CAPITOLO SEDICI 🎯

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Victoria memandang rumah mewah dan besar itu. Best betul isteri Franky, tak kena kerja pun dapat hidup mewah.

Tangannya mula menekan loceng dan tidak lama kemudian pagar automatik itu terbuka.

"Cik, cari siapa ya?" Soal Lily ramah sambil melangkah keluar dengan tudung sarungnya. Jangan cakap cari Franky sudah! Tadi baru suaminya itu pergi ke pejabat. Dia pun tak tahu pejabat Franky dimana.

"Signore Franzelx tak bagitahu awak?" Soal Victoria pelik. Lily menggeleng kecil. Victoria tersenyum.

"He asked me to be his cutie wife babysitter. Saya Victoria, saya akan temankan Signora Lily. Dia macam.. Maid la." Jelas Victoria. Lily mengangguk perlahan.

Mesti Franky taknak dia sunyi kan. Pandai Franky cari orang, gadis ini nampak sangat ramah.

"Oh, okay. Jom masuk." Pelawa Lily bersama senyuman manis. Victoria turut tersenyum dan mengangguk.

Setibanya di dalam rumah, mulut Victoria melopong. Kalah istana rumah ni. Dengan susur atur perabot yang elegan disertai hiasan simple tetapi menunjukkan ciri ciri golongan bangsawan dan aristokrat yang mewah.

"Awak tak nampak macam orang melayu pun." Ujar Lily sambil memandang wajah Victoria. Gadis yang agak tinggi dengan wajah jelita dan cantik. Sama macam Quinn Davieka yang jelita.

Dia je yang pendek dan hodoh. Hm.

"Haah. I'm not Malay. But saya pernah duduk sini dulu, sebab tu fasih bahasa melayu. I lived in France."

"Sama macam Skyler." Ujar Lily teruja.

"Skyler yang bawa saya datang Malaysia." Jelas Victoria. Lily mengangguk bagaikan burung belatuk. Victoria tergelak kecil.

"You're so cute."

***

"Kau percayakan perempuan tu?"

"Aku tengok dia dah better lah. Lagipun kesianlah dekat dia. Dia nak cari duit lebih so why not?" Soal Franky sambil mengangkat bahu.

"Suka hati kaulah. Apa apa jadi jangan cakap aku tak bagi warning." Hunter kembali memandang komputer ribanya.

Franky hanya diam.

"Dia jahat sangat ke?" Soal Franky mula was was. Hunter menjongket bahu dengan wajah tidak tahu.

Kemudian Franky memandang pula Skyler.

"Don't ask me. I'm not his brother."

"Tapi dia kawan kau."

Skyler terdiam mendengar perkataan kawan dari mulut Franky. Kawan? Dia cuma tolong Victoria atas rasa simpati. Dan gadis itu tidak pernah dianggap sebagai kawan olehnya.

"Entah." Akhirnya hanya itu yang keluar dari mulut Skyler. Dia pun mana kenal sangat si Victoria tu.

"Seriuslah. Dia suka makan benda berminyak tak? Ataupun suka benda yang terlampau manis?" Soal Franky. Serentak dua jejaka itu mengerutkan dahi.

"Banyak banyak benda, itu yang kau nak tahu?" Soal Hunter.

"Mestilah. Macamana kalau si Victoria tu hasut bini aku supaya banyakkan makan benda benda macamtu? Kalau bini aku kena diabetes ke, kolesterol ke siapa susah? Aku juga." Bebel Franky.

"Kau diam je lah Franky." Skyler bernada dingin.

***

"Lily suka masak. Tapi tulah, Tuan Franzelx tu susah nak makan. Dia tak makan benda pelik pelik." Lily berceloteh sambil memasukkan garam ke dalam kuah kari ikan.

Victoria mengerutkan dahi. Tuan Franzelx? Why is she call her husband like that?

"Oh. Biasalah, orang kaya mana makan macam kita kita ni." Victoria tergelak. Lily turut tergelak. Ya tak ya juga eh.

"Sedap tak?" Soal Lily apabila Victoria mengambil sedikit kuah dan dirasa. Victoria mengangkat kedua dua keningnya.

"Lily, sedapnya!" Ujar gadis itu teruja. Lily melompat kecil dengan wajah gembira.

"I want to taste it too."

Satu suara garau hampir membuatkan jantung kedua dua gadis itu luruh. Terus mereka berdua berpaling dan melihat Franky yang baru pulang dari pejabat.

"Eh, awak." Tangan Franky dicapai oleh Lily dan dicium lembut.

"Kau boleh balik." Ujar Franky. Victoria mengangguk.

"Eh, nantilah dulu. Makanlah sekali dengan kami." Ujar Lily sambil memandang Victoria. Franky memberi isyarat mata kepada Victoria agar gadis itu menolak.

"Err, saya ada hal lah Lily. Lagipun waktu kerja saya dah habis dah ni. Tak apa, Lily simpan sikit untuk saya, esok saya datang sini kita makan." Ujar Victoria. Lily mengangguk perlahan dengan wajah muram.

Tapi dia kena faham yang semestinya Victoria juga mempunyai hal lain yang perlu diuruskan.

"Saya balik dulu, signore signora." Tunduk Victoria dan gadis itu terus melangkah keluar.

"Awak tunggu jap saya hidangkan lauk. Harini saya masak special untuk awak tau." Ujar Lily sambil tersenyum. Kemudian gadis itu mula lincah menyediakan makanan buat si suami. Franky hanya memerhati gadis berambut panjang itu.

Inilah sebab wanita diwajibkan berhijab. Rambut milik Lily sangat menggoda dan ditambah dengan tubuh pendek dan kecil serta wajah yang comel gadis itu.

Perfect.

"Dah siap. Jom duduk." Tangan Franky ditarik dan lelaki itu hanya akur. Tangan Lily mencedokkan nasi dan lauk diletakkan di atas pinggan. Kemudian dia menggaul nasi dan suapan dihala di mulut Franky.

"Suap suami ni sunnah nabi tau. Tapi kalau awak tak selesa saya suapkan, awak bagitahu tau." Ujar Lily sambil menyuap nasi ke dalam mulut Franky. Lelaki itu hanya mengunyah dan menelan.

"Sedap?" Soal Lily. Franky tersenyum kecil dan mengangguk. Pipi Lily dicubit.

"Terima kasih sebab suruh Victoria teman saya. She's so nice." Kata Lily sebelum satu lagi suapan masuk ke dalam mulut Franky.

"Awak okey ke? Diam je." Lily mula perasan lelaki ini tidak banyak bercakap seperti selalu. Franky meraup wajah dan mendekatkan badannya dengan badan si isteri.

"Come." Leher Lily dipaut dan ciuman dihadiahkan di bibir gadis itu sekilas. Lily terkedu.

"Done." Bibir Franky tersenyum lebar apabila dia dapat mencium Lily. Walaupun sekejap.

"I love to kiss you. No no, I don't love but I need to kiss you. Yes, I need your lips on mine." Jelas Franky. Dari tadi dia menahan rasa untuk mencium Lily tetapi mulut gadis itu yang tidak berhenti berbunyi membuatkan dia tidak dapat menahan godaan gadis itu lagi.

Pipi Lily mula bertukar menjadi tomato.

"Awak ni." Suapan diteruskan sehingga licin satu pinggan.

"I'm totally gonna be fat." Franky terus bangun dan mencuci mulutnya. Lily mengerutkan dahi.

Setakat makan satu pinggan nasi tak gemuklah! Mengada je.

"Kau nak pergi Itali tak?" Soal Franky sambil melihat Lily mengemas dan menyimpan makanan.

"Buat apa?" Soal Lily pelik.

"Pujuk mama. Aku tak boleh la, aku..."

"Okay." Putus Lily. Franky terdiam seketika.

"Serius?" Soal lelaki itu. Lily mengangguk dan tersenyum.

"Saya pun nak jumpa mama. Saya taknak dia marah awak sebab saya." Ujar Lily perlahan.

"We didn't fight because of you." Lily tiada kaitan dalam pergaduhannya bersama ibunya. Mama dia marahkan dia kerana dia menukar agama tanpa berbincang dulu dengan Federica, bukan sebab Lily.

Tapi gadis ini risau melebih pula.

"Minggu depan aku apply cuti and then we go to Italy. Sambil sambil tu boleh honeymoon." Kenyitan mata diberi pada si isteri.

Lily tersenyum comel.

"Okay." Jawabnya. Franky mencium dahi Lily dan melangkah naik ke bilik mereka.

Serta merta senyuman Lily mati.

"Honeymoon..." Keluhan dilepaskan.

***

Lily mula terjaga apabila bunyi hujan kuat dari luar. Terus matanya digosok dan jam dilihat.

2.56 am

Terus dia memandang Franky yang nyenyak sambil memeluknya itu. Nafas dihela perlahan dan bibir Franky dicium lembut.

Tangan Franky dipinggangnya dialih dan dia mula turun dari katil. Kaki berjalan ke tingkat bawah dan langsir dibuka. Mata memerhati hujan yang turun dengan sangat lebat disertai guruh.

Satu idea gila mula timbul dalam kepala Lily terus dia membuka pintu dan berlari keluar. Tangan dihala pada air hujan.

Sejuk nak mati.

"Tapi lama tak main hujan." Mata Lily mula bersinar melihat titisan hujan yang seolah olah menggamit dirinya bermain bersama si hujan. Lily terus sahaja berlari ke tengah lama pada pukul 3 pagi itu dan dia melompat teruja apabila dapat bermain hujan.

"Sejuknya." Lily melihat tangannya yang mula kecut namun tidak dipedulikan. Dia terus bermain air hujan bersendirian.

***

Franky membuka mata sebaik sahaja terasa katil kosong. Dia memandang ke sisi dan melihat Lily yang tiada di situ.

"Little girl?" Franky menguap kecil dan mula duduk. Dahinya berkerut apabila gadis itu tiada pada pagi pagi buta ni.

"Fuck, little girl?!" Panik mula menguasai diri apabila Lily benar benar tiada di dalam bilik mereka. Terus dia keluar dari bilik dan mencari di sekeliling rumah.

"Tak lawak lah budak kau main hilang hilang masa ni." Bebel Franky sendirian. Kemudian dia terdengar tawa kecil dari luar. Kakinya berjalan keluar dan mulutnya ternganga.

"Little girl?!"

***

Kepala Lily tertoleh apabila mendengar jeritan Franky. Katak yang berada di atas tangannya diletakkan di atas rumput sebelum dia berjalan dengan riang ke arah Franky.

"Jom jom jom! Kita main hujan!" Ajak Lily dengan nada ceria. Matanya bersinar dan wajah comel diberikan pada Franky.

"No. Kau gila ke? Mari sini." Tubuh Lily dipeluk dan tangan gadis itu digenggam bagi mengalirkan sedikit haba pada tubuh sejuk Lily.

"Saya nak mandi." Lily berkata perlahan.

"Yes but not now! Tengok ni tangan kau kecut. Tu bibir tu dah biru dah tu." Bebel Franky tegas. Mata Lily mula berkaca

"Tapi saya nak main hujan."

Esakan kecil mula terlepas. Franky meraup wajah.

"But no. Sekarang ni pagi, little girl. Tiga pagi. Takkan kau nak main hujan? Nanti sakit tau. Nak sakit?" Soal Franky. Lily pantas menggeleng dan menyapu air matanya. Bibirnya diketap menahan tangis.

"Okay." Jawab gadis itu perlahan. Franky merenung wajah si isteri yang sedang menahan sebak. Apa yang dia sedih sangat tu pun tak tahulah.

Sedih sebab tak dapat main hujan? Pukul 3 pagi?

"Little girl, aku bukan tak bagi tapi sekarang ni sejuk sangat." Pujuk Franky apabila gadis terdengar tangisan Lily yang perlahan.

"Tak ada apa apalah. Saya okey je." Lily mengesat lagi air mata yang mengalir sebelum tersenyum.

"Pergi mandi, tukar baju." Kepala Lily digosok perlahan sebelum bibirnya singgah di dahi Lily. Kaki melangkah naik ke bilik mereka meninggalkan Lily di ruang tamu.

Lily berjalan ke tingkap dan mata merenung hujan di luar rumah. Matanya kembali berair.

Dia tak kisah pun mandi dan kesejukan dalam hujan, kerana di kampung dulu mana ada pemanas air. Dia perlu mandi dengan air sejuk pada jam 5 pagi untuk ke sekolah. Dia mandi awal sebab dia pergi sekolah dulu dengan basikal. Sekolah pula agak jauh.

Kadang kadang, jam 4 pagi pun dia mandi juga walaupun air tu sejuk tahap air batu.

"Jom."

Terus kepala Lily tertoleh apabila tangannya digenggam lembut. Berkerut dahinya memandang Franky.

"Pergi mana?" Soal gadis itu bingung.

"Main hujan." Jawab Franky. Lily membulatkan mata dengan senyuman lebar.

"Betul?" Soal gadis itu teruja. Franky tersenyum nipis dan mengangguk. Terus mereka berjalan keluar dari rumah kembali. Lily terus berpusing di dalam hujan dan tergelak.

Franky yang turut lencun dengan hujan itu hanya memerhati Lily.

Why she's so happy playing with the rain? Pelik betul budak ni.

"Haacum!" Franky terbersin kecil sebelum dia memandang tangannya yang mula timbul bintik bintik merah.

"Awak jomlah main sini! Tadi saya ambik katak tau." Lily melangkah ke arah Franky yang hanya diam. Franky tersenyum kecil dan hanya menurut perangai gila Lily.

"Tu, katak. Comel kan?" Soal Lily sambil tersenyum lebar. Franky mengangguk.

"Macam kau." Jawab jejaka itu ringkas. Terus tawanya keluar apabila Lily menampar lembut bahunya.

"Jahat tau!" Cebik gadis itu. Franky menjelirkan lidah dan tergelak senang.

"Haacum!" Kali kedua Franky bersin. Lily terus memandang Franky.

"Awak okey tak ni? Awak, dahla jom kita masuk dalam rumah. Nanti awak sakit pula." Perasaan risau mula timbul dalam diri Lily.

Kemudian matanya membulat melihat tangan Franky dan leher jejaka itu yang mula timbul ruam merah.

"Tuan Franzelx jom masuk." Tangan Franky ditarik masuk ke dalam rumah.

"It's nothing lah. Gelabah je kau ni." Franky berkata sebelum tiba tiba pandangannya menjadi kelam.

***

"That's not your fault. Stop crying." Pujuk Franky apabila Lily tidak habis habis menangis dari tadi apabila gadis itu mendapat tahu bahawa dia alergi dengan hujan.

"Tapi saya yang ajak awak mandi hujan. Saya minta maaf, saya tak tahu." Esakan Lily mula terlepas lagi.

"Apa ke gilanya mandi hujan pukul 3 pagi? Babun ni tak boleh kena air hujan banyak sangat! Mengada ngada nak mandi hujan bagai. Acah acah nak jadi bollywood ke apa."  Kutuk Hunter geram kepada Lily. Franky mengeluh. Ini lagi satu sebabnya isteri dia menangis tak berhenti.

Semakin laju air mata Lily apabila dirinya kena marah dengan Hunter.

"Davieka you bawa dia keluar jap." Ujar Franky. Quinn Davieka mengangguk dan menarik si suami yang mulut tiada insurans itu keluar dari bilik Franky.

"Kau mari sini." Tubuh Lily ditarik naik ke atas katil dan duduk di tepinya. Air mata gadis itu yang mengalir sederas air paip dilap.

"Yang kau menangis macam aku dah mati ni kenapa? Alergik ni esok lusa okey lah. Biasalah, semua orang ada alergi kan."

Lily menggeleng.

"Tapi awak kena alergi sebab saya. Kalau saya tak buat perangai mengada semalam mesti awak okey je. Sumpah demi Allah saya tak niat pun nak buat awak sakit saya cuma.."

Lily terdiam apabila bibirnya dikunci dengan tindihan dari bibir Franky. Automatik tangannya naik merangkul leher Franky dan tangan jejaka itu berada di pinggangnya. Mata terpejam rapat.

Kemudian dia memandang jejaka itu apabila Franky melepaskan tautan bibir mereka.

"Nak cakap lagi?" Soal Franky sambil menyapu sisa air mata kering di wajah Lily. Lily masih terdiam dengan tangan yang masih memeluk leher Franky.

"Such a cry baby." Ejek Franky apabila Lily sudah berhenti menangis namun sisa esakan masih berbunyi.

"Saya takut apa apa jadi dekat awak je." Lily bernada perlahan sambil meletakkan wajah di celah leher Franky. Ruam merah sudah semakin hilang. Mungkin esok akan hilang sepenuhnya.

"Saya minta maaf tau." Mata dipejam dia terus menghidu haruman cologne di leher Franky. Menenangkan. Franky tersenyum dan mengusap rambut gadis itu.

Manja. Cengeng. Lembab.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro