CAPÍTULO CUARENTA Y DOS 👠

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"Siapa je yang berborak masa naik motor?!" Soal Hunter dengan nada geram sambil menyapu ubat luka ke tangan Quinn Davieka yang tercalar kerana jatuh motor tadi.

Hampir luruh jantungnya apabila kereta yang dipandu olehnya sendiri melanggar motor yang dinaiki dua gadis itu.

Quinn Davieka hanya diam dengan muka cemberut. Hunter menoleh pula pada gadis yang turut bersama Quinn Davieka tadi.

"Saya minta maaf." Pinta Lily apabila gerun melihat mata amethyst itu memanah matanya. Hunter mengeluh perlahan.

"Excuse us." Tangan Quinn Davieka ditarik masuk ke dalam bilik. Pintu bilik dikunci lalu dia melihat Quinn Davieka yang berpeluk tubuh.

"Kenapa keluar tak bagitahu aku?" Soal Hunter. Nasib baik Luke, iaitu abang Lily memberitahunya bahawa Quinn Davieka tersesat ke rumah atuk mereka. Franky juga tidak dapat mengesan kedudukan Quinn Davieka kerana di kampung ini tiada akses untuk mendapatkan kedudukan Quinn Davieka.

"Kenapa nak kena bagitahu you? You bukan peduli pun pasal I." Tubuh Hunter ditolak dan dia duduk di atas katil.

"Kalau aku tak peduli, aku tak datang sini tau. Tinggalkan kerja aku lagi." Hunter turut melabuhkan duduk di sebelah Quinn Davieka. Dagu gadis itu dipaut dan dihadapkan agar memandang wajahnya. Bibirnya tersenyum nipis.

"Don't cry." Pujuk Hunter sambil mengelap air mata Quinn Davieka yang luruh dengan laju ke pipi gadis itu.

"You tu, jahat! I dah pujuk tau tapi you still marah I!" Dada Hunter dipukul berkali kali sebelum tangan kecilnya ditangkap oleh tangan Hunter. Hunter mencium lembut tangan Quinn Davieka.

"Ye, aku salah. Aku minta maaf, okey? Tapi.. Kau pun salah tau. Kau minta putus macamtu je. Memanglah aku terasa." Cebik Hunter.

"Kan I dah mintak maaf." Ujar Quinn Davieka tidak puas hati.

"Dahtu kau ingat aku terpujuk ke?" Soal Hunter mendatar. Quinn Davieka memuncung.

"I mintak maaf. You janganlah marah I lagi. Okey, I janji lepasni I tak buat dah." Ujar gadis itu sambil mengangkat tangannya sebelah.

"Don't leave me again." Ujar Hunter. Quinn Davieka mengangguk pantas dan mereka berbalas senyuman manis

***

"Sedaplah atuk." Ujar Franky sambil mencedok nasi lagi ke dalam pinggan miliknya. Lelaki tua itu tersenyum.

"Kita dah pernah datang sini, kan?" Soal Hunter sambil mengerutkan dahi. Franky angguk.

"Kita datang lepas Davieka hilang dulu. Dekat sini lah kita belajar serba sikit pasal Islam." Ujar Franky. Quinn Davieka terdiam.

"Are you a muslim?" Soal Quinn Davieka sambil memandang Hunter. Lelaki itu turut memandangnya.

"Yes we are." Jawab Franky. Quinn Davieka terdiam sebelum mengerutkan dahi.

"Bukan muslim tak boleh kahwin dengan kristian ke?" Soal Quinn Davieka. Serta merta suasana berubah sepi. Masing masing hanya diam termasuk Hunter.

"Makanlah." Ujar Hunter sambil tersenyum nipis. Nasi disuapkan ke mulut sambil memberi pandangan pada Quinn Davieka untuk tidak membangkitkan soal ini sekarang. Quinn Davieka hanya akur sambil kembali menyuap nasi ke mulut.

"Semua ni, Lily lah yang masak."

PUFF

Tersedak Franky dibuatnya. Skyler yang dari tadi diam pantas menoleh dan menghulurkan air pada Franky yang terbatuk. Air itu diteguk Franky rakus.

"Kamu ni dah kenapa?" Soal Atuk sambil menepuk belakang Franky. Franky menggelengkan kepala dan berdehem kecil.

"Tak ada apalah." Jawabnya perlahan sambil memandang pinggan nasi di hadapannya.

"T.. Tak sedap ke?" Soal Lily perlahan. Franky memandang gadis kecil bertudung bawal itu. Kemudian dia menolak kerusi.

"Eh, nak ke mana? Tak habis lagi makan tu." Atuk memandang Franky yang tiba tiba bangun walaupun makanannya masih banyak tersisa.

"Saya dah kenyang." Jawab Franky sebelum mengerling Lily sekilas dan melangkah keluar. Lily terkedu. Kenapa Franky macam tak suka dia?

"Alah, dia memang macamtu. Jaga body. You jangan terasa tau." Quinn Davieka memandang Lily yang muram tiba tiba. Lily tersentak dan menggeleng laju.

"Eh, tak ada apa apalah. Lily okey je." Ujar Lily sambil tersenyum nipis. Quinn Davieka turut tersenyum.

***

"Speak." Hunter memandang Quinn Davieka yang dari tadi diam sahaja. Gadis itu menoleh.

"What?" Soal gadis itu.

"Kau ada benda nak cakap. Jangan tipu aku just tell me." Ujar Hunter sambil melangkah ke arah gadis yang sedang duduk di atas pangkin kayu itu. Quinn Davieka tersenyum nipis dan menggeleng.

"Tak ada apa apalah. I cuma tengok bunga bunga ni. Cantik, kan?" Soal Quinn Davieka sambil bangun dan mendekati bunga mawar berwarna putih. Tiba tiba bahunya dipegang dan tubuhnya dihadapkan berhadapan lelaki itu.

"Aku minta maaf. Aku bukan taknak bagitahu kau pasal ni cuma.."

"Tak apa. I faham. Agama ni kan benda serius so I takkan paksa you. Lagipun lepasni kita masih boleh berkawan, kan?" Ujar Quinn Davieka sambil tersenyum manis. Hunter mengeluh.

"Queen, aku.."

"Tak, betul ni. I okey. Walaupun kita berbeza agama, kita masih boleh berkawan." Ujar gadis itu sebelum dia melangkah pergi.

"Aku taknak kawan! Aku nak kahwin dengan kau! Aku nak kita jadi suami isteri sebab perasaan aku untuk kau, bukan sebagai kawan. Aku cintakan kau." Ujar Hunter sambil memandang Quinn Davieka yang membelakanginya. Gadis itu hanya terkaku di tempatnya.

"Queen.."

Quinn Davieka mengetap bibir dan menunduk. Air matanya mengalir laju. Hunter mendekati Quinn Davieka dan dagu gadis itu diangkat lalu jari kasarnya mengusap air mata gadis itu.

"It's okay. Cinta.." Dada Hunter disentuh lalu Quinn Davieka memandang mata amethyst itu.

"Boleh hilang dan akan ada ganti. Jadi you jangan risau sebab kalau cinta kita tak boleh berjaya, then you akan jumpa orang yang betul betul layak bersama you. Trust me, we can be a bestfriend. A really good bestfriend to each other."

"No. If we're not meant to be together then I will never fall in love again." Cantas Hunter nekad. Quinn Davieka mengemam bibir menahan esakan.

"Kalau macamtu.. Antara I dengan Allah, you pilih yang mana?" Soal gadis itu perlahan.

Hunter mati kata.

Quinn Davieka tersenyum nipis apabila melihat Hunter yang terdiam dengan soalannya.

"Kita tak boleh buat apa apa, Hunter. You dan I.. Dari dulu lagi macam macam masalah untuk kita bersama. And I think that, maybe takdir kita akan hanya jadi masa silam untuk satu sama lain sahaja. So let's appreciate this moment and make this is the best moment in our life. Sebab mungkin lepasni, kita takkan berjumpa lagi dan masa inilah yang akan jadi kenangan yang paling indah untuk kita berdua." Quinn Davieka tersenyum nipis sambil mengesat air matanya.

"I nak pergi sungai nanti petang. Dengan Lily. Kalau you nak ikut, marilah. Kita pergi sama sama." Ajak Quinn Davieka sambil melangkah pergi masuk ke dalam rumah.

Hunter terdiam. Perlahan lahan matanya berkaca sebelum penumbuk digenggam.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro