𝙱𝚊𝚋 21 | 𝙱𝚊𝚒𝚔 𝚂𝚊𝚗𝚐𝚊𝚝 𝚕𝚊𝚑

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Huh...bosannyaaaa. Sesungguhnya aku cakap, bosan gile. Dah la phone aku Adrian bawak pergi kedai nak baiki, lepas tu keluarga aku semua balik hotel sebab nak rehat.

Well, aku yang halau diorang, bukan lah halau tapi aku suruh diaorang rehat. Sian diaorang. Sekarang dah hari ketiga aku dekat hospital.

Mata aku melihat kawasan bilik ini.

Besar. Memang besar bilik ni. Haih..mesti bill hospital nanti mahal kan. Lepas ni makan maggi cup je la jawapnya.

Takpe lah. Sekurang-kurangnya Allah dah kasi peluang untuk aku hidup lagi dan belum ajal aku.

Pasal orang yang langgar aku tu... semalam Adrian ada call, lepastuh dia cakap diaorang masih dalam siasatan. Nasib ada orang yang ada dashcam sempat nampak no plat kereta diaorang. Tapi polis kata diaorang jumpa kereta tu terbiar dekat tepi highway. Mesti diaorang lari kan. Aku pun pelik kenapa dioarang nak langgar aku, sedangkan apa aku buat dekat diaorang pun aku tak tahu.

"Tok tok tok."

Eh? Sapa tu?

"Masuk."

"Oh kau Adrian. Cepatnya fon aku siap."

"Nah."Adrian menghulurkan iphone 14 aku yang berwarna biru cair itu.

"Wah, nampak baru la. Haih..mesti mahal ni. Berapa ringgit ni Ad?"

"Takpe aku bayar."

"Ehh takpe kebendenya. Mahal kot. Cepat cakap sekarang bape ringgit."

"Takpe."

"Aku cakap berapa ringgit. Cepat la. Aku nak transfer duit dekat kau ni."

"No need. Aku bayar."

"Ish ad.. kau ni terlebih baik la. Serious ni?"

"Ye aku serious."

"Wah.. rezeki aku. Thank you Ad."

"Nah." Adrian menghulurkan sejambak bunga Daisy kepada aku yang entah sejak bila dia pegang aku pun tak nampak.

"Eh mende ni Adrian. Kau dah bayarkan kos nak baiki phone aku tu pun dah cukup."

"Ambiklah."

"Haihh masalah jugak eh ada kawan yang terlalu baik ni."

Memang tak boleh nak dinafikan bouquet Daisy ni tersangat lah cantik.

Aku menilik bunga-bunga ini. Lalu mencium bau bunga-bunga itu.

"Wah..wanginyaa. Thanks Ad."

Aku melihat Adrian. Dia senyum machonye. Eh Hana? Tengah cair ke tu?
Astaufirullahhalazim. Hana dia mahram kau la!

"Kau dah kenapa geleng kepala sendiri?"soal Adrian, mungkin dia pelik dengan karenahku.

"Ermm takde apa-apa la...Pihak hospital ada bagitahu tak bil-bil hospital aku? Mampus aku, mesti beribu-ribu kan. Haih.."

"Takpe, tak yah risau. Aku dah bayar semua bil-bil kau." Balas Adrian Selamba.

"Kau buat apa?!" Soalku lagi ingin kepastian.

"Aku kata, aku dah bayarkan semua bil-bil hospital kau. Cuma tunggu doktor discard kau je."

"Laillahhaillallah Adrian! Kau sedar tak apa kau buat ni? Kau bayar bil hospital aku. Aku! Aku punya bil. Yang kau pergi bayar tu dah kenapa?! Ya Allah."

"Aku just nak bayar kan je ."

"Je? Je kau kata? Aku tak suka lah berhutang dengan orang."

"Aku tak kata hutang. Aku memang tolong bayar keseluruhannya. No need to hutang-hutang."

"Weyh! Kau ni dah kena rasuk dengan syaitan ke apa? Dah banyak dah aku berhutang budi dengan kau, kau tahu tak? Kau ni baik sangat lah!"

"Lah. Orang baik salah. Orang jahat pun salah. Habistu kau nak apa?"

"Berpada-pada lah. Kau baik tapi tak payahla terlalu baik sangat. Nanti mak ayah kau cakap apa pulak kau tolong-tolong aku ni."

"Diaorang tak kesah pun. By the way, lusa diaorang nak ziarah kau boleh tak? Mak aku tak sabar nak jumpa kau."

"Hmm boleh je. Tapi aku tak habis marah lagi ni. Kau betul-betul nak bayarkan semua tu?"

"Iye..aku dah bayarkan dah pun."

"Haih..susah la gini. Tahulah kau T20, gaji 5 ke 6 angka sebulan. Tapi takyah la semua kau nak tolong bayarkan. Kau tu kawan aku je. Kau bayar semua ni dah macam kau ayah aku."

"Haih..takpa. Anggap je aku sederkahkan."

"Hmm yela."

"Aku nak tanya kau something ni."

"Tanya apa?"

"Apa perasaan kau bila kau dapat tahu kau accident?"Soal Adrian.

"Perasaan aku? Entah la... maybe kosong? Macam ....entah la aku nak explain macam mana."

"Maksudnye kau tak sedih? Tak trauma? Tak marah dekat Allah?"

"Sedih? Hmm sedih tu memang sedih tapi dah kalau takdir kena redha lah. Takkan la aku nak marah dekat Allah pulak...sedang kan dia tu sebaik-baik perancang tau. Aku yakin ada hikmah disebalik apa yang jadi dekat aku ni. Mungkin lepas ni Allah sampaikan jodoh aku ke? Aku jadi kaya ke? Kita tak tahu. Hanya Allah sahaja yang tahu. Trauma? Ada la trauma sikit-sikit. Tapi entah kenapa, benda yang jadi dekat aku ni seolah-olah normal bagi aku? Entah la Ad...aku pun confused."

"Oo paham."

وَمَكَرُوا۟ وَمَكَرَ ٱللَّهُ ۖ وَٱللَّهُ خَيْرُ ٱلْمَـٰكِرِينَ ٥٤

⬆️
Rujukan ayat

"Wamakaru wamakarallah, wallahu khoirulmakiriin.
Dan orang-orang (Yahudi yang kafir) itupun merancangkan tipu daya (hendak membunuh Nabi Isa), dan Allah pula membalas tipu daya (mereka); dan (ingatlah), Allah sebijak-bijak yang membalas (dan menggagalkan segala jenis) tipu daya.Surah al imran ayat 54. And the disbelievers planned, but Allah planned. And Allah is the best of planners."terangku.

"Wah...kau ni memang mahir eh bab agama ni?"

"Eh takde mahir mana. Aku belajar ayat tu dari kawan lama aku, Yasmine Sumayyah. Dia tu memang mahir bab-bab agama ni. Kalau nak dibandingkan aku dengan dia, memang dia lagi hebatlah."

"Tak perlu nak dibandingkan. Kau sepatutnye bersyukur."

"Ye aku bersyukur...aku bersyukur sebab aku dilahirkan dalam keluarga yang beragama islam dan mengambil berat tentang agama islam. Ada orang yang lahir dalam agama lain, dan susah nak convert to Muslim. Mesti akan banyak yang dihina keluarga sendiri. Tapi ada jugak yang dilahirkan dalam keluarga beragama islam tapi tak ambil berat tentang agama islam. Jadi aku dah bersyukur sebab aku ada mak yang menjadi sebagai suri rumah semata-mata nak jaga dan didik kitaorang dengan betul. Dan ibu aku lah yang biasenye mengajar kitaorang bab-bab agama ni. Dia yang ajar mengaji. Dia yang bagi tahu pasal hadis dan sunah rasulullah. Dan dia lah yang ajar aku untuk berakhlak. Walaupun ayah aku selalu takde dekat rumah, tapi apa kurangnya dia jugak. Biasenye dia yang cerita pasal kisah sirah Rasulullah dan sahabat-sahabatnya. Ayah aku ni kalau dia bercerita, auto nak dengar. Cuma kalau dia masuk mod polis dia tu agak seram sikit. But overall aku bersyukur aku dapat mak ayah macam tu. Alhamdulillah."

"Alhamdulillah....mesti best kan dapat family macam tu. Takpe lah... walaupun parents aku selalu busy..tapi kadang-kadang ada la jugak mama papa aku ajar pasal agama."

"Weyh...dalam dunia ni ada pelbagai jenis keluarga. Keluarga kita memang berbeza.

"Iye..aku tahu."

"Kau tak boleh bandingkan keluarga kau dan keluarga aku. Keluarga aku ada kelebihan dan kekurangan, keluarga kau pun ada kelebihan dan kekurangannya tersendiri. Setiap keluarga berbeza."

"Kau ni, boleh jadi motivation speaker tau. Haih la...dah la cantik lepastuh bijak pulak tu." Kata Adrian sambil mengelamun.

"Kau cakap aku apa?" Soalku dengan nada yang sangat terkejut.

"Urmm nothing daisy. Ok lah bye. Assalamualaikum." Adrian terus bangun dari kerusi itu dan keluar dengan segara dari bilik itu.

"Woi, kau tak jawap lagi! Haih... waalaikummussalam."

Apa benda dia cakap aku tadi? Cantik? Oh my gosh aku berangan ni...Hana, apa benda ko merepek ni?!

Astaufirullahhalazim.

------------------------------------------------------

Amacam? Ok tak bab kalini?

Don't forget to vote!!!

Enjoy the story 🤍🤍

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro