CAPITOLO PRIMO 🎯

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Kaki yang bersarung stokin warna warni diperhati penuh minat sebelum dia melompat kecil apabila kakinya terasa sangat comel.

"Tapi sebelah lagi hilang." Ujar gadis itu sendirian sebelum berwajah muram kembali. Kemudian dia berjalan ke arah almari dan laci almari dibuka. Tangannya mengambil stokin bercorak itik lalu disarung di sebelah lagi kakinya.

"Perfect." Desisnya sebelum mengambil beg galas dan berlalu keluar. Kereta kancil miliknya dibuka dan dia mula pergi dari perkarangan rumah kayu itu.

"Woi woi woii! Nak aku mati ke?!"

"Ibuuuu!!" Jerit Lily sebelum memberhentikan kereta secara mengejut. Terus dia memandang jejaka yang turut merenungnya dengan pandangan tidak percaya.

"Kau kalau nak aku mati awal, cakap! Aku dah agak dah kau ni memang dari dulu berdendam dengan aku. Nasib baik tak terlanggar tadi kalau tak aku akan hantui hidup kau lepas aku mampus." Bebel Franky sambil membuka pintu kereta kancil.

"Tak boleh bukak lah." Ujar lelaki itu sambil nenarik pintu itu dengan kedua dua tangannya. Lily merengus.

"Saya taknak naik kereta dengan awaklah!" Gadis itu menjadi sebal apabila dirinya pula dipersalahkan. Dia dah bawa habis slow dah tadi tahu tak? Franky terdiam sebelum merenung gadis itu.

"Buka sebelum aku pecahkan cermin kereta kecik kau ni." Ugut jejaka itu. Lily membulatkan mata. Tahu tak dia menyimpan duit selama mana demi nak beli kereta kecik ni?

"Satu.. Dua.."

"Okay fine! Kejap lah." Rengus si gadis sambil membuka kunci pintu. Wajahnya cemberut apabila si jejaka sewenang wenangnya masuk ke dalam keretanya.

"Sempitnya sial." Franky menoleh ke belakang dan mengeluh. Kemudian dia memandang gadis kecil ditepinya yang terkelip kelip memandang dia dengan mata bulat milik si gadis.

"Kau tunggu apa lagi, jalanlah!" Marah Franky apabila si gadis tidak lepas merenung wajahnya. Lily tersentak dan mula memandu pergi. Entah ke mana mamat ni nak pergi.

"Awak nak pergi mana?" Soal Lily sambil membelok ke simpang. Franky hanya diam. Sebenarnya dia tidak selesa dengan keadaan kereta ini yang dirasakan agak menyesakkan nafasnya. Dahla sempit, aircond tak berasa, kerusi tak empuk. Apa punya kereta minah ni pakai?

"Awak?"

"Pergi je la mana mana pun. Bisinglah." Jeling si jejaka sambil memandang ke luar tingkap. Lily mencebik. Tahu nak marah je.

Abang dia dah selamat melepas ke KL sana, dia masih sibuk di sini dengan alasan nak tenangkan diri. Eloklah tu, Franky tenangkan diri dengan cara menambah tekanan Lily.

"Saya nak pergi warung hujung kampung ni. Awak nak ikut?" Soal Lily sambil menoleh sekilas dan meneruskan pemanduan.

Franky menghela nafas perlahan dan tidak mempedulikan soalan cerdik gadis itu. Jika dia tidak mahu ikut gadis itu, buat apa dia berada di dalam kereta ini?

Liy mengigit bibir seketika apabila tiada balasan dari Franky. Tak apalah, orang tua tua kata diam tanda setuju, kan? Kereta dipandu ke arah satu gerai makan yang agak simple dengan meja dan kerusi plastik sahaja. Lily melangkah keluar dengan teruja dari kereta kerana rasa lapar.

Franky memandang seluruh gerai itu.

"Are you kidding me? Eating.. Here?" Soal Franky dengan nada tidak percaya sambil memandang gerai itu. Dahla meja hanya berbumbungkan payung dan meja serta kerusi juga di atas tanah. Macam gerai uncle muthu.

Lily menarik lengan Franky yang seperti enggan makan di situ supaya duduk di atas kerusi plastik berwarna hitam itu.

"Pacik, Lily nak macam biasa, mee goreng basah taknak basah dan air teh limau taknak limau!" Jerit Lily. Kemudian dia memandang Franky.

"Awak nak makan apa?"

"No, thanks. What the fuck is all of this. Aku nak balik." Franky bangun untuk melangkah pergi pulang dengan menggunakan kereta kancil Lily namun laungan gadis itu menghentikan langkahnya.

"Jangan guna kereta saya! Minyak dah nak habis nanti saya kena pergi kerja pula dengan kereta tu!"

Franky kembali menoleh dan memandang gadis kecil comel itu.

"Kau kerja?" Soal Franky sambil menarik kerusi kembali dan melabuhkan duduk di atas kerusi. Lily angguk dengan laju sambil matanya bersinar melihat makanan yang dibawa oleh Pacik gerai ke mejanya.

Franky menjeling geli makanan berminyak itu. Apa punya taste ni?

"Mestilah saya kerja. Kalau tak siapa nak tanggung makan minum saya dan atuk saya?"

"Gaji Luke tak cukup ke?" Soal Franky apabila teringat bahawa Lily adalah adik kepada Luke.

Lily tersenyum tawar.

"Saya taknak berharap pada duit abang sangat. Lagipun nanti bila abang dah ada keluarga dia sendiri, mestilah dia takkan ambil tahu pasal kami lagi. Kami kan tak ada kaitan dengan dia." Cerita Lily sambil menyuapkan mee ke dalam mulut.

Franky mengerutkan dahi.

"Maksud kau?"

"Abang Luke kan cuma abang angkat Lily. Dia jaga Lily sebab dia kesiankan kami yang hidup susah ni je. Tapi sampai bila dia nak jaga kami? Sampai dia tua? No. Dia pun akan bina hidup dia lepasni. Jadi Lily nak belajar untuk tidak menyusahkan hidup dia jaga Lily dan atuk." Ujar Lily sambil tersenyum. Franky hanya merenung gadis itu. Baru dia tahu Luke bukan darah daging Lily. Ingatkan adik beradik kandung.

"Nak?" Soal Lily sambil menghulurkan garfu ke arah Franky. Jejaka itali itu hanya menggeleng.

"Kau kerja apa?" Sesi ice breaking diteruskan.

"Saya kerja tukang masak dekat taska je. Masakkan untuk budak budak yang tengah belajar tu." Ujar Lily. Kemudian dia melihat pacik gerai menunjuk ke arah pergelangan tangan. Lily terus melihat jam ditangannya yang sudah pecah sedikit itu.

Maklumlah, dia dah guna jam ni hampir tiga tahun. Tak apa, asalkan boleh tengok jarum jam masih lagi boleh diguna.

"Hahh?! Saya dah lewat. Pacik, Lily dah lewat!" Kalut Lily bangun dan membayar makanan sebelum dia menarik Franky masuk ke dalam kereta.

"Alamak dah lambat, awakla ni ajak saya borak dah tak perasan. Nak kena hantar awak balik lagi lepastu.."

"Tak payah hantar, pergi je tempat kerja kau terus."

Lily terdiam dari kekalutannya dan memandang Franky di tepi.

"Maksudnya?" Soal gadis itu tidak mengerti. Franky mengeluh. Kenapa lah gadis ini sangat lembab?

"Pergi je la kerja tu! Lembab. Aku ikut sekali." Bidas Franky. Membungkam Lily apabila dipanggil lembab sebegitu.

"Tapi saya nak pergi kerja tau, bukan taman tema." Lily memandu kereta kancil comel ke tempat kerja miliknya. Franky hanya diam apabila Lily tiba di kawasan sebuah taska yang agak kecil. Terus Lily keluar tanpa mempedulikan Franky kerana dia sudah lewat. Kasut ditanggalkan dan kaki melangkah masuk ke dalam taska. Franky keluar dari kereta dan membetulkan urat belakangnya. Berkerut dahinya melihat stokin yang dipakai oleh Lily yang tidak sama warna itu.

Seriuslah budak ni

Franky turut menanggalkan kasutnya dan masuk ke dalam taska melalui pintu sama yang Lily masuk tadi. Kelihatan kanak kanak sedang fokus pada cikgu mereka untuk sesi pembelajaran.

Kemudian dia terus menoleh apabila ada pinggan jatuh berkecai di lantai.

"Siapa ni?" Soal seorang gadis dengan riak terkejut sambil melihat wajah Franky. Kacak maut lelaki kacukan ini. Lily yang sedang mula mengupas bawang turut memandang seketika sebelum dia kembali membuat kerja. Nak ikut dia datang kerja sangat, kan?

Franky tersenyum janggal dan melangkah ke arah Lily.

"Janganlah tinggal aku." Ujar Franky berbisik dan dia melihat Lily tangkas menyiapkan segala rencah untuk memasak bagi anak anak taska.

Apabila rimas dengan Franky yang asyik menempel dengannya, Lily menyediakan nasi air untuk Franky.

"Meh sini." Lengan baju jejaka itu ditarik dan dia meletakkan mangkuk nasi air di atas meja.

"Makan ni dulu dan jangan kacau saya. Saya nak masak." Ujar Lily sambil melangkah pergi. Franky terdiam dan memandang mangkuk di hadapannya.

"Kau bawa siapa ni? Kacaknya." Bisik temannya. Lily menoleh dan tersenyum kecil.

"Kawan aku." Ujar Lily. Kemudian dia kembali sibuk menyediakan masakan.

"Kacak sangatlah. Dia dah taken ke?" Soal temannya lagi. Lily menghela nafas.

"Manalah aku tahu, Gie. Tanyalah dia sendiri. Tapi sebelum tanya tu, bersihkan dulu kaca yang kau pecahkan tadi. Tak pasal pasal nanti ada orang terpijak lepastu..."

"Auchh!"

Terus kepala Lily dan Gie tertoleh apabila mendengar jeritan garau itu. Lily melangkah dengan laju ke arah Franky dan melihat kaki jejaka itu yang berdarah walaupun sudah memakai stokin.

"Ya Allah.. Awak duduk kejap saya ambil ubat. Gie, bersihkan ni cepat!" Arah Lily sambil melangkah untuk mengambil ubat. Franky melihat kakinya yang berdarah sebelum stokinnya ditanggalkan.

"Meh sini." Lily menilik kaki Franky supaya tiada kaca lagi di kaki jejaka itu. Kemudian tangannya membersihkan luka dan menyapu ubat. Franky melihat si gadis yang sedang melutut membersihkan luka di kakinya. Sebenarnya kaki dia tidaklah sakit mana walaupun darah banyak. Sebab dia dah pernah kena teruk lagi ini.

Tapi suka pula dia tengok si Lily ni risaukan dia.

"Tu lah saya nak hantar balik, taknak. Awak duduk dulu senyap senyap di sini. Nanti siap masak saya hantar awak balik." Ujar Lily sambil melangkah pergi apabila selesai merawat kaki Franky. Jejaka itu terseyum lebar. Comel je.

"Taknak balik." Franky bersuara dingin. Lily menyabarkan hati. Ada jugak yang makan senduk ni karang!

"Okay fine, awak duduk sini sampai malam biar saya je yang balik." Ujar Lily tidak mahu kalah.

"Ish kau ni." Bibir dimuncungkan bersama wajah cemberut apabila si gadis berlalu pergi. Franky memandang kakinya yang bertampal plaster itu sebelum dia nenghela nafas.

Lain kali jalan guna hidung ye encik Franky.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro