CAPÍTULO CUARENTA Y UNO 👠

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"Assalamualaikum, atukk!" Jerit gadis itu sambil memandang ke pintu rumah kayu yang tertutup itu. Quinn Davieka hanya diam dengan bagasi di tangannya.

"Waalaikumussalam, kenapa yang terjerit jerit ni Ya Allah budak bertuah ni." Selak pintu dibuka dan terpapar wajah lelaki berusia 70an itu.

"Atuk, Lily bawa tetamu datang sini. Boleh?" Soal gadis yang peramah itu. Quinn Davieka tersenyum. Comellah budak ni.

"Siapa ni?" Soal lelaki tua itu. Quinn Davieka menunduk kecil dan tersenyum nipis tanda hormat.

"Saya Davieka." Ujarnya.

"Oh, kawan Lily la ni. Dia ni mana ada kawan sangat. Tak bergaul. Jom lah masuk, Ika boleh tidur dengan Lily sebilik." Pelawa lelaki tua itu sambil melangkah masuk. Quinn Davieka mengerutkan dahi. Ika?

"Maaflah, atuk saya tu memang susah sikit nak ingat nama orang jadi dia pendekkan aje." Ujar Lily. Quinn Davieka mengangguk. Oh..

***

"Fuck, where'd she goes?" Soal Hunter sambil mengusutkan rambut. Hampir satu bandar dia cari gadis itu setelah melihat Quinn Davieka keluar dari rumahnya melalui cctv.

"Queen, tolonglah jangan buat macamni." Gumam Hunter sambil merenung skrin telefonnya. Terbit rasa menyesal dalam hati apabila gadis itu lari kerananya.

"Kau tak try call dia ke?" Soal Franky sambil menyilangkan kaki di sofa. Hunter mengangguk.

"Dah, banyak kali. Tapi dia off telefon dia." Ujar Hunter. Dahinya ditongkatkan. Macamana dia nak buat kerja dengan fokus kalau otak dia asyik terfikirkan Quinn Davieka?

"Takkanlah dia tu keluar tanpa sebab. Ni mesti ada apa apa kan?" Soal Franky curiga. Hunter menggigit bibir.

"Korang gaduh?" Soal Franky.

"Ermm. Tapi dia dah pujuk aku, aku je yang tak layan dia. Sebab tu dia keluar, dia kecewa dengan aku." Ujar Hunter jujur. Wajahnya diraup kasar.

"Bodoh."

***

Quinn Davieka mencelikkan mata dan memandang sekeliling bilik kayu yang kemas itu. Dia bangkit dari lena dan melangkah ke dapur apabila haruman aroma makanan dihidu.

"Eh, Davieka. Dah bangun? Saya ada masakkan makanan ni. Harap awak makanlah sebab saya tak reti nak masak makanan omputih tu." Ujar Lily ramah bersama sengihan kecil. Quinn Davieka tersenyum sambil menyanggulkan rambutnya dan melangkah ke dapur. Makanan di atas meja dilihat.

"Sedap je ni. I makan je apa apa pun. Hehe. Atuk mana?" Soal Quinn Davieka sambil menoleh sekeliling.

"Dia keluar mengajar budak budak mengaji dekat surau. Petang ni baru balik rasanya." Ujar Lily. Quinn Davieka mengerutkan dahi.

"Dia tak makan ke?" Soal Quinn Davieka.

"Makan, tu Lily dah bungkuskan lauk untuk dia nanti nak dihantar untuk makan tengah hari dia." Ujar Lily sambil menunjuk ke arah bekas di atas meja. Quinn Davieka mengangguk.

"Eh, dudukla Davieka buat apa lagi tu. Meh makan lepastu kita ronda ronda. Nak?" Soal Lily teruja. Quinn Davieka angguk laju. Suka hatinya dapat bertemu gadis seriang ini.

"Maaflah kalau awak tak selesa dekat sini. Rumah ni biasa biasa je. Bilik pun sempit." Pinta Lily sambil menyuapkan nasi ke dalam mulutnya.

"Tak adalah. Selesa je I tidur semalam." Jawab Quinn Davieka jujur. Makanan terus disuapkan ke mulut. Sedap.

"Dekat sini memang tak ada internet ke?" Soal Quinn Davieka sambil melihat telefonnya yang langsung tiada akses internet. Lily angguk.

"Haah. Sebab tu dekat sini kitorang guna telefon tu je." Bibir dimuncungkan ke arah telefon besar gedabak di atas meja. Quinn Davieka angguk perlahan.

"You tak sibuk ke harini?" Soal Quinn Davieka. Lily mengerutkan dahi.

"Sibuk kenapa?"

"You.. Tak kena kerja ke?" Soal Quinn Davieka. Lily tergelak kecil melihat gadis kacukan itu.

"Sebenarnya, saya bukan pemandu teksi."

Terus tersedak Quinn Davieka dibuatnya. Lily turut panik sambil menghulurkan air kepada gadis itu.

"Uhuk uhuk, what?" Soal Quinn Davieka terkejut.

"So semalam..."

"Dah awak tahan kereta Lily, takkan Lily taknak tolong."

Darah menyerbu ke muka Quinn Davieka. Aduii. Lily tergelak.

"Tak ada apa apalah. Saya okey je." Ujar Lily. Quinn Davieka tergelak janggal. Malunya. Ingatkan Lily ni pemandu teksi.

Tapi kenapa dia rasa macam dia pernah nampak gadis ini?

***

"Seriously?" Soal Quinn Davieka sambil melihat motor yang dinaiki oleh Lily. Gadis itu mengangguk sambil menghulurkan topi keledar kepada Quinn Davieka.

"Jangan risau, Lily pandai bawak motor. Lagipun kalau nak ronda kampung kena guna motor baru lagi umphh!" Ujar Lily sambil membuat thumbs up. Quinn Davieka tergelak dan mengambil topi keledar itu. Okay fine let's try it.

Dia naik ke atas motor lalu pinggang Lily dipeluk.

"Macamana kalau I jatuh? I tak kahwin lagi tau." Ujar Quinn Davieka sambil memandang ke kiri dan kanannya. Lily tersenyum.

"Kalau jatuh.." Enjin dihidupkan dan dia memulas handle minyak.

"Sakitlah!!"

Dan... Motor itu mula bergerak laju.

"Lily!!!!"

Quinn Davieka memejam mata. Lily tergelak lalu memperlahankan motornya.

"Lily gurau je la Ika." Ujar Lily sambil dia mula membawa motor itu dengan perlahan. Quinn Davieka menghela nafas lalu memandang ke sekeliling. Cantik sangat. Dia tak pernah ke kampung jadi dia tak tahu macamana keadaan kampung.

It's peaceful.

"Ehhh sungai?!" Soal Quinn Davieka jakun sambil melihat satu kawasan sungai.

"Ika nak pergi sungai tak?"

"Nak!"

"Okey kita hantar makanan dekat atuk dulu lepastu kita pergi sungai." Ujar Lily. Quinn Davieka mengangguk dan mereka mula tiba di hadapan surau.

"Woah.." Terpegun Quinn Davieka sambil melihat surau itu. Ini pertama kali dia melihat rumah ibadat bagi orang muslim.

"Ika tunggu sini ya?" Soal Lily sambil memandang gadis beragama Kristian itu. Gadis itu angguk dan tersenyum. Setelah Lily masuk, Quinn Davieka merenung surau itu.

"So beautiful." Ujarnya perlahan. Sangat cantik surau ini walaupun kecil berbanding dengan gereja yang besar itu. Setiap kali masuk gereja, dia rasa kosong. Seolah olah dia hanya beribadat kerana dirinya seorang Kristian. Tetapi apabila melihat surau dan terdengar suara anak anak kecil mengaji Al Quran, dia berasa tenang.

"Ika? Jom." Tersentak Quinn Davieka apabila Lily menegurnya. Terus dia tersenyum nipis dan kembali menaiki motor itu.

"Atuk you memang suka mengajar budak baca Bible agama islam ke?" Soal Quinn Davieka kepada Lily. Gadis itu mengangguk.

"Dekat sini kami tak panggil Bible sebab kami tak guna bible. Orang Islam panggil Al Quran." Tegur Lily lembut.

"Oh, sorry." Pinta Quinn Davieka. Lily tersenyum lalu bergerak ke sungai tadi. Quinn Davieka memandang teruja kawasan sekelilingnya.

She's pretty yet nice.

"Nak pergi sungai tak?" Soal Lily.

"Nak!" Jawab gadis itu teruja. Mereka bergerak ke sungai tanpa menyedari ada kereta sedang membelok di hadapan.

"Lily, kereta!!" Jerit Quinn Davieka. Lily pantas mengawal motornya.

DUMMM

"Arghh!"

***

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro