubat demam ni ,dia kena makan tiga kali sehari.Lepas makan.And ubat sakit tekak ni,sekali sehari."kata kerani itu.

"Ok baik.Berapa ringgit?"

Dan selepas itu aku dah tak dengar perbualan mereka.Adrian seolah-olah berbisik dengan kerani itu.

Beberapa minit kemudian Adrian datang menghapiriku yang sedang menunggunya.

"Nah."Adrian menghulurkan satu beg plastik berisi ubat-ubatku itu.

Aku pula hanya mengambil beg plastik itu darinya.Sebelum aku sempat berkata apa-apa, Adrian terus berjalan keluar dari klinik itu.

Aku masuk ke dalam kereta Honda civic milik Adrian itu dan berkata.

"Berapa ringgit?"

"Adalah."

"Betul-betullah.Aku nak bayar balik kat kau ni."

"Tak payah.Anggap je aku sederkahkan kat kau."

"Amboi kau ingat aku ni bankrup ke apa?"sindirku.

"Bukan...tak semestinye hanya boleh sederkah dekat orang miskin.Kalau nak sederkah dekat orang kaya pun boleh.Janji ikhlas."kata Adrian tenang sambil fokus memandu.

Aku pun terus rasa malu dengan kata-katanya itu.Mungkin dia cakap dengan lembut.Tapi bagiku kata-kata itu agak pedas.

"Hmm thank you."

"Welcome."balas Adrian bersama senyuman manisnya.

Haihhh kenapa aku cair ni!

No Hana! Kau dah gile!Kenapa pulak kau cair tengok mamat ni senyum?!

Adrian memarking keretanya dihadapan rumahku.Aku membuka tali pinggang keledar.

Aku membuka pintu dan keluar dari kereta itu.

Adrian menurunkan tingkap keretanya .

"Lepas ni kalau ada apa-apa call je aku tau."kata Adrian.

"Hmm."

"Dah ,aku nak kena gerak ni.Get well soon daisy.If you need anything just give me a call."

"Daisy? Sejak bile nama aku Daisy?Kau ingat aku daisy duck ke apa?"soalku.

"Bukan...saja nak kasi nickname yang hanya aku sorang saje panggil kau.Kan aku ni kawan special kau."disambung dengan ketawa Adrian.

"Sapa kata kau special."

"Aku kata.K dah lah.Bye daisy.Make sure to eat your medicine ok?"

"Iyee."

"Assalamualaikum."

"Waalaikummussalam..."

Adrian pun memandu kereta Honda civic miliknya itu pergi.

Daisy pun daisy lah..

BαΊ‘n Δ‘ang đọc truyện trΓͺn: Truyen2U.Pro