CAPITOLO SEI 🎯

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"Awak patut cuba makan dekat sini tau. Sedap je makanan dia tak adalah teruk sangat." Lily cuba mengajak jejaka bandar itu untuk mencuba masakan di gerai biasa. Itulah kalau dari kecil diasuh dengan kemewahan mana dia ingin makan makanan di gerai sebegini.

"Makan je lah bising betul kau ni." Gerutu Franky geram.

"Tapi awak tu dari semalam tak makan apa apa kan? Nanti sakit macamana? Saya tak larat tau nak usung awak pergi hospital." Jawab Lily pula. Kemudian dia menyua garfu yang terlilit maggie goreng kepada Franky.

"Makanlah." Muka comel disua sambil dia mengelipkan mata bulatnya ke arah Franky. Franky merenung wajah comel itu sebelum nafas kasar dihela. Garfu ditangan Lily diambil dan maggie disuap ke dalam mulut.

"Sedap kan?"

"Not bad." Franky berkerut wajah menjeling Lily apabila terasa seperti maggie itu mengandungi minyak yang banyak di dalam mulutnya.

It's okay, Franky. Just this time.

Akhirnya Franky menelan juga maggie itu dan menongkat dagu merenung meja plastik itu. Meja pun tak berkualiti, kerusi pun kerusi plastik, macamana manusia boleh datang makan disini? Franky menggerutu sendiri.

Lily tersenyum nipis. Susah betul bila orang kaya datang ke kampung yang serba kekurangan ini. Tapi yang peliknya, makan pula Franky ni masakan dia walaupun dia cuma masak makanan kampung.

Franky memerhati Lily yang ralit makan makanan itu. Dahla mee tu berminyak. Tak takut kena penyakit ke budak ni? Makan macam dah tiada hari esok.

Air suam di dalam gelas diteguk perlahan. Hanya air itu sahaja yang mampu dia telan. Well, Franky terkenal dengan sifatnya yang tidak suka makan benda benda mengarut yang mampu menempah sebarang penyakit. Sebab tu jika ada makanan yang dia tidak makan maka Skyler lah yang akan menghabiskan makanan miliknya dengan rela hati.

Kecuali masakan Lily. Hehe.

"Dah siap. Pacik!" Lily berlari lari anak ke arah pacik gerai untuk membayar makanannya. Franky menggeleng kecil melihat gelagat keanak anakan Lily. Macamana dia boleh terpikat dengan gadis ini sebenarnya? Perangai sangat sangat menjengkelkan dirinya. Tapi dah hati pilih yang kecil comel ini dia dah tak boleh buat apa.

"Jom. Kita balik. Saya nak tidur." Lily merenung Franky yang tinggi darinya itu.

"What the fuck?! Siapa ajar kau tidur lepas makan benda berminyak ni?!" Terbuntang mata Franky dengan riak tidak percaya. Seriuslah ini gadis yang dia suka? Tapi kenapa badan Lily masih kurus?

Sama macam kakak iparnya dan Skyler. Makan banyak tapi masih kurus. Bela saka!

Lily menarik Franky pergi dari gerai itu dengan laju.

"Hisy awak ni. Janganlah cakap macamtu. Nanti pacik dengar kan kecil pula hati dia. Mana ada berminyak lah. Saya makan okey je." Geram pula Lily dengan lelaki cerewet ini.

Franky merengus dan menolak Lily yang menghalang laluannya dan dia terus masuk ke dalam kereta. Lily turut kalut masuk ke kereta sebelum dirinya ditinggal oleh Franky.

"Jangan tidurlah!" Franky merenung Lily dengan pandangan tajam apabila gadis itu menurunkan kerusi kereta. Pantas dia menegakkan balik kerusi keretanya.

"Jangan tidur. Tak elok tidur lepas makan benda berminyak." Dahi Lily dijentik sebelum dia memulakan pemanduan. Lily mencebik.

***

"Ikaa! Ika okey?" Pantas Lily berlari ke arah Quinn Davieka yang sedang menonton televisyen di atas rumah. Tangan gadis itu yang berbalut diperhati.

"Alhamdulillah tak ada apa apa. Sikit je ni." Jawab wanita itu sambil tersenyum. Lily menghela nafas lega. Nasib baik tak jadi apa apa.

"Ika nak makan apa? Biar Lily masakkan." Ujar gadis itu. Quinn Davieka memikir seketika sebelum dia mengerling Franky yang berada di tangga rumah itu sekilas.

"I nak makan.. Your favourite food. You suka makan apa?"

"Eh Lily dah makan. Lily nak masak untuk Ika lah. Sekali dengan Hunter dan Skyler juga." Ujar Lily.

"Franky?"

Lily terdiam. Nak ke Franky tu makan masakan dia?

"You masak je la apa apa pun. I makan je semua." Ujar Quinn Davieka apabila gadis itu berdiam diri dengan wajah keliru. Comel betul budak ni. Lily mengangguk dan terus melangkah ke dapur.

Quinn Davieka bangun dan menuju ke arah Franky yang sedang bersantai di tangga.

"You lapar?" Soal Quinn Davieka sambil turut duduk di tangga. Franky menoleh dan mengurut dada. Tak boleh ke bagi salam dulu?

"Laparlah juga. Dekat sini tak ada makanan langsung." Ujar Franky sebelum mengunjurkan kakinya.

"Eleh banyak je makanan. You tu yang cerewet sangat bab bab makanan ni." Quinn Davieka mencebik. Hunter juga sama seperti Franky. Tidak makan benda 'mengarut' tetapi Hunter lebih bertoleransi kerana Hunter juga akan makan kadangkala jika dipaksa olehnya. Hehe.

Cheat day.

Tapi Franky memang jika dia tak makan maka dia takkan makan. 

"You kena la belajar jadi seorang penggemar makanan. Kalau tak macamana nak kahwin dengan Lily yang kuat makan tu?"

"Siapa nak kahwin dengan Lily?" Cebik Franky sombong. Kemudian dia terjerit kecil apabila rambutnya ditarik sedikit oleh wanita hamil itu.

"Ego tu tinggi melangit. Haritu siapa yang meroyan nakkan Lily masa dia nak kahwin? Jembalang?" Soal Quinn Davieka sinis.  Franky membetulkan rambutnya.

"Dahla malaslah I layan you." Quinn Davieka sekali lagi menarik rambut Franky sebelum dia melangkah je dapur untuk menjenguk Lily memasak.

Franky yang duduk di tangga itu menghela nafas. Nasib baik kakak ipar kalau tak dah lama kena. Kemudian dia menguis jari kakinya sendiri.

"Ego sangat ke aku ni?" Bisiknya sendirian.

***

Lily mencedokkan nasi ke dalam pinggan Franky dan tersenyum manis memandang jejaka itu. Franky hanya diam membiarkan Lily mengatur sajian untuknya.

"Awak makan ke semua ni? Saya tak tahu nak masak apa untuk awak tapi cuba awak makan dulu. Mana tahu awak suka." Ujar Lily sambil meletakkan lauk di dalam pinggan jejaka itu.

Kemudian dia melihat Franky yang makan tanpa sebarang kata. Suka la tu kut.

"Sedap tak?" Soal Lily. Franky menjeling.

"Tak." Nasi disuapkan ke dalam mulut. Lily tersenyum. Mulut je kata tak. Kemudian dia memandang Quinn Davieka yang sedang disuap makanan oleh Hunter dan Skyler yang turut makan dengan fokus.

"Skyler, awak nak lagi?" Soal Lily sambil menghulurkan ayam berempah kepada Skyler. Jejaka itu angguk dan mengambil dua ketul ayam lalu diletakkan ke dalam pinggan.

"Pandai juga kau masak. Tapi kenapa kau tak makan?" Soal Skyler pelik. Lily tersenyum.

"Sebab saya memang tak makan masakan sendiri. Rasa macam masakan saya tak sedap. Baik saya makan di luar je." Ujar Lily.

"Sedaplah kau masak. Cuba rasa." Skyler sengaja ingin membarakan hati Franky. Nak cari pasal. Haha.

"Cubalah." Sudu dihala pada Lily. Gadis itu teragak agak sebelum membuka mulut. Sudu berisi nasi itu masuk ke dalam mulutnya.

"Sedap kan? Tulah, kau kena cuba makan masakan sendiri."

"Betul betul betul." Quinn Davieka menyampuk sebelum mulutnya disumbat dengan makanan oleh si suami.

Franky bangun dari kerusi dan membawa pinggan ke sinki. Panas pula hatinya duduk di situ melihat kemesraan Lily dan Skyler. Skyler ni memang nak mati lah

"Eh awak dah kenyang ke?" Soal Lily pelik. Tadi dia letak sikit je nasi untuk Franky sebab takut lelaki itu tidak makan masakannya.

"Kenyang." Jawab jejaka itu sepatah sebelum meninggalkan ruang dapur. Skyler tersenyum lebar.

"Nampaknya ada orang merajuk." Ujar Skyler. Lily mengerutkan dahi. Tidak faham.

"You ni jahatlah." Ujar Quinn Davieka kepada Skyler sambil bibirnya turut tersenyum lebar melihat wajah mencuka milik Franky tadi.

Hunter menggeleng sebelum dia mengambil satu pinggan kosong dan diletakkan makanan di dalam pinggan itu.

"Nah, pergi pujuk Franky." Ujar Hunter sambil menghulurkan pinggan itu kepada Lily. Lily mengerutkan dahi.

"Eh kenapa Lily pula?"

"Pergi je la bisinglah kau ni."

Lily hanya akur setelah rasa gerun dengan suami Quinn Davieka itu. Garang betul. Sama je macam adik dia. Dua dua garang. Bezanya, Hunter garang dengan semua orang kecuali isterinya manakala Franky garang dengan Lily je. Dengan semua orang baik pula mamat tu.

"Tuan Franzelx." Lily melabuhkan duduk di sebelah Franky. Jejaka itu menoleh dingin.

"Awak marahkan saya?" Soal Lily. Franky hanya diam tidak menjawab.

"Nah, makanlah sikit. Tadi sikit sangat awak makan. Kesian saya tau penat penat masak untuk awak. Meh saya suap, okey?" Pujuk Lily sambil membuat muka comel. Kemudian dia menyua sudu kepada Franky.

Franky melihat seketika wajah comel milik Lily dan membuka mulut. Lily tersenyum lebar apabila Franky kembali makan akhirnya.

"Nak lagi?" Soal Lily apabila licin makanan di dalam pinggan itu disuap pada Franky. Jejaka itu mengangguk.

Lily tersenyum lebar.

Now she know how to make this italian guy eat a lot of food.

Suap dia. Hehe.

***

Next chap🔒 50 votes

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro