H-25

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"Ri Yool atau Gabriel Xander ialah kembar kepada Bryson Xander. Mereka terpisah sejak masih bayi lagi disebabkan perceraian ibu bapa diorang"

Chuljin mengusut rambutnya kasar. Ingatkan dah dapat tangkap penjenayah rupa-rupanya ada pula si kembarnya. Sungguh memeningkan.

"Jadi kita nak buat apa dengan kembar tu? Nak lepaskan macam tu je ke?"

"Kita kena tunggu, dapatkan keterangan dari Yool dulu baru aku pertimbangkannya atas keterangan yang diberi"

Chuljin mengangguk malas. Wajah polos milik Doyun dijeling.

"Woi, jom ikut aku pergi bilik siasat"

Ujar Chuljin seraya itu buku nota kecil dicapainya. Dengan keadaan terpinga-pinga Doyun mengikuti jejak seniornya yang sudah berjalan meninggalkan dirinya di belakang.

Pintu itu dikuak kasar dan terpaparlah wajah kacak milik Yool yang sedang duduk di sebuah kerusi.

Pandangannya masih lagi menunduk ke bawah sejak dia dibawa masuk awal tadi.

Sejujurnya dia agak bingung. Mengapa dia diberkas oleh pihak polis sedangkan dia yakin dia tiada apa-apa kesalahan.

Sedari dengan kehadiran dua jejaka di hadapannya lantas dia bersuara.

"Encik, tolong lepaskan saya. Saya perlu ke hospital. Saya perlu jenguk keadaan ibu saya"

"Aku akan lepaskan kau tapi kau hanya perlu jawab ya atau tidak. Aku tak nak dengar apa-apa jawapan yang lain"

Mendengar ucapan dari Chuljin, Yool mengangguk laju. Yang penting sekarang ni dia perlu balik ke hospital.

"Kau cakap Kyung adik kau, betul?"

Yool mengangguk dengan yakin.

"Ya, kenapa dengan dia?"

"Kau tahu dia di mana? Tempat persembunyian dia?"

Yool mengerutkan dahi dengan seribunya. Dia tak faham. Apa maksud lelaki ini?

"Tempat persembunyian?"

Meja berwarna hitam di hentak kuat sehingga membuatkan Yool tersentak kecil. Cermin mata miliknya yang sedikit melorot dibetulkan. Garang betul encik polis ni.

"Aku taknak dengar selain dari ya atau tidak. Aku tanya sekali lagi, kau tahu di mana adik kau Ri Kyung sekarang?"

"Tak"

"Boleh percaya ke? Jangan-jangan kau dah bersubahat dengan dia hm?"

"Saya masih tak faham. Apa semua ni? Bersubahat? Kyung? Apa dia dah buat?"

Suasana hening buat sedetik. Mata pen yang ditulis di permukaan kertas itu berhenti sebelum Chuljin kembali bersuara.

"Adik kau terlibat dalam kes pembunuhan"

Yool terkilan disaat gegendang telinganya menerima kenyataan yang diberi oleh lelaki itu.

"A-apa yang encik cakapkan ni..? T-tak mungkinlah dia buat macam tu"

Chuljin tersenyum sinis. Beberapa keping gambar diletak kasar di permukaan meja sebelum Yool menyambutnya.

Di dalam gambar itu dapat dilihat ukiran nama keluarganya yang diukir dalam bahasa yunani pada tubuh mangsa.

Kelopak matanya kelihatan bergetar. Mindanya kosong. Tak tahu sama ada dia harus mempercayainya.

"Ini semua mengarut, dengan ukiran menggunakan nama keluarga kami, encik percaya yang adik saya terlibat dalam kes ini?"

"Bukan ini je kami dapat sebagai bukti, ada dua orang lagi mangsa yang masih hidup. Diorang dah beri kenyataan tentang hal ni"

Yool masih lagi berdiam diri tidak terkutik. Sepasang telinganya juga masih mendengar bait-bait yang dikeluarkan.

"Pernah dengar pukauan melalui penggodaman? Dengan cara itulah dia dapat membunuh beberapa mangsa tanpa meninggalkan sebarang jejak"

Tubuh Chujin didekatkan ke arah Yool. Iris milik lelaki berdarah campuran direnung.

"Kami akui adik kau memang pintar dan bijak tapi sepandai-pandai tupai melompat, pasti akan jatuh ke tanah juga bukan?"

Selesai berucap lantas Chuljin dan Doyun beredar meninggalkan Yool keseorangan di dalam bilik siasat itu.

Kosong malah hening. Itulah apa yang dirasainya.

Mendengar tentang ini, dirinya seakan-akan dipetir oleh guruh. Ia penuh dengan kejutan.

"K-kyung..kenapa dengan kau..?"

━─━────༺༻────━─━
To Be Continued..

💌 : Hai ? Ehe ye aku tahu aku sembang pung pang sana sini cakap bulan 11 akan habis astu tak habis pun HAHAHAHA dun wori anak ii dah nak habis dah pun ehe mekasih sayang saya kerana masih setia ! ❤️❤️❤️❤️

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro