CAPITOLO SETTE 🎯

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"Where's Luke?" Hunter bersandar pada dinding kayu itu. Rahangnya terketap rapat mengenangkan Luke yang telah membuat isterinya cedera.

Jika dia dapat Luke, sudah pasti akan dibelasah Luke sehingga dia puas.

"I'm searching for his location tapi susahla sebab dekat sini tak ada internet. It's fucking annoyed me bila aku tak dapat buat apa apa di kampung ni." Bebel Skyler.

"Kita perlu balik KL. Company pun tak boleh tinggal lama."

"Tapi aku tak boleh tinggal Lily sendirian di kampung ni. Luke might still here and hurt her." Sampuk Franky.

"Tak apa kalau macamtu I duduk dekat sini jagakan Lily."

"Hell the fuck no! Kau ingat aku akan biarkan kau disini dengan keadaan kau yang tengah mengandung tu?" Soal Hunter sambil memandang si isteri yang menyuarakan pandangan tidak masuk akal. Picit kang baru tahu.

"Kita bawa Lily ke KL." Cadang Skyler.

"Tapi nanti siapa nak jaga atuk?" Soal Lily. Franky memandang gadis yang sedang duduk di tepinya itu. Comel.

"Kita bawalah atuk sekali ke KL." Sekali lagi Quinn Davieka menyuarakan pandangan tidak masuk akal.

"Atuk mana nak duduk di KL tu. Lagipun dia kena mengajar budak budak mengaji di sini." Ujar Lily. Kemudian dia menoleh apabila terasa pandangan Franky melekat di wajahnya.

Memerah pipinya apabila mata amethyst itu merenung wajahnya. Terus Lily mengalihkan pandangan ke arah lain.

"Biar aku stay sini." Putus Franky. Mereka semua saling berpandangan.

"Awak boleh ke duduk sini?" Risau pula Lily dengan jejaka bandar ini. Di kampung ini bukannya selesa sangat untuk Franky ni.

"Okay. Kau duduk sini." Ujar Hunter. Franky mengangguk.

***

"Awak okey ke duduk di kampung ni?" Soal Lily sambil merenung Franky yang sedang menonton TV itu. Sejak berada di kampung yang tiada akses internet ini, hanya TV sahaja yang menjadi penyelamat kebosanan jejaka itali ini.

"Little girl, aku takkan mati disini." Ujar Franky dengan riak menyampah apabila gadis itu seolah olah menganggapnya mati hidup dalam kemiskinan. Lily tersengih dan duduk di sebelah Franky.

"Kenapa awak panggil saya little girl?"

"Sebab kau pendek dan selalu kacau aku! Jangan kacau aku boleh tak? Pergi duduk diam diam sana!" Halau Franky dengan wajah garang. Dahla dia berdua sahaja dengan Lily di dalam rumah ni. Lily pula mendekatinya, mana tak tergoda dirinya dengan gadis ini? Haih.

Lily mencebik. Selalu nak marah orang. Cakap lembut lembut tak boleh ke?

"Assalamualaikum."

"Waalaikumussalam, atuk!! Atuk dah balik?" Soal Lily teruja. Awal pula atuknya balik mengajar orang mengaji. Biasanya nak maghrib baru balik.

"Haah. Atuk tak sedap badan sangat harini. Mana semua orang?" Soal Atuk sambil memandang sekeliling.

"Diorang dah balik KL." Jawab Lily. Terus berubah wajah atuk.

"Jadi kamu duduk berdua duaan dalam rumah ni?"

Franky menoleh dan bangun kakinya melangkah ke pintu.

"Mereka baru je balik, tuk." Jelas Franky. Sedikit kelegaan terpancar di wajah atuk sebelum dia naik ke dalam rumah.

"Betul ke apa yang atuk dengar, Franky? Kamu bergaduh dengan abang angkat Lily?" Soal Atuk.

"T.. Tak.."

"Sampai masuk hospital Luke tu. Semua orang kampung dah bercakap cakap. Kata kamu dengan puak puak abang kamu belasah Luke."

Franky menelan air liur dan menggosok lehernya. Macamana nak cakap eh?

"Saya cuma taknak Lily jatuh ke tangan orang yang salah, tuk. Luke tu penipu dan saya taknak cucu atuk ni kahwin dan merana dengan lelaki tu." Terang jejaka itali itu.

"Tapi kenapa perlu bergaduh sampai cederakan dia? Tak apalah. Benda dah jadi. Ni, bahaya kamu berdua duduk berdua macamni. Timbul fitnah nanti."

Lily dan Franky saling berpandangan.

"Err, atuk masuk rehat dulu nanti Lily buatkan makanan. Tadi atuk cakap atuk tak sedap badan kan?" Soal Lily sambil membawa atuk ke dalam bilik. Franky mencebik.

"I kissed her already tho." Franky tersenyum nakal mengingatkan tindakan berani mati darinya iaitu mencium Lily. Nasib baik tak histeria budak tu kena cium.

***

"Awak nak kahwin dengan saya tak?" Soal Lily sambil memandang Franky. Mata bulatnya memandang Franky sambil tersenyum manis.

"Kau dah kenapa tanya soalan macamtu dekat aku?" Soal Franky jelek. Kakinya mula berjalan ke dalam semak samun di hadapannya.

Atau lebih tepat, kebun.

"Sebab awakkan nak jaga saya. So kena lah kahwin dengan saya." Lily mencabut sebiji pisang dan kembali melangkah ke arah jejaka itu.

"Taknak." Jawab Franky sambil menyepak daun daun kering yang luruh dengan kakinya yang memakai kasut boot.

"Kalau taknak kahwin dengan saya, awak kena balik KL lah. Mana boleh duduk sini dengan saya dekat rumah tu, haram. Atuk marah, Allah lagi marah." Ujar Lily serius. Franky merenung gadis kecil itu. Sangat comel dan naif. Tak semena mena, tangan Franky naik mencubit pipi Lily.

"Hei!" Marah Lily sambil menolak tangan jejaka itu. Suka sangat sentuh dia ni kenapa?!

"Jom cari kambing. Aku lapar." Franky menarik hujung lengan baju Lily.

"Sini mana ada kambing!" Mengarut aje budak bandar ni. Franky hanya membuat muka toya dan terus berjalan ke dalam kebun itu.

"Atuk kau tanam sendiri ke ni?" Soal Franky sambil memandang sekeliling. Lily mengangguk.

"Kadang kadang Lily tolong sekali tapi Lily tak reti menanam. Kalau Lily tanam mesti pokok tu mati." Ujar Lily sayu. Franky tersenyum kecil dan terus berjalan pergi.

Kemudian matanya menangkap sesuatu di sebalik kebun itu. Matanya dikecilkan lalu tangan Lily digenggam.

"Apa pegang pegang ni?!" Lily cuba menarik tanganya namun Franky menggenggam dengan kuat.

"Don't. Fucking. Move."

***

Luke memerhati dua kelibat yang sedang berpegangan tangan itu. Romantik sangat, huh?

Bibirnya tersenyum sambil memandang guni ditangannya. Kemudian dia menunduk sedikit dan isi guni itu dikeluarkan lalu makhluk tanpa kaki itu mula bergerak pergi.

"Yes, go and kill them."

***

Membulat mata Lily memandang ular yang sedang bergerak di kawasan kebun itu. Macamana ular tu boleh ada di sini?!

"Tuan Franzelx." Tangan Lily di dalam genggam Franky mula sejuk. Franky yang menyedari tangan gadis itu mula sejuk melonggarkan genggaman.

"Kau pergi lari I'll settle up this."

Lily tercengang.

"Now, you idiot little girl!" Marah Franky apabila gadis itu masih lembab dalam keadaan sebegini. Lily pantas lari dan ular itu tersedar dengan gerakan pantas Lily lalu mengejar gadis itu.

Franky memijak badan si Cobra dengan kasut bootnya. Tangannya yang tidak bersarung tangan cuba memegang kepala ular namun ular itu menggeliat ganas.

Lily pantas mengeluarkan telefon dan menelefon talian kecemasan.

"Tuan Franzelx jangan sentuh!" Jerit Lily apabila lelaki itu ingin memegang ular dengan tangan yang tidak memakai glove.

"Dahtu kau nak aku biarkan dia gigit kaki aku ke?!" Jerit Franky pula apabila si ular mula menggigit kasutnya.

Lily menggigit bibir dan mengambil plastik kotor di tanah. Kemudian dia berlari ke arah jejaka Itali yang berdegil untuk memegang binatang berbisa itu.

"Girl, no!" Franky menolak Lily yang mendekatinya sehingga gadis itu terjatuh ke tanah. Franky yang terkejut kerana tertolak gadis itu terus berganjak dan ular di bawah kasutnya terlepas.

"No fuck!" Terus tangannya memegang ular yang ingin mara ke arah Lily.

"Argh!"

"Tuan Franzelx!" Jerit Lily sambil membulat matanya memandang Franky. Franky mencampak ular itu ke dalam semak samun dan tangannya yang dipatuk diperhati.

"Tak adalah sakit sangat benda ni." Gumam Franky sambil membelek kesan gigitan di tangan.

"Awak sabar jap nanti pihak kecemasan datang." Ujar Lily sambil matanya mula berkaca. He was bitten by a snake!

"Janganlah nangis. Tak sakitlah benda ni. Kebas je." Ujar Franky sambil menyeka air mata Lily menggunakan tangan yang tidak dipatuk.

Hampir beberapa minit, Franky mula pening lalat. Berkerut dahinya apabila tiba tiba dia terasa pening.

"Tuan Franzelx tahan kejap. Kejap je lagi." Ujar Lily sambil memapah Franky yang mula hendak pitam.

"Ni..effect dia ke?" Soal Franky lembab. Tangannya ditilik. Lily merenung lelaki itu dan mengangguk.

"Tapi awak jangan pejam mata. Sabar kejap. Please." Mata berkacanya merenung mata amethyst itu. Franky hanya diam sebelum peningnya semakin kuat dan dia terasa ingin rebah saat itu juga.

"No no Tuan Franzelx!"

Jeritan Lily kedengaran samar samar di telinga sebelum dunia Franky menjadi gelap dan kelam.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro