π™±πšŠπš‹ 36 | π™ΌπšŠπš“πš•πš’πšœ π™ΊπšŽπšœπš’πšžπš”πšžπš›πšŠπš—

Màu nền
Font chα»―
Font size
Chiều cao dòng

Aku sedang baring di bilikku. Aduh, penatlah. Dah la petang nanti ada Majlis kesyukuran pulak. Aku baru sahaja tukar pakaian, baju t-shirt lengan panjang berwarna kuning pastel dikenakan. Sementara tunggu majlis kesyukuran ni, baik aku pakai t-shirt je. Mau tak panas kalau pakai abaya awal-awal.

Tiba-tiba pintu bilikku diketuk. Alamak, tu mesti Adrian. Cepat-cepat aku mencapai tudung sarungku yang berada di atas meja solek.

"Kejap." Ujarku lalu membuka pintu.

"Erm, saya nak tukar baju boleh? Panas sangat ni, baju Melayu ni dah nak basah kuyup dah." Ujar Adrian pula.

"Boleh, masuklah. Saya turun bawah dulu tau. Nak tolong ibu dengan mama masak bubur lambuk."

"Eh, kan mama dah cakap tak payah tolong, awak tu mesti penat kan? Rehat la dulu." Balas Adrian.

"Urmm takpe. Saya tak penat pun."

"Ke awak segan nak duduk sebilik dengan saya?"

"Ee, saya turun dulu la." Aku membuka langkah ku dengan cepat untuk turun dari tangga.

"Eh dia cabut gitu je?" Aku sempat dengar kata-kata Adrian sebelum turun ke tangga.

Aduh, kantoi la pulak dengan dia. Mana aku tak malunye? Nak duduk sebilik dengan dia sementara dia mandi? Memang idok ler teman. Mati aku nanti.

"Ibu, mama. Ada apa-apa Hana boleh tolong?" Soalku sebaik sahaja aku tiba di dapur.

"Eh Hana. Kan mama dah cakap tak payah tolong." Ujar Mama.

"Kakngah tak penat ke? Rehat lah dulu. Pengsan nanti karang." Ujar Ibuku pula.

"Eh takde la sampai pengsan bu. Ada-ada je. Hana ok lah ibu, mama."

"Betul ni?" Soal Mama.

"Rehat je la Kakngah." Kata ibu.

"Ok, Hana tak penat pun." Balasku pula. Ceh, tadi bukan main cakap penat dalam bila. Ni kelentong pula. Semata-mata tak nak duk sebilik dengan suami sendiri. Hey apa da. Lemah la kau ni Hana. HAHAH.

"Hana tolong potong-potong kat sana. Tapi kalau nanti Hana penat. Hana rehat je lah dekat bilik." Ujar ibu.

"Hmm, kalau macam tu sini. Tolong potong kentang dan lobak merah. Potong dengan Kak Dahlia, Farsyana and Afyfa." Ujar Kak Dahlia pula yang dari tadi hanya menjadi permerhati.

"Baik kak."

"Hana dengan Afyfa potong kentang, akak dengan Sya potong lobak ni." Tambah Kak Dahlia pula.

Aku hanya menunjukkan ibu jari tanda paham.

Aku pun mengambil tempat disebelah Afyfa. Kami motong sayur-sayur itu di meja.

Aku pun mula memotong kentang itu.

"Kak Dahlia, Dalila dekat mana? Dengan abang ke?" Soalku.

"Ye, Dalila dengan abang kamu tu ha. Dekat bilik. Budak tu merengek."

"Oo.."

Semasa aku rancak berbual dengan Afyfa, Farsyana dan Kak Dahlia, tiba-tiba ada tangan yang menyapa bahuku. Aku menoleh kebelakang.

"Erm awak." Bisik Adrian.

"Ye. Kenapa?" Soalku curiga walaupun masih tekun memotong kentang itu.

"Awak tahu tak mana baju Melayu biru saya tu? Sebab pagi tadikan awak ambik simpan dalam bilik awak. Saya cari tadi takde pun."

"Eh ada la. Dalam almari saya letak."

"Almari? Saya cari takde pun."

"Adalah, cuba awak cari betul-betul." Ujarku.

"Alah, awak tolong lah carikan. Sumpah saya cari tadi tak jumpa."

"Ermm ye la. Tunggu jap." Aku pun bangun dari kerusi untuk membasuh tangan.

Siap sahaja membasuh tangan, aku terus memanjat tangga. Adrian hanya mengekori dari belakang.

Sampai sahaja bilikku di tingkat tiga. Aku mencari baju Melayu biru cair milik Adrian itu. Eh? Mana baju ni. Aku membelek-belek satu persatu baju-baju yang ada di dalam almari itu. Hmm....ha ni dia!

"Nah." Aku menghulurkan baju itu kepada Adrian.

"Lah, awak jumpa kat mana?"

"Dia tersorok kat tengah-tengah baju-baju tu."

"Patutlah saya cari tak jumpa." Ujar Adrian pula.

Kami bertentangan mata untuk beberapa saat. Sebelum aku melarikan pandanganku keluar tingkap. Rasa janggal sudah tiba. Aduh, konon tak nak duk sebilik dengan dia, sekarang ni berdua-duan jugak dalam bilik.

"Erm.. saya turun dulu lah kalau takde apa-apa." Aku mula membuka langkah untuk ke luar bilik . Adrian hanya memerhatikan aku.

"Hmm ok." Dia membalas.

Majlis kesyukuran akan berlangsung sebentar sahaja lagi. Aku yang mengenakan dress abaya berwarna biru cair itu membetulkan selendangku agar tiada rambutku yang akan terkeluar sedang duduk di meja solek. Melihat diri sendiri di hadapan cermin.

Tok tok tok.

Aku berjalan membuka pintu.

"Awak dah siap ke? Jom kita turun bawah." Ajak Adrian yang berpakaian Baju Melayu biru cair yang kuberikan tadi.

"Er.. ok." Aku hanya mengikuti Adrian dari belakang.

Sekarang tepat pada pukul 4:20 petang.
Semua orang sedang duduk bersila bersedia untuk bacaan yasin.

Aku mengambil tempat disebelah kiri Dhia. Tiba-tiba Adrian duduk bersila di sebelah ku pula.

"Awak buat apa?" Soalku sambil memandangnya.

"Duduk sebelah bini saya la. Apa lagi?" Sinis betul jawapannya.

Cis!

"A u zubilla himinash syaiton nirrajim.. Bismillah hirrahmanirrahim." Bacaan orang beramai ramai.

Suara yang paling aku cam, yang paling amat sedap didengari, adalah suara orang disebelah kiriku ini.

"Yasin, walquranil hakim. Innaka laminal mursalim. Ala sirotim mustaqim..." Aku turut mengikut bacaan orang ramai tersebut.

Kedengaran doa selepas yasin yang dibacakan oleh Adrian sangat merdu.

"Alhamdulillahi Rabbil 'Aalamin Hamdan YuwaaFi Ni'aMahu WaYuKaaFi'u MaziiDah, Ya Rabbana LakalHamdu Kama YamBaghii Lijalali WajHika Wa 'AziiMi Sulthonik.

Allahumma Solli Wassalim 'Alaa Sayyidina Muhammadin Wa 'Alaa Aalihi Wasohbihi Ajma'in.

Allahumma Bihaqqi Yasinn.. Wal Qur-Aa-nil hakim, wabimanih tartahu BirriSaalati WannuBuwwati Wal Wilaayati Wal Hidaayati iLaa SirooTikal Mustaqim, Wa Bijamii'i Maa Jaa Abihi Minka Jibrill, TanZiiLal-Azii-Zirra-Him.

WabiHawasSil-HuruuFi Wal Asmaa'it-Tamm-Maati Wabima AzharTa Fil WujuuDi Likulli Maujuudin Minal Aayatil BayyinaaTi, WabiKho-Fiyyi LutFikal Mufarriji 'An Kulli MahMum, al-Mukhollisi Likulli Madyun, Yaa Mujriyal BiHaaRi Wal 'Uyunn, Ya Mann KhoZaa-inahu Bainal KaaF-Fi Wan-nun, Wa 'Aalima Bimaa KaaNa Qabla An Yakun.

WaNas Alukallah-Humma An TasLuka Binaa JaaDData ridhooKa, Wa An Taj'aLaaNa AhLan WaMahallal-lisa'AaDaTika Wa RhgiNaaKa, Wa An Tuyassiro Lana Jamii'Al MuRooDaaTi Wal MathoLiBi, Wan Taj'Al RiDhooKa 'AnNaa KhoiRo MuSooHiBinn LaNaa WaRoFiqq, Wa An TutLifaNaa Bil JalaaLati Wal Mahabbah, Wa An TamunNa 'Aalayna Bisur'Atil-iJaaBah.

IsTajiBillah-Humma Du'Aa Anaa Wa Haqqiq FiiKa RaJaa Anaa, Wa AdHilNa Fii HirZi LutFikal-Masunn Bisirri Qaulika InnaMaa AmRuHuu iZaa AraaDa Syaii-An An YaQuuLa-Lahu Kun FayaKun, fa subαΈ₯ānallaΕΌΔ« biyadihΔ« malakΕ«tu kulli syai'iw wa ilaihi turja'Ε«n, SubHaaNal-MuNafFisi 'An Kulli Mahmumm, SubHaaNal-MuNafFisi 'An Kulli MadYunn, SubHaaNaMan AmRuHuu, iZaa ARaaDa Syai-An An YaQuuLa-Lahu Kun FaYaKun.

Ya MuFarriJal Hummum, Ya MuFarriJu Farrij, Ya MuFarriJu Farrij, Farrij 'AnNaa HuMuuMaNaa Ya Hayyu Ya Qayyum, Ya DzalJalali Wal Iqramm.

Wasollallahu 'Alaa Sayyidina Muhammadin, Wa 'ALaa Aalihi Wasohbihi Wassalam, Walhamdulillahi Robbil-'AaLaMinn." Ujar Adrian dengan penuh lemah lembut. Merdu sahaja suara didengari membaca doa. Tajwidnya pun semuanya betul. Di bacakan olehnya dengan Qiraat Imam Nafi'(Warsy). Sangat merdu. dialunkan olehnya

"Amin." Ucap orang ramai.

Aku hanya menenung Adrian yang berada di sebelahku itu.

"Dah kenapa pula awak tenung saya macam tu. Dah macam nak telan saya dah. Lapar ke?" Usik Adrian yang sedar dia diperhatikan oleh aku.

"Tak saya kagum. Merdu betul suara awak. Awak baca doa tadi macam Qiraat Imam Nafi' dah. Sedap je saya dengar." Pujiku dengan senyuman ikhlas.

"Alah takde apa lah. Biase lah tu. Saya memang belajar cara bacaan Qiraat dari dulu lagi dengan atuk saya."

"Oo.."

"Kalau nak dengar saya baca doa atau surah lagi boleh, kena solat sama-sama setiap hari la tapi." Kata Adrian sambil tersenyum kepadaku.

Aku hanya tersenyum, tersipu malu. Tak tahu kenapa, tapi kenapa malu pulak nii!! Waduh, auto muka jadi merah bila dia cakap lembut macam gitu.

------------------------------------------------------

Haduh, Hana blushing teruk ni! Hahah

Cepat vote, jgn lupa !!

🀍🀍

BαΊ‘n Δ‘ang đọc truyện trΓͺn: Truyen2U.Pro