CAPITOLO DUE 🎯

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"Ni kenapa sampai berbalut kaki ni?" Soal atuk hairan sambil memerhati Franky yang tidak memakai stokin seperti selalu. Franky tersenyum nipis dan menggeleng.

"Tak ada apalah atuk. Luka kecil je." Jawabnya. Kemudian dahi berkerut apabila melihat kelibat seseorang di atas rumah.

"Apa kau buat di sini?" Soal Franky sambil melangkah naik. Matanya memandang Skyler yang sedang santai mengunyah keropok di hadapan TV.

"Hunter suruh aku paksa kau balik KL. Dia suruh aku cakap dekat kau yang kau anak babun betul sebab makan gaji buta." Ujar Skyler mendatar. Memandangkan di kampung terpencil ini tidak mempunyai akses internet, maka mereka tidak dapat menghubungi Franky. Jadi terpaksalah Hunter menyuruh Skyler mengheret Franky ke Kuala Lumpur kembali.

"Kau kan ada." Franky bersila di atas karpet usang itu sebelum berkerut dahinya memandang Skyler yang masih mengunyah makanan itu. Seketika kemudian kelihatan Lily turut naik ke atas rumah.

"Eh, Skyler! Kenapa tak cakap nak datang? Kalau tak Lily boleh bungkuskan makanan yang tak habis dekat taska tadi. Nak bawa balik tapi takut tak ada orang makan. Tak tahu pula awak datang sini." Ujar Lily sambil meletakkan begnya di atas kerusi. Franky menjeling. Dengan Skyler ramah pula minah ni. Dengan aku bukan main sombong.

"Aku datang kejap je. Nak heret budak ni balik KL. Abang dia dah bising dah tu." Jawab Skyler sambil matanya mengerling sekilas wajah Franky yang jelas menampakkan riak cemburu yang cuba disorok. Ego betul.

"Oh. Baguslah tu. Franky pun tak boleh duduk lama dekat sini. Tengok kaki dia tu. Belum apa apa lagi dah luka." Ujar Lily. Skyler melihat kaki Franky yang bertampal plaster itu. Franky mendengus dan terus bangun. Kaki melangkah ke arah ruang lapang di dalam rumah itu sebelum bantal diambil dan dia merebahkan tubuh di atas papan di rumah kayu itu. Mata dipejam rapat.

Sakit pula hatinya melihat Lily melayan Skyler.

***

Lily memandang wajah lena milik jejaka itali itu sebelum bibirnya tersenyum. Bukan main lena Franky ni walaupun tidur atas papan. Waktu malam, dia tidur atas kerusi kayu. Maklumlah, rumah ni mana ada bilik tetamu. Sebab tu dia sarankan Franky balik ke KL. Rumah bukan main selesa dekat KL tapi nak juga duduk sini.

Lily berhenti termenung dan menyedarkan diri sendiri kerana telah merenung anak teruna orang. Kaki Franky diteliti sebelum dia tersenyum apabila luka itu sudah kering. Agak dalam juga kaca masuk kerana darah banyak sangat mengalir petang tadi. Mungkin dia memakai stokin nipis.

Lily mengeluarkan plaster lalu ditampal pada kaki jejaka yang sedang tidur itu.

"Atuk cakap luka kaca ni bahaya. Boleh sebabkan jangkitan kuman. Sebab tu kena jaga dengan elok." Jelas Lily apabila perasan Skyler asyik memerhati dia merawat kaki Franky.

"Tapi tadi kau tenung Franky macam nak telan je budak tu." Ujar Skyler sinis. Lily terkedu sebelum mukanya memerah. Malu apabila kantoi dirinya merenung wajah Franky.

"Kau suka Franky?" Soal Skyler. Lily memandang jejaka bermata hijau itu sebelum dia tersenyum.

"Siapa je tak suka lelaki yang sempurna macam dia ni? Kacak, kaya, muda, bijak. Awak tanya mana mana perempuan pun dia akan cakap dia suka Franky. Tapi saya sedar diri saya ni siapa." Lily ketawa kecil apabila membayangkan dirinya yang ada iras iras gelandangan ini bersama Franky, lelaki yang serba sempurna.

Cuma perangai. Franky amat menjengkelkan di matanya kerana Franky suka marah dia tanpa sebab.

Mungkin sebab dia miskin, Franky suka marah dia? Hm. Lily menghela nafas lemah sebelum bangun.

"Tapi walaupun saya suka dia, tak semestinya saya nak kahwin dengan dia. Ada ramai lagi perempuan lain yang lagi sesuai dengan dia. Macam Hunter dan Davieka, mereka berdua sekufu dan setaraf. Saya dan Franky lain. Eh, apalah yang saya mengarut ni." Lily tergelak kuat apabila gaya percakapannya seolah olah Franky suka kan dirinya juga.

Skyler menggeleng kecil melihat Lily yang ketawa itu.

Baguslah tu, Franky yang perangai haram jadah dengan budak tak waras ni. Mantap.

"Kau boleh tolong kemas barang Franky tak? Esok dia dah kena balik KL." Ujar Skyler.

Lily terdiam. Dia? Kemas? Baju Franky?

"Boleh tak?" Soal Skyler lagi. Lily tersentak dan mengangguk laju. Kakinya mula bergerak. Nafas dihela perlahan. Sudahlah Lily, yang nak sedih tiba tiba ni apahal? Baguslah dia balik KL, dekat sana tempat dia. Mewah. Bukan disini.

***

Franky melihat barang barangnya yang dipegang oleh gadis kecil itu sebelum dia memandang si kecil itu.

"Nah, barang awak." Lily menghulurkan beg itu kepada Franky. Lelaki itu hanya menyambut tanpa sebarang kata.

"Nanti kalau awak free awak datanglah sini lagi jenguk atuk." Ujar Lily apabila melihat wajah Franky yang seakan akan enggan pulang itu. Franky mengangguk perlahan dan bersalaman dengan atuk.

"Franky balik dulu tuk. Jaga diri atuk tau. Kau,jangan nak membuta je. Jaga atuk kau ni. Pemalas!" Kutuk Franky kepada Lily. Gadis itu melopong. Dah nak balik pun sempat kutuk dia lagi?

"Saya pula. Eh saya dah kira rajin tau. Awak tu yang asyik nak kutuk kutuk saya dah kenapa?" Geram pula Lily dengan jejaka ini. Franky menjeling dan mula pamit dari atuk. Kakinya mula melangkah masuk ke dalam kereta yang dipandu Skyler.

Lily memandang kereta mewah yang semakin menjauh itu sebelum dia tersenyum hambar. Sudahlah Lily, jangan nak berangan.

***

"Dulu bukan main, taknak hidup susah la, alergik miskin lah, elok je aku tengok kau dekat rumah usang tu. Tidur atas kerusi keras apa semua. Siap taknak balik KL lagi." Perli Skyler apabila melihat wajah suram milik Franky. Franky mendengus sebelum membetulkan duduknya di dalam kereta.

Entah kenapa dia mahu naik kereta sempit kancil milik Lily berbanding kereta mewah besar ini.

Apa dah jadi pada kau ni Franky?

"Dah suka tu mengaku je lah. Ego betul." Skyler menjeling makhluk di tepinya. Franky mendengus.

"Bila masa aku suka dia? Aku cuma duduk sana sebab.. Err.. Sebab aku nak cari ketenangan, haa. Bukan sebab budak kecil tu." Ujar Franky dengan nada menyampah. Skyler hanya senyum sinis.

Tak sukalah sangat, rembat si Lily tu kang tahu pula nak jeles.

"Baguslah kalau kau tak suka, aku ni dah lama membujang. Lily tu pun not bad bagi aku. Comel, cute." Ujar Skyler sambil mengerling Franky sekilas.

Franky memandang Skyler.

"Apa punya taste kau ni? Dengan budak kampung macamtu kau berkenan ke?" Soal Franky. Skyler mengangguk.

"Budak kampung yang kau cakap tu, comel tau. Kiyut. Kalau aku dapat.."

"Sudahla, semaklah aku nak dengar. Geli!" Franky menurunkan kerusi dan memejam mata. Skyler menahan tawa dan kembali fokus dalam pemanduan.

Selain daripada panas baran dan perangai yang sial, Franky ada satu lagi kelemahan iaitu tak pandai sembunyikan perasaan sendiri.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro