CAPITOLO OTTO 🎯

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"He's gonna be okay. You jangan risau."

Franky mula membuka mata apabila bunyi suara bicara menerjah ke deria pendengaran. Kepalanya automatik berpaling ke tepi dan melihat Lily dan Quinn Davieka yang sedang duduk di sofa.

"I'm alive." Franky kembali memejam mata dan menghela nafas lega. Ingatkan dah mati tadi. Lily yang mendengar suara jejaka itu terus menoleh.

"Tuan Franzelx!" Kaki terus melangkah ke arah katil hospital bersama riak teruja. Franky membuka mata dan merenung wajah si gadis yang jelas kelegaan apabila melihatnya.

"Kau lagi." Cebik Franky sambil bangun. Namun dahinya berkerut apabila tangan kanannya tidak boleh digerakkan.

"What the fuck is wrong with my hand?" Soal Franky sambil memandang tangannya.

"Tangan kau lumpuh."

"Lumpuh?!" Jerit Franky sambil memandang si abang yang baru masuk ke dalam wadnya.

"Tapi sekejap je." Sampuk Lily apabila melihat wajah panik milik Franky.

"Spoil betullah pendek ni." Decit Hunter sambil menjeling Lily. Quinn Davieka mengutil bahu suaminya. Terjerit kecil Hunter.

Franky kembali bersandar ke katil. Nafas lega dihela dan dia memandang tangannya yang berbalut itu. Wuish, masa dia gigit tadi tak sakit pun tapi damagenya sampai macamni sekali?

"Lepasni balik KL. Dapatkan rawatan dekat sana. Dekat sini mana ada hospital pakar." Ujar Hunter berbaur arahan. Franky memandang Hunter sebelum pandangannya jatuh pada Lily yang berada di hadapannya.

"It's okay. Saya boleh jaga diri." Ujar Lily sambil tersenyum manis.

"No." Franky bernada perlahan. Hampir berbisik. Dia takkan tinggalkan Lily di kampung ini. Lagi lagi dengan keberadaan Luke yang entah di mana.

Tapi dia tak boleh jaga gadis itu juga dalam masa terdekat ini kerana tangannya pasti memerlukan masa yang agak lama untuk sembuh.

"Keluar jap." Halau Hunter sambil memandang Lily dengan dingin. Lily terkebil kebil bingung sebelum lengannya ditarik lembut oleh Quinn Davieka untuk berlalu keluar.

"Luke masih disini. Aku tak boleh tinggalkan dia dengan atuk." Luah Franky sebaik sahaja dua gadis itu keluar. Hunter menyilangkan tangan ke dada dan menghela nafas.

"Kau sayang Lily?"

Franky terdiam.

"Kalau kau sendiri ego melangit macamni, baik kau biar je Lily tu kahwin dengan Luke. Dia selamat, kau pun selamat."

"Aku tak tahu! Aku tak tahu.. Dengan perasaan aku sendiri." Bisik Franky sambil bersandar di kepala katil. Hunter meraup wajah.

"Sampai tahap ni kau tak yakin? Eh bodoh kau sedar tak apa yang kau dah buat untuk dia? Kau sara hidup dia, kau sanggup duduk dekat kampung ni walaupun kau tak selesa, you risk your own life for her, sampai tangan kau jadi macamtu because of her then what the fuck is that? Bukan cinta? Bukan sayang? " bebel Hunter.

Franky memandang tangannya yang berbalut.

"Susah tahu tak nak jaga Lily dalam kampung yang terputus dari dunia luar ni. Nak tak nak kita kena bawa mereka ke KL and aku yakin si pendek tu takkan nak kau bawa dia ke KL lagi lagi dengan status korang yang tak ada apa apa ikatan. We need to bring them to KL."

"Tapi.."

"Fikirlah sikit. Dekat KL tu ada company kita. Apa? Dia ingat dia puteri sampai kau nak abaikan kerja demi nak jaga dia? Kau nak ranapkan bisnes D'Ezekiel semata mata demi si pendek tu? Perempuan yang kau sendiri pun tak tahu apa perasaan kau pada dia?" Potong Hunter. Franky menggigit bibir.

***

Lily tersenyum apabila melihat kelibat Quinn Davieka yang siap membeli air untuk mereka. Puas ditolak namun wanita hamil itu tetap berdegil untuk membelikannya air.

"You jangan terasa hati tau? Hunter tu bukan benci you, dia memang jenis baran dengan semua orang." Ujar Quinn Davieka separa memujuk. Lily menggeleng laju.

"Eh tak adalah. Lily okey je." Senyum pahit diukir. Mindanya tiba tiba terimbas kembali perbualan Hunter dan Franky.

Dia menyusahkan Franky.

Quinn Davieka melihat wajah Lily yang muram. Semestinya gadis itu terasa hati dengan Hunter kerana suaminya seolah olah mempertikaikan Lily sebagai beban untuk dijaga oleh Franky.

Nak kena cili betul mulut suaminya itu.

"Ika, Lily nak minta tolong boleh?" Soal Lily sambil menyedut air di dalam bekas. Quinn Davieka menjongket kening.

"Tolong pujuk Franky balik KL?"

Quinn Davieka mengeluh.

"You terasa dengan Hunter?"

"Eh, tak. Tak langsung. Lily cuma fikir, apa yang Hunter cakap tu betul sebenarnya. Kesianlah dekat Hunter kena urus pejabat tanpa Franky. Franky pula duduk sini sebab nak jaga Lily." Ujar gadis itu jujur.

"I adalah. You lupa ke? I pun pernah handle syarikat and I boleh gantikan tempat Franky. You jangan risau." Pujuk Quinn Davieka.

Lily merenung wanita jelita itu. Baik dan kaya. Untung Davieka. Dirinya? Dahla pendek, miskin pula tu.

"Mana boleh. Ika kan pregnant." Jawab Lily sambil menggeleng. Semestinya Hunter tidak akan bagi isterinya bekerja semasa hamil.

"Tak apa, Ika cuba je pujuk Franky. Lily dengan atuk InsyaAllah akan selamat di sini." Bibir Lily tersenyum.

***

"Awak dah okey ke?" Soal Lily sambil menguak pintu wad. Mata memandang Franky yang sedang berdiri di tepi tingkap.

"Kau rasa?" Soal jejaka itu sinis. Lily mencebik. Tanya je pun. Kemudian dia mengerutkan dahi dan melangkah ke arah makanan.

"Kenapa tak makan?" Mata Lily memandah tray makanan hospital yang masih tidak bersentuh. Franky turut memandang makanan itu sebelum kepala digeleng.

"Aku tak lapar." Jawabnya dingin. Lily mengerutkan dahi sebelum tangan disilangkan ke dada.

"Awak tak boleh macamni tau, tak makan seharian lepastu minum air je. Kalau makan pun makan sikit je. Ye, saya tahu awak nak jaga badan tapi..."

"Siapa pula cakap aku nak jaga makan? Aku memang tak lapar. Bisinglah kau ni." Potong Franky sambil merenung gadis itu tajam.

"Saya masak untuk awak lepastu saya bawa makanan tu kesini, awak makan okey?" Soal Lily cuba bertoleransi.

Franky terdiam dan menjongket kening.

"Betul?"

"Betul. Tapi awak kena makan!" Mata kecilkan tanda mengugut. Franky menahan tawa. Dah kalau mata tu bulat dan besar kecilkan macamana sekalipun still nampak comel.

Screw your mind, Franzelx!

"Okay fine." Jawab jejaka itu dengan nada angkuh sebelum dia kembali memandang ke tingkap. Lily tersenyum nipis.

Mata Lily memandang tangan Franky yang berbalut.

"Sakit sangat ke tangan awak?" Soal Lily dengan nada serba salah. Franky mengeluh perlahan apabila Lily menganggap dia seperti sedang sakit kanser terminal.

"This is nothing, little girl. I'm alive, right? And that's.. Enough." Jawab Franky. Lily menggemam bibir.

"Mana boleh diam je. Awak sakit tu sebab saya, takkan saya nak buat buat tak bersalah?" Lily menunduk. Franky menjulingkan mata ke atas. Kakinya mula melangkah ke arah Lily dan dagu gadis itu diangkat.

"Jangan sentuh lah! Awak ni dari haritu tak habis habis sentuh saya." Marah Lily sambil menepis tangan kiri Franky di dagunya. Kang dua dua tangan sakit ni karang.

Franky tergelak kecil.

"Okay fine." Akhirnya dia mengalah.

"I'm fine. Sakit tangan ni, just a bit. What's more important is..." Mata amethyst itu memanah mata coklat dengan renungan yang sukar ditafsirkan.

"Your safety, my little girl."

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro