2 | The untold Truth

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"ABANG?!"

Anna hampir ternganga disebabkan terlalu terkejut dengan apa yang baru dikatakan oleh Elina tadi.

Entah sejak bila dia ada abang, Anna pun tak tahu. Seingat Anna, dia anak tunggal Elina. Dia membesar di Perancis berdua, hanya bersama Mummynya. Kata Elina ayahnya telah lama meninggal dunia.

Jadi persoalannya sekarang ialah, sejak bila Anna ada abang?

"Maafkan Mummy. Selama ni, Mummy tak pernah jujur dengan Anna." Elina menyentuh tangan Anna. Dapat Anna rasakan betapa dinginnya tangan si ibu yang telah membesarkannya selama 19 tahun ini.

"Mummy cakap apa ni...." Anna tiba-tiba rasa tak sedap hati. Entah kenapa firasatnya kuat mengatakan yang perkara Elina mahu sampaikan padanya adalah sebuah berita buruk.

"Ayah kamu tak meninggal dunia semasa kamu dalam kandungan Mummy. Tapi sebaliknya kami berdua berpisah semasa kamu masih kecil. Dan Anna.... Kamu memang ada seorang abang. Tapi hanya kita yang berada di sini sebab abang kamu merupakan pewaris keluarga pihak ayah kamu."

Bagaikan tersambar petir, Anna terdiam seribu bahasa mendengar kata-kata Elina itu. Dia memandang wanita paruh usia di hadapannya dengan tatapan tak percaya.

"Mummy.... Serius ke ni?" Soal Anna yang kelihatan seperti orang bodoh.

Elina mengangguk. Tangannya menyentuh pipi Anna. Ucapan maaf berulangkali kedengaran dari wanita paruh baya itu.

"Sekarang mana Ayah dengan Abang? Mummy nak Anna cari mereka ke? Mummy—" Kata-kata Anna terhenti apabila melihat Elina menggeleng.

"Mummy nak kamu pergi ke Korea Selatan. Cari Ayah dan Abang kamu kalau terjadi sesuatu pada Mummy. Cari dan tinggallah bersama mereka bila Mummy dah tak ada nanti." Ucap Elina, membuatkan Anna rasa tertohok.

"Kenapa cakap macamtu?! Tak ada apa-apa yang akan berlaku pada Mummy. Anna tak perlukan Ayah dan Abang dalam hidup Anna. Cukup Mummy seorang saja, Anna dah bahagia." Bantah gadis itu sekeras-kerasnya. Tangan dingin Elina digenggamnya erat.

"Anna...."

"Tak nak. Anna tak nak dengar apa-apa lagi. Mummy kena berehat." Bantah Anna. Gambar tadi dimasukkan kembali ke dalam kotak sebelum ditutup dengan kasar. Anna menghapuskan air matanya yang sempat mengalir tadi dengan belakang tapak tangan.

"Mummy akan sihat. Doktor kata risiko pembedahan ni rendah. Everything's gonna be okay, Mummy. We'll be okay." Kata Anna lagi.

Elina mengangguk. Meskipun dia sendiri tahu apa yang dimaksudkan oleh anaknya itu logik tapi Elina tahu, masa dia sudah tidak lama. Dan sekarang hatinya semakin berat bila memikirkan tentang Anna yang akan menjadi sebatang kara setelah pemergiannya nanti.

"Kak El," Pintu bilik rawatan dibuka dari luar, menampakkan seorang wanita cantik dari balik pintu.

Elina dan Anna sama-sama menoleh ke arah pintu, menyambut kehadiran Susanne, adik angkat kepada Elina yang baru tiba di hospital pada petang itu.

"Baguslah, Aunt Susanne pun dah sampai. Anna balik dulu, Mummy." Pamit Anna. Belum sempat dia hendak melangkah, tangan Elina meraih lengannya.

"Anna," Panggil Elina sayu.

"Ya, Mummy?" Anna menoleh, wajah pucat milik Elina yang sedang tersenyum menyapa pandangannya.

"I love you today." Ucap Elina sambil menarik Anna ke dalam pelukannya.

Anna diam. Kelopak matanya mula panas, air matanya bila-bila saja boleh mengalir kembali.

"Mummy sayang Anna. Sayang sangat-sangat." Ucap Elina lagi.

Anna mengangguk. Belakang badan ibunya diusap penuh kasih.

"I love you today, tomorrow and forever Mummy. Always." Balas Anna.

Susanne yang memerhatikan gelagat dua beranak itu diam-diam merasa terharu. Momen indah itu kemudiannya diabadikan dalam bentuk gambar yang diambil menggunakan telefon pintarnya.

Dan setelah meminta diri kepada Susanne, Anna mula melangkah pergi meninggalkan hospital tanpa dia tahu yang itu merupakan kali terakhir dia dapat melihat, memeluk dan mendengar suara ibunya.

-tbc-

Jap, aku rasa nak nangis taip chapter ni tapi tak boleh nangis sebab adik aku ada dalam bilik so yeah kosabajap. Chapter depan nanti muncul lah hero-hero kita :')

By the way,

Anne Hathaway as Elina Starnight

Kenapa dia? Sebab aku minat Princess Diaries okbye nak sediakan mental taip next chapter

[9/6/2023] aku dah tak ingat chapter ni aku taip bila sebab si goblok ni tak letak tarikh dekat notes so yeahh

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro