CAPITOLO DICIASSETTE 🎯

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

LUCCA, ITALY.

Kaki Lily mula menjejak ke tanah dimana tempat lahirnya Franzelx D'Ezekiel, suaminya. Kemudian dia memandang Franky di tepinya.

"I miss this place damn much." Gumam Franky. Tangan Lily diambil dan digenggam bersama wajah teruja.

"Tapi bukan Hunter lahir di Pisa ke? Kenapa awak lahir di Lucca?" Soal Lily pelik. Teringat pula Quinn Davieka pernah bercerita tentang Hunter kepadanya.

"Bengap betul kau ni. Aku dengan Hunter kan bukan adik beradik kandung. Mama lahirkan aku disini sebab dia taknak mammina tahu Giovanni kahwin lain. Tapi last last mammina tahu juga. Sejak dari tu lah Giovanni layan Hunter kasar." Jelas Franky. Lily mengangguk.

"Jom balik rumah. Esok kita pergi Rom." Lily mengerutkan dahi.

"Rom?" Soal Lily.

"Yes, Rome. Capital of Italy. Mama tinggal situ."

"Laaa tadi kan kita landing dekat sana? Kenapa tak pergi rumah mama terus? Dahla Rom dengan Lucca ni jauh." Bebel Lily. Franky tersenyum kecil.

"Sebab aku nak bawa kau jalan jalan sini dulu. Kenal tempat lahir aku lepastu kita pergi Rom and then balik Malay. How?" Soal Franky. Lily tersenyum dan mengangguk.

"Saya lapar." Seperti biasa, Lily selalu kelaparan meskipun mereka sudah makan sebelum datang ke sini.

"Jom balik, mandi apa semua lepastu kita makan." Ujar Franky sambil menarik tangan Lily. Gadis itu mengangguk teruja.

***

"Do you have allergies on seafood?" Soal Franky sambil memandu memasuki sebuah restoran makanan laut. Dah sampai baru tanya.

Lily menggeleng. Dia tidak mempunyai masalah untuk makan makanan laut dan makanan laut juga merupakan salah satu kegemarannya.

"Okay. Let's eat it." Franky melangkah keluar begitu juga dengan Lily. Mata gadis itu melihat tulisan berwarna biru neon sebagai papan tanda.

La Griglia Del Mare

"Sini halal ke?" Bisik Lily perlahan sambil memandang sekeliling. Franky tergelak kecil dan mengangguk.

"Little girl, aku tak gila lagi tau nak bawa kau makan tempat haram. This restaurant served sea food without alcohol and meat so this is included them in one of the halal restaurant in Lucca." Jelas Franky. Lily mengangguk perlahan.

Mereka mula makan makanan laut itu apabila hidangan yang dipesan tiba.

"Sedapnya!" Lily menggigil teruja dan memejam matanya. Franky tersenyum nipis.

"It is." Jawabnya mudah. Hidangan Fritto Misto disuap ke dalam mulut sambil melihat Lily yang mempunyai selera yang tinggi.

"Lepasni nak pergi mana?" Soal Franky. Lily mengangkat bahu.

"Saya tak pernah datang sini jadi awak bawa lah saya pergi mana mana pun, saya okey." Ujar Lily. Franky hanya diam sambil memikirkan ke mana tempat yang seharusnya mereka pergi.

Lucca adalah bandar kuno jadi sudah tentulah terdapat pelbagai tempat menarik untuk dikunjungi seperti Piazza dell Anfiteatro, Orto Botanico Comunale, Guinigi Tower dan banyak lagi.

Tapi semuanya dia dah pergi bersendirian dulu.

Wait. Bibir Franky tersenyum lebar.

"Alright, I've got an idea. After this we'll go to somewhere." Franky tersenyum. Lily menayangkan wajah keliru.

"Just eat. Don't look at me like that." Makannya disuap ke dalam mulut gadis itu. Tergoda dia melihat wajah comel itu yang blur.

Bini siapa lah ni.

***

"Lucca Summer Festival?"

Lily membaca tulisan di banner yang terdapat pada kawasan yang Franky bawa dia sekarang. Franky mengangguk.

"Welcome to Piazza Napoleone. Let's go there." Kedengaran konsert nyanyian dari jauh. Terus Lily tercengang melihat salah seorang artis kegemarannya sedang menyanyikan lagu.

"Awak itu John Legend!" Jerit Lily teruja sambil kakinya berlari ke arah penyanyi itu. Franky menggeleng dan memaut pinggang Lily yang berlari lari anak ke pentas itu.

Kalau dilepaskan mahu hilang budak pendek ni tengah tengah orang ramai tu.

Lily terpegun melihat artis yang diminatinya nenyanyikan lagu Minefields. Baru je dengar bulan lepas. Hehe. Tetapi penyanyi wanitanya diganti dengan orang lain yang lebih kurang hebat suaranya sama seperti penyanyi asal lagu itu bersama John Legend, Fouzia.

These minefields that I walk through
Ooh what I risk to be close to you
These minefields keeping me from you
Ooh What I risk to be close to you.

Terasa erat tangan Franky menggenggam tangannya. Terus dia memandang mata amethyst yang turut merenung dirinya.

"We're close enough. Whatever risk comes ahead, promise me don't do something stupid, little girl." Ujar Franky.

I didn't notice what I lost
Until all the lights were off
And not knowing what you're up to tortured me

Now this might be a mistake
We're broken in so many ways
But I piece us back together slowly

"I promise." Lily melakarkan senyum manis pada Franky sambil mencium tangan lelaki itu yang bertaut erat dengan tangannya. Kemudian mata kembali memandang ke pentas.

Hampir dua jam menyaksikan pelbagai persembahan dari ramai artis popular, mereka mula mengelilingi Piazza Napoleone itu.

"Awak, cantiknya."

"Aku bukan perempuan untuk kau panggil cantik." Selar Franky. Lily menepuk dahi.

"Bukan awak lah. Tu, rumah tu cantik."  Lily menunjuk ke arah kiri dimana terdapat satu bangunan indah dan megah.

"Kepala hotak dia rumah. That's Ducale Castle. Beautiful is it? With the front of fauna. Dekat depan tu pula patung Maria Luisa. I don't know much about that statue sebab aku malas nak ambik tahu benda benda macamni." Franky menjongketkan bahunya seketika. Lily tergelak dan mengangguk setuju.

But this place located in Lucca is beautiful.

"Nak pergi lawat tempat lain tak di sekitar dataran ni?" Soal Franky. Risau juga jika Lily kepenatan.

"Tempat apa?" Lily bingung.

"Many. Giglio Theater, Museo Del Risorgimento and Prefettura. Nak pergi?" Soal Franky.

Dan seperti yang dijangka, Lily terus mengangguk dan melompat teruja.

***

"I'm tired." Lily menanggalkan tudung dan terus menghempaskan tubuh di atas katil. Franky mengerutkan dahi.

Siapa yang patut penat lebih ni?

"Jom mandi nak?" Franky naik ke atas katil dan menindih Lily. Kepalanya diletakkan di atas dada Lily dan mata dipejam.

"Esok kita pergi Rom tau. Petang esok." Ujar Franky. Lily mengangguk faham.

Jantung Lily mula berdegup laju apabila tangan Franky mula menjalar ke tubuhnya. Bibir diketap rapat sebelum tubuh Franky ditolak.

"Why?" Soal Franky. Matanya merenung Lily. Gadis itu menggeleng laju.

"S.. saya tak sedia." Hampir tidak kedengaran suara Lily. Air matanya mula bergenang memikirkan dosanya kerana menafikan hak Franky atas dirinya.

"Kotornya otak kau. Aku bukan nak buat apa, nak tidur je. Just let me sleep, aku pun penat lagi jalan jalan tadi." Franky kembali menindih Lily dan mata dipejam. Tubuh kecil Lily dipeluk erat. Selesa.

Tidak lama kemudian, dengkuran halus kedengaran. Lily tersenyum nipis dan rambut perang Franky diusap. Baby besar.

Matanya turut dipejam.

I'm sorry I can't give you what you need as a husband of me.

***

Kalau capai 60 votes kita double update malam ni

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro